21 Jan 2012

Parasit Sebenar Telah Pun Dapat Dinyahkan

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad berkata, pihaknya telah diberi "kemampuan" oleh ALLAH untuk menyahparasit, yang menurutnya secara perlahan-perlahan telah merosakkan parti Islam itu.

Dengan perkembangan itu, kata beliau, parasit sudah pun dinyahkan dan Pas akan mara ke hadadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan umat Islam untuk menggantikan Umno dengan menjadi wadah politik umat Islam yang utama di negara Malaysia.

Tanpa menamakan mana-mana pihak dan individu dalam entri terbaru blognya, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat 'road-show' ke seluruh negara.

"Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal.

"Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran," katanya sambil menambah, "kali ini dia lajak lebih jauh lagi, maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau."

Tulisan beliau merujuk kepada tindakan susulan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Pas memutuskan untuk memecat Hasan sebagai ahlinya pada 8 Januari lalu.

Ekoran perkembangan itu, Hasan mendedahkan wujud parasit dalam Pas tetapi hanya mahu mendedahkan kumpulan itu, yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam dalam waktu terdekat menerusi program jelajah ke seluruh negara.

Kata Hasan, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya telah berjaya mengubah hala tuju Pas termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

Menurutnya, kumpulan berkenaan mempunyai hubungan dengan pergerakan Islam tertentu dan sebahagian mereka bergerak cergas di luar negara sebelum ini sebagai pelajar.

Khalid, Ketua Pas kawasan Shah Alam dan ahli jawatankuasa kerja Pas pusat berkata, kemungkinan pihak yang mendakwa wujud parasit akan mencanangkan bahawa dirinya dipecat kerana Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri.

"Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya.

"Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej Umno-BN untuk mempengaruhi ahli Pas dan rakyat jelata,"
katanya lagi.

Khalid seterusnya menulis bahawa "dulu dia juga yang menjadi juara wala’ dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua."

"Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak, maka tidak wala’, tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyah dan sebagainya.

"Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven," katanya.

Beliau menambah, mungkin itu yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu, terlalu membesarkan diri dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit.

"Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya.

"Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, ALLAH sayangkan Pas dan memberi Pas kemampuan untuk ‘nyahparasit’ dan inilah yang telah berlaku,"
katanya. -SH


Sekarang Hassan Ali merasakan Umno parti terbaik di dunia, tapi sampai bila?

Hassan Ali sangat marah buat masa ini dan sebetulnya dia marah. Dengan pilihanraya akan menjelang tidak lama lagi, beliau harus mencari jalan untuk kekal relevan dan diambil sebagai calon. Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya kerana beliau baru sahaja dipecat daripada PAS dan reputasi beliau sekarang agak tercalar. Beliau dituduh menjadi sebagai ‘katak’ dan dimotivasikan oleh wang.

Hassan sekarang sedang bekerja keras untuk mencari jalan untuk diambil sebagai calon parlimen supaya dia tidak perlu berpisah dengan faedah dan kelebihan yang disediakan untuk ahli parlimen.

Sudah tentunya PAS tidak mahu apa-apa lagi kaitan dengan beliau begitu juga PKR dan DAP. Jadi, Hassan terpaksalah meminta simpati kepada UMNO. UMNO pula, yang sememangnya bermotifkan wang akan membiarkan beliau terus meminta dan menggunakan beliau sepenuhnya sebelum menolak beliau ke tepi, sama seperti sampah sarap UMNO yang lain seperti Zahrain Hasim, Zul Noordin, Hee Yit Foong, Keshvinder Singh, Tan Tee Beng dan yang sewaktu dengan mereka.

Hassan berebut untuk dapatkan wang UMNO

Untuk masa sekarang, Perdana Menteri Najib Razak yang berkuasa menentukan senarai calon ‘boleh menang’ dan ia Nampak sangat menarik. Hassan Ali bolehlah dimaafkan sekiranya memikirkan bahawa beliau sekarang menjadi buah hati UMNO seperti Ibrahim Ali nombor 2.Tetapi memandangkan pertelingkahan dalaman yang semakin sengit dalam UMNO untuk mendapatkan kerusi, peluang Hassan dan Ibrahim Ali seakan-akan menemui salji dalam neraka!

Jadi, tanpa platform politik, Hassan berkemungkinan besar terpaksa menyertai Perkasa di mana Zul Noordin sudahpun merasa menyesal. Jika Perkasa berjaya mendapatkan tempat untuk bertanding dalam pilihanraya, Hassan akan tersenyum. Tetapi bayangkanlah siapa yang akan mengundi untuk kumpulan yang kolot, gila dan bersikap perkauman? Walaubagaimanapun, mereka-mereka ini berkemungkinan masih akan menjadi yang beruntung kelak. Ada spekulasi yang mengataka bahawa mereka telahpun menerima ganjaran awal untuk melakukan taktik-taktik kotor mereka. Untuk Hassan yang merupakan ahli terbaru yang menyertai kumpulan ini, permainan beliau baru sahaja bermula dan rakyat bolehlah menanti banyak lagi yang akan disajikan kelak- tuduhan liar yang direncanakan Najib dan orang-orang kuat UMNO menurut cara mereka berpolitik.

Lupakan segala drama yang dilakonkan Hassan Ali di media perdana kerana sebenarnya disebalik kemarahan beliau itu, cita-cita sebenarnya adalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Semasa pilihanraya 2008, di mana Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Hassan Ali telah menyiapkan dirinya untuk mengambil alih jawatan Khir Toyo. Malangnya untuk beliau, jawatan itu telah jatuh kepada Khalid Ibrahim, PKR. Yang paling beliau tidak berpuas hati adalah hakikat yang PAS telah seolah-oleh melepaskan semua kuasa di Selangor kepada PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.

Mungkin Hassan lupa bahawa PKR telah menang paling banyak kerusi di Selangor. PKR menang 15, DAP 13 dan PAS 8. Sungguhpun begitu, Hassan mendesak agar Selangor diserahkan kepada PAS dan beliau menjadi maharajanya! Memang hakikatnya bahawa Hassan pada ketika itu sudahpun mempamerkan sifat tamak dan gila kuasa yang sememangnya sinonim dengan Umno dan tidak hairanlah sekarang beliau sudah kembali ke pangkuan parti itu yang sesuai dengan sifat beliau tidak seperti PAS.

