23 Jan 2010

Baju Merah Jambu Bantu Lembutkan Hati

Siapa suruh pakai baju pink?

Seorang pelatih Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen) terkedu seketika untuk mencari alasan sesuai selepas baju berwarna merah jambu yang dipakainya dipersoalkan Majistret ketika dia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melarikan diri dari Puspen di sini, semalam.

Awang Taufik Awang Sahari, 27, dari Balik Pulau, Pulau Pinang, terdiam seketika sebaik persoalan itu ditimbulkan Majistret Noorhisham Mohd Jaafar, apatah lagi soalan berkenaan menyimpang dari pertuduhan dihadapinya.

"Siapa bagi kamu pakai baju 'pink'?," tegur Noorhisham sambil tersenyum ketika mencelah rayuan dibuat Awang Taufik sebaik tertuduh mengaku salah atas pertuduhan dibacakan.

Awang Taufik bagaimanapun terdiam seketika, sebelum memaklumkan baju-T berwarna merah jambu yang juga baju rasmi pelatih Puspen Bukit Cabang, dibekalkan pihak pengurusan pusat pemulihan terbabit.

"Saya rasa baju itu elok untuk kamu, kerana kamu banyak hisap (ambil) dadah sehingga hati kamu menjadi keras.

"Jadi, pihak pusat pemulihan sengaja bekalkan kamu baju pink sebagai kaedah psikologi untuk membantu melembutkan hati. Kalau kamu diberi baju merah, pasti kamu nampak garang dan jahat," kata Majistret Noorhisham sebelum menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas tertuduh.

Selain Awang Taufik, dua lagi pelatih iaitu Fauzi Yusoff, 35, dan Rahilmi Maslan, 23, turut dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan selepas masing-masing mengaku salah atas tuduhan melarikan diri dari Puspen di pada 17 Disember tahun lalu.

Pertuduhan dilakukan Pegawai Pendakwa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Mohd Hafiz Suhaili, mengikut Seksyen 19(1)(b) Akta Penagih Dadah (Pemulihan dan Rawatan) 1983 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 19(3) akta sama, membabitkan penjara maksimum lima tahun atau tiga sebatan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret 2, Majistret M Mageshwari menjatuhkan hukuman masing-masing 24 bulan penjara dan satu sebatan ke atas dua lagi pelatih Puspen Bukit Chabang, atas pertuduhan sama.

Hukuman penjara yang bermula dari tarikh tangkapan itu dijatuhkan selepas kedua-dua tertuduh iaitu Azami Abu Bakar, 37, dan Mohd Sharizan Abdullah, 28, mengaku salah atas pertuduhan terbabit yang dibacakan secara berasingan kepada mereka. -hmetro


Pink
from wikipedia

Pink is a sister color of red, but they are very different in terms of symbolism. It is a tranquilizing color. For this reason in many prisons the cells of the most dangerous residents have been painted pink. It symbolizes spring, gratitude, appreciation, admiration, sympathy, socialism, femininity, health, love, romance, June, marriage, joy, flirtatiousness, innocence and child-like features.


Hak Asasi Manusia Di Malaysia Buruk - Human Right Watch

Pemimpin Umno tetap mempertahankan bahawa mereka telah melakukan yang terbaik untuk rakyat tapi badan hak asasi manusia antarabangsa memandang yang sebaliknya.

Mereka menganggap pemimpin Umno-Bn yang perintah Malaysia masih bersikap zalim terhadap rakyat Malaysia, menekan -nekan pihak pembangkang yang tidak dapat kuasai kerajaan pusat dan tidak berlaku adil walaupun PM Najib cuba menonjolkan imej bersih pada peringkat awal beliau dilantik sebagai PM.

Pemimpin Umno boleh bohongi orang kampung tetapi mereka tidak dapat bohongi badan-badan antarabangsa yang menilai tahap pemerintahan Umno-Bn daripada perspektif yang tidak memihak. Kalau orang luar pandang kita tak bersih bolehkah kita kata kami tetap berlaku adil terhadap hak-hak asasi manusia di Malaysia?

Sepatutnya kita kata "kami akan cuba perbaiki segala kelemahan, terimakasih atas kritikkan anda". Tang mengaku kata jahat mampuih tak ngaku. Cuba kalau Human Right Watch tu puji kerajaan aku ingat siap bagi anugerah lagi pada badan hak asasi tu.

Lapor Bernama;

Human Right Watch di dalam laporannya yang dikeluarkan semalam dan disiarkan oleh akhbar The Star mendakwa kerajaan Malaysia pimpinan sekarang telah mungkir janji untuk melindungi kepentingan rakyat dan masih lemah menangani isu hak asasi manusia.

Laporan 612 muka surat tersebut mendakwa kepimpinan sekarang menindas pembangkang, menyekat hak kebebasan bersuara dan memberi layanan buruk kepada pendatang asing.
-misaimerah

Baca;
Malaysia gets poor marks for human rights - the star online
Kerajaan Malaysia tidak pernah abai isu hak asasi manusia-Muhyidin - Bernama

Ulasan GB

TPM, Tan Sri Muhyiddin cuba hendak mengajar badan antarabangsa berkenaan. Beliau berkata Malaysia tidak pernah mengabaikan isu tersebut seperti didakwa pihak tertentu.

Beliau berkata juga kerajaan sentiasa melakukan penambahbaikan dalam pelbagai isu hak asasi manusia termasuk membabitkan keagamaan di negara ini.

Benarkah demikian Tan Sri? Sedangkan hari ini sahaja sembilan pelajar universiti ditahan ketika berhimpun di ibunegara kerana membantah proses pilihan raya kampus, sesuatu yang tak pernah berlaku di negara maju. Hanya pelajar menyampaikan hasrat dan bantahan terhadap perlaksanan e-undi, mereka menjadi mangsa kerajaan BN.

Tahniah YB Fuziah, Wanita Pertama Untuk Jawatan Pengarah Pilihanraya PKR

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dilantik sebagai pengarah pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), mencipta sejarah sebagai wanita pertama memegang jawatan itu.

Pelantikan itu juga dipercayai merupakan pertama kali dalam mana-mana pertubuhan politik negara ini seorang wanita diberi amanah mengetuai portfolio ini.

Beliau menggantikan Saifuddin Nasution Ismail yang akan memegang jawatan setiausaha agung parti berkuat kuasa 1 Feb ini.

Saifuddin, yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya tahun lalu, mengesahkan pelantikan Fuziah melakar sejarah.

“Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat pada 20 Jani lalu telah membuat rombakan penting dalam pimpinan tertinggi parti sebagai usaha memantapkan organisasi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun hadapan,” kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Portfolio Ketua Biro Latihan yang sebelum ini dipegang oleh Fuziah kini diamanahkan kepada Mustaffa Kamil Ayub yang juga Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa.

“PKR percaya dengan rombakan ini persediaan awal dapat dilakukan bagi merealisasikan PKR bertapak di Putrajaya,” kata Wan Azizah.

Dalam pada itu, Fuziah yang dihubungi The Malaysian Insider menyifatkan pelantikan beliau sebagai satu pengiktirafan kaum wanita juga mampu memikul tanggungjawab ini.

“Bagi saya ini satu cabaran kerana selain sebagai kaum wanita saya juga menganggap ia satu tanggungjawab penting khususnya dalam membawa PKR dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Ditanya adakah beliau bangga kerana berupaya mencipta sejarah sebagai wakil wanita mengetuai jawatan ini, Fuziah menjelaskan, “seingat saya Marina Yusof (bekas Naib Presiden) pernah mengetuai tanggungjawab pilihan raya bagi Keadilan pada tahun 1999... itu di peringkat awal (beberapa bulan selepas ia ditubuhkan).”

