17 Apr 2010

Samy Vellu, Ganesan Cedera Kena Kawad Berduri Ditolak Penyokong Sendiri

Tiada kekecohan besar pada peringkat awal proses penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru dekat sini pagi ini.

Bagaimanapun dua orang kuat Datuk Seri S. Samy Vellu cedera apabila cuba menyelamatkan Presiden MIC itu daripada terjatuh pada kawad berduri yang dipasang oleh pasukan polis, lapor MalaysianInsider.

Sekatan kawad itu dipasang di kedua-dua laluan utama ke pusat penamaan calon.

Rombongan BN juga nyaris terlewat untuk memasuki pusat penamaan calon disebabkan banjiran ribuan penyokong mereka.

Kehadiran ribuan penyokong menyebabkan situasi tolak-menolak di kalangan mereka sehingga ada yang hampir terjatuh pada kawad berduri dipasang polis.

Speaker Dewan Undangan Negeri DUN Perak, Datuk R. Ganesan dan Setiausaha MIC Wilayah Persekutuan Datuk P. Panchamorthy cedera pada tapak tangan sebelah kanan dalam usaha mereka mengelak Samy Vellu daripada jatuh pada kawad yang dipasang.

Samy Vellu pula mengalami kecederaan di bahagian paha kaki kiri.


Ketiga-tiga mereka menerima rawatan sementara di ambulans yang disediakan berhampiran pusat sebelum diberikan rawatan lanjut di klinik berhampiran kemudian.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohd Idris Abu Bakar turut menjadi mangsa halangan berduri ini.

“Apabila rombongan penyokong BN bergerak dan menolak dari belakang, Datuk Seri Samy hampir terjatuh, dan saya sempat membantunya dengan menahan beliau menggunakan tangan dari sebelah kanan beliau manakala Datuk Ganeson dari sebelah kiri,” kata Panchamorthy ketika ditemui di luar pusat penamaan calon di Kompleks Serba Guna Sukan, Kuala Kubu Baru di sini pagi ini.

“Saya berharap pihak berkuasa keselamatan meletakkan barisan penghadang tiga lapisan sebelum meletakkan sekatan dawai dalam bentuk pisau cukur kecil ini,” katanya.

“Saya tidak cedera, cuma seluar bahagian bawah lutut terkoyak,” kata Mohd Idris ketika ditemui The Malaysian Insider.

“Ini kali pertama kawalan begitu ketat dalam pilihan raya kecil. Saya berharap mungkin boleh dilonggarkan sebab kedua-dua pasukan berada pada jarak yang jauh.

Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim pula memberitahu, oleh kerana kawalan keselamatan agar terkawal, kawad berduri sepatutnya boleh dielakkan.

“Ya, tetapi kemungkinan polis mahu mengelak keadaan lebih buruk, mungkin mereka juga ada sebab tersendiri,” kata beliau ketika ditemui.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kedua-dua BN dan Pakatan membawa sekitar 10,000.

Rombongan BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sepatutya menggunakan jalan utama bertar, dari sebelah kanan kompleks sukan, terpaksa melalui “laluan” pintas jalan tanah untuk ke pusat penamaan kira-kira 9.30 pagi bagi mengelakkan kesesakan kalangan penyokong mereka.

Calon BN P. Kamalanathan berjaya memasuki pusat penamaan calon kira-kira 9.35 pagi.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapat kedatangan penyokong Pakatan Rakyat melebihi rombongan BN.

Ulasan GB

Samy Vellu cedera di peha kaki kiri. Itu tandanya Samy Vellu kena berundur sebagai Presiden MIC. Jangan jalan kemana-mana lagi. Cukuplah. Dah lama sangat jadi Presiden. Masyarakat India sendiri sudah lama bosan.

