10 Sep 2014

[BERGAMBAR] 2 Kumpulan PEKIDA Bergaduh Gara-gara Gores & Menang


Melalui perkongsian gambar-gambar di laman Facebook Daily Traffic Report, melaporkan kejadian pergaduhan di antara dua kumpulan Melayu (Pekida) pada 8 September 2014 lebih kurang 5 petang di Tingkat 1, World One SP Enterprise, Legenda Heights di Sg Petani, Kedah. Punca pergaduhan angkara Penipuan Syarikat Peraduan Gores dan Menang didakwa dimiliki oleh seorang lelaki Cina.


Laporan kejadian:
Kumpulan lelaki Melayu yg diketuai oleh mangsa Zulkarnain b. Ibrahim bertindak sbg pelindung kpd Syarikat Gores & Menang telah datang ke alamat diatas selepas dihubungi oleh lelaki Cina. Pada masa itu sekumpulan lelaki Melayu lebih kurang 10 orang yang diketuai oleh Kasturi b. Abd Majid datang mendakwa seorang kawannya ditipu oleh syarikat tersebut.

Semasa perbincangan tiba2 pergaduhan berlaku & 2 lelaki Melayu serta seorang lelaki Cina telah ditetak oleh kumpulan lelaki Melayu.

Mangsa (2)(L)(M) dihantar ke HSAH & (1)(L)(C) dihantar ke Hsptl Pantai terima rawatan di zon merah.
(2)(L)(M) Kecederaan kesan tikaman/hirisan dibhg dada & (1)(L)(C) cedera dibhg kepala. Semua mangsa ditahan diwad utk pemeriksaan lanjut.

Saspek nama Kasturi Abd Majid & kumpulan sedang dikesan untuk dibuat tangkapan.
Mangsa dari Kumpulan Pekida Jitra yang menyerang Pekida dari Gurun.

Motif kejadian adalah penipuan syarikat Gores & Menang. Kumpulan Pekida dari Jitra bersekongkol dengan lelaki Cina menjalankan perniagaan Gores & Menang di Sg Petani. Manakala group Pekida Gurun mewakili mangsa seorg lelaki Melayu yang ditipu oleh syarikat tersebut datang utk menuntut kembali wang yang ditipu.





Sumber








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Susulan Isu MSU & Presiden: Jangan Takut Nyatakan Kebenaran!


KENYATAAN RASMI LAJNAH UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI (LUHAM) PAS PUSAT BERKENAAN KUASA MAJLIS SYURA ULAMA DAN PRESIDEN PAS DI BAWAH PERLEMBAGAAN PAS

Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat ( LUHAM ) telah bermesyuarat pada 8hb September 2014 bagi membincangkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama ( MSU ) pada 7 September 2014. Setelah berbincang dan meneliti segala peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan PAS termasuk peruntukan-peruntukan tertentu yang dirujuk oleh MSU di dalam kenyataan rasmi tersebut, LUHAM sebulat suara bersetuju supaya suatu kenyataan rasmi dibuat bagi menyatakan pandangan LUHAM berkenaan isu yang dibangkitkan dalam kenyataan rasmi MSU tersebut.

LUHAM berpendapat bahawa walaupun Fasal 8 (1) (a) Perlembagaan PAS memberi kuasa kepada MSU untuk menghurai, menjelaskan dan menafsirkan mana-mana peruntukan perlembagaan di dalam Perlembagaan PAS sepertimana yang dinyatakan oleh MSU di dalam kenyataan rasmi badan itu, namun terdapat dua (2) prasyarat yang perlu dipenuhi sepertimana yang dinyatakan di Fasal 88 (1) Perlembagaan PAS iaitu perlunya ada perselisihan faham dan adanya rujukan secara rasmi kepada MSU terlebih dahulu.

Kemudiannya, jika dilihat kepada Fasal 8 (1) (a) tersebut, peruntukan itu juga menyebut bahawa kuasa menghurai, menjelas dan menafsirkan mana mana peruntukan Perlembagaan PAS itu hanya timbul jika timbulnya kesamaran mengenai maksud dan tujuan mana-mana peruntukan Perlembagaan tersebut.

Dengan tidak menafikan kewujudan kuasa MSU bagi menghurai, menjelas dan menafsirkan mana mana peruntukan Perlembagaan PAS jika timbulnya kesamaran, LUHAM juga berpendapat menjadi satu keperluan juga bagi MSU benar-benar mengetahui dan memahami kaedah-kaedah penafsiran sesuatu Perlembagan supaya apa-apa tafsiran yang diberikan adalah lebih tepat, munasabah dan memenuhi ruh, matan dan niat perlembagaan itu sendiri.