“Bagaimanapun, pada umumnya, saya melihat ini satu pengiktirafan dan sejarah kerana buat pertama kali mana-mana parti politik negara ini memberi kepercayaan kepada kaum wanita memilik tanggungjawab pengarah pilihan raya,” katanya. -MI

Ulasan GB

Tahniah YB Fuziah. Semuga PKR lebih berjaya di dalam pilihanraya akan datang dan PR dapat melebarkan kemenangannya di Pahang.

Bagaimana PAS Pahang pula? Diketuai seorang datuk, seorang ulamak, seorang naib presiden parti, seorang Ketua J/K Disiplin lagi... jauh kanan dari YB Fuziah di PKR, sepatutnya dah boleh mula susun gerak-gempur seluruh Pahang.

Kenyataan Bersama Hadi, Mohd Nor dan Asri

Kami telah dijemput sebagai mewakili parti masing-masing dan individu dalam Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada 21 Januari 2010.

Laporan beberapa akhbar harian pada 22 Januari 2010 telah menyatakan sebagai berikut :

“Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengambil kata sepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada 'God' tidak tepat.

Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia”.

Apa yang tidak dinyatakan di dalam laporan berkenaan ialah pendirian konsisten kami bahawa :

1-Penggunaan kalimah nama ”Allah” untuk tujuan amalan agama sesama penganut agama Kristian dan Yahudi adalah dibenarkan oleh Islam, dengan bersumberkan dalil Al Quran dan As Sunnah serta pandangan ulama muktabar.

2-Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara, polemik ini hendaklah diselesaikan dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana.

3-Berasaskan semangat musyawarah dan saling memahami dalam konteks masyarakat Malaysia, maka suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira dalam menentukan penggunaan kalimah “Allah” itu.


Penggunaan kalimah “Allah” secara tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

Oleh itu, satu garispanduan penggunaannya perlulah diwujudkan.

Kami juga ingin menyatakan bahawa sebagaimana yang telah dipersetujui oleh pihak penganjur dan para panel muzakarah, dan berdasarkan kepada tradisi keilmuan dan semangat perbezaan pandangan, maka tiada sebarang ketetapan rasmi telah dikeluarkan diakhir sesi muzakarah berkenaan.

Kenyataan Media oleh Tiga Panel Muzakarah Pakar :

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Dr Mohd Nur Manuty
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Mantan Mufti Perlis

22 Januari 2010

Saranan Kita Diterima, 100K Rakyat Kelantan Solat Hajat 28 Jan Ini

Kira-kira 100,000 rakyat Kelantan akan berhimpun dan menunaikan solat hajat di Stadium Sultan Mohammad ke IV di sini bagi menuntut royalti minyak pada Khamis, 28 Januari ini.

Perhimpunan raksasa itu di adakan ekoran kedegilan kerajaan pusat membayar royalti minyak seperti termaktub dalam Akta Petroleum 1974, demikian menurut penganjur, Dr Abdul Halim Yusoff yang juga Pengerusi Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar).

Program itu melibatkan penyertaan parti-parti politik termasuk MCA, MIC, Umno, Gerakan, KEADILAN, DAP dan PAS. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan para pemimpin lain dari Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Mereka akan mendengar penerangan yang akan disampaikan oleh pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Ahli Parlimen Gua Musang dan juga bekas menteri kewangan itu dijangka menjelaskan isu-isu berkaitan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Menurut Setiausaha Gegar, Muhammad Hisamudin Ghazali, program itu bermula dengan solat Maghrib, solat Isya’ dan solat hajat yang akan diimamkan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan.

Ceramah royalti minyak bermula jam 9.30 malam oleh Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

“Gegar juga merancang untuk mengadakan debat mengenai isu royalti petroleum pada bulan Februari ini dan konvensyen pada Mac depan,” kata Hisamudin pada sidang media baru-baru ini.

Pada November lalu, Perdana Menteri Najib Razak memberitahu Kerajaan Pusat akan membayar wang ehsan kepada Kelantan menggantikan royalti minyak mulai tahun ini.

Tuntutan royalti minyak diperjuangkan oleh kerajaan negeri mulai Julai lalu setelah Jabatan Perangkaan menyebut Kelantan antara negeri pengeluar petroleum sejak 2004.

Bagaimanapun, usaha kerajaan negeri mendapatkan royalti tersebut cuba dinafikan oleh pemimpin Umno, yang juga anak watan negeri Kelantan sendiri, Mustapha Mohamed dan Awang Adik Husein.

Ulasan GB

Syukur ke hadhrat Allah, akhirnya cadangan kita diterima oleh Kelantan. GB sebelum ini mencadangkan betapa PAS Kelantan Perlu Munajat Perdana Sekali Lagi.

GB menyatakan sebelum ini:

Demi untuk mengisi kemenangan, untuk menjaga kemenangan, PAS Kelantan, kita merasakan adalah amat wajar Kerajaan PAS Kelantan mengadap Rabbul-Jalil sekali lagi untuk mempastikan hak rakyat Kelantan dikembalikan oleh kerajaan Pusat.

Keangkuhan dan kezaliman manusia-manusia bernama Najib, Muhyiddin, Mustapa Mohd, Awang Adik Hussin dan lain-lain yang seangkatan dengan mereka perlu ditamatkan. Hak kerajaan dan rakyat Kelantan perlu dilunaskan sebelum mereka menjahanamkan royalti dengan nama baru - wang ehsan - untuk tujuan yang buruk, merampas Kelantan dari PAS.

Kita di luar Kelantan, marilah bersama-sama kita bersolat hajat di rumah masing-masing menyertai perhimpunan 100K rakyat Kelantan itu.

Muga Allah selamatkan PAS Kelantan, muga perjuangan Kelantan menuntut royalti miliknya akan berjaya, muga Allah akan menurunkan barakahNya dari langit dan bumi untuk PAS Kelantan. Aamiin.



Bazar Tok Guru - Pemerkasaan Golongan Peniaga Terpinggir

Sejarah Bazar
Oleh Datuk Husam Musa

Saya diminta Tok Guru membuat catitan sejarah tentang Bazar, Arked dan Pasar Lambak. Atas permintaan itu, saya perturunkan catitan ringkas ini.

Pertalian sejarah menguatkan azam Tok Guru untuk menempatkan para peniaga di tingkat bawah Bazar Tok Guru yang akan dibina.

Dua hari sebelum pilihanraya 2008, Tok Guru berucap di hadapan para peniaga kecil, bahawa menjadi hasrat beliau untuk membina satu bazar mercu tanda yang akan menjadi medan perniagaan baru para peniaga kecil di Kota Bharu. PAS mendapat kemenangan besar 2008 yang lalu.

Ada sebab sejarah Tok Guru berucap begitu pada hari itu.

Tiga tahun menjelang kemenangan besar bersejarah buat pertama kali Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990, jentolak-jentolak telah meranapkan gerai-gerai kecil peniaga ini buat selama-lamanya. Waktu itu dikenali sebagai Pasar Lambak. Lokasinya adalah di Medan Hijau di depan Bangunan UMNO Kelantan sekarang.

MPKB bercadang mengindahkan persekitaran Bangunan UMNO Kelantan itu yang akan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir pada masa itu. Tepatnya, perasmian tersebut berlangsung pada 12 Mach 1987 dan perobohan berlaku betul-betul sehari sebelumnya!

Politik peminggiran peniaga kecil ini tidak harus diizinkan berlaku semula di zaman pentadbiran Tok Guru.

Bagi generasi baru, mungkin rentetan sejarah ini tidak ada dalam ingatan mereka.

Bagi seusia dengan saya, inilah tempatnya kami anak-anak belia masa itu membeli baju dan seluar, melalui celah-celah lorongnya memilih pakaian. Bersebelahan gerai-gerai ini ada kedai-kedai buku yang masyhur masa itu seperti Abu Bakar Al Ahmadi, Dian dan beberapa lagi yang saya telah lupa namanya.