Datuk R. Ganesan cedera di tapak tangan. Tangan lambang kuasa. Kuasa yang kamu ada iaitu sebagai Speaker DUN Perak itu adalah tidak sah. Ia tidak mendapat restu rakyat. Berdarah tangan kamu memegang kuasa yang bukan milik kamu.

Lagi besar bahana kamu dapat nanti jika hukum alam itu kamu nafikan. Tak faham jugak tu kamu punya pasal

Wee Che Keong Isytihar Ahli Parlimen Bebas Sebelum Hari Mengundi Hulu Selangor?

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang menyarung jersi PKR ketika Pilihan Raya Umum ke-12, dijangka mengikut jejak ADUN Bakar Arang, Kedah Tan Wei Shu untuk keluar dari PKR dan menjadi ahli parlimen bebas.

Bezanya, jika Tan Wei Shu mengisytiharkan keluar PKR dua hari sebelum penamaan calon Hulu Selangor, jangan terkejut jika Wee Chee Keong akan mengisytiharkan menjadi ahli parlimen bebas beberapa hari sebelum hari mengundi.

Wee Choo Keong (gambar kanan) dijangka keluar dari PKR dan mengisytihar dirinya "bebas", mencetus ledakan "keluar parti" seterusnya, MerdekaReview dipetik.

Bagaimanapun, Wee Choo Keong enggan mengesahkan khabar ini ketika dihubungi MerdekaReview, sebaliknya meminta wartawan untuk mendedahkan identiti orang yang memaklumkan khabar tersebut. Permintaannya ditolak atas alasan melindungi sumber maklumat, lantas beliau membalas, "Saya tidak akan beritahu kamu kerana kamu tidak beritahu saya."

Beliau juga enggan menjawab apabila diajukan soalan sama ada beliau akan memanggil sidang media atau tidak.


PKR belum terima surat letak jawatan

Selain itu, ketika dihubungi MerdekaReview, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail memberitahu bahawa tiada surat letak jawatan (daripada Wee Choo Keong) diterima.

Wee Choo Keong ialah Setiausaha Agung Parti Demokratik Malaysia, bertanding di Wangsa Maju pada PRU ke-12 atas tiket PKR. Setelah menang dalam "tsunami politik" tersebut, beliau kerap menghadiri mesyuarat dan aktiviti PKR, tetapi tidak mengumumkan secara rasmi sama ada telah menyertai PKR.

Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada Ogos 2008, beliau mendakwa dirinya tidak memikirkan persoalan bubarkan Parti Demokratik Malaysia dan menyertai PKR, atau bergabung dengan PKR, kerana "terlalu sibuk". Menurut Wee ketika itu, beliau merasakan dirinya sudah berada dalam PKR.

Wee Choo Keong, antara wakil rakyat PKR yang tersenarai sebagai golongan "berisiko tinggi", malah desas-desus beliau keluar parti tidak terhenti sejak kebelakangan ini. Wee bagaimanapun menuding jari kepada "Little Napoleons" dalam PKR dan DAP yang menyebarkan khabar angin ini. 【Khabar angin keluar parti angkara Little Napoleon PKR dan DAP, Wee CK】

Semalam, ketika ditemuramah Utusan Malaysia, Wee Choo Keong secara terus-terang membantah penamaan Zaid Ibrahim sebagai calon PKR atau Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor. Beliau menganggap Zaid Ibrahim bukan orang tempatan yang memahami keperluan pengundi Hulu Selangor, ditambah pula dengan gaya hidup elit serta liberal yang diamalkannya.

Malah, Wee Choo Keong menyindir jika Zaid Ibrahim menang sekalipun, pembaharuan yang mungkin dibawa oleh Zaid Ibrahim di Hulu Selangor ialah lebih banyak pusat hiburan diwujudkan dan bukannya kemajuan seperti yang dikehendaki rakyat.