LUHAM berpendapat tidak salah bagi MSU sepatutnya merujuk kepada LUHAM bagi membantu MSU dalam melaksanakan kuasa yang diberi kepadanya untuk menghurai, menjelas dan menafsir peruntukan dalam Perlembagaan PAS kerana LUHAM adalah lajnah yang telah diamanahkan oleh parti di dalam apa-apa urusan perundangan dan berdasarkan amalan yang berlaku di dalam PAS, segala persoalan undang-undang yang melibatkan parti termasuk dalam memahami peruntukan undang-undang termasuk Perlembagaan parti rujukan lazimnya diajukan kepada LUHAM terlebih dahulu.

Bagi tujuan kenyataan rasmi ini, LUHAM akan menyentuh tentang dua (2) perkara iaitu isu:-

A) Kuasa MSU berdasarkan Perlembagaan PAS; dan
B) Kuasa Presiden PAS yang dikatakan oleh MSU sebagai pihak yang mempunyai kuasa pemutus di bawah Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS.

ISU PERTAMA

1. Mengenai isu pertama iaitu berkaitan isu bidangkuasa dan kuasa MSU : LUHAM ingin menyatakan bahawa jika dilihat kepada Perlembagaan PAS, kewujudan MSU adalah terhad bagi melaksanakan hasrat berikut iaitu bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7 (2) dan badan-badan yang diberikan kuasa oleh Muktamar PAS tidak keluar dari kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS dan juga tidak berlawanan dengan dasar PAS (Lihat Fasal 8 (1) Perlembagaan PAS). Adapun kuasa-kuasa MSU diperuntukan di dalam Fasal 8 (1) (a) hingga (c) Perlembagaan PAS.

2. Telah menjadi pengetahuan umum bahawa MSU (di atas sebab yang hanya diketahui oleh badan itu) telah turutsama terlibat dalam isu pemilihan calon MB Selangor. Ini boleh dilihat dalam beberapa kenyataan rasmi yang dibuat oleh MSU berhubung perkara tersebut. Persoalan yang timbul adalah, adakah Perlembagaan PAS memberi kuasa kepada MSU untuk berbuat demikian?

3. LUHAM berpendapat MSU, dengan penuh hormat, telah bertindak melampaui kuasanya apabila badan itu membuat keputusan dalam isu yang melibatkan pelantikan MB Selangor. Alasan LUHAM adalah seperti berikut.

4. Isu pelantikan MB Selangor tidak melibatkan perkara yang bertentangan dengan kehendak-kehendak Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS dan juga tidak berlawanan dengan dasar PAS. Satu fakta yang tidak dipertikaikan adalah PAS telah bersetuju mengadakan tahaluf atau kerjasama dengan Pakatan dan kerjasama tersebut telah disahkan oleh Muktamar PAS dan sehingga kini tidak pernah dibatalkan. Menurut Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar PAS. Memandangkan Muktamar PAS, sebagai kuasa tertinggi dalam PAS, telah memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan maka tidak dapat tidak, di dalam apa sahaja tindakan dan keputusannya, maka MSU mahupun PAS mesti bertindak selari dengan ketetapan Mukamar PAS tersebut.

5. Isu pokok yang berbangkit dalam isu MB Selangor ini adalah Presiden telah membuat ketetapan untuk menghantar nama daripada PAS sebagai calon MB (yang kemudiannya disokong oleh MSU). Sedangkan, Presiden sendiri sebelum ini telah menyatakan bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan MB Selangor memandangkan ia adalah milik PKR. LUHAM percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan Muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan. Justeru, apabila nama ADUN PAS turut dicalonkan sebagai MB Selangor, tidakkah ia menyalahi perjanjian PAS di dalam Pakatan itu sendiri? Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan Muktamar itu sendiri? Oleh itu, LUHAM berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh MSU.

6. Isu pelantikan MB Selangor juga tidak melibatkan keperluan untuk MSU menghurai, menjelas dan menafsirkan mana-mana peruntukan Perlembagaan PAS. Maka LUHAM tidak nampak apakah keperluan atau justifikasi untuk MSU terlibat dalam perkara yang tidak termasuk dalam bidangkuasa badan tersebut sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan PAS.

7. Hatta, jika MSU berpendapat isu pelantikan MB Selangor ini melibatkan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berdasarkan Fasal 88 (1) Perlembagaan PAS, badan itu hanya boleh bertindak sekiranya ada rujukan dibuat kepada badan itu.