Pada masa itu juga Hassan memikirkan cara untuk merampas kuasa dari PKR di Selangor. Apa yang beliau perlukan adalah dapatkan PAS untuk bekerjasama dengan Umno. Lalu bermulalah siri drama di media yang menyaksikan Umno yang berminat dan PAS yang tiada minat langsung.

Penolakkan Selangor sangat kuat pihak media dilarang buat liputan

Gabungan kemenangan PAS, DAP dan PKR telah menyingkirkan Selangor pada 2008, suatu keputusan yang mengejutkan BN. Walaupun media BN enggan melaporkan cerita sebenar bagaimana BN kalah teruk di Selangor, sepintas lalu kita lihat 36 kerusi Pakatan dan 20 kerusi BN menceritakan segala-galanya. Kekalahan itu sangat mengejutkan dan meluas dan ada di setiap spectrum masyarakat Selangor.

Mungkin ada yang hairan mengapa surat khabar sering melaporkan bahawa Pakatan akan kalah di Selangor pada pilihanraya ke 13 sedangkan MB Khalid dan pasukan beliau telah melakukan yang terbaik di Selangor – mungkin 100 kali lebih baik daripada kerajaan yang ditadbir oleh UMNO –Khir Toyo.

Strategi begini dipanggil strategi memuaskan ramalan. Umno tidak mampu untuk membiarkan khabar mengenai kelemahan dan penolakkan mereka di Selangor tersebar, lali mereka menggunakan media untuk sentiasa mencanangkan berita bahawa BN akan memenangi kembali Selangor yang gagal diperintah oleh Pakatan pada PRU 13. Berulang-ulang kali mereka berharap agar dapat menang perang pisikologi ini. Akan tetapi, untuk menang pilihanraya, ia adalah lebih daripada menang perang pisikologi. Inilah yang harus diterima oleh Najib tetapi mungkin beliau agak terlambat!

PAS juga tidak mahu UMNO

Malang untuk Hassan Ali, PAS tidak begitu berminat untuk mempunyai hubungan dengan Umno. Oleh itu, Hassan mula mempersoalkan kepimpinan PAS.

Apabila beliau bercakap mengenai parasit dalam PAS, beliau gagal menyebut bahawa parasit sebenar adalah dirinya sendiri. Sangat melucukan yang ibu kepada parasit mengugut untuk mendedahkan anak-anaknya sendiri. Ada yang dalam PAS mengatakan bahawa Hassan akan sanggup menggadai neneknya sediri sekiranya ia adalah untuk kepentingannya. Sangat kotor falsafah politik Hassan tetapi masih ada juga beberapa orang dalam PAS yang bersimpati dengan beliau dan menggesa beliau merayu pemecatannya.

Nasib baik Hassan tahu diri. PAS diperingkat tertinggi pun tidak akan mengambil beliau semula. Sama juga dengan bekas ahli Ibrahim Ali. Hassan telah melakukan kesalahan paling besar- beliau cuba mengambil alih PAS semasa beliau masih lagi ahli. Dalam pemikiran beliau sekiranya beliau mengambil alih kepimpinan PAS, beliau masih boleh mengusahakan penggabungan dengan Umno. Beliau cuba untuk bermain permainan beliau dengan bijak.

Tetapi malang sekali lagi untuk beliau, dalam muktamar PAS tahun lepas, parti itu telah dengan rasminya menolak sebarang usaha untuk bergabung dengan UMNO.Mereka mahu mengubah imej menjadi sebuah parti Islam yang moden. Hassan menemui jalan buntu. Beliau hilang kuasa ke atas PAS Selangor dengan Abdul Rani dijadikan pesuruhjaya PAS menggantikan beliau.

Sangat memalukan untuk Hassan! Beliau hampir pasti tiada siapa yang dapat menghidu rancangan beliau. Beliau sangkakan bahawa tiada yang dapat menjejak langkahnya tetapi ahli PAS lain nampaknya lebih tahu dan sudahpun membuang beliau sebelum apa-apa berlaku.

Sebahagian daripada rancangan jahat

Undi penentu di Selangor adalah undi Melayu. Apabila Najib Razak mengatakan bahawa beliau akan mendapatkan semuala Selangor dengan apa cara sekalipun, beliau yakin kerana beliau Cuma perlu berusaha untuk undi Melayu. Inilah sebabnya mengapa adalah sangat penting untuk Hassan menyayikan lagu Umno kepada PAS. Masyarakat Melayu masih lagi terbahagi kepada 2 parti utama ini, dengan PKR yang baru semakin mendapat tempat. PAS dan PKR boleh mendapatkan 45-55% undi Melayu apabila bergabung. Umno perlu mendapatkan 5 hingga 10% lebih daipada ini untuk menang.

Ini juga menjelaskan usaha Hassan Ali dan UMNO menggunakan sentiment perkauman dan agama yang gagal meraih sokongan perhimpunan mereka. Hassan melakukan serbuan keagamaan bersama JAIS yang berada dibawah telunjuk UMNO. UMNO perlu membuat seolah-olah DAP adalah agen pengkristianan sebagai taktik untuk meraih sokongan orang Melayu. Dalam Perhimpunan UMNO yang lepas, mereka dengan terang-terangan mengatakan bahawa mereka hanya perlu mendapatkan 8 kerusi PAS dan 15 kerusi PKR di Selangor. Hassan sekali lagi memainkan sentimen Islam dengan mengatakan bahawa PS telah kehilangan identity Islam dan ini juga adalah bentuk serangan Umno memburukkan Pakatan dan Anwar.

Inilah rancangan jahat yang disertai Hassan Ali. Gerakan menghuru-harakan Selangor dan memburukkan Pakatan. Hassan Ali seumpama kanser yang membunuh sel baik dalam PAS dan beliau haruslah dikeluarkan. PAS melakukan apa yang dibuat oleh parti politik lain apabila ada ahlinya memberontak- pecat ahli itu!

