20 Sep 2012

Mahathir Akui Malaysia Kurang Selamat Sekarang, Macamana Tu KPN?


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bersetuju bahawa keadaan di jalanan di Malaysia hari ini lebih berbahaya dan melabelkannya sebagai “fenomena baru” yang perlu diselesaikan oleh kerajaan dengan membelanjakan lebih banyak pruntukkan.

Perdana menteri (PM) paling lama memerintah itu mengatakan sudah dapat dilaksanakan di mana orang ramai bergantung seratus peratus kepada polis untuk mencegah jenayah walaupun beliau mengiktiraf langkah kerajaan untuk menambah anggota keselamatan untuk menjamin keselamatan keadaan jalanan.

“Saya rasa isu keselamatan adalah masalah di Malaysia sekarang Akan tetapi kita perlu ada kajian terperinci untuk mendapat kepastian tentang itu.

“Kita perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk berhadapan dengan sesuatu yang sudah menjadi “fenomena baru,” kata beliau semasa sesi soal jawab di Forum CEO 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana.

Pihak berkuasa telah bekerja keras untuk melawan persepsi negatif orang ramai terhadap kadar jenayah di negara ini, yang telah banyak dipengaruhi oleh pertukaran cerita-cerita seram berterusan mengenai serangan, rompakan dan penculikan di internet.

Ahli parlimen pembangkang dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil juga telah mempertikaikan statistik jenayah yang dikeluarkan secara meluas oleh pihak polis dan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) — mendakwa bahawa data telah dimanipulasi untuk memberikan gambaran palsu bahawa kadar jenayah telah menurun.

Akan tetapi pihak berkuasa telah mempertahankan statistik mereka, yang mereka katakan menunjukkan kadar jenayah menurun, menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada 20 negara paling aman di dunia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI).

Menteri dalam negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menuduh parti-parti pembangkang mengambil kesempatan daripada isu-isu yang membimbangkan rakyat Malaysia, terutamanya kadar jenayah, disebabkan pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Tetapi Dr Mahathir mencadangkan bahawa ketakutan orang ramai terhadap jenayah bukanlah tidak berasas, dengan merujuk kepada peningkatan kawasan kejiranan yang memasang pondok pengawal untuk meningkatkan keselamatan.

“Ya, saya fikir kita mempunyai keselamatan yang kurang sekarang,” katanya.

“Kami mempunyai perkembangan kawasan kejiranan berpagar yang memagar ke seluruh kawasan perumahan kerana kita takut seseorang datang dan merompak atau memecah masuk ke dalam rumah kita.

“Saya tinggal di kawasan berpagar tetapi masih terdapat agak banyak rompakan,” katanya.


Dr Mahathir mencadangkan bahawa masalah ini berpunca daripada bilangan tinggi pekerja asing yang bekerja dalam industri pembinaan atau lain-lain bidang yang berpendapatan rendah dan berbahaya.

Beliau berkata bahawa pekerja-pekerja ini boleh melakukan jenayah kecil sebagai satu bentuk “masa lalu” untuk membantu mendapatkan lebih banyak wang saku.

“Kita amat bergantung kepada buruh asing.

Rakyat kita tidak akan bekerja di tapak pembinaan dan sebab itu kita memerlukan mereka dan kontraktor kita suka buruh asing kerana mereka bekerja sangat keras dan sanggup bekerja lebih masa jika anda membayar mereka,” katanya.

“Ini adalah sesuatu yang kita perlu belajar untuk menanganinya,” tambah beliau. -TMI

Ulasan GB

Berkali-kali sudah GB katakan, kebenaran tidak boleh disembunyikan dan tidak boleh dinafikan.

KPN dan Menteri KDN sebelum ini cukup kuat mempertahankan kononnya angka jenayah telah menurun.

Kini bukan sahaja rakyat, tetapi seorang bekas Perdana Menteri sendiri mengakui negara kurang selamat sekarang ini.

Tidakkah patut KPN dan menteri KDN meletakkan jawatannya kerana tidak berkata benar kepada rakyat selama ini?

Tidak mengapa jika anda tidak mahu meletakkan jawatan, tetapi ingin GB ingatkan bahawa hukum kebenaran dan keadilan akan memaksa anda untuk mengosongkan jawatan itu.

Tidakkah anda berdua nampak apa yang telah berlaku kepada Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Tan Sri Musa Hassan?

Sakit Dada Tapi Kena Lucut Seluar


Dungun - Seorang petugas lelaki di sebuah syarikat swasta mendakwa dicabul oleh seorang pembantu perubatan ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Dungun, semalam. Gambar fail.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang, mangsa yang berusia 24 tahun itu pergi ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan setelah mengalami sakit di bahagian dada sebelum seorang pembantu perubatan lelaki tampil memeriksa dan member rawatan.

Difahamkan pembantu perubatan yang menyamar sebagai doktor klinik itu memeriksa dada pesakit hingga ke bawah sebelum menyuruh si mangsa membuka seluar dan kemudian mencabulnya.

Mangsa yang terkejut dengan tindakan itu terus menampar muka pembantu perubatan yang berusia 20-an itu sebelum menyarungkan kembali seluarnya dan melarikan diri untuk membuat laporan polis.

Namun begitu, bimbang rahsianya terbongkar, suspek sempat memberi sebuah telefon jenama Blackberry kepada mangsa supaya tidak membongkar rahsia itu.

Mangsa kemudiannya mengambil telefon tersebut dan membuat laporan polis kira-kira pukul 9.15 malam di Balai Polis Dungun.

[ISU KUOTA HAJI] Kebenaran Terserlah, Menteri Agama, Jamil Khir Pendusta


Arab Saudi tolak permohonan tambah kuota haji

Arab Saudi menolak permintaan 40 negara untuk menambah kuota haji mereka tahun ini kerana projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah, lapor akhbar-akhbar tempatan di negara itu hari ini.