8. Di dalam bahasa perundangan, kuasa MSU adalah kuasa atas rujukan (“referral”) dan bukan kuasa "of first instance" atau kuasa yang sedia ada (inherent). Dengan ketiadaan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berhubung isu pelantikan MB Selangor dan dengan ketiadaan rujukan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kepada MSU bagi MSU menafsir Perlembagaan PAS, maka, tindakan MSU mencampuri isu pelantikan MB Selangor itu, dengan hormat, adalah “non-starter.

9. Apa yang jelas isu mengenai pelantikan MB Selangor adalah melibatkan isu penyusunan, pengaturan dan perlaksanaan strategi politik yang jelas di bawah bidangkuasa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sepertimana yang diperuntukan di bawah Fasal 26 (9) (a) Perlembagaan PAS.

10. LUHAM kembali merujuk kepada dua (2) prasyarat di dalam Fasal 88 (1) Perlembagaan PAS yang tidak pun dipenuhi sebelum MSU mengeluarkan penafsiran tersebut. Ini adalah kerana kuasa Presiden adalah jelas dinyatakan secara bertulis di dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS. Oleh itu, jika MSU ingin menambah kuasa Presiden yang tidak dinyatakan secara bertulis di dalam perlembagaan, maka perlulah dibuat pindaan perlembagaan bagi tujuan tersebut di dalam Muktamar.

ISU KEDUA

11. Isu ini melibatkan kuasa Presiden dalam kerangka Perlembagaan PAS. LUHAM merasa terpanggil untuk membuat kenyataan rasmi berkenaan isu kedua ini kerana LUHAM berpendapat MSU, dengan penuh hormat, telah membuat kenyataan yang tidak tepat mengenai kuasa Presiden dalam kenyataan rasmi MSU yang dibuat pada 7hb September 2014.

12. Dalam kenyataan rasminya itu, MSU menyatakan bahawa Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26 (1) Perlembagaan PAS. Dalam konteks isu pemilihan MB Selangor, kenyataan MSU itu boleh difahami bahawa kuasa Presiden sebagai kuasa pemutus termasuk kuasa beliau membuat keputusan memutuskan siapakah calon MB Selangor yang beliau rasakan wajar diangkat kepada D.Y.M.M Sultan Selangor dan keputusan beliau itu adalah mewakili keputusan PAS dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak dalam PAS. Dengan perkataan lain kuasa pemutus Presiden yang ditafsirkan oleh MSU adalah termasuk kuasa membuat apa-apa keputusan tanpa bermesyuarat atau berunding dengan anggota angota permesyuaratan dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

13. Dalam konteks fakta kes yang melatari kenyataan MSU itu, MSU berpendapat meskipun selepas mesyuarat pada 17hb dan 25hb Ogos 2014 Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah bermesyuarat dan membuat keputusan berhubung isu pelantikan MB Selangor, sebarang keputusan oleh Presiden secara bersendiri tanpa merujuk dan tanpa mesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat selepas kedua-dua tarikh tersebut termasuk membuat keputusan yang sama sekali berbeza dari segi matan dan ruh keputusan pada kedua-dua tarikh tersebut adalah sah dan mesti dipatuhi.

14. Lanjutan dari kuasa pemutus Presiden yang ditafsirkan oleh MSU tersebut, maka MSU juga menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan bagi ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat menjalankan arahan dan tugas oleh Presiden tersebut sebagaimana yang diperuntukan di dalam Fasal 26 (9) (m) Perlembagaan PAS.

15. Dengan penuh hormat, LUHAM berpendapat, tafsiran yang diberikan oleh MSU berkenaan kuasa Presiden tersebut dibuat atas premis yang salah maka kenyataan yang keluar dari premis yang salah itu amat amat sukar untuk dipertahankan.

16. Kenyataan MSU berhubung kuasa pemutus Presiden tersebut dibuat atas premis jawatan Presiden dalam Perlembagaan PAS adalah satu jawatan yang berdiri secara sendiri dan terpisah dengan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Kenyataan MSU malangnya bertentangan sama sekali dengan peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan PAS dan juga bertentangan dengan ruh, matan dan niat Perlembagaan PAS itu sendiri.


17. LUHAM berpendapat tidak wujud apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan PAS mengenai jawatan Presiden secara bersendiri. Sebaliknya jawatan Presiden PAS adalah termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS iaitu dibawah kepala "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat".

18. Jika dilihat kepada Fasal 26 tersebut, adalah jelas bahawa jawatan Presiden diletakkan di bawah satu bumbung Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di mana Presiden adalah salah satu anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tersebut disamping Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausahan Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya dan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang dipilih dalam Muktamar PAS dan dilantik berdasarkan Perlembagaan PAS.