Siapa yang tidak dijual oleh Hassan Ali nanti?

Ini menerangkan kenapa Hassan Ali terlampau marah dan meluahkannya di media perdana seperti kekasih yang ditinggalkan. Cita-cita beliau untuk menjadi Menteri Besar sudah musnah dan kerjaya politik beliau diawangan. Beliau tahu beliau tiada apa yang dapat diberikan kepada rakyat kerana selama ini beliau mendapat tempat di parlimen dan membina kerjaya politiknya menerusi cara buli dan hina.

Kepada Hassan Ali, semoga berjaya dan beliau telah meletakkan harapan pada janji kosong Umno. Tidak lama lagi beliau akan lihat bahawa mereka yang melayannya dengan baik adalah orang yang beliau sedang malukan. Tetapi pada masa itu, beliau sudah terlambat dan Hassan akan mendapati bahawa hanya Tuhan yang akan mendengar luahan hati beliau. ~malaysiachronicle


Shahrizat Saman Malu Kerana Terdesak & Untuk Tutup "Kemaluan" Yang Terlondeh

Politik Zuraida dakwa Shahrizat terdesak

PETALING JAYA- Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mendakwa Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kian terdesak sehingga terpaksa memfailkan saman RM100 juta terhadapnya dan Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli berhubung skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau tidak gentar dengan tindakan saman itu dan akan terus menggiatkan usaha melakukan jelajah kempen pendedahan mengenai isu NFC.

"Permohonan perintah injuksi beliau bagi menghalang saya dan Rafizi daripada membuat sebarang kenyataan lisan atau bertulis terhadapnya berkaitan NFC atau syarikat bersekutunya jelas menunjukkan beliau kini sedang tertekan dan terdesak.

"Beliau tidak berhak halang kami bersuara. Selaku Ahli Parlimen saya berhak membela dan memperjuangkan nasib rakyat sama ada di dalam atau diluar Dewan Rakyat. Demi rakyat, saya akan terus bersuara!," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini pagi ini. -SH

"Saya Ada Hak Fail Saman" - Shahrizat

TEMERLOH: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata bahawa beliau hanya menjalankan haknya apabila memfailkan saman RM100 juta terhadap dua pemimpin PKR berhubung kenyataan fitnah terhadap Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Beliau berkata budaya membuat kenyataan fitnah sewenang-wenangnya adalah keterlaluan.

"Ia menjadi semakin melampaui batas dan tidak terkawal, seolah-olah tidak ada undang-undang untuk mengawal keadaan di negara ini.

"Mereka rasa bahawa mereka sahaja yang mempunyai hak, saya juga mempunyai hak, mengapa saya nekad untuk membawa perkara itu ke mahkamah," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Dalam tuntutan mahkamah yang difailkan oleh peguam beliau peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis, beliau mendakwa kedua-dua, pengarah strategik PKR Rafizi Ramli dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin yang mula mengadakan siri sidang akhbar di pelbagai lokasi, termasuk lobi Parlimen, dalam merancang serangan terhadap NFC, suami dan keluarga beliau.


Ulasan GB

Dah lembu, lembu jugak.

GB dah ulas semalam:

Satu persoalan yang timbul, mengapa Shahrizat dan Rafizi disaman berhubung pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC) sedangkan skandal ini masih di dalam siasatan polis dan SPRM? Apatah lagi skandal ini didedahkan oleh Jabatan Audit Negara sendiri?

Malah Najib sendiri sudah mengumumkan pembekuan asset-asset NFC disamping Muhyiddin sendiri khabarnya ingin melantik firma audit untuk mengaudit akaun NFC?

Menyaman orang yang mendedahkan penyelewengan adalah sesuatu yang menghina semua pihak yang terlibat iaitu institusi perundangan, kehakiman, Jabatan Audit, SPRM, Polis, PM & TPM sendiri apatah lagi kes itu masih di dalam siasatan
.


Bukan sahaja Shahrizat terdesak, malah saman itu hanya untuk menutup "kemaluan" yang terlondeh sendiri ekoran skandal berkenaan. Mana mahu lari Shahrizat?

Kamu kata berhak fail saman?

Rakyat berhak menuntut kamu sekeluarga dipenjarakan nanti apabila terbukti bersalah. Amacam?


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Isu Portfolio Ugama Selangor: Pendirian Pemuda PAS Pelik

Apa makna orang agama kalau wang zakat disalahguna?

KUALA LUMPUR, 20 Jan: “Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?”

Itulah jawapan ringkas berbentuk soalan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) untuk membalas serangan bertubi-tubi media Umno terhadap PAS dalam isu exco agama kerajaan negeri Selangor.

Bagi beliau, serangan Umno menandakan pemikiran Umno masih berada di kotak lama kerana menganggap exco agama mesti diberikan kepada PAS, seolah-olah orang lain tidak layak; atau PAS hanya layak pegang exco agama; sedangkan portfolio lain tak layak.

Dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun, Tuan Ibrahim menegaskan yang penting ialah amanah seperti yang dinyatakan dalam satu nasihat Nabi Muhammad kepada Abu Zar Radiallahu'anhu.

“Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu'anhu, baginda menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).

"Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?” kata beliau.

Kenyataan beliau ini dipercayai merujuk kepada kontroversi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan dana zakat sebanyak RM63,650.00 untuk sebagai pendahuluan membiayai kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir dalam menangai kes permohanan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berpendapat bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan perakuan untuk mengadakan perbincangan dengan PAS dalam isu-isu agama dan merujuk kepada pakar dalam isu-isu hukum telah menggambarkan kepada rakyat, sikap berhati-hati yang diambil kerajaan Selangor dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya.

Dalam perlantikan Dr Yunus dengan sokongan padu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman, Tuan Ibrahim berkata ia memperlihatkan kepada umum betapa kepimpinan PAS bukanlah golongan yang mengejar jawatan. -HD

Exco agama: Yang pentingnya amanah, kata Mohd Sabu

KUALA LUMPUR, Jan 20: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, bukan semestinya orang belajar agama sahaja yang boleh mengambil tugas Exco hal ehwal agama, tetapi perlukan seorang Muslim yang amanah, jujur dan ikhlas.