Selain membeli buku di Toko Abu Bakar Al Ahmadi, saya memasang telinga mendengar perbualan politik di situ. Tuan punya kedai seorang ustaz berserban tetapi sangat kuat UMNOnya dan di sini, selalu berlaku perbahasan politik.

Saya sudah bergiat di Pejabat PAS Jalan Dato Pati ketika UMNO mengarahkan perobohan gerai-gerai ini. Masa itu, keangkuhan UMNO sedang memuncak. Berlaku juga apa yang digelar 'sepak bakul'. Akibatnya, UMNO kecundang di Kelantan tiga tahun kemudian.

Sejarah Pasar Lambak Kota Bharu bermula sejak 1976, sewaktu Kerajaan Campuran PAS BN. Ia bertujuan menempatkan peniaga kecil yang berselerak di Bandar Kota Bharu secara bersepadu. MPKB telah menyediakan pelan tapak memuatkan 124 gerai bersaiz 8 X 10 dengan sewa permulaan RM 15 sebulan.

Selepas hampir 5 bulan berniaga, Persatuan Penjual Pasar Lambak bermesyuarat dan bersetuju untuk membina sendiri gerai-gerai di atas lot tapak yang disediakan. Peniaga mengambil inisiatif sendiri membina dinding plywood dan bumbung zink yang menelan belanja hampir RM 150 setiap lot.

Hasrat membina generasi usahawan melalui penempatan ini berjaya. Dari sini munculnya usahawan hartawan seperti arwah Hj Ibrahim Mat Min ( sahabat Tok Guru sendiri ) peniaga pakaian, Hj Talib ( seluar jeans ), arwah Hj Mohd Nor ( bapa Borhan Arked UDA ) pemborong pakaian siap dan seragam sekolah , arwah Tok Penghulu Hussin, Mat Kain Ela, Yusoff Selipar dan banyak lagi.

Melihat kejayaan peniaga Pasar Lambak berniaga dan mendapat sambutan yang menggalakkan, maka MPKB telah menaikkan sewa RM 50 sebulan dengan alasan MPKB menyediakan kemudahan elektrik secara percuma. Persatuan Penjual menerima arahan kenaikan sewa MPKB dan harga tersebut kekal hingga Pasar Lambak menyembah bumi pada tahun 1987.

Perundingan untuk merobohkan Pasar Lambak

Pada tahun 1983 PKINK bercadang membina 3 tingkat Bazaar Buluh Kubu dan telah menawarkan kepada Persatuan Penjual Pasar Lambak untuk membeli lot-lot yang akan disediakan.

Waktu itu, Persatuan mempunyai tabung yang kuat dengan kewangan ratusan ribu ringgit hasil sumbangan yuran tahunan ahli. Wakil Persatuan memohon kerjasama PKINK untuk menyediakan lot yang mencukupi ( 124 ) untuk menempatkan peniaga di aras bawah dan dipersetujui CEO PKINK dengan tawaran harga asal RM 1.83 sen sekaki persegi. Itu pada tahun 1984.

Sayangnya rancangan tersebut tidak menjadi kenyataan. Sebilangan kecil mengambil langkahan sendiri dan telah berunding secara sulit dengan PKINK. Hasil gerakan sulit tersebut PKINK telah mengkucar kacirkan perpaduan di kalangan ahli.

Setelah pengurusan PKINK bertukar maka pelan asal Bazar Buluh Kubu turut berubah dengan setiap tingkat hanya disediakan 65 lot bersaiz besar. Pengurusan baru PKINK juga memaklumkan bahawa PKINK tidak akan menjual Bazaar Buluh Kubu sebaliknya disewa kepada peniaga yang berminat.

Cadangan Persatuan untuk menempatkan kesemua 124 peniaga di tingkat bawah tidak dilayan. Persatuan telah menolak tawaran PKINK untuk menyewa di tingkat bawah dan tingkat satu.

Bazar Buloh Kubu dibuka secara rasmi pada tahun 1985 tetapi pada awalnya tidak mendapat sambutan. Dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang hebat tidak mampu menggugat dayatarikan Pasar Lambak dengan harga yang lebih murah dan pilihan yang lebih banyak.

Perniagaan Bazar Buluh Kubu hanya mula mendapat sambutan hangat setelah Pasar Lambak dirobohkan. Perpindahan peniaga asal Pasar Lambak telah membuka ruang baru kepada peniaga Bazar Buluh Kubu untuk merasai nikmat sambutan Pasar Lambak dahulu.

MPKB juga bercadang menyiapkan Pasar Lama MPKB yang terbengkalai hampir bertahun lamanya. Dato Rastom Ahmad Maher selaku Timbalan Menteri Besar dan juga YDP MPKB waktu itu telah berunding dengan Persatuan Pasar Lambak untuk memindahkan lokasi perniagaan ke Pasar Lama MPKB.

Persatuan Penjual tidak bersetuju berpindah kerana disediakan lot Tingkat 1 yang tidak berdaya saing mengikut pendapat mereka. Walau bagaimanapun MPKB tetap berusaha untuk mendapat persetujuan Persatuan Penjual tetapi tetap gagal.

Akhirnya, MPKB telah mengugut untuk merobohkan Pasar Lambak secara paksa kerana alasannya lokasi Pasar Lambak tidak mengindahkan Bandar Kota Bharu.

Persatuan Penjual telah mengambil tindakan proaktif dengan melantik peguam untuk mendapatkan perintah injuksi dari mahkamah menghalang MPKB merobohkan tapak Pasar Lambak.

Tindakan berani Persatuan Penjual telah membuahkan hasil dan akhirnya mahkamah mengeluarkan arahan menghalang MPKB dari merobohkan Pasar Lambak.

Keputusan mahkamah telah disiarkan oleh akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan New strait Times pada awal tahun 1987. Tajuk yang menjadi pilihan akhbar ialah PERSATUAN PENJUAL SAMAN MPKB dan MPKB DIHALANG ROBOH PASAR LAMA.

Sebagai reaksi kepada keputusan mahkamah, MPKB telah membuat rayuan atas keputusan tersebut dan menghentikan rundingan dengan Persatuan.

Kemuncak kepada isu Pasar lambak ialah apabila Bangunan UMNO Negeri Kelantan bersebelahan Pasar Lambak akan dirasmikan oleh bekas PM Dr Mahathir pada 12 Mach 1987. Demi untuk mencantikkan pemandangan di hadapan Bangunan UMNO yang bakal dirasmikan, peniaga diminta berpindah dengan segera.

MPKB dan beberapa pegawai kerajaan telah memohon jasa baik Persatuan Penjual berpindah dan tempat baru disediakan di tingkat 1 Pasar Lama MPKB. Walau bagaimanapun pendirian rasmi Persatuan Penjual tidak berubah dan tetap berkeras untuk berniaga di pasar lambak.

Setelah kesemua pimpinan Persatuan tetap tidak berubah maka MPKB telah membuat provokasi terhadap peniaga Pasar Lambak. MPKB telah mengadakan rundingan dengan kumpulan serpihan Persatuan Penjual yang tidak berautoriti membuat keputusan.

Hampir 20 peniaga dari 124 orang telah dibawa bertemu Menteri Besar, Tan Sri Mohamad Yaacob untuk berunding.

Ia berakhir dengan perobohan dimulakan ke atas gerai-gerai yang telah memberikan persetujuan.

Sehari sebelum perasmian Bangunan UMNO maka berlakulah peristiwa yang menyayat hati. MPKB menghantar jentolak untuk merobohkan lot milik kumpulan 20 dan ia tidak lagi dapat dihalang oleh Persatuan.