19. Fasal 25 (1) Perlembagaan PAS secara jelas menyatakan keanggotaan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di mana salah seorang anggota Jawatankuasa Kerja tersebut adalah Presiden PAS.

20. Berdasarkan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan PAS tersebut, adalah jelas niat penggubal Perlembagaan PAS adalah tidak memisahkan jawatan Presiden dari Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan bertolak dari hal tersebut, idea bahawa Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara dengan mengenepikan anggota-anggota permesyuaratan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat adalah suatu yang amat asing dalam PAS dan secara jelas tidak mengikuti peruntukan jelas, ruh dan niat Perlembagaan PAS .

21. Memandangkan jawatan Presiden termasuk dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Perlembagaan PAS mempromosi prinsip konsultasi dan permesyuaratan dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat maka apa sahaja peruntukan yang menggariskan kuasa dan peranan Presiden dalam Perlembagaan PAS harus dibaca atas prinsip yang dinyatakan tersebut.

22. Apatah lagi, Fasal 27 (5) Perlembagaan PAS sendiri mengesahkan bahawa Dewan Harian (di mana Presiden sendiri adalah termasuk di dalam Dewan Harian) hanya melaksanakan tugas-tugas yang diperturunkan kuasanya oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Oleh itu, mana mungkin ahli-ahli Dewan Harian melangkaui tugas-tugas yang diperturunkan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kepadanya.

23. LUHAM juga berpendapat apa sahaja peruntukan mengenai kuasa dan peranan Presiden harus dibaca secara harmoni dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan PAS bagi mencapai hasrat dan prinsip yang digariskan tersebut.

24. Oleh itu LUHAM berpendapat bahwa MSU, dengan penuh hormat, telah tersilap menyatakan bahawa kuasa Presiden di bawah Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS adalah satu kuasa pemutus yang secara tersiratnya satu kuasa yang bersifat mutlak atau “veto”. Dengan lain perkataan, jika kita menerima tafsiran MSU tersebut, Presiden mempunyai kuasa membuat apa-apa keputusan di luar mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sekaligus menjadikan peranan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak lagi relevan.

25. Hakikat bahawa Presiden sewajarnya mengamalkan prinsip permesyuaratan dan konsultasi dengan anggota-angota lain dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat boleh dilihat dalam beberapa peruntukan lain dalam Perlembagaan PAS Pusat.

26. Sebagai contoh di dalam Fasal 26 (1) (c), meskipun ia termasuk dalam peruntukan mengenai kuasa Presiden, Fasal tersebut menyatakan bahawa persetujuan mesyuarat Kerja PAS Pusat perlu diperolehi dalam pelantikan jawatan jawatan tertentu dalam PAS.

27. Jika dilihat kepada tugas-tugas yang diamanahkan kepada Timbalan Presiden PAS dan Naib-naib Presiden PAS sepertimana yang diperuntukan masing masing di bawah Fasal 26 (2) (a) dan (3) (a) Perlembagaan PAS adalah bagi membantu tugas-tugas Presiden. Bagaimanakah Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden boleh menjalankan peranan mereka bagi membantu Presiden bagi membuat atau mencapai satu keputusan jika mereka tidak dilibatkan dalam mesyuarat bagi membuat satu-satu keputusan bagi kepentingan parti?

28. Begitu juga jika dilihat kepada Fasal 27 iaitu peruntukan mengenai tugas-tugas Jawatankuasa Harian PAS Pusat, yang mana Presiden salah seorang anggota Jawatankuasa Harian tersebut, adalah jelas di bawah Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS, diperuntukan "semua keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa ini mengikut ceraian (1) , (2), (3) dan (4) fasal ini hendaklah dimaklumkan dan disahkan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.”

29. LUHAM berpendapat, berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas dan juga peruntukan yang dinukilkan di atas, adalah jelas bahawa jawatan Presiden tidak mempunyai kuasa pemutus di luar mesyuarat atau tanpa bermesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terlebih dahulu mengenai apa sahaja perkara sehingga ke tahap Presiden tidak perlu mengendahkan atau memanggil atau mengadakan mesyuarat terlebih dahulu dengan anggota-anggota lain di dalam Jawankuasa Kerja PAS Pusat.