Bantah Tindakan Polis Dan SPR Halangnya Bertanding, Anuradh Nyatakan Sokongan Kepada PKR

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjelaskan bahawa seorang lagi calon tidak sempat memfailkan kertas pencalonannya kerana lewat tiba di pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Ketika ditemui Malaysiakini, beliau berkata, calon tersebut - Anuradh Jeyasingam - sepatutnya datang lebih awal.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, ketika pegawai pengurus pilihan raya keluar hendak umumkan tempoh penamaan calon tamat, baru Anuradh hendak menghantar borang.

Ditanya mengenainya dakwaan Anurad kepada pihak media bahawa polis menghalangnya, Abdul Aziz berkata:

"Dia boleh cakap apa dia mahu, tapi sebagai orang yang hendak bertanding, dia kenalah datang awal

"Kita ikut peraturan. Jam 10 pagi lebih tidak boleh terima borang," tambahnya.

Abdul Aziz juga mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang bantahan dari mana-mana pihak sewaktu tempoh bantahan.

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN P Kamalanathan, Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas, iaitu bekas pemimpin MIC bahagian, VS Chandran dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mohd Diah.

Mengenai dua calon bebas tersebut, Abdul Aziz berkata Johan akan bertanding atas simbol cangkul manakala Chandran pula menggunakan simbol loceng.

Mengenai insiden kekasaran yang berlaku sewaktu penamaan calon pagi tadi, Abdul Aziz berkata, ia disebabkan ada penyokong yang tersesat masuk ke dalam kumpulan lain.

Berikutan itu, katanya, berlaku provokasi sehingga membawa kepada baling membaling objek.

Dakwa dihalang polis

Sementara itu, Anurad memberita media, mendakwa dia tiba jam 9.40 dekat pintu pagar pusat penamaan calon itu, tetapi dihalang oleh polis.

Beliau mendakwa, pihak polis membuatnya bersama suami dan seorang penyokongnya, menunggu di luar pagar hinggalah tamat tempoh penamaan calon.

Berikutan itu, katanya, beliau akan berkempen menyokong PKR.

Anurad (tengah) selepas itu pergi menemui ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata beliau mengalu-alukan sokongan Anurad itu.

Anurad - seorang guru sekolah swasta - berkata, bapanya adalah seorang pengasas kepada penubuhan MIC bahagian Hulu Selangor.

Manakala suaminya, K Subramaniam berkata berkata mereka akan mengambil tindakan sewajarnya selepas ini.

Anurad berkata, beliau adalah pernah menjadi ahli MIC di bahagian Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur selama sepuluh tahun. -mk

Selepas Menipu 1Malaysia, Najib Cuba Menipu 1Dunia

Bernama melaporkan bahawa Laporan media asing yang memetik Datuk Seri Najib Razak sebagai berkata bahawa Malaysia telah menghentikan bekalan minyak ke Iran adalah tidak betul, kata perdana menteri.

Beliau berkata sebenarnya Petronas terlibat dalam penjualan lani (spot sale) kepada Iran pada pertengahan Mac melalui urus niaga pihak ketiga, tetapi selepas itu tidak ada lagi permintaan terhadap bahan tersebut.

“Tak betul, ia bukan keputusan Petronas sendiri. Ia melibatkan satu jualan lani dan tidak ada lagi keperluan selepas itu, jadi mereka dah tak buat (lagi),” katanya kepada wartawan Malaysia pada Jumaat.

“Ia suatu urus niaga pihak ketiga yang dibuat pada pertengahan Mac, bukan sekarang. Saya agak terperanjat apabila perkara ini telah menimbulkan keadaan yang begitu riuh-rendah,” kata Najib pada hari terakhir dalam rangka lawatan beliau selama seminggu ke Washington dan New York.

Beliau berkata urus niaga itu semata-mata bersifat komersial dan sekiranya terdapat lagi permintaan bagi penjualan lani, terserahlah kepada pihak yang terlibat untuk menguruskannya.