Tiada pilihan untuk bertahan, Persatuan Penjual menyeru kesemua ahli mengosongkan gerai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja meroboh oleh MPKB. Dengan hiba dan susah payah kesemua peniaga memunggah stok-stok sehingga pukul 3 pagi. Berakhirnya empayar peniaga pasar lambak demi kepentingan UMNO bagi memberi laluan kepada pengindahan landskap untuk perasmian Bangunan UMNO negeri pada 12 Mach 1987.

Berpindah ke Bangunan Pasar Lama dan Arked UDA

Setelah gagal mempertahankan Pasar Lambak, para peniaga berpindah ke Pasar Lama MPKB. Pada masa itu, pembinaannya hanya 70 % siap. Kemudahan elektrik hanya disediakan 2 minggu setelah peniaga berpindah.

6 bulan kemudian barulah peniaga berhenti menghidu debu kerana kerja-kerja pembinaan yang masih berjalan.

Setelah berpindah, didapati lot-lot tidak mencukupi untuk menampung kesemua 124 peniaga asal. Peniaga merasa hairan bagaimana 300 lot yang wujud di tingkat 1 tidak mencukupi untuk menampung kesemua peniaga pasar lambak yang hanya seramai 124 orang. Rupanya wujud pembahagian gerai kepada kroni-kroni dan anugerah politik yang tertentu.

Hasilnya, MB Tan Sri Mohamad Yaacob telah mengarahkan PKINK untuk membina gerai baru di tanah milik UDA seluas 1.5 ekar sekarang bagi menempatkan lebihan peniaga. Pembinaan mengambil masa selama 6 bulan untuk menyiapkan Arked UDA yang ada sekarang dengan menyediakan 216 gerai bersaiz 8 X 10 setiap satu.

Sekali lagi masalah sama berulang, hampir separuh lot-lot terlepas kepada kroni tertentu.

Hasil kemelut ini, ada juga peniaga yang dulunya berjaya, telah mengubah haluan masing-masing.

Bagi peniaga generasi kedua, mereka terus berniaga di Pasar Lama MPKB dan Arked Uda hingga kini.

UDA kini bercadang membina kondominium dan komponen komersial lain di tapak Arked Uda kini sementara Pasar Lama MPKB pula sudang usang dan tidak selamat untuk digunakan.

Harapan baru mereka ialah Bazar Tok Guru, dan seperti telah dikatakan, ada sebab sejarah untuk Tok Guru terus berazam menjadikan keseluruhan tingkat-tingkat di Bazar Tok Guru sebagai Bazar para peniaga kecil.

Saya merasa terpanggil menulis sejarah kecil ini bila Tok Guru mengarahkan saya menulisnya, supaya 'ekor' dan 'kepala' dapat disambungkan. (Terima kasih kepada para peniaga yang telah membantu penulisan ini)

Sejarah peminggiran hendak diangkat kepada Sejarah Pemerkasaan.


MAJLIS PECAH TANAH BAZAR TOK GURU
dari lamanweb Perbadanan Menteri Besar Kelantan

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah melancarkan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Guru yang diadakan di Kota Bharu iaitu tapak lama Ibu Pejabat Polis Kota Bharu. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merangkap sebagai Pengerusi PMBK.

Bazar ini dinamakan Bazar Tok Guru adalah di atas hasrat untuk mengiktiraf peranan besar yang telah dimainkan oleh semua Tok Guru di seluruh negeri Kelantan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan serta mendidik rakyat untuk memahami Islam dan ilmu-ilmu lain. Dalam masa yang sama nama projek Madinatur Raudah telah dipilih untuk menjadikan kompleks ini dibina bersama-sama dengan Bazar Tok Guru.

Bagi melaksanakan projek ini, PMBK telah memutuskan supaya dilaksanakan oleh Sensa Timur Sdn Bhd berdasarkan pengalaman mereka yang luas di dalam sektor hartanah dan mempunyai kewangan yang kukuh bagi menjayakan projek ini.

Majlis ini juga, turut dihadiri kira-kira 600 orang tetamu jemputan termasuk peniaga-peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked UDA. Antara tetamu yang diundang adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Dato’ Hj Anuar Tan Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Takiyuddin Bin Hassan, dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Hj Wan Abd Rahim Bin Wan Abdullah.

Dengan adanya Bazar Tok Guru ini, segala aktiviti perniagaan runcit dapat disemarakkan dan keselesaan peniaga juga terjamin.


BERDOA KEARAH PERUBAHAN PAS - Sudah Termakbul?

PAS dan nama Allah
Oleh Zulkifli Sulong
Ketua Pengarang Harakahdaily

“75 peratus orang Melayu menolak pandangan PAS yang mengizinkan Kristian menggunakan nama Allah. Hanya 25 pertaus sahaja menyokongnya. Di kalangan bukan Melayu pula, 90 peratus menyokong PAS manakala 10 peratus sahaja menentangnya.”

Inilah kenyataan yang saya temui hari ini. Ia berdasarkan analisa rambang yang dibuat oleh beberapa pihak ekoran isu nama Allah.

“Jika begitu kedudukannya, PAS akan kalah di semua kerusi yang ditandinginya,” kata saya kepada pihak yang memberikan maklumat itu kepada saya. Analisa saya kepada maklumat itu adalah:

75 peratus dari 60 peratus orang Melayu akan mengundi Umno. Hanya 25 peratus sahaja akan mengundi PAS. Ini bermakna, PAS hanya akan mendapat 15 peratus pengundi kelompok ini.

PAS akan mendapat 36 peratus dari 40 peratus pengundi bukan Melayu di Malaysia. Ini bermakna, jumlah undi yang diperolehi PAS adalah 51 peratus berbanding dengan Umno 49 peratus dari seluruh kelompok masyarakat negara ini.

Jika begitu kedudukannya, walaupun PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Malaysia tetapi PAS akan kalah di kesemua kerusinya kerana PAS hanya bertanding di kawasan Melayu majoriti melebih 70 peratus.

Inilah dilema PAS... kalau dilihat kepada senario hari ini.

Namun, saya melihat dari perspektif berbeza. Benar inilah senario hari ini tetapi bukannya senario hari esok dan hari-hari seterusnya. Ini kerana, senario hari ini berlaku berdasarkan emosi orang Melayu dan bukan berdasar fakta sebenar kenapa PAS bertindak sedemikian dalam isu nama Allah ini.

Secara ringkasnya, pendirian PAS dalam isu nama Allah adalah:-

1) PAS setuju tidak salah agama Kristian menggunakan nama Allah kerana semua agama Samawi sememangnya menggunakan nama Allah untuk Tuhan mereka.

2) PAS tidak mahu nama Allah disalahgunakan untuk tempat-tempat yang tidak sewajarnya.


Jelas apa yang diputuskan oleh PAS adalah berdasarkan Islam yang menjadi dasar PAS selama ini. Keputusan itu tidak dibuat PAS kerana kepentingan politik atau kerana emosi para pemimpinnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam itu. Ia pula dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS selepas berbincang dan bermesyuarat.

Dan buat pertama kalinya selepas isu unity government, para pemimpin utama PAS bersatu hati dalam tindakan mereka. Kalau selama ini kelihatan semacam ada kumpulan-kumpulan dalam PAS, isu nama Allah telah menyatukan mereka kembali.

Pemimpin yang membuat kenyataan berbeza dari keputusan 12 Jan itu juga bertegas, pandangan mereka sebelum itu adalah pandangan pribadi. Kini pandangan mereka adalah sama dengan pandangan parti yang diputuskan 12 Jan itu.

Terbukti kini secara perlahan-lahan, PAS telah membuat keputusan yang tepat dengan keperluan parti dan keperluan negara sebenarnya. PAS bukan lagi parti kampung atau parti keagamaan sempit tetapi parti yang meletak kepentingan negara didepannya.