30. Berdasarkan kepada Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS yang dinyatakan di atas, adalah jelas dinyatakan bahawa keputusan Dewan Harian yang merangkumi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung dan sebagainya perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa kerja PAS Pusat untuk kelulusan. Justeru, adalah aneh sekali apabila Presiden secara tiba-tiba boleh bertindak seorang diri melangkaui kuasa Dewan Harian mahupun kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang menurunkan kuasa kepadanya. Lebih-lebih lagi, keputusan mengenai mencalonkan calon MB di kalangan ADUN PAS juga dibuat tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada ahli-ahli Dewan Harian

31. LUHAM berpendapat sebarang tafsiran yang membenarkan Presiden bertindak hingga ke tahap yang dinyatakan tersebut adalah bercanggah dengan ruh, matan dan niat Perlembagaan PAS.

32. LUHAM juga berpendapat jawatan Presiden dalam PAS adalah berkonsep "Constitutional Presidency" (Presiden Berperlembagaan) iaitu kuasa dan peranannya dihadkan oleh Perlembagaan maka sebarang tafsiran yang keluar dari konsep atau doktrin tersebut adalah tafsiran yang amat asing dan tidak boleh dipertahankan ("unsustainable").

33. Sayugia dinyatakan di sini, dalam menafsirkan Perlembagaan khususnya yang menyentuh isu kuasa dan bagaimana kuasa itu dilaksanakan nasihat dari Lord Acton yang dinukilkan oleh Almarhum Y.M Raja Azlan Shah dalam kes Sri Lempah Enteprise v Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan amat relevan untuk diperhati "Power corrupts and absolute power corrupts absolutely".

34. LUHAM juga ingin merujuk kepada petikan Kertas Pindaan Perlembagaan PAS pada tahun 1983 di mana pindaan telah dibuat untuk tidak memusatkan kuasa kepada Presiden (secara bersendirian atau tanpa bermesyuarat dan mencapai persetujuan dengan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terlebih dahulu). Pindaan dibuat untuk mengubahsuai beberapa perkara yang berkaitan dengan tugas Presiden untuk mewujudkan tanggungjawab bersama dan berasaskan syura dalam mengendalikan urusan parti dan menghapuskan pemusatan kuasa kepada individu yang boleh menghalang segala langkah dan tindakan yang boleh diambil melalui syura.

35. Penjelasan yang diberikan oleh LUHAM ini dibuat demi kebaikan parti dalam jangka masa yang panjang. LUHAM khuatir kita akan membuat duluan (precedent) yang tidak baik kepada generasi selepas ini yang memungkinkan mereka mengikut duluan ini tanpa usul periksa yang akhirnya membuatkan parti huru-hara dan hilang integritinya sebagai parti yang berprinsip dan Jemaah yang berdisiplin.

36. LUHAM sama sekali tidak merendahkan ketinggian MSU dalam PAS. Namun sebagai lajnah yang diamanahkan dalam isu-isu perundangan, maka adalah menjadi tanggungjawab LUHAM untuk memberi pandangan atau menegur sesuatu yang dilihat melanggar peruntukan perlembagaan yang kita semua sepakati bersama, walaupun teguran ini agak pahit untuk ditelan.

37. Kenyataan rasmi ini adalah mewakili LUHAM di mana ahli lajnahnya secara kolektif bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala keputusan, pandangan dan komentar seperti yang dinyatakan di sini.

Sekian, terima kasih.
Bertarikh pada 9hb September 2014.

Yang menjalankan amanah,
ABANG AHMAD KARDEE ABANG MASAGUS
Setiausaha
Lajnah Undang-Undang Dan Hak Asasi PAS Pusat

ULASAN GB

Allah memperkenankan doa dan membenarkan perkataan GB serta kita semua. Ini doa yang sering GB tulis di blog ini

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Dan baru semalam GB berpesan, jangan aibkan orang ekoran kenyataan Presiden yang mengaibkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, kerana jika Hari Ini Kita Aibkan Orang Esok Giliran Kita Diaibkan Pula... klik pautan ini. Dah dipesan, tapi tak minta maaf pun. Sekarang dah terbalas keaiban yang dilakukan.

Jelas kini. Kebenaran sudah pun semakin nyata. Kedua-dua isu tersebut telah GB perkatakan terlebih awal. Iaitu mengenai isu MSU dan Isu Presiden PAS. Ramai juga dari kumpulan taksub Presiden dan MSU yang jahil undang-undang dan tak reti hidup berorganisasi mencaci-maki kenyataan Setiausaha LUHAM berkenaan menuduh Abang Ahmad Kardee yang bukan-bukan. Sedangkan itu bukan KENYATAAN PERIBADI beliau. Dua perenggan terakhir nmenjelaskannya:

36. LUHAM sama sekali tidak merendahkan ketinggian MSU dalam PAS. Namun sebagai lajnah yang diamanahkan dalam isu-isu perundangan, maka adalah menjadi tanggungjawab LUHAM untuk memberi pandangan atau menegur sesuatu yang dilihat melanggar peruntukan perlembagaan yang kita semua sepakati bersama, walaupun teguran ini agak pahit untuk ditelan.