"Kementerian memohon maaf kepada semua negara yang telah memohon untuk menambah bilangan jemaah mereka tahun ini (kerana) projek-projek besar pembangunan di Mekah dan Madinah yang menjadikannya sukar untuk menampung jumlah yang lebih ramai," kata Menteri Haji Bandar al-Hajjar, lapor AFP.

Setiap negara Islam diberi kuota haji sebanyak 1,000 jemaah bagi setiap sejuta.

Sistem kuota dikenakan selepas tindakan polis Arab Saudi untuk menghalang demonstrasi jemaah Iran mengadakan bantahan anti-Amerika dan anti-Israel pada tahun 1987, mencetuskan pertempuran di mana 402 orang terkorban, termasuk 275 rakyat Iran.

Tahun lepas, hampir tiga juta jemaah Islam mengerjakan haji yang merupakan satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia.

Sebelum ini kerajaan Malaysia dilapor berusaha mendapatkan kuota tambahan untuk 10,000 jemaah, sekali gus mengurangkan jumlah yang keciciran pada tahun ini.

Kerajaan sebelum ini mengaitkan pengurangan kuota haji dengan demonstrasi BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lalu.

Ulasan GB

Akhirnya kebenaran terserlah!

Kuota haji disekat TETAPI ia melibatkan 40 negara dan kerana projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah, bukan kerana BERSIH.

GB dah kata dulu. GB tulis di sini: Kuota Haji Akan Disekat? Menteri-menteri UMNO Malaysia Memang Pendusta

Jamil Khir, Anifah Aman dan Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab kerana berdusta. Cuba memburukkan BERSIH tetapi akhirnya pendustaan itu tidak menjadi.

Menteri-menteri tersebut berbohong semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat dengan mempermainkan kuota haji melalui fitnah terhadap BERSIH dan kerajaan Arab Saudi, kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat kuota haji tahun ini.

Ketiga-tiga menteri itu lansung tidak takut dosa. Tak takut Tuhan dan tak takut lidahnya dikerat kerana berbohong dan berdusta.

Tidak mengapa, kita serahkan mereka kepada Allah swt untuk membalas segala perbuatan hina mereka itu.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[VIDEO] Sekumpulan Anak Gadis Bertudung Mempersendakan Zikir

Kelihatan dua orang anak gadis mengalunkan zikir "Hasbi Rabbi" dengan cara tidak sopan.

Klip video berikut memaparkan sekumpulan anak gadis dilihat sedang mempersembahkan diikir barat tetapi dengan lirik "Hasbi Rabbi".

Apa yang mendukacitakan ialah di dalam rakaman tersebut kelihatan dua orang anak gadis bersama rakan-rakannya yang lain seolah-olah mempersendakan zikir dengan cara gelak ketawa disamping menunjukkan sikap yang tidak wajar apabila menyebutkan kalimah-kalimah zikir berkenaan.

Sila tonton video di bawah ini:





Wajah Mangsa Dan Suspek Kejadian Pengawal Keselamatan Tembak Rakan

[Kiri]: Mangsa Hasnol Hafiz Saad, 28
[Kanan]: Suspek Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25


Di dalam kejadian kelmarin yang berlaku pada pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di Taiping, Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.

Sementara suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar Taiping dimana suspek dikatakan memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat.

Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.

“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.

Sebaik saja berita berkenaan disiarkan di blog ini semalam, seorang pembaca telah mengirimkan alamat facebook kedua-dua mangsa dan suspek dan gambar-gambar wajah kedua-dua yang terlibat dapat GB perolehi daripada facebook masing-masing.

Kepada keluarga Allahyarham Hasnol Hafiz Saad, kita rakamkan ucapan takziah dan semuga tenang menerima dugaan Allah.

GB yakin sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga akhirnya.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Pengerusi & Timb Pengerusi SPR Perlu Letak Jawatan Segera Atau Mahu Masuk Penjara?


Pengundi luar negara desak bos SPR undur

Tidak puas hati dengan kelewatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan warganegara Malaysia di luar negara mengundi pos, kumpulan pendesak MyOverseasVote (MOV) mendesak dua pemimpin utama badan itu meletakkan jawatan.

MOV yang ditubuhkan bagi melobi hak mengundi mereka mendakwa pengerusi SPR Atan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar menipu rakyat Malaysia di negara asing.

SPR juga menghina syor yang dibuat oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya, yang diluluskan Dewan Rakyat, kata MOV dalam kenyataannya semalam.

MOV merujuk kepada kenyataan Abdul Aziz Jumaat lalu bahawa Pejabat Peguam Negara masih mengkaji sama ada pindaan Akta Pilihan Raya diperlukan bagi membolehkan pengundian pos kumpulan itu.

Sementara itu, MOV juga membariskan kronologi peristiwa yang didakwa menggambarkan SPR tiada hasrat untuk memberikan hak pengundian pos kepada mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Ulasan GB

Seperti biasa, kedua-dua mangkuk ini akan memekakkan telinganya, TETAPI kita ingin memberi amaran bahawa hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya.

Mereka boleh menipu rakyat Malaysia, tetapi mereka tidak boleh menipu kebenaran apatahlagi Tuhan.

Mengikut pemerhatian GB, berdasarkan kepada tindakan-tindakan kedua-dua penjawat awam ini yang melakukan kerja secara tidak adil dan senget sebelah, mereka akan tetap ke penjara bersama-sama mereka yang curang di dalam perkhidmatan mereka, di satu hari nanti.

GB dan sekalian rakyat yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan akan tetap berdoa semuga ianya menjadi kenyataan FULLSTOP