1 Sep 2016

Penyertaan Husam Bakal Cetus Gelombang Kedua Rakyat Sertai Amanah

Husam selamat berjuang, jangan menangis lagi oleh Mohd Sayuti Omar

Sebelum berlangsung ucapan pada majlis makan malam bersama Husam Musa malam tadi sempena pengumumannya menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH), saya sempat berjumpa dengan bekas Naib Presiden Pas itu. Beliau duduk semeja dengan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, timbalannya Salahuddin Ayub, Naibnya Dr Hasanuddin, Setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir, Dr Mohd Hatta Ramli, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan beberapa yang lain.

[VIDEO] Husam: Kenapa Aku Sertai AMANAH?

Cyberjaya: Spekulasi dan teka-teki berhubung kedudukan Datuk Husam Musa di dalam arena politik terjawab apabila bekas Naib Presiden parti itu mengumumkan penyertaannya dalam Parti Amanah Negara (Amanah) di majlis Makan Malam Ambang Merdeka di Cyberjaya di sini malam tadi.

Menurutnya, beliau menyertai Amanah kerana percaya parti itu merupakan platform baginya meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati.

"Kita tak nak Kelantan jatuh ke tangan UMNO yang lebih rakus dari PAS. Ia (UMNO) telah terkunci dengan GSTnya, 1MDBnya, segala korupsinya dan PAS pulak berada dalam keadaan goyang kaki. Tiga tahun kita memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kelantan," katanya.