37. Kenyataan rasmi ini adalah mewakili LUHAM di mana ahli lajnahnya secara kolektif bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala keputusan, pandangan dan komentar seperti yang dinyatakan di sini.


Tahniah LUHAM!

Tentang MSU banyak kali GB utarakan tentang keperluan untuk dirombak semula. Petikan:

Nampaknya Muktamar PAS akan datang perlu membincangkan semula Perlembagaan Parti khususnya berkaitan dengan peranan dan keanggotaan ahli Majlis Syura Ulamak. Ia perlukan penilaian, penelitian dan pemerkasaan semula supaya tidak lagi menjadi alat sekumpulan tertentu di dalam parti/jemaah bagi mencapai matlamat tertentu.
Boleh dirujuk semula entri-enteri berikut di blog ini:

Wala' Tidak Sama Dengan Taksub
"Muktamar" Adalah Kekuasaan Paling Tinggi Dalam PAS

Kedua mengenai isu Presiden parti, Tn Hj Abdul Hadi Awang. GB berkali-kali menyatakan TGHA telah melakukan kesalahan besar sebagai Presiden PAS yang kini telah bertukar menjadi seorang diktator apabila beliau mendakwa beliau mempunyai kuasa penuh tanpa perlu merujuk AJK PAS Pusat di dalam apa-apa tindakan yang diambilnya. Sila rujuk entri-entri berikut:

Benarkah Presiden PAS Ada Kuasa Penuh Lantik MB?
[PANAS] Peguam Mahu Presiden PAS Dikenakan Tindakan Disiplin

Kebenaran tetap kebenaran, marilah kita terus berdoa:

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

GB akan tetap berpegang kepada hukum kebenaran dan keadilan untuk menghapuskan sekalian musuh yang sebenar yang ada di dalam jemaah dan amat yakin Allah akan bersama-sama dengan pejuang-pejuang yang ikhlas di jalanNya. Hendaklah kita menjadi seperti pemuda Al-Kahfi yang tidak takut menyata dan memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

Kami ceritakan kepadamu kisah mereka dengan benar, sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan untuk mereka petunjuk. “Dan Kami teguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri, lalu mereka berkata, "Tuhan kami adalah Allah, Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak seru Tuhan selain Dia, sesungguhnya jika kami demikian (bererti) kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran." (Al-Kahfi, 13-14)










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[PENTING] LUHAM: Majlis Syura Ulama Melampaui Bidang Kuasanya - Ulasan GB


Majlis Syura lampaui kuasa campur isu MB'

Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS berpendapat Majlis Syura Ulamak (MSU) parti itu bertindak "melampaui kuasanya" kerana campur tangan dalam isu menteri besar Selangor.

Setiausaha LUHAM, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata keputusan majlis itu menyokong Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak memberikan kerusi itu kepada PKR, adalah bertentangan dengan keputusan muktamar - kuasa tertinggi dalam PAS.

Katanya, PAS bersetuju mengadakan kerjasama politik dalam Pakatan yang disahkan dalam muktamar PAS dan tidak pernah dibatalkan, maka Majlis Syura mahupun PAS mesti bertindak selari keputusan muktamar itu.

"Isu pokok yang berbangkit dalam isu MB Selangor ini adalah Presiden telah membuat ketetapan untuk menghantar nama daripada PAS sebagai calon MB (yang kemudiannya disokong oleh MSU).

"Sedangkan, Presiden sendiri sebelum ini telah menyatakan bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan MB Selangor memandangkan ia adalah milik PKR.


"LUHAM percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan.

"Justeru, apabila nama ADUN PAS turut dicalonkan sebagai MB Selangor, tidakkan ia menyalahi perjanjian PAS di dalam Pakatan itu sendiri?

"Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan muktamar itu sendiri?


"Oleh itu, LUHAM berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh MSU," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil mesyuarat

Kenyataan itu adalah hasil mesyuarat lajnah itu semalam bagi membincangkan keputusan mesyuarat MSU sehari sebelumnya yang menyokong keputusan Hadi itu.

Kelmarin, MSU menegaskan presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam perkara melibatkan kepentingan parti dan anggota jawatankuasa pusatnya pula harus menjalankan arahan diberikan berdasarkan fasal 26(1)(a) dan Fasal 26(9)(m) perlembagaan parti.

Hal ini bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Pusat PAS sebelum ini yang mahu kerusi menteri besar kekal di tangan PKR.