Bayangkan jika PAS berpendirian menentang keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Kristian menggunakan nama Allah itu. Saya yakin, kalaulah PAS mengambil keputusan itu, bukan lapan gereja yang menjadi mangsa “vandalism”. Bahkan, berpuluh-puluh gereja yang bakal menjadi mangsa. Ia bukan lagi dinamakan “vandalism” tetapi serangan berdasarkan “jihad agama”.

Saya katakan semua ini kerana sememangnya perasaan curiga di dalam masyarakat antara Islam dan Kristian ini sudah lama ditanam. Siapa yang menanamnya tidak diketahui. Yang pasti, ia umpama “fitnah” yang sedang tidur. Jika ia digerakkan, maka akan bangunlah ia.

Oleh itu, sesiapa yang masih tidak bersetuju dengan keputusan PAS ini perlu berfikir sekali lagi. Fikiran itu hendaklah dibuat dengan rasional dan berdasarkan sikap terbuka, bukannya emosi. Apakah yang PAS buat itu betul atau salah.

Benar, Umno menggunakan segala organ dan jentera yang dikawalnya untuk mempengaruhi masyarakat agar memihak kepada pemikiran sempitnya iaitu menentang permohonan Kristian itu. Ia bertujuan untuk memberitahu rakyat Umnolah pejuang agama sebenar. PAS (kononnya -GB) hanya memperalatkan agama bukannya pejuang agama.

Antaranya Umno menggunakan platform yang paling ampuh di kalangan orang Melayu iaitu mimbar Jumaat dan Istana untuk mempengaruhi emosi dan pemikiran orang Melayu.

Minggu lepas, sekurang-kurang hampir semua mimbar Jumaat di semua masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membaca teks khutbah yang dibekalkan oleh pihak berkuasa agama yang dikawal kerajaan. Dalam khutbah itu, dibahaskan betapa tidak wajarnya Kristian dibenarkan menggunakan perkataan Allah. Ini kerana Kristian tidak percaya kepada Allah yang satu tetapi trinity.

Di Selangor, pihak berkuasa agama negeri mengeluarkan titah Sultan Selangor melarang nama Allah digunakan oleh agama Kristian.

Namun, ia tidak membawa kesan yang besar. Ini kerana, kewibawaan ulama PAS dalam hal agama ini jauh lebih baik. Bayangkan jika PAS juga bersama mereka... hancurlah negara.

Ulasan GB

Pertama kali saya membaca tulisan Sdr Zulkifli Sulong di era pasca UG. Sebelum ini saya kurang gemar membaca tulian-tulisannya ketika beliau beriya-iya benar menerang dan mempertahankan idea UG semasa beliau di SIASAH dulu.

Kini, seperti sikap yang diambil oleh Ustaz Zorkharnain Abidin, exco Dewan Ulamak Pusat, Zulkifli Sulong kembali berpegang kepada perjuangan PAS yang sebenar.

Dan sepastinyalah yang paling menonjol ialah sikap Presiden PAS sendiri yang merupakan pelopor kepada gagasan UG kini telah mengambil pendirian tegas untuk mengepalai dan mengumumkan pendirian PAS terhadap isu kalimah Allah, yang ternyata disambut kurang senang oleh para pengikutnya termasuk beberapa orang pemimpin kanan yang masih taksub dengan UG itu.

Meminjam kata-kata Zulkifli sendiri:

"Oleh itu, sesiapa yang masih tidak bersetuju dengan keputusan PAS ini perlu berfikir sekali lagi. Fikiran itu hendaklah dibuat dengan rasional dan berdasarkan sikap terbuka, bukannya emosi."

Mungkinkah doa "budak-budak" AdukaTaruna supaya BERDOA KEARAH PERUBAHAN PAS sudah dimakbulkan Allah dan menampakkan kejayaannya (?)

Jika demikian kena terus-terusan berdoa dan semarakkan lagi dengan membeli dan memakai T-Shirt keluaran mereka agar PAS terus berubah dan terus bersatu kukuh mengorak langkah ke hadapan menghadapi cabaran.

Dr Asri & Dr Mohd Nor Manuty Turut Nafi Laporan Tentang Kenyataan IKIM

Tiga daripada tujuh peserta muzakarah pakar termasuk dua ahli politik pembangkang dan bekas mufti Perlis menegaskan pertemuan semalam anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi sebagaimana dilaporkan media tertentu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, ketiga-tiga mereka — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mohd Nur Manuty dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata “apa yang tidak dinyatakan dalam laporan berkenaan (semalam) ialah pendirian konsisten kami” menyentuh tiga perkara.

Salah satu pendirian itu ialah penggunaan kalimah “Allah” untuk tujuan amalan agama sesama penganut agama Kristian dan Yahudi adalah dibenarkan oleh Islam dengan bersumberkan dalil al-Quran dan As-Sunnah serta pandangan ulama muktabar.

“Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara, polemik ini hendaklah diselesaikan dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Pendirian ketiga ialah berasaskan semangat musyawarah dan saling memahami dalam konteks masyarakat Malaysia, maka suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira dalam menentukan penggunaan kalimah “Allah” itu.

“Penggunaan kalimah “Allah” secara tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

“Oleh itu, satu garis panduan penggunaannya perlulah diwujudkan,” tambah mereka menerusi kenyataan itu.

Mereka juga menambah, sebagaimana telah dipersetujui oleh pihak penganjur dan para panel muzakarah dan berdasarkan kepada tradisi keilmuan dan semangat perbezaan pandangan, maka tiada sebarang ketetapan rasmi telah dikeluarkan di akhir sesi muzakarah berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Harakah Daily memetik Hadi melaporkan, muzakarah pakar anjuran IKIM semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.

Penjelasan tersebut sekali gus dilihat berbeza dengan berita ‘God bukan Allah — IKIM’ seperti yang dilaporkan oleh media bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah “Allah” sebagai terjemahan bagi ganti nama ‘God’ atau ‘Tuhan’ adalah tidak tepat.

“Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul,” jelas beliau ketika dihubungi Harakah Daily.

Pun begitu, beliau menegaskan bahawa kalimah “Allah” tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam.

“Penggunaan kalimah Allah oleh umat Islam secara dalaman jelas mengEsakan Allah, penggunaan yang boleh mengelirukan orang Islam tidak dibenarkan sama sekali,” jelas beliau.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulangi ketetapan PAS seperti yang diputuskan oleh Lajnah Politik dan tulisannya sebelum ini.

“Pandangan kita (PAS) seperti yang saya tulis sebelum ini, seperti yang diputuskan (dalam Lajnah Politik) sebelum ini,” jelasnya.

“Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita,” kata beliau dalam kenyataannya bertarikh 7 Jan lalu.


Selain Hadi, Mohd Nur dan Asri turut hadir ialah Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM, Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Md Asham Ahmad.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah IKIM Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh pengerusinya yang juga bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md. Zain.

Laporan Bernama semalam menyebut, muzakarah pakar yang disertai tujuh ilmuwan Islam, anjuran IKIM semalam bersetuju penggunaan kalimah “Allah” sebagai terjemahan atau ganti nama kepada “God” adalah tidak tepat.

Abdullah berkata muzakarah itu merumuskan bahawa terjemahan kalimah Allah sebagai “God” juga menyalahi hakikat sebenar kerana bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjurkan oleh agama Islam di Malaysia.

“Dalam perbincangan ini, kita semua setuju bahawasanya kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama diteruskan dalam suasana aman dan harmoni,” kata Abdullah.

Muzakarah bertajuk “Terjemahan God Sebagai Allah: Mengenal Pasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya” berlangsung selama lapan jam dari pukul 8.30 pagi, dipengerusikan Nik Mustapha.

Abdullah berkata muzakarah itu berjaya mencapai matlamat penganjurannya iaitu mengenal pasti punca dan penjelasan latar belakang permasalahan daripada perspektif agama, bahasa, sosial dan undang-undang.