Laporan media mengaitkan penghentian jualan itu dengan tekanan antarabangsa terhadap Iran berkaitan program nuklearnya serta perkembangan yang berlaku menjelang berlangsungnya Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington minggu lepas yang turut memberi kesempatan kepada Najib untuk mengadakan rundingan dua hala buat julung kalinya dengan Presiden Barack Obama.

Sebelum ini, Najib telah menyatakan bahawa Iran berhak menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan aman dan Malaysia tidak akan menyokong program pengeluaran senjata nuklear oleh negara itu.


Putrajaya goes on ‘damage-control mode’ over Iran fuel snub

KUALA LUMPUR, April 17 — The Najib administration today went on a “damage-control mode” for stopping fuel sales to Iran as the opposition Pakatan Rakyat picked up the issue in the Hulu Selangor by-election campaign.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak clarified from New York that the Iran sale was a one-off deal while national oil Petronas said it was done on “commercial conditions”.

In a two-paragraph statement, Petronas group corporate affairs division said it wanted to clarify reports on its gasoline supply to Iran.

“Petronas, through its subsidiary Petronas Trading Company (PETCO), sold spot volumes of gasoline from third-party traders and suppliers to customers in Iran. The last shipment of gasoline into Iran was made in mid-March this year. PETCO’s decisions in these sales were based purely on commercial considerations,” said the statement issued by Azman Ibrahim, from the group corporate affairs division.

Iran is facing sanctions from the United States over its nuclear programme and Najib reportedly said it had to earn the world’s trust by allowing international inspection.

Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim called Najib a “hypocritical leader without principles”, saying the government criticised the US for its impotence to resolve the Palestinian-Israeli conflict while at the same time bowing to Washington’s pressure with the Iranian sanctions in the name of “improved bilateral ties”, which Anwar alleged was done merely to boost the PM’s image.

“When US President Barack Obama calls failed to resolve the Israeli-Palestinian conflict, I had criticised him. When Obama called for sanctions against Iran, I said fine, but what of Israel?” Anwar asked last night when bringing up the issue on the Hulu Selangor campaign trail.

Malays form slightly more than half of the 64,500 registered voters eligible to cast ballots in the April 25 by-election, and are generally against US pressure for an embargo on Iran and view the sanction call as a product of lobbying by the Israelis.

“But what did Najib do? He supported the US call for sanctions against Iran,” pounded Anwar to a roar of applause from the crowd of 200 Felda settlers in Hulu Selangor.

The PR and PKR de facto leader has already linked Najib’s public relations consultant APCO Worldwide to Israel and news of Petronas stopping fuel supplies to Iran adds another issue in PR’s Hulu Selangor election campaign against the ruling Barisan Nasional (BN).

But the prime minister said Petronas was involved in a spot sale to Iran in mid-March under a third-party deal but since then there had been no requests.

“It is not correct, it was not a decision taken by Petronas per se. It involved a spot sale and there was no requirement anymore, so they don’t do it (anymore),” he told Malaysian reporters yesterday.

“It is a third-party deal that was done in mid-March, not now. I was a bit surprised, a lot of noise has been made out of this thing,” said Najib, who is on the final day of his week-long visit to Washington and New York.

Najib said the transaction was purely commercial and if there were further requests for spot sales, it would be up to the parties involved.

News reports had linked the halt in sales to the international pressure on Iran over its nuclear programme and to the run-up to the Nuclear Security Summit held in Washington last week during which Najib had a bilateral meeting with Obama for the first time.


Ulasan GB

Apakah media asing yang membuat laporan mengenai kenyataan Najib itu semua bodoh belaka, dan hanya Bernama saja yang mebuat laporan yang betul terhadap kenyataan Najib, itu pun setelah dua hari ianya tersebar di seluruh dunia?

Dan sewaktu kali pertama berita itu tersebar, tiada sebarang penafian, hanya setelah ianya dilontarkan oleh masyarakat sempena PRK Hulu Selangor, Najib bersuara dari New York cuba menafikan kenyataannya yang terdahulu.