Abang Kardee berkata LUHAM turut berpendapat MSU tiada keperluan untuk menghurai, menjelas dan menafsirkan mana-mana peruntukan perlembagaan parti mengenai isu ini.


Malah Lajnah itu menyatakan sekalipun MSU berkuasa memutuskan sebarang perselisihan faham, ia perlulah dirujuk terlebih dahulu dan bukannya mempunyai kuasa sedia ada untuk membuat keputusan tersebut.

"Jika MSU berpendapat isu pelantikan MB Selangor ini melibatkan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berdasarkan fasal 88(1) Perlembagaan PAS, badan itu hanya boleh bertindak sekiranya ada rujukan dibuat kepada badan itu.

"Di dalam bahasa perundangan, kuasa MSU adalah kuasa atas rujukan (“referral”) dan bukan kuasa "of first instance" atau kuasa yang sedia ada (inherent).

"Dengan ketiadaan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berhubung isu pelantikan MB Selangor dan dengan ketiadaan rujukan dibuat oleh ahli Jawatankuasa PAS Pusat kepada MSU bagi MSU menafsir Perlembagaan PAS, maka tindakan MSU mencampuri isu pelantikan MB Selangor itu, dengan hormat, adalah “non-starter”," kata beliau. -mk


Hadi langgar perlembagaan parti, kata biro undang-undang PAS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didapati melanggar Perlembagaan PAS apabila membuat keputusan sendiri memilih calon menteri besar Selangor melangkaui kuasa Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata, tidak wujud sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti itu mengenai jawatan presiden secara bersendiri, sebaliknya termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS di bawah "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat".

Kardee berkata, presiden tidak mempunyai kuasa pemutus tanpa bermesyuarat dengan AJK PAS Pusat terlebih dahulu mengenai apa sahaja perkara.

Katanya, Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS jelas menyatakan Dewan Harian yang merangkumi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung dan sebagainya, perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi kelulusan.

"Justeru, adalah aneh sekali apabila presiden secara tiba-tiba boleh bertindak seorang diri melangkaui kuasa Dewan Harian mahupun kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang menurunkan kuasa kepadanya.

"Lebih-lebih lagi, keputusan mengenai mencalonkan menteri besar di kalangan ahli Dewan Undangan PAS juga dibuat tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada ahli Dewan Harian yang lain.


"Luham berpendapat sebarang tafsiran yang membenarkan presiden bertindak hingga ke tahap yang dinyatakan tersebut adalah bercanggah dengan roh, matan dan niat Perlembagaan PAS," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, jawatan Presiden PAS berkonsepkan Perlembagaan, iaitu kuasa dan peranannya dihadkan Perlembagaan, maka sebarang tafsiran yang keluar dari konsep atau doktrin tersebut amat asing dan tidak boleh dipertahankan.

Mengulas tentang kenyataan Majlis Syura Ulama (MSU) yang menyokong tindakan Hadi pada 7 September lalu, Kardee berkata, mesyuarat Luham semalam juga memutuskan MSU bertindak melampaui kuasanya apabila badan itu membuat keputusan dalam isu yang melibatkan pelantikan menteri besar Selangor.

Katanya, kenyataan MSU itu membawa makna presiden mempunyai kuasa membuat apa-apa keputusan di luar mesyuarat AJK PAS Pusat, sekaligus menjadikan peranan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak lagi relevan.

"MSU silap menyatakan bahawa kuasa presiden di bawah Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS adalah satu kuasa pemutus yang secara tersiratnya satu kuasa yang bersifat mutlak atau “veto”," katanya.

Katanya, MSU tidak berhak menghurai, menjelas dan menafsirkan mana-mana peruntukan Perlembagaan PAS dalam isu menteri besar, malah tidak ada keperluan untuk MSU terlibat dalam perkara yang tidak termasuk dalam bidang kuasa badan tersebut seperti yang digariskan dalam Perlembagaan PAS.

Jelasnya, kuasa MSU adalah kuasa atas rujukan (referral) dan bukan kuasa "of first instance" atau kuasa yang sedia ada (inherent).

"Dengan ketiadaan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berhubung isu pelantikan MB Selangor dan ketiadaan rujukan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kepada MSU bagi MSU menafsir Perlembagaan PAS, maka tindakan MSU mencampuri isu pelantikan MB Selangor itu adalah “non-starter," katanya.

Katanya, isu pelantikan menteri besar Selangor melibatkan isu penyusunan, pengaturan dan pelaksanaan strategi politik yang jelas di bawah bidang kuasa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat seperti yang diperuntukkan di bawah Fasal 26 (9) (a) Perlembagaan PAS.