Lagipun, katanya, Pembantu Exco Hal Ehwal Agama adalah kekal dipegang Adun PAS iaitu Dr Shafei Abu Bakar (Bangi).

Beliau berkata demikian ketika menyokong hujah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatan exco agama kerajaan Selangor.

Semenjak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang disandang oleh bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat, media Umno telah bertubi-tubi menyerang isu ini kononnya PAS tidak Islam lagi tanpa portfolio tersebut.

Menjawab serangan tersebut, Mohamad berpendapat langkah Khalid adalah tepat kerana dengan pilihanraya umum yang semakin dekat, adalah perlu untuk satu institusi yang lebih besar untuk mengawal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“(Oleh itu), adalah lebih baik untuk Tan Sri Khalid mengambil exco agama. Bukan semestinya orang agama sahaja yang boleh ambil tugas itu, asalkan ia amanah, jujur dan ikhlas.

"Nasib yang melanda (Datuk Seri) Jamil Khir dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin memberitahu kita, yang penting ialah amanah dan takut pada Allah, bukannya siapa yg menduduki satu jawatan,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Kedua-dua menteri Umno yang disebut Mohamad itu kini terlibat dalam skandal dakwaan salahguna kuasa dan wang.

Jamil terpalit dengan skandal menggunakan wang zakat untuk membayar kos guamannya, manakala Muhyiddin pula tertekan sebagai menteri yang meluluskan projek RM250 untuk Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Ketua Umno Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Awal pagi ini, Tuan Ibrahim menegaskan amanah merupakan benda terpenting dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun.

“Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu'anhu, baginda menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).

"Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?” kata beliau.

Menyambung hujah Tuan Ibrahim, Mohamad berkata tiada gunanya sekiranya seorang ustaz diletakkan di sesuatu jawatan “kalau dana zakat yang terang-terang salah boleh dihujahkan sebagai betul.”

“Buat apa? Tapi untuk Umno, lainlah, mereka parti yang suka tegakkan benang basah. Laporan ketua Audit Negara dah kata NFC bermasalah, masih nak buat audit baru untuk confirm audit ketua negara,” sindir beliau.

Muhyiddin yang turut terpalit dengan isu skandal NFC telah secara ironisnya mengumumkan hasrat kerajaan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi tujuan menjalankan penelitian wajar untuk mengaudit projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Cadangan tersebut dibantah oleh Jingga 13 dengan alasan Muhyiddin sebagai menteri yang terlibat dalam skandal tersebut sudah tidak mempunyai kredibiliti dan integriti lagi untuk berbuat demikian kerana sudah pasti ia akan menimbulkan prejudis oleh seluruh rakyat Malaysia. -HD


“Bahkan rela diberi kepada orang lain yang difikirkan sesuai dan layak demi memperkasakan jentera parti,” tambah beliau. -HD

Isu portfolio: Pemuda Pas mahu temu MB

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas mahu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berikutan perubahan portfolio 'penting' yang sebelum ini disandang oleh wakil rakyat parti Islam itu.

"Dalam masa yang sama juga, kami ingin mendapat gambaran penyusunan semula portfolio dan skop kerja bagi pimpinan Kerajaan Negeri Selangor selepas ini setelah berlakunya rombakan kecil portfolio yang telah diumumkan oleh Tan Sri Khalid (kelmarin)," kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan.

Beliau melahirkan pendirian itu menyentuh rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri Selangor ekoran pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Adat Resam, Belia dan Sukan.

Adun Pas itu dilantik bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat awal bulan ini.

Sebelum ini, Hasan, yang juga Adun kerusi Gombak Setia, mewakili Pas, diberi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Perubahan itu mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian ahli Pas dan juga dikritik pesaing politik parti itu.

Semalam, Ketua Pemuda Pas pusat, Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, sayap itu khuatir sekiranya berlaku perbuatan ‘tikam belakang’ oleh pihak tertentu sama ada dari parti itu mahupun dalam Pakatan Rakyat (PR) ekoran tidak bersetuju dengan pelantikan Dr Ahmad

Dr Ahmad Yunus sebagai Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, kelmarin.

Katanya, pemimpin dan penyokong PR yang tidak berpuas hati perlu menerima seadanya calon itu bagi melicinkan urusan pentadbiran negeri.

“Nasihat saya, jangan pinggir beliau (Ahmad) yang dilantik Menteri Besar selepas mendapat persetujuan semua pihak. Satu lagi, jangan buat perkara tidak baik seperti boikotnya kerana boleh menjejaskan program dirancang nanti untuk kebaikan kerajaan Selangor.

“Saya bimbang sekiranya mimpi ini jadi kenyataan dan timbul protes daripada mereka tidak suka kepada calon yang dilantik. Apa pun, paling penting, kita jangan khianatinya dan biarlah beliau menjalankan tugas serta amanah yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataannya di laman sosial berbunyi, 'Kalau hendak berkawan biar tahu membaca ragam. Kalau hendak berkawan biar tahu membuka gelanggang. Pas kawan siang dan malam, tetapi kenapa maruahnya dilagang.'

Khalid, dalam komennya semalam berkata, perubahan portfolio Exco yang dibuat kelmarin adalah selepas mengambil kira beberapa faktor antaranya pilihan raya umum yang semakin hampir serta bagi memastikan pengurusan pentadbiran lancar.

Katanya, beliau mengambil alih portfolio hal ehwal agama kerana adalah tidak adil sekiranya Exco yang baru yang juga merupakan Adun Sijangkang diberikan tanggungjawab tersebut.

Menurutnya, sebagai Exco baru Dr Ahmad Yunus memerlukan masa untuk memahami sistem yang ada.

Dr Ahmad Yunus kini memegang portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Khalid berkata, tugas Exco Hal Ehwal Agama digalasnya kerana setiausaha Kerajaan Negeri dan penasihat undang-undang terdiri daripada ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais) maka ia memudahkan beliau untuk memantau perkembangan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Beliau berkata, rombakan tersebut perlu dilakukan setelah mengkaji faktor-faktor tersebut. -SH


Ulasan GB

Agak aneh pendirian Pemuda PAS. Sepatutnya mereka pergi bertemu pemimpin PAS terlebih dahulu sebelum pergi menemui MB Selangor.