“Muzakarah ini juga dapat menegaskan kefahaman dan konteks penggunaan Allah dalam al-Quran, memurnikan tafsiran ke atas sumber-sumber hukum Islam berkaitan kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh agama dan budaya selain Islam dan membentuk kesatuan fikiran di kalangan tokoh agama serta pemimpin umat Islam,” katanya. -MI

Ulasan GB

Memanggil Ustadz hadi, Dr Asri dan Dr Mohd Noor Manuty ke muzakharah, kemudian Pak Lah umumkan bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah “Allah” sebagai terjemahan bagi ganti nama ‘God’ atau ‘Tuhan’ adalah tidak tepat.

Itulah perangkap. Itulah penipuan. Itulah pendustaan.

Kita ulangi pendirian PAS berkali-kali terutama kepada UMNO dan kepada ahli PAS yang tebal "kemelayuannya" yang berdolak dalik dan tak ikut keputusan jemaah.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulangi ketetapan PAS seperti yang diputuskan oleh Lajnah Politik dan tulisannya sebelum ini.

“Pandangan kita (PAS) seperti yang saya tulis sebelum ini, seperti yang diputuskan (dalam Lajnah Politik) sebelum ini,” jelasnya.

“Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita,” kata beliau dalam kenyataannya bertarikh 7 Jan lalu.



Tidak Berdisiplinnya Jawatankuasa Disiplin

Seluruh ahli PAS Malaysia diperbodohkan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS yang diketuai oleh DATUK Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebelum ini Jawatankuasa Disiplin beriya-iya menyatakan bahawa keputusan terhadap siasatan ke atas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali dan Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad akan dirumuskan dan diketahui pada 22 Jan 2009. Itu pun setelah berbulan lamanya kes itu disiasat.

Tiba-tiba apabila tiba waktunya, iaitu pada hari semalam, Jawatankuasa Disiplin menyatakankan kedudukan dua pemimpin kanan PAS itu akan diumumkan 29 Januari ini selepas Jawatankuasa Disiplin PAS membuat keputusan mereka.

"Pada hari ini (22 Januari 2010), jawatankuasa telah menyambung persidangan untuk membuat penilaian dan rumusan berkait pendengaran tersebut. Pihak jawatankuasa telah sampai ke tahap keputusan tetapi memerlukan kehadiran kedua-dua ahli yang terlibat untuk jawatankuasa menyampaikan keputusan kepada mereka. Jawatankuasa merasakan adalah tidak wajar untuk mengumumkan keputusan sebelum ianya disampaikan kepada mereka terlebih dahulu."

Demikian petikan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa DIsiplin PAS Pusat semalam.

Persoalannya jika Jawatankuasa Disiplin PAS menyatakan tidak wajar untuk mengumumkan keputusan sebelum ianya disampaikan kepada mereka terlebih dahulu, mengapa tidak dihantar notis kepada mereka terlebih awal supaya hadir supaya keputusan itu dapat diumum segera setelah sekian lama kes itu disiasat?

Mereka hanya dihubungi sejurus keputusan dibuat. Pihak istana pun menghantar surat kepada Khalid beberapa hari sebelum dipanggiil mengadap baginda.

"Oleh kerana kedua-duanya tidak boleh hadir hari ini, kaputusan ini ditangguhkan ke 29 Januari nanti. Notis untuk hadir itu akan dihantar esok kepada kedua-duanya," kata Tuan Ibrahim.

Hari ini baru nak hantar notis. Ketara sangat tidak bersiplinnya Jaawatankuasa Disiplin.


Keputusan kes Hasan, Khalid minggu depan

TEMERLOH, 14 Jan: Pengerusi Lembaga Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya akan membuat keputusan kes membabitkan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada minggu hadapan.

Katanya, Lembaga Disiplin sudah selesai mendengar keterangan daripada kedua-duanya dan kini sedang meneliti beberapa dokumen saksi sebelum membuat keputusan.

Menurutnya, individu yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman bagaimanapun boleh merayu kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari dari tarikh hukuman dijatuhkan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut kesal kerana ada media serta penulis blog membuat pelbagai spekulasi kononnya Lembaga Disiplin telah menjatuhkan hukuman terhadap orang kena tuduh.

“Lembaga belum buat keputusan, bagaimana media sudah keluarkan keputusan,” katanya pada sidang media yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS negeri, di sini, petang semalam.

Hasan dan Khalid telah dipanggil oleh Jawatan Disiplin parti ekoran aduan yang diterima bersabit dakwaan tindak tanduk yang merugikan Pakatan Rakyat.

Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh hukum di bawah Fasal 75 Perlembagaan PAS yang memperuntukkan hukuman sama ada dipecat, diberikan amaran atau digantung keahlian. -Harakahdaily



Kedudukan Hassan dan Khalid ditentukan 29 Januari

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Kedudukan dua pemimpin kanan PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Khalid Samad, Yang Dipertua PAS Shah Alam, akan diumumkan 29 Januari ini selepas Jawatankuasa Disiplin PAS membuat keputusan mereka hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang medianya jam 3.30 petang tadi berkata, pihaknya telah membuat keputusan berdasarkan keterangan dan bukti yang mereka terima.

"Oleh kerana kedua-duanya tidak boleh hadir hari ini, kaputusan ini ditangguhkan ke 29 Januari nanti. Notis untuk hadir itu akan dihantar esok kepada kedua-duanya," kata Tuan Ibrahim.

Duduk bersama beliau adalah Datuk Wan Abdul Muttalib Embong dan Ustaz Mohd Baqi Othman, dua lagi anggota jawatankuasa itu.

Mereka telah bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut sejak jam 10 pagi tadi dan bersambung selepas solat Jumaat.

Ketika ditanya,Tuan Ibrahim berkata, kedua-duanya mempunyai kes prima facie sebab itulah kedua-duanya dipanggil membela diri sebelum ini.

Wan Muttalib pula berkata, tidak timbul soal kesalahan kedua-duanya serius atau tidak tetapi untuk keadilan, keputusan itu hendaklah diumumkan di depan mereka berdua.

Hassan dan Khalid telah dilaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin PAS ekoran beberapa kenyataan mereka yang yang dilihat menyusahkan dan menjejaskan nama baik PAS.

Berikut ialah kenyataan akhbar Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat.

Lanjutan kepada arahan jawatankuasa PAS Pusat, yang menerima aduan perbuatan salah laku (tatatertib) ke atas dua orang ahli PAS iaitu:

1. YB Khalid Abdul Samad

2. YB Datuk Dr Hassan Mohd Ali

Jawatankuasa Disiplin telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kedua-dua ahli tersebut.

Kedua-dua mereka telah membuat jawapan secara bertulis, dan Jawatankuasa Disiplin telah menilai jawapan kedua-dua ahli tersebut dan mendapati ada kes prima-facie dan memberi peluang kepada kedua-duanya untuk pendengaran.

Pendengaran telah diadakan seperti berikut:

1.YB Khalid Abdul Samad pada 7 Januari 2010, beliau membawa seorang saksi dan tidak ditemani oleh mana-mana peguam. Pendengaran diadakan secara tertutup di atas pilihan beliau.

2.YB Datuk Dr Hassan Mohd Ali pada 9 Januari 2010, dan beliau membawa dua orang saksi dan tidak ditemani oleh mana-mana peguam.

Setelah mengambil kedua-dua keterangan yang dihadapkan, jawatankuasa telah menangguhkan pendengaran bagi membolehkan penelitian ke atas fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang diterima.

Pada hari ini (22 Januari 2010), jawatankuasa telah menyambung persidangan untuk membuat penilaian dan rumusan berkait pendengaran tersebut. Pihak jawatankuasa telah sampai ke tahap keputusan tetapi memerlukan kehadiran kedua-dua ahli yang terlibat untuk jawatankuasa menyampaikan keputusan kepada mereka. Jawatankuasa merasakan adalah tidak wajar untuk mengumumkan keputusan sebelum ianya disampaikan kepada mereka terlebih dahulu.

Jawatankuasa menangguhkan pengumuman keputusan kepada satu tarikh yang bersesuaian kepada semua pihak.
Sekian.
-harakahdaily



YBK Tidak Bertanggungjawab - MB Selangor

Ugutan Yayasan Basmi Kemiskinan kepada kerajaan negeri yang mahu menyerahkan pengurusan tanahnya kepada Amanah Raya Berhad adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Setelah beberapa kali kerajaan negeri mendesak YBK mengemukakan laporan kewangan tahunannya, Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Sakom menyatakan ia sudah diterbitkan di laman sesawang YBK.

Bagaimanapun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan laporan itu hanyalah berkaitan aktiviti tahunan YBK dan menyifatkan Zainal cuba berdalih.

“Zainal Sakom cakap, saya dah terbitkan akaun, tulis akaun, boleh jadi orang Umno tak tahu baca akaun, saya reti baca akaun, dalam akaun tak ada tulis ini, u tak ada cerita, besok tanah hilang, duit semua hilang, saya tanya mana itu akaun, lepas tu dah takut dah, saya serahkan kepada amanah raya, bukan kerana apa, serahkan kepada kerajaan negeri, kita bagi kepada rakyat”, kata Abdul Khalid.

Beliau berucap demikian dalam Forum Rakyat di Cheras malam semalam.

Menurut Tan Sri Khalid, sebelum ini YBK cuba menukar status tanah seluas 1,300 ekar di Serendah dari pertanian kepada komersil dengan tujuan membina bangunan komersial.

YBK kemudian menukar perancangan menjadikan kawasan berkenaan sebagai tapak kampus Universiti Teknologi MARA.

Bagaimanapun tindakan itu mencurigakan kerana tanah terbabit cuba dijual pada harga yang rendah berbanding harga pasaran semasa.

“Dia nampak sombong pula, sekali rupa-rupanya sombong itu kita tengok kerajaan negeri Selangor bukannya bagi sikit-sikit, dia bagi 1,300 ekar tanah di Serendah dekat kawasan Proton, 1,300 ekar tanah dengan janjinya dulu nak dibagi RM600 satu ekar, tak lebih dari RM0.20 satu kaki persegi, jadi kita kata, kalaupun Yayasan Basmi Kemiskinan itu pun tidak pejam mata jual tanah itu, dia jual tanah itu kalau tanah pertanian sekurang-kurangnya RM1.20 satu kaki, ataupun RM60 ribu satu ekar, kalau dijual RM60 ribu satu ekar, nilainya ialah lebih RM70 juta.

“Lepas itu minta kerajaan negeri bukan bagi kawasan pertanian, katakan kawasan perumahan dan nak buat bangunan komersial, kalau komersil harga RM10 sekaki, dekat Cheras pun tak dapat RM10 sekaki, RM10 sekaki ialah RM400 ribu satu ekar, RM400 ribu darab dengan 1,300 ekar, RM500 juta, jadi dulu boleh jadi Khir Toyo tak tahu kira, sanggupkah negeri Selangor membiarkan RM500 juta itu dengan cara tidak terkawal, Umno kata boleh tapi Pakatan Rakyat dan Keadilan kata tak boleh, ini hak rakyat”, katanya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN



Sultan Selangor Lebih Terbuka Daripada UMNO dan J/K Disiplin PAS

Khalid Samad yang menghadap Sultan Selangor pagi ini telah dititah agar mengemukakan apa jua syor berkaitan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 termasuk soal penggunaan kalimah “Allah”.

Semalam Khalid mendakwa enakmen itu sudah ketinggalan zaman.

Sultan Sharafuddin Idris Shah juga tidak mahu isu mengenai kalimah “Allah” berpanjangan sehingga menjadi polemik politik.

Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS itu berkata dalam pertemuan lebih sejam pagi ini, Sultan Selangor turut ada menyentuh polemik semasa membabitkan beliau dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Walaupun kunjungan ini bertujuan mendapatkan wawasan Tuanku mengenai Shah Alam, baginda juga ada membangkitkan isu semasa yang berkaitan dengan kalimah Allah dan pertikaian membabitkan Jais dan Mais.

“Baginda bertitah bahawa jika ada apa-apa pandangan hendak dicadangkan, tulis kepada Mais dan Tuanku, baginda akan memberi pertimbangan.

“Bagi saya ini satu respons positif daripada Tuanku, sikap terbuka baginda, yang menyatakan kesediaan baginda untuk mendengar pandangan semua pihak,” katanya.


Khalid menambah beliau menjelaskan kepada Sultan Selangor bahawa pendiriannya selama ini termasuk menerusi ceramah dan forum hanya bertujuan menangkis pandangan Jais dan Mais yang mengapi-apikan orang ramai dengan tindak-tanduk mereka.

Ketika ditanya sama ada beliau akan berhenti bercakap isu kontroversi kalimah “Allah” serta Jais dan Mais selepas ini, Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, oleh kerana ada jaminan Sultan Selangor maka beliau akan memenuhi apa yang dititahkan.

Khalid juga menambah, beliau akan membawa pandangan Sultan Selangor kepada pucuk kepimpinan PAS.

“Saya akan bawa kepada parti termasuk peringkat PAS Selangor... terpulang kepada pucuk kepimpinan untuk memberi pandangan berkaitan syor yang boleh dikemukakan kepada Sultan dan Mais,” katanya.

Selangor merupakan antara negeri yang mengguna pakai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Ia antara lain melarang orang bukan Islam menggunakan secara bertulis atau lisan 25 perkataan.

Antara perkataan itu adalah, Allah, firman Allah, nabi, mubaligh, syariat, wahyu, mufti, Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji, kiblat, Ilahi, Injil, ulama, khalifah, wali, Syeikh, Iman dan dakwah.

Bukan Islam juga dilarang menggunakan 10 perbahasan seperti subhanallah, insya-Allah, astaghfirullahlah, masya-Allah dan Allahuakbar sama ada berbentuk lisan ataupun penulisan.

Kunjungan hormat Khalid, Ahli Parlimen penggal pertama, diadakan sehari selepas beliau menafikan tuduhan 16 pertubuhan bukan kerajaan bahawa beliau memberikan ucapan mencabar, memperlekeh dan mempertikaikan kedudukan Sultan Selangor ketika menyampaikan ceramah pada 12 Jan lalu.

Tegas Khalid, usaha mengheret institusi di bawah naungan Sultan Selangor ke dalam kancah politik dilakukan oleh golongan yang berkepentingan, bukan beliau.

Pada 18 Jan lalu 16 NGO lagi telah membuat laporan polis terhadap Khalid berhubung isi ucapannya di MPSJ bahawa Khalid telah mencabar, memperlekeh dan mempertikaikan kedudukan Sultan Selangor, dan mengheret baginda ke kancah politik.

“Usaha mengheret institusi di bawah naungan Sultan ke dalam kancah politik jelas kelihatan apabila demonstrasi diadakan di dalam Masjid Negeri pada 8 Jan.

“Demonstrasi tersebut disebut umum sebagai anjuran Jais dan Mais walaupun dinafikan oleh mereka kemudiannya,” katanya.

Beliau juga mahu kepimpinan dua institusi agama di Selangor - Jais dan Mais - dirombak selaras dengan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat agar isu-isu semasa menyentuh umat Islam di negeri itu dapat ditangani dengan harmoni.

Khalid berkata beliau akan membawa syor itu ke peringkat atasan termasuk kepada Sultan Selangor jika mendapat peluang. -MI

Ulasan GB

Khalid Samad lagi. Sultan Selangor berlapang dada dan bersikap terbuka dengan meminta Khalid menulis kepada MAIS dan baginda jika ada apa-apa pandangan hendak dicadangkan setelah diketahui Khalid mengkritik Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 sudah ketinggalan zaman.

Baginda dilaporkan sedia mempertimbangkan.

Ia sekaligus menjadikan laporan polis oleh 16 NGO terhadap Khalid yang kononnya Khalid menderhakai Sultan Selangor tidak benar.

Ia juga menunjukkan Lembaga Disiplin PAS sendiri terutama DATUK Tuan Ibrahim Tuan Man tidak bersikap terbuka dan berlapang dada seperti Sultan Selngor apabila Khalid mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor, apabila kritikan itu dilihat sebagai satu "kesalahan".

Tuan Ibrahim telah beberapa kali dilihat bias dengan 'menghentam' Khalid terutama di dalam isu kalimah Allah sekalipun terbukti pendirian Khalid sejajar dengan pendirian parti. Sedangkan pendirian Tuan Ibrahim sendiri mengenai isu kalimah Allah lansung terpesong dari pendirian parti.


PAS arah Khalid Hentikan Kenyataan Tak Selari Dengan Parti

PAS mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad supaya berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Yang Dipertua PAS Shah Alam itu juga seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangannya bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan di kalangan ahli dan juga masyarakat.

"Dalam isu ini saya fikir YB (Yang Berhormat) Khalid perlu lebih berhati-hati.

"Isu ini sangat sensitif, kalau kita tersalah memberi pandangan, impaknya sangat besar," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perbalahan terbuka antara Khalid dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berhubung keputusan kontroversi Mahkamah Tinggi itu.

Media hari ini melaporkan bahawa Zulkifli mendesak supaya Khalid keluar dari PAS dan menyertai parti lain termasuk DAP kerana menyokong keputusan tersebut.

Zulkifli juga mendakwa kenyataan Khalid itu telah merosakkan imej PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Desakan Zulkifli itu dibuat sebagai respons kepada kenyataan awal Khalid yang dimuatkan dalam blognya iaitu Allah bukan Tuhan kepada orang Islam semata-mata tetapi Tuhan kepada seluruh alam semesta, termasuk orang bukan Islam dan Rasulullah tidak pernah menghalang penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam.

Katanya, al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam, sama ada golongan Musyrikin, Yahudi mahu pun Nasrani menggunakan perkataan Allah apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS beranggapan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam itu merupakan pandangan peribadinya dan tidak mewakili parti.

"Itu hanyalah pandangan peribadi beliau, bukan pandangan PAS secara keseluruhannya," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan mengambil sebarang tindakan terhadap Khalid, Tuan Ibrahim berkata: "Saya fikir tak perlulah sampai nak ambil tindakan disiplin terhadap beliau.

"Kita dalam PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka apabila mengeluarkan pandangan, tapi dalam hal ini beliau bercakap mengikut pandangannya berdasarkan hukum ciptaan iaitu tuhan kepada semua manusia ialah Allah."

Mengulas sama ada tindakan Khalid itu akan menjatuhkan imej PAS kerana masyarakat melihat wujudnya perselisihan pandangan di kalangan pemimpin parti itu terutamanya dalam isu-isu sensitif, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya sememangnya tidak menyekat kebebasan bersuara.

"Kita tak sekat ahli-ahli PAS yang ramai ini untuk memberi pandangan, tapi pandangan yang menjadi dasar PAS adalah datang dari enam peringkat tertinggi dalam parti iaitu Mursyidul Am dan timbalannya, Presiden dan timbalannya, Setiausaha Agung serta Ketua Penerangan.

"Kenyataan mereka ini kita anggap sebagai kenyataan rasmi parti," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim lagi, pendirian PAS adalah jelas bahawa parti itu sememangnya membantah kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi itu berhubung penggunakan kalimah Allah.

"PAS membantah sekeras-kerasnya mengenai perkara ini dan kami menyokong semua usaha termasuk rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu," katanya. -MSTAR


Pendirian parti:

Beliau (Presiden PAS - TG Abdul Hadi Awang) yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulangi ketetapan PAS seperti yang diputuskan oleh Lajnah Politik dan tulisannya sebelum ini.

"Pandangan kita (PAS) seperti yang saya tulis sebelum ini, seperti yang diputuskan (dalam Lajnah Politik) sebelum ini," jelasnya.

"Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita," dipetik dari kenyataan rasmi Ustaz Abdul Hadi pada 7 Januari lalu.


Ini kenyataan Tuan Ibrahim pula:

Tambah Tuan Ibrahim lagi, pendirian PAS adalah jelas bahawa parti itu sememangnya membantah kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi itu berhubung penggunakan kalimah Allah.

"PAS membantah sekeras-kerasnya mengenai perkara ini dan kami menyokong semua usaha termasuk rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu," katanya. -MSTAR

Dari pendirian itu ternyata Tuan Ibrahimlah yang perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin.




Tiada Yang Kekal Di Dunia.. Sultan Johor Mangkat

Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi.

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi.

Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang esok.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik Pemangku Raja petang tadi, akan dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada jam 1 petang di Istana Besar esok.

Esok juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri dan Johor akan berkabung selama tujuh hari.

Terdahulu, Tegnku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail mengangkat sumpah sebagai Pemangku Raja selepas dilantik Jumaah Majlis Diraja Johor bagi menjalankan tugas Raja dalam satu majlis di Istana Besar, di sini petang tadi.

Pelantikan berkenaan disaksikan Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim dan Tunku Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid berikutan kegeringan Sultan Johor, Sultan Iskandar yang dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri, di sini.

Dalam majlis berlangsung selama 10 minit bermula jam 5.10 petang itu, Tunku Ibrahim yang kelihatan sedih sepanjang upacara dan sesekali mengesat mata itu mengangkat sumpah sebelum menandatangani watikah pelantikan sebagai Pemangku Raja.

Tunku Ibrahim ketika mengangkat sumpah pada majlis itu berjanji bahawa Baginda akan memerintah dengan saksama dan bertimbangrasa kepada penduduk dan rakyat negeri ini

"Selain itu, saya bersumpah akan memelihara dan menghormati agama Islam dan adat istiadat Melayu dan berpegang kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor. Barang disokong Allah akan saya," titahnya.


Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Wikipedia

DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail (diputerakan pada 8 April 1932) adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989, serta Sultan Johor yang terkini.

Putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad, putera ini dinamakan Tunku Mahmood Iskandar.

Tokoh yang kontrovesi di Malaysia, Tunku Iskandar menjalani hidup yang pelbagai. Dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959, baginda disingkirkan daripada jawatan tersebut oleh ayahandanya apabila didapati bersalah atas tuduhan menyerang oleh mahkamah. Bagaimanapun, Sultan Ismail berlembut pada akhir hayatnya dan mengurniakan kembali Tunku Iskandar pangkat dan gelarannya sepuluh hari sebelum kemangkatan.

Berminat dengan tentera, Sultan Iskandar sering tidak seiring dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ketika beliau menjadi Sultan Johor. Bagaimanapun, setelah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Iskandar berbaik dengan Perdana Menteri dan ini mencapai kemuncaknya apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dikurniakan dengan "Darjah Pertama Kerabat Diraja Mahkota Johor", sesuatu yang tidak pernah dianugerahkan kepada orang kebanyakan.

Sultan Iskandar telah bercerai dengan ibu Tengku Mahkota, Josephine Trevorrow, dan kemudiannya berkahwin dengan Tengku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Ahmad daripada kerabat diraja Kelantan. Tengku Zanariah kini merupakan Sultanah Johor.


ALFATIHAH