Satu dunia nak ditipunya. Satu hari Najib pasti terjerat juga. Tunggu dan lihat.


Pakatan Tonjol Kesatuan, 10,000 Iringi Zaid Ibrahim

Lebih 10,000 penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat keluar untuk menzahirkan sokongan kepada bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim pada hari penamaan calon untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Dalam usaha terdesak untuk meraih sokongan Melayu, calon MIC P. Kamalanathan memakai songkok apabila beliau diiringi oleh penyokong BN berarak ke pusat penamaan calon.

Keputusan itu dilihat sebagai taktik murahan oleh kalangan pengundi Melayu dan mencetuskan rasa tidak senang hati di kalangan pengundi India.

Kamalanathan adalah sebagai calon pilihan Umno. Presiden Umno Najib Razak memilih beliau setelah menolak calon pilihan MIC Datuk G. Palanivel yang pernah menjadi ahli Parlimen kawasan itu selama empat penggal.

Dalam pada itu, kekecohan berlaku apabila polis menggunakan kekerasan ke atas penyokong Pakatan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shahrin.

Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu pula luka di kaki apabila cedera dalam asakan penyokong Barisan Nasional.

Dua calon bebas, iaitu V.S Chandran dan bekas Ketua Pemuda Umno Selangor Johan Md Diah turut menfailkan borang pencalonan untuk menjadikan persaingan empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Hari mengundi ditetapkan pada 25 April.

Keadaan tegang menyelubungi seluruh proses penamaan calon itu apabila penyokong kedua-dua pihak melontarkan slogan-slogan dan saling cabar-mencabar.

Beberapa tangkapan dikatakan telah berlaku namun butiran penuh masih belum di perolehi.

Datuk Zaid Ibrahim di iringi oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk ketua umum Pakatan rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden Pas Abdul Hadi AWang dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. -TVS Gambar : TMI


17,000 Penerbangan Kandas Akibat letupan Gunung Berapi Di Iceland

Kira-kira 17,000 penerbangan di sekitar Eropah dan hampir seluruh dunia dibatalkan atau ditangguhkan buat hari kedua semalam, berikutan debu gunung berapi Iceland yang semakin tebal memenuhi ruang udara negara itu serta sebelah barat Eropah hingga Rusia.

Pada hari biasa kira-kira 29,500 pesawat berada di udara, kata agensi lalu lintas udara Eropah, Eurocontrol yang menjangka 12,000 pesawat melakukan penerbangan semalam.

Kebanyakan negara Eropah yang menutup ruang udara mereka dan operasi pesawat dijangka pulih hari ini

"Awan debu dari gunung berapi itu berterusan bergerak ke timur dan tenggara," kata jurucakap Eurocontrol, Kyla Evans.

Serpihan ais sebesar rumah jatuh dari sebuah gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull, Khamis lalu, berikutan gas panas mencairkan ais.Gunung berapi itu meletus Rabu lalu buat kali kedua dalam masa kurang sebulan.

Kira-kira 40 penduduk berhampiran gunung berapi di selatan gunung berapi di selatan Iceland dipindahkan disebabkan banjir kilat, bilangan yang kecil daripada laporan awal pihak berkuasa kecemasan.

Banjir dari air yang mencair dijangka berterusan selagi gunung berapi itu meletus, kata Rognvaldur Olafsson dari Jabatan Perlindungan Awam.

Awan debu setinggi 6,000 hingga 11,000 meter itu menimbulkan kebimbangan partikel kecil debu mungkin menjejaskan enjin pesawat, menyebabkan pihak berkuasa menutup ruang udara di seluruh British, Ireland, Perancis, Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Belgium.

Tidak lebih dari 120 penerbangan di zon Atlantik tiba di lapangan terbang Eropah pagi semalam berbanding 300 pada hari biasa, kata Evans dari Eurocontrol.

- AP

Terkini Hulu Selangor: Pertandingan 4 Penjuru

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru termasuk dua sebagai calon Bebas.

BN diwakili oleh Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan manakala Pakatan Rakyat pula Datuk Zaid Ibrahim.

Dua calon Bebas yang mengemukakan ialah Johan Mat Diah dan VS Chandran — kedua-duanya masing-masing ahli Umno dan MIC.

Sesi penamaan calon ditutup pukul 10 pagi dan tempoh bantahan selama sejam akan berakhir 11 pagi.

Semalam SPR memaklumkan sebanyak 37 borang penamaan calon dikeluarkan.

Dalam pada itu, seorang guru J. Anuradha mendakwa dia gagal jadi calon Bebas sebab telah dihalang dari mengemukakan borang penamaan calon.

Johan, 31, seorang peniaga yang menjalankan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan bersama isterinya merupakan Ketua Pemuda UMNO cawangan Puncak Perdana U10 dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam.

Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Biro Kerjaya dan Sumber Manusia Pemuda UMNO Shah Alam, Pengarah Pemuda PDM Monterez, Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik dan Pengerusi Zon A7 Pemuda UMNO Shah Alam.

Johan juga aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) sebagai Pengerusi Penaja Persatuan Belia U10.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa slogan 'Johan Rakyat, Kualiti Diutamakan' berupaya menarik sokongan daripada pengundi di kawasan tersebut.

Beliau dilaporkan telah dipecat serta-merta dari UMNO kerana menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding di dalam PRK ini.

Sementara V. S. Chandran, 56, mantan Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, yang sedang digantung setahun oleh parti berkata berliau bertanding kerana beliu adalah anak tempatam.

"Saya telah tinggal di sini selama 54 tahun lepas. Saya amat arif dengan kawasan ini, penduduknya dan masalah di sini,” kata ahli perniagaan itu yang digantung keahliannya tahun lalu selepas beliau mendedahkan masalah yang dihadapi bahagian itu kepada media.

Chandran ialah timbalan pengerusi bahagian itu dari 2003 hingga 2009.

Lintas Lansung Penamaan Calon PRK Hulu Selangor

Hari ini ialah hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Hulu Selangor.

9-10pagi: Penyerahan borang pencalonan

10-11pagi: Waktu bantahan

11-12 tengahari: SPR buat pengumuman rasmi calon


11.20 am: SAH. Pegawai SPR Nor Hisham Ahmad Dahalan mengumumkan empat orang bertanding:

1. Johan Md Diah - Bebas
2. P. Kamalanathan - BN
3. VS Chandran - Bebas
4. Datuk Zaid Ibrahim - PKR

11.01 am: Tempoh bantahan berakhir. Pengumuman calon2 bertanding pada bila-bila masa dari sekarang.

10.56 sm: Anuradha berikrar menyokong calon PKR.

10.50 am: J. Anuradha mendakwa telah dihalang oleh SPR dan polis daripada menyerahkan borang pencalonannya. Beliau menyatakan ayahnya adalah pengasas MIC KKB.

10.20 am Para penyokong berada 20 meter antara sama lain. Mereka saling melaungkan antaranya 'Altantuya', 'Chua Soi Lek', 'kaki botol' dan 'liwat' serta 'Umno-Apco, Umno-Apco'.

10.15 am: Trak polis di bawa untuk memisahkan penyokong-penyokong BN dan PR apabila berlaku ejekan-ejekan yang tak terkawal di anatra kedua belah pihak.

10.00 am: Proses penamaan calon ditutup.

Calon-calon mempunyai masa satu jam untuk memfailkan bantahan.

Mereka yang memfailkan borang pencalonan ialah P Kamalanathan (BN), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas VS Chandran dan bekas pemimpin Pemuda UMNO Selangor, Johan Mohd Diah.

9.50 am Speaker Perak, Ganesan dan pemimpin MIC, Saravanan mendapat rawatan ambulan kerana luka terkena dawai penghalang.


9.40 am : Calon Bebas VS Chandran kelihatan masuk ke dewan untuk menyerahkan borang pencalonan

9.31 am : Kamalanathan masuk pusat penamaan calon bersama pencadang dan penyokong. Sedang memfailkan borang pencalonannya.

9.30 am: Ketua zon DSP Ruslan Abdullah memberi amaran kepada para penyokong agar tidak menolak-nolak kerana orang di hadapan akan cedera kerana kawat berduri merentangi jalan ke tempat penamaan calon.

9.22 am: Perakan BN tiba di pintu pagar pusat penamaan calon di KKB. Ribuan penyokong BN dan Pakatan dipisahkan bagi mengelak mereka menjerit antara satu sama lain.

9.10 am : Calon BN P Kamalanathan, yang memakai songko, berarak dari pejabat Umno di KKB ke pusat penamaan calon. Antara yang turut serta ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam.

9.05 am - Penyokong PR melaungkan "Umno APCO" ke arah polis.

9.02 am - Zaid Ibrahim masuk ke dewan dengan pencadang dan penyokong. Calon BN belum tiba.

9.01 am - Police membentuk satu kepungan di depan penyokong PR yang enggan beralih.

9.00 am - Kekecohan kecil berlaku diantara polis dan & penyokong PR selepas penypokong PR melepasi kawasan masuk yang diuntukkan kepada BN.

9.00 am - Pegawai SPR Nor Hisham Ahmad Dahalan mengumumkan masa penamaan calon bermula.

9.57 am - YB Nizar Jamaluddin disambut dengan laungan, diirkuti[pemimpin DAP Lim Kit Siang.

8.55 am - Zaid Ibrahim diiringi Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim & lain-lain pemimpin bergerak menuju dewan.

8.43 am - Calon BN P. Kamalanathan kelihatan bersama Presiden MIC Samy Vellu.

8.42 am - Presiden PAS Hadi Awang, Naib Presiden Salahuddin Ayub tiba.

8.40 am - Kawasan penyokong BN agak sepi di satu sudut berhampiran Pusat Penamaan Calon. Calon BN P. Kamalanathan sydah sampai.

8.37 am - Penyokong PR melaungkan "Reformasi", "Hancur BN"

8.30 am - Ribuan penyokong PR tiba di luar

8.25 am - Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim tiba.

8.20 am - Anwar Ibrahim & MB Selangor Khalid Ibrahim tiba di pusat penamaan calon Kuala Kubu Baru.

TAMAT KEMASKINI

Habuan 2 juta: Mugilan Atau Mung gila?

Timbalan ketua Pemuda MIC pusat, V Mugilan mendakwa telah ditawarkan wang dan tanah untuk berkempen bagi PKR setelah namanya 'digugurkan' daripada dicalonkan untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Beliau yang juga ketua Pemuda MIC Hulu Selangor mendakwa tawaran tersebut dibuat oleh seseorang yang "cukup besar".

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu berkenaan, yang menurutnya membuat tawaran tersebut melalui satu panggilan telefon.

Bercakap dalam satu sidang media di Batang Kali, Hulu Selangor hari ini, Mugilan berkata beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis berhubung tawaran kepadanya semalam.

"Sebab saya tidak beri komitmen kepada tawaran itu," kata beliau yang juga berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menelefon beliau semalam untuk "memujuknya."

"Semalam dia telefon saya suruh saya bersabar," kata Mugilan yang juga mendakwa namanya telah "dipropaganda" pihak tertentu yang mengatakan beliau telah melobi untuk menjadi calon.

Katanya, beliau juga tidak bertindak "menghalang" Datuk G Palanivel, yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon BN.

Tambahnya, beliau juga tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak sepatutnya dikenakan sebarang tindakan.

"Ini bukan parti sendirian berhad," kata Mugilan dan menjelaskan bahawa pemimpin parti tidak seharusnya bertindak mengenakan tindakan sewenang-wenangnya.

"Saya tidak tahu siapa yang buat (dakwaan). Mungkin pembangkang atau mungkin dari dalam parti sendiri," katanya.

Tambahnya, beliau akan tetap beri sokongan kepada BN "kerana PM dan TPM adalah orang baik" dan akan membantu P Kamalanathan dengan memperkenalkan calon parti itu kepada pengundi.

"Ada yang kata saya bawa Tengku Adnan (Mansor) untuk lobi kepada PM. Saya tidak melakukan lobi kepada sesiapa. Sila tanya PM adakah saya lobi kepada beliau?," soalnya.

Ulasan GB

Mugilan atau mung gila?

Apa yang berlaku adalah dibealiknya. Mugilan telah ditawarkan habuan kerana sebelum ini UMNO yang begitu berkehendakkan Mugilan bagi menggantikan nama Palanivel sebagai calon BN di Hulu Selangor.

Tup tup, dua-dua berputih mata. P. Kamalanathan yang terpilih. Palanivel dijanjikan Senator dan Timbalan Menteri. Mugilan dijanjikan apa? Habuan 2 juta seperti mana beliau sendiri dedahkan?

PKR/PR tak sebodoh UMNO/BN. Budaya rasuah dan sogokan bukan budaya Pakatan Rakyat, ia adalah darah daging UMNO/BN. Lagipun PKR/PR tak der duit sebanyak itu.

Jadi pekung Mugilan, beliau sendiri yang mendedahkannya. kayalah kamu dengan 2 juta itu.


Skandal Kapalselam: Pendakwaraya Perancis Mulakan Siasatan

Pejabat Pendakwaraya Perancis telah diminta memulakan siasatan ke atas unsur rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia semasa Perdana Menteri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan.

Siasatan itu turut membabitkan penjualan kapal selam oleh syarikat DCN dan anak syarikatnya Amaris kepada beberapa Negara lain termasuk India dan Pakistan.

Penjualan kapal selam membabitkan dakwaan sekutu Najib di bayar komisyen lebih lima ratus juta ringgit telah lama membelenggui perdana menteri.

Malah pembayaran komisyen itu dikaitkan kepada pembunuhan warga Mogolia Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.

Menurut Malaysiakini, dua hakim Peranchis Francoise Besset and Jean-Christophe Hullin, sedang menyiasat dakwaan pemimpin-pemimpin politik Peranchis terbabit dalam kegiatan rasuah dalam menjual peralatan ketenteraan kepada Negara-negara seperti Malaysia.

Suaram, sebuah pertubuhan hak asasi di Malaysia, mengupah peguam untuk mendesak pejabat pendakwaraya Peranchis bagi turut menyiasat penjualan dua kapal selam kepada tetentra laut di raja Malaysia.

Suaram mengambil tindakan itu kerana dikatakan mempunyai bukti kukuh wujudnya unsure rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia.

Beberapa pihak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis namun tidak ada tindakan susulan diambil.

Pelbagai pihak mendakwa Altantuya telah ke Malaysia untuk menuntut komisyen beliau berjumlah setengah juta dolar amerika syarikat bersabit penjualan kapal selam itu sebelum beliau mati dibom Oktober 2006.

Najib nafi mengenali Altantuya, namun penyiasat persendirian P. Balasubramniam mendakwa Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan bekas model Mongolia itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua ketika dihubungi Tv Selangor berkata, beliau berharap pihak Perancis berjaya menyelesaikan perkara tersebut.

"Saya harap pihak perancis akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan segala apa-apa penyalahgunaan kuasa ataupun rasuah ataupun lain-lain perkara tindakan akan diambil sepatutnyalah". -TVS