Pendirian Pemuda PAS seperti seolah-olah masih berdiri teguh di belakang Hassan Ali dan membelakangi pendirian PAS Pusat di dalam hal berkenaan. Ketua Pemuda PAS "hadir" melalui sajaknya.

Peliknya pendirian Pemuda PAS semakin jelas semasa wakil mereka menyertai Himpun Sejuta Rakyat yang dihadiri Hassan Ali dan beberapa pemimpin UMNO sedangkan PAS Pusat & PAS Selangor telah menyatakan pendirian jelas tidak menghadirinya. Walaupun tidak menghalang ahli menghadirinya, tetapi sepatutnya semua ahli PAS memahami mesej Presiden PAS ketika itu.

Dan kini, pendirian Pemuda PAS di dalam isu potfolio seiring sejalan dengan pendirian UMNO, berdalih dengan menyatakan bahawa "khuatir sekiranya berlaku perbuatan ‘tikam belakang’ oleh pihak tertentu" sedangkan selama ini yang tikam belakang ialah Pemuda PAS sendiri!

Pilihanraya semakin hampir, Pemuda PAS masih di takuk itu. Lembab belajar dan lambat berubah.

Wasatiah: Ustadz Idris Bidas Najib, Cakap Tak Serupa Bikin

Wasatiah: Najib diminta 'jangan cakap tidak serupa bikin'

KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS meminta Datuk Seri Najib Razak agar jangan mencemarkan Islam dengan slogan sehingga merosakkan imej Islam di pandangan masyarakat bukan Islam di negara ini.

"Kita mengharapkan Datuk Seri Najib biarlah bercakap serupa dengan bikin," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau mengulas dasar wasatiah yang diperkenalkan Najib.

Bagi beliau, ia adalah lanjutan dasar pragmatis Umno untuk meraih sokongan di kalangan orang Melayu terutama musim pilihanraya.

"Zaman Tunku Abdul Rahman memperkenalkan musabaqah al-Quran, zaman Tun Hussein Onn memperkenalkan Bulan Dakwah.

"Tun Dr Mahathir Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Tun Abdullah Badwi Islam Hadhari.

"Kita rasa sangsi dengan Islam Wasatiah yang diperkenalkan oleh Najib.

"Apakah beliau memperkenalkan Islam Wasatiah kerana gerun melihat kebangkitan rakyat Arab yang menggulingkan pemerintah di negeri mereka dengan andaian ini ada tindakan ekstrim.

"Kalau itu maksudnya maka ini adalah satu kesilapan untuk memahami pengertian Wasatiah," katanya.

Menurut Idris, memang Islam ajarannya wasatiah, iaitu tidak melampau dan tidak kurang.

Contoh wasatiah di dalam ibadah puasa, ia mesti buka, tidak boleh terus menerus berpuasa.

Begitu juga dengan memakai pakaian yang menutup aurat ini adalah wasatiah, jika mendedahkan aurat maka ini bukan Islam wasatiah. -HD

Ulasan GB

Firmanullah s.w.t.:


Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia dan Rasulullah pula akan menjadi saksi kebenaran perbuatan kamu. Dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu, melainkan untuk pengetahuan Kami tentang siapakah yang mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah. Dan sesungguhnya (peralihan kiblat) itu amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah. Dan tidaklah Allah akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Nya kepada orang (yang beriman). Al-Baqarah:143


Ummatan wasatan - Mengikut kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti Kitab Tafsir At-Tabari, Fi Zilal Al-Quran, Al-Munir, Al-Sayuthi dan Al-Qurthubi, "wasat" (akar kata wasatiah) ialah adil.

Jika ada yang mentafsirkan dengan "pertengahan" atau "sederhana", ia menyimpang dari maana sebenar "wasatiyyah".

Dan jika mahu juga diterima wasatiah itu sebagai pertengahan atau sederhana, maka Rasulullah itulah contoh tauladan wasatiyyah yang sebenar.

Mengikut keseluruhan ajaran Islam itulah yang sebenarnya di katakan wasatiyyah.

Justeru itu, wasatiah bukan bererti terimaajaran Islam separuh, tolak separuh supaya dapat dikatakan "sederhana".

Wasatiah bukan bererti boleh mengizinkan pemimpin berlaku curang kepada rakyat. Bukan bererti boleh menekan rakyat dan berlaku zalim sesuka hati. Bukan bererti boleh membiarkan isteri membogelkan kepala tanpa bertudung, bukan bererti boleh menangkap orang memberi tazkirah ugama sesuka hati, bukan bererti mengutamakan bangsa sendiri dengan menekan bangsa lain.

Yang menghairankan pemimpin yang bercakap tentang wasatiyyah sendiri bukanlah seorang pemimpin yang "sederhana" sepertimana yang dia maksudkan. GB tak perlu dedahkan keaibannya tetapi masing-masing sudah sedia maklum keidupan "kebangsawanan" sang perdana menteri yang kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun. Kita belum lagi bicarakan sikap terlampau Rosmah di dalam hal perbelanjaan. Kesemuanya wasatiah?

Isytihar Harta Menteri: Pendirian Nazri Timbulkan Tandatanya

Isytihar harta: Apa ‘bahaya’ disembunyikan Nazri? – Srikandi

KUALA LUMPUR 20 Jan: Srikandi KEADILAN mempersoalkan mengapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terlalu bimbang sekiranya aset menteri kabinet wajib diisytihar kepada umum.

Ia ekoran kenyataan Nazri yang mempertikai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyifatkan tindakan itu ‘mengundang bahaya’.

“Apakah ia akan memperlihatkan jumlah sebenar kekayaan menteri Umno yang tidak sebanding dengan kesusahan Rakyat di bawah?

“Apakah Nazri Aziz bimbang seandainya aset milik mereka dipersoal oleh rakyat, pemimpin Umno tidak lagi boleh memperolehi kekayaan yang banyak?,” soal Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail.