"Oleh itu, jika MSU ingin menambah kuasa presiden yang tidak dinyatakan secara bertulis di dalam perlembagaan, maka perlulah dibuat pindaan perlembagaan di dalam Muktamar," tegasnya.

Kardee turut mempertikaikan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR apabila menghantar nama daripada PAS, sedangkan Hadi sebelum ini menyatakan PAS tidak akan menuntut jawatan itu kerana ia milik PKR.

"Luham percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan Muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan. Justeru, apabila nama Adun PAS turut dicalonkan sebagai menteri besar Selangor, tidakkah ia menyalahi perjanjian PAS di dalam Pakatan itu sendiri?

"Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan Muktamar itu sendiri? Oleh itu, Luham berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh MSU," katanya.
-TMI


ULASAN GB

Awal-wal lagi GB dah kata sebelum ini, bahawa pemimpin PAS semua peringkat mesti tahu dan patuhi bab undang-undang. Jangan salahguna kuasa, jangan cakap tak tentu hala, jangan tabur keaiban dan fitnah merata-rata.

Semua perkataan, semua tindakan kita, tak kira pangkat dan kedudukan seseorang adalah tertakluk kepada undang-undang. Jangan mentafsir undang-undang ikut sesuka hati, seperti "kata pemutus adalah pada Presiden parti". Itu tak betul dari sudut perundangan kerana seperti kata Setiausaha LUHAM di atas MSU perlu merujuk kepada Lujnah Undang-undang & Hak Asasi Manusia di dalam menghurai, menjelas dan mentafsir mana-mana perlembagaan parti. Bukan ikut tafsiran sendiri.

Kuasa dan keupayaan pemegang jawatan bergantung kepada dan terhad kepada jawatannya dan tidak boleh melakukan apa-apa yang tidak diberikuasa kepadanya. Tindakan sedemikian adalah dianggap sebagai ultra vires atau 'lampau kuasa'.

Setiap bidang itu ada keahliannya. Oleh itu hormatlah keahlian orang lain di bidang masing-masing jika anda ingin orang lain menghormati keahlian anda di dalam bidang anda.

Itu sebab GB dah cadangkan sebelum ini, MSU perlu dirombak dan keanggotaannya disemak semula supaya ia benar-benar berintegriti dan dihormati sebagai badan tertinggi di dalam parti.

Ini kerana terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan majlis berkenaan untuk tujuan-tujuan tertentu. GB dah ulas sebelum ini di dalam entri bertajuk: Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?

Saranan GB telah disambut oleh bekas calon Ketua Pemuda PAS, Zulhazmi-At-takanan di dalam kertas cadanganya nya bertajuk MEMANTAPKAN DAN MEMPERKUKUHKAN MAJLIS SYURA ULAMAK (MSU) PAS. Petikan cadangannya:


A) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah benar-benar menepati kelayakan yang ditetapkan oleh Fasal 8 (3)
B) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pimpinan tertinggi parti di peringkat Pusat.
C) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tidak memegang apa-apa jawatan di dalam mana-mana badan lain di dalam PAS seperti JKPP, DUPP, DPPP dan DMPP.
D) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah di dalam bidang-bidang ilmu Islam yang berlainan.
E) Dalam menjalankan tugasnya di bawah Fasal 8 (1), MSU hendaklah mengambilkira atau mendapatkan pandangan badan lain di dalam PAS yang mempunyai kepakaran berkaitan sesuatu perkara.

Semenjak isu MB Selangor ini timbul, GB dan beberapa yang lain telah dimaki, dicerca dan dihina terutama oleh golongan yang menamakan diri mereka penyokong ulama, (malah ada yang mencadangkan supaya GB dipecat dari PAS), namun itu semua tidaklah menjejaskan samasekali perjuangan GB untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Segala kutukan, cacian dan makian itu bakal kembali kepada orang yang melakukannya. Dan setiap orang yang berpegang kepada kebenaran dan keadilan, hatinya sentiasa tenang kerana yakin hukum Allah tetap berjalan sepanjang masa dan bahawa "sibghah Allah" itulah yang terbaik dan terindah senantiasa...

SELAGI MAJLIS SYURA ULAMA TIDAK DIPERBETULKAN SELAGI ITU JANGAN ADA MANA-MANA PIMPINAN MEMAKSA WALA DARI PARA AHLI KERANA TANPA MSU YANG BETUL, MAKA CIRI SESEBUAH JEMAAH ISLAM BELUM DIPENUHI DAN LANTARAN ITU TIADA PERSOALAN "WALA" BOLEH DITIMBULKAN







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI