18 Feb 2010

Hasbie Dibebaskan Daripada Tahanan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membebaskan Hasbie Satar, bekas setiausaha politik Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dengan ikat jamin RM50,000, empat hari selepas beliau ditahan 12 Februari lalu kerana memiliki RM2 juta wang tunai.

SPRM berkata mereka menahan sebuah kenderaan dan sejumlah wang tunai ketika beliau ditahan, lapor Malaysian Insider.

Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata dalam satu kenyataannya bahawa setiausaha politiknya telah meletak jawatan.

Bagaimanapun, Nor Mohamed tidak menyebut kenapa Hasbie meletak jawatan tetapi sumber SPRM berkata ia ada kaitan dengan penahanan itu.

Pembantu Nor Mohamed itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Penggurupan Wang Haram dan Akta Pembiayaan Anti-Pengganas 2001, termasuk kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Anti-Rasuah 2009.

SPRM dilaporkan telah membekukan beberapa asetnya dan akaun bank bagi memudahkan siasatan. -FMT


2 ulasan:

Awanama berkata...

didapati tidak bersalah??biasalah...

Awanama berkata...

kan.. kan... kan... saya dah kata dah.... buat syarat aje... memang sprm ni tak boleh dipercayai langsong.. nanti sikit hari lagi si hasbie ni hilang entah kemana la pulak... kena colek sbb terlalu banyak duitnya... ITUPUN SALAH SATU ALASAN JUGA NANTI............... EEEE GERAMNYA.......