Menurutnya lagi, sekiranya Nazri Aziz merasakan beliau telus dalam pentadbiran, mendahulukan rakyat dan berkhidmat dengan “jujur”, maka tiada istilah “bahaya” yang harus dibangkitkan.

“Rakyat harus tahu sikap dan sifat pemimpin mereka, maka saya pasti rakyat akan menanti semua Menteri-Menteri kabinet mengistiharkan harta mereka dengan kadar segera.

“Kita menanti dan sekiranya mereka “gagal” maka jelaslah, ada sesuatu “bahaya” yang sedang disembunyikan,” kata Aishah.

Menurutnya lagi, keputusan tidak timbul kerana kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan berani mengistiharkan aset milik exco kerajaan negeri itu termasuk Ketua Menteri sendiri.

“Ini dilakukan atas dasar ketelusan dan kejujuran kerajaan pakatan rakyat yang yakin bahawa tiada apa yang harus disembunyikan dan “bahaya” untuk diketahui oleh umum,” ujarnya. -KD

Tak payah isytihar harta, hanya isytihar kepada PM sahaja: Nazri

Sekarang isu pengisytiharan harta oleh ahli Jemaah Kabinet menjadi bahan perbincangan rakyat ramai di mana-mana. Belum pun habis dengungan saranan yang anjurkan oleh DAP serta MACC, Nazri Aziz, seorang menteri kanan kerajaan negara, dengan pantas tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Nazri memberikan alasan yang jika dilakukan pengisytiharan harta itu ia akan merbahayakan keselamatan individu itu. Apa bahayanya saya pun tidak tahu melainkan Nazri didapati mempunyai harta yang bertimbun secara haram. Nazri bersetuju jika pengisytiharan harta itu hanya dibuat kepada Perdana Menteri sahaja. Lain-lain perkataan Nazri hanya sanggup memberitahu PM sahaja berapa jumlah harta beliau sejak menjadi menteri ini.

Selangor telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli Exconya dua tahun lepas dan P Pinang telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli majlis mesyuarat kerajaannya dan boleh dilihat melalui internet oleh semua rakyat. Contoh-contoh baik yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ini patut diikuti oleh kerajaan BN di peringkat persekutuan dan negeri-negeri yang ditadbirnya.

Dalam kes pengisytiharan harta ini nampaknya pihak Pakatan Rakyat lebih telus dan nampak kesediaan harta mereka dilihat dan diketahui umum. Bak kata Lim Guan Eng, DAP merasakan rakyat sepatutnya tahu tentang harta-harta yang ada pada mereka yang menduduki jawatan awam terutamanya yang mewakili kumpulan legislatif dalam kerajaannya.

Keengganan Nazri dan yang lain-lain dalam Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan harta secara terbuka menunjukkan yang kumpulan pemimpin dalam BN ini mempunyai banyak perkara yang hendak dilindungi dari pengetahuan umum.

Pengisytiharan harta ini merupakan amalan yang biasa bagi negara-negara yang maju dan mengamalkan pentadbiran mengikut undang-undang dan etika yang tinggi. Di negara-negara maju memang inilah amalannya. Selagi pengisytiharan harta ini tidak dilakukan selagi itulah kerajaan itu tidak boleh dianggap sebagai negara yang telus pentadbirannya dan tinggi etika kepimpinannya.

Jika menteri-menteri kita hanya mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja ia tidak akan membawa apa-apa makna kepada pengisytiharan harta itu. Jika cara Nazri ini dilakukan hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu dan tidak akan dapat ‘public scrutiny’ seperti yang berlaku di negara-negara maju.

Jika hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu, paling mampu yang dilakukan oleh Perdana Menteri ialah untuk membandingkan di antara jumlah harta yang dikumpulkan oleh Nazri dan harta yang dikumpulkan oleh Perdana Menteri dan isterinya.

Kenyataan Nazri itu amat mengecewakan ramai dan ia hanya memberikan gambaran yang pemimpin-pemimpin kita tidak berani untuk menunjukkan bagaimana harta-harta yang menggunung itu didapati oleh mereka. Dalam isu pengisytiharan harta ini kita akan nampak dengan jelas yang di sebelah BN dan UMNO, pemimpin mereka tidak menggemari ini dilakukan dan hanya pihak Pakatan Rakyat sahaja yang berani melakukannya.

Maka stigma UMNO itu adalah kumpulan perasuah semakin diyakini oleh orang ramai dan sebaliknya keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat itu bertambah utuh dan kuat. Di sini kita boleh lihat yang UMNO tidak berdaya untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sahsiah dan kejujuran mereka.

Hanya satu suara dari Kabinet Negara yang menyambut pengisytiharan harta ini dengan baik, iaitu Ismail Sabri Yaacob. Secara peribadi saya juga pernah mendengar yang menteri ini tidak pandai mencari duit luar dari jawatannya. Jika Ismail mahu bersama untuk membersihkan negara dari rasuah yang keterlaluan ini, saya berharap Ismail bersama PR kali ini.

Tetapi Nazri bolehlah mengisytiharkan harta beliau kepada Perdana Menteri. Kita tahu jika itu dilakukan oleh Nazri, maka Perdana Menteri hanya akan dapat membandingkan harta yang Nazri kumpulkan dengan harta yang PM sendiri kumpulkan.

Selepas itu elok Perdana Menteri mengisytiharkan hartanya kepada Nazri pula. Nanti Nazri dan Najib sama-sama tahu jumlah harta yang mereka masing-masing kumpulkan. -aspanalias


Video Seks Disebar Lagi, Kepada Ahli Majlis PBT Pula

Petaling Jaya, 20 JAN : Pengedaran video aib yang memfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini disasarkan kepada ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor.

Yang peliknya, VCD tersebut diposkan di dalam satu sampul bersama surat yang memaparkan ajaran Islam tentang dosa orang yang mengumpat.

Terkini, dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya oleh dua orang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Mahharul Ismail dan Halimey Abu Bakar.

Mereka mendakwa menerima salinan VCD video aksi seks lelaki dikatakan mirip Anwar dengan seorang perempuan iras bangsa Cina dua hari lepas di alamat kediaman dan pejabat mereka.

VCD tersebut diposkan di dalam sampul beserta surat itu.

Antara kandungan surat tersebut adalah :

"Islam mewajibkan umatnya menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang tidak baik antaranya ialah mengumpat. Mengumpat ialah menyebarkan keaiban atau memburukkan orang melalui lidah."

"Kami membuat laporan ini supaya pihak polis dapat menyiasat siapa yang menghantarnya tanpa penama dan diharap dapat juga menyiasat motif penghantaran VCD ini.

"VCD ini bukan sahaja diedarkan kepada ahli majlis MBPJ tetapi juga ahli-ahli majlis seluruh negeri Selangor ujar Halimey."

Maharrul berkata laporan itu juga dibuat sebagai tanda kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan VCD lucah tersebut.

"Ini juga merupakan satu kesalahan mengikut akta kesalahan jenayah atas kesalahan memiliki atau mengedar bahan lucah terutama diedarkan kepada penjawat awam," tegas Maharrul yang menerima salinan VCD itu di pejabatnya Rabu lalu.

Kedua ahli majlis MBPJ tersebut turut menyatakan kemungkinan pengedaran VCD ini bermotifkan fitnah politik kerana ianya disasarkan kepada penjawat awam dan diedarkan selepas Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat.

"Fitnah ini semata-mata untuk menggambarkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pembangkang Malaysia ini tidak bermoral.

Jadi kami berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana ini merupakan jenayah berat," kata Maharrul. -tvsnews



Ulasan GB

Yakinilah janji Allah s.w.t. di dalam surah-Fatir ayat 43

وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ
Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.


Izwan Pilus Meninggal Dunia, Ambillah Iktibar Daripadanya

Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus, akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius.

Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.

Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini mengesahkan berita sedih ini.

Katanya, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang.

Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.

"Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih," kata Shaiful lagi.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan pada pukul 11 pagi Sabtu.

Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan.

Anak kedua daripada empat adik-beradik ini bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital sebelum sakit semula sejak dua minggu lalu. -mstar

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia.

Gambar terakhir yang disiarkan melalui laman Facebook beliau untuk dikongsi bersama peminat beberapa hari sebelum meninggal dunia.

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Bapa kepada Penyanyi ini iaitu Pilus Mohd Jani telah mengesahkan pemergian anaknya itu akibat jangkitan kuman tikus dan kuman dalam darah.

Jenazah akan di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.

Beliau menjelaskan kesemua keluarga Allahyarham termasuklah adiknya yang juga Penyanyi kelahiran AF 7 Ariel berapa disisinya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Mengikut sumber Norhadiani Baharom yang juga wartawan Harian Metro berkata, Izwan Pilus pada mulanya telah mengalami deman teruk dan dimasukan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak hujung tahun lalu, bagaimanapun telah kembali pulih selepas mendapat rawatan.

Bagaimanapun, Allahyarham telah dimasukan ke Hospital Ampang pada tengah malam semalam apabila mendapati mata dan kulitnya berubah bewarna kuning.

Sekitar jam 3 petang tadi, Allahyarham seterusnya telah mendapat alat bantuan life support daripada pihak hospital kerana keadaannya yang semakin kritikal sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir. -KLPOS



Ulasan GB

Semalam GB menulis:

"Kematian" datang kepada kita apabila ajal sudah tiba. Datang pelbagai cara dan tak kira kita di mana. Apabila daun sudah gugur ia tidak tercepat atau terlambat walau sesaat jua.

......

Justeru beringatlah kita sentiasa, sebelum malaikatul maut menjemput kita. Mungkin "dia" sudah ada dalam kereta yang kita naiki, dalam pejabat, atau di mana saja kita berada... entah esok entahkan lusa...

Kepada almarhum.. alfatihah... kita sedekahkan pahala agar dicucuri rahmat ke atas rohnya.


"Kematian" adalah guru paling utama. Ambillah iktibar daripadanya terutama kepada mereka yang berada di dalam dunia hiburan. GB hendak bertanya: Hidup di dunia ini berapa lama? Bukan tak boleh berhibur, tetapi setiap sesuatu ada had dan batasnya. Usah dilanggar batas-batas itu.

Alfatihah untuk almarhum, semuga Allah mengampuni apa jua dosanya dan dimasukkan dia di kalangan para hambaNya.

Anwar Mahu Dipenjarakan Juga, AG Hantar UMNO BN Ke Pusara

Pejabat Peguam Negara Fail Rayuan Terhadap Pembebasan Anwar

KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara, pada Jumaat memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Apabila dihubungi Bernama, Timbalan Pendaftar Halilah Suboh mengesahkan bahawa notis itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah pada kira-kira pukul 4.30 petang. Notis itu dikatakan ditandatangani Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun.

Seorang lagi pegawai memberitahu Bernama bahawa mengikut Akta Mahkamah Keadilan 1964, hakim perbicaraan perlu mengemukakan penghakiman bertulis kepada pihak pendakwaan atau pembelaan dalam tempoh 14 hari bagi tujuan memfailkan notis rayuan.

"Setelah meneliti penghakiman bertulis itu, mereka akan membuat keputusan sama ada hendak memfailkan petisyen atau rayuan," katanya.

Hakim perbicaran Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang kini bercuti, dijangka kembali bertugas pada 25 Jan dan mengemukakan penghakiman bertulis beliau.

Pada 9 Januari, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar. Hakim Mohamad Zabidin berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti bahawa integriti sampel DNA tidak diusik.

Beliau juga berkata mahkamah keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan kenyataan Mohd Saiful yang tidak disokong dengan bukti.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, apabila dihubungi Bernama, bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, 58, berkata dia gembira kerana Pejabat Peguam Negara memafailkan rayuan itu. - BERNAMA

Ulasan GB

Pada awalnya GB menduga Peguam Negara tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Ini kerana menurut keputusan hakim, bahan bukti telah tercemar dan di dalam sebarang perbicaraan "bahan bukti" adalah kritikal - dan mahkamah tidak boleh bersandarkan penghakimannya ke atas keterangan semata-mata tanpa bukti yang sahih.

Justeru itu tiada premis untuk pihak pendakwa membuat rayuan.

Tetapi sepertimana GB nyatakan sebelum ini di Bahan DNA Tercemar. Harapan Saiful Merayu Tipis:

Sekarang apabila bahan bukti utama telah tercemar dan ditolak, apa lagi yang hendak dirayukan? Apa evidences lain yang hendak dikemukakan? Dubur Saifulkah? Itupun disyaki telah dicemari.

Tiada ruang untuk pendakwa raya hendak persoalkan dan menekan mahkamah supaya bahan bukti itu diterima semula kecuali ada permainan lain direncanakan untuk menafikan keputusan hakim tersebut.

Perkataan yang GB tebalkan di atas menampakkan ia semacam satu kenyataan.

Ada rencana untuk mensabitkan Anwar bersalah TANPA BUKTI.

Kedua kita lihat permohonan Anwar untuk QAZAF telah dihalang di Mahkamah Syariah.

Ketiga, tiba-tiba semalam juga Mahkamah Rayuan memerintahkan peguam Karpal Singh (peguam yang terlibat secara terus di dalam kes liwat) supaya membela diri terhadap pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada sidang akhbar pada 2009. Umum meelihat ia adalah untuk menghalang Karpal dari memberikan tumpuan terhadap kes Anwar.

Justeru itu amat jelas dari hujjah di atas, ramai yang persoalkan apakah rayuan yang dikemukakan oleh Peguam Negara semalam hanya untuk memenuhi satu perancangan bagi bagi memenjarakan Anwar?

Tetapi seperti GB kemukakan juga sebelum ini di Ku Li Yakin Anwar Bakal Dipenjarakan:

Tetapi pada pandangan GB jika Anwar dipenjarakan, ia akan menyebabkan simpati dan kebangkitan rakyat, sepertimana yang berlaku di dalam PRU10 tahun 1999. Bererti UMNO akan habis jugak. Malah lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan.

Sifirnya: Anwar dipenjarakan atau tidak, UMNO tetap lingkup.

Bezanya ialah jika Anwar dipenjarakan, UMNO akan lingkup dengan lebih parah dan lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan FULLSTOP

Tragedi rampasan kuasa oleh Najib/UMNO-BN Perak bakal diulangi. Malaysia akan terus jadi perhatian dunia semula dan sebenarnya tindakan Peguam Negara itu akan menghantar UMNO BN ke pusara di dalam pilihanraya yang datang ini.

Kota Bharu Sentral @ Tunjong - Bandar Pintar Islam Moden Di Kelantan

Kelmarin telah berlangsung Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu. Majlis disemprunakan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pembangunan Kota Bharu Sentral yang akan dibina di tanah sawah seluas 16.99 hektar di Tunjong, Kota Bharu mulai Jun atau Julai ini bakal menjadi mercu tanda baru bandar pintar Islam moden untuk Kelantan.

Projek usaha sama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tunjong Development Corporation (TDC) dan Sara-Timur Urban Development Sdn Bhd (Sara Timur) itu membabitkan belanja antara RM500 juta hingga RM600 juta dan dijangka siap lima hingga enam tahun.

Pengerusi Kumpulan Sara-Timur, Datuk Dr Zawawi Ismail berkata, pembinaan bandar pintar itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa dan akan dimulakan dengan pembinaan The Village Mall setinggi dua tingkat selain masjid, dewan konvensyen, kondominium, medan selera serta panggung wayang.

"Sebanyak 1,200 parkir kereta dalam bangunan disediakan untuk memudahkan pengunjung ke bandar ini," katanya dalam taklimat dan pengumuman pembangunan Kota Bharu Sentral@Tunjong di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa dan Pengarah Urusan Sara-Timur, John Loi Hieng Yee.

Zawawi berkata, reka bentuk pembangunan turut diterapkan dengan unsur Islam kontemporari yang akan dicampur dengan seni reka kebudayaan Kelantan.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, projek berkenaan mampu menyelesaikan masalah pembangunan tidak sekata dan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, banjir kilat dan pencemaran yang berpunca daripada pembangunan.

Beliau turut berharap pembangunan itu seiring dengan pembangunan rohani yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk di dalam dan luar Kelantan.

Petikan Ucapan ringkas YB Dato’ Husam Musa Dalam Majlis Pemumuman Kota Bharu Sentral @ Tunjong

Ramai yang amat skeptical pada awal hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk menubuhkan Bandar Baru Tunjong. Hari ini, Bandar Baru Tunjong menjadi rebutan. Sara-Timur dipilih kerana Track Record syarikat yang baik dan sesuai dengan citarasa Kelantan.

Kota Bharu Sentral @ Tunjongdicadangkan untuk menjadi Bandar yang original living. Kehidupan kota adalah selari dengan Islam. Hartanah paling mahal adalah di Mekah. Hotel tujuh bintang terdapat banyak di Kota Mekah dan Madinah.

Kisah nabi Yusof Alaihissalam misalnya sebagai contoh. Lahir disebuah desa di Hebron. Kemudiannya dihijrahkan “secara paksa” ke Kota Memphis – Kota Mesir Tua. Ia menjadi turning point kehidupan yang lebih baik.

Urban living bukan sesuatu yang asing bagi orang Islam. Peradaban kota boleh hidup selari dengan nilai-nilai Islam.











Ulasan GB

Sekalipun kerajaan Pusat yang dikuasai UMNO BN merompak hasil royalti Kelantan, dengan harapan negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS menderita tidak dapat melaksanakan pembangunan untuk mudah mereka menempelak kerajaan yang dipimpin oleh TG Nik Aziz, namun Allah Maha Kaya.... Kelantan tetap membangun bersama Islam.

Malah petanda keruntuhan dan kehancuran UMNO BN sendiri di peringkat pusat telah menampakkan tanda-tandanya akibat dari KEZALIMAN yang berterusan dari seorang PM ke PM.

Dan serentak dengan itu juga tak berapa lama lagi, Kelantan bakal bergelar AGONG!