22 Okt 2013

Lukisan Ini Sebabkan Murid Dipanggil Oleh Pihak Sekolah?


Lukisan yang begitu mencuit hati dan menyusul kalbu dari seorang murid sekolah rendah ini, diberitakan ibu bapa/penjaganya di panggil oleh pihak sekolah berkenaan.

Suatu lukisan yang menggambarkan betapa murid-murid sekolah sekarang bermula dari sekolah rendah lagi telah tahu apa itu ketelusan, kebenaran, kecekapan dan keadilan.

Lihat saja apa yang cuba dilakarkan oleh murid sekolah rendah yang bijak berfikir dan menilai ini.

Antara kata-kata keramat beliau ialah ...Lima tahun lagi kita tunggu tolak UMNO ... Selamatkan Malaysia tolak UMNO dn BN .... Pilihan Ku PKR PAS DAP. -omakkau

Ulama Mesir Kutuk Serangan Terhadap Mahasiswa Al Azhar


.Ikatan Ulama Anti-Kudeta Mesir mengutuk keras tindakan tentera Mesir yang membubarkan para demonstran dengan menembakkan gas pemedih mata yang mengakibatkan seorang mahasiswa meninggal dan puluhan lainnya terpaksa dikejarkan ke hospital.

Abdurahman El-Sayid, Mahasiswa Iskandariah, meninggal di hospital semalam, Ahad (20/10) malam setelah mendapatkan rawatan perubatan. 'Beliau dikatakan terlalu banyak menghidu gas pemedih mata sehingga mengalami radang paru-paru,'' demikian laporan koresponden Mi’raj News Agency (MINA) di Kaherah.

Pada Ahad (20/10) telah terjadi demo besar di Universiti Al-Azhar yang terletak di Nasr City, Kaherah, berdekatan dengan makam mantan Presiden Anwar Sadat.

Keadaan semakin tak terkawal, pihak keselematan Mesir menembakkan gas air mata ke arah demonstran yang sudah terdesak masuk ke dalam kawasan kampus.

Beberapa mahasiswa peserta demonstrasi ditangkap oleh pihak keselamatan. Ketika ini mereka masih mengepung para demonstran yang berada di kawasan kampus. Tindakan demonstrasi serupa juga berlangsung di universiti lainnya iaitu di Zagaziq dan Iskandariah. Kegiatan belajar di Universiti Al-Azhar terpaksa ditunda selama dua minggu dengan alasan untuk pentadbiran universiti yang belum selesai.

Tapi, sumber mahasiswa menyatakan bahwa langkah itu diambil kerana alasan keselamatan. Hal ini mengingat fakta bahwa sebagian besar mahasiswa adalah pendukung Ikhwanul Muslimin dan parti-parti Islam lainnya.

"Pejuang" Kalimah Terpaksa Tunduk, Kristian Sabah & Sarawak Dibenarkan Guna Kalimah "Allah"


Najib: Kristian Sabah dan Sarawak boleh guna kalimah Allah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Najib berkata perkara yang terkandung dalam resolusi 10 perkara peringkat kabinet pusat itu akan dikekalkan di kedua-dua negeri.

"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah Allah, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," katanya.

Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berucap demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28 di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Kota Kinabalu hari ini.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa Herald, penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah pada 14 Oktober untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Perdana menteri mengingatkan semua anggota masyarakat bahawa satu daripada prasyarat untuk menjalani kehidupan aman damai adalah menjaga hubungan antara kaum dan penganut agama di negara ini.

"Kepada rakyat Sabah, harap jangan ada sesiapa rasa tertekan kerana amalan setiap penganut agama akan kekal seperti mana sebelum ini.

"Jika kita hidup dalam aman, keharmonian kaum dan agama dapat kita kekalkan, dipupuk dan diperkukuhkan. Kita (kerajaan) juga ingin lihat bagaimana kita dapat membawa lebih pembangunan di Sabah terutama di kawasan desa dan luar bandar," katanya.

Beliau berkata sebelum gagasan 1Malaysia diperkenalkan, Sabah telah mengamalkannya dalam keserasian, keunikan kumpulan pelbagai bangsa dan etnik, selain cermin kepada konsep masyarakat 1Malaysia.

Sehubungan itu, Najib berkata semua pihak juga harus saling menjaga sensitiviti agama selaras usaha kerajaan memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum di negara ini.

"...maka kita perlu uruskan segala yang berkait dengan hubungan etnik dan agama dengan saling memahami sensitiviti antara kaum.

"Pokoknya seperti yang saya katakan bahawa kalau kita ambil dua kumpulan besar dalam negara, maka rahsia yang boleh membawa keharmonian kepada penganut agama bukanlah terlalu sukar untuk dicapai... ia bukanlah 'roket science', ia berasaskan pertimbangan yang rasional dan waras," katanya.

Perdana menteri berkata pertimbangan itu mudah sahaja, iaitu orang Islam tidak seharusnya menyakiti hati bukan Islam dan orang bukan Islam juga tidak patut menyakiti hati orang Islam.

Jika semua rakyat berpegang kepada prinsip itu, selain sentiasa disemat dalam ingatan, maka negara akan aman dan harmoni seperti yang dilihat dalam perpaduan rakyat Sabah termasuk anggota PBS sehingga kini, katanya. – Bernama

ULASAN GB

Setelah lebih seminggu keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan tentang larangan akhbar mingguan The Herald menggunakan kalimah ALLAH,dan setelah warga Sabah & Sarawak rata-rata menunjukkan riaksi negatif terhadap keputusan tersebut, Najib dan UMNO BN yang cukup rasa tertekan sehingga terpaksa membuat kenyataan terbaru: Kristian Sabah dan Sarawak boleh guna kalimah Allah.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Sesiapa pun tudak boleh menyekatnya. Tiada dalil aqli dan naqli yang mengharamkan penggunaaan kalimah tersebut, malah seluruh dunia mentertawakan Malaysia kerana pengharaman tersebut.
,br> Bagaimana pula dengan fatwa Mohd Nooh Gadut? Katanya boleh jatuh murtad dan kafir jika benarkan Kristian gunakan kalimah Allah.

Ust Azam Samad, Calon PAS PRK Sungai Limau


Jerai: Ketua Pemuda PAS Jerai, Ustaz Azam Samad diumumkan sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Pengumuman dibuat Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kira-kira jam 10 malam ini di majlis pengumuman calon di sini.

Ustaz Azam yang juga bekas guru bakal berdepan calon BN Ahmad Sohaimi Lazim.

Ustaz Azam ketika memberikan ucapan sulung malam ini berkata, beliau akan memikul amanah yang diberikan ini sebaik mungkin.


Beliau menegaskan, azamnya untuk meneruskan agenda bekas Menteri Besar Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak sebelum ini.

Beliau juga berharap seluruh jentera Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk bekerja keras mengekalkan kemenangan di kerusi tersebut.

Ustaz Azam turut menyeru agar semua pihak menghadapi pilihan raya kecil kali ini dengan penuh harmoni.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober ini sebagai hari penamaan calon, manakala 4 November depan sebagai hari mengundi.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran kematian bekas menteri besar Kedah Tan Sri Ustaz Azizan Razak kerana komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 September lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi. -HD


Siapa Azam Samad?




Azam Samad, 37, adalah Ketua Pemuda PAS Jerai dan merupakan seorang pendidik berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau adalah anak didik politik Tan Sri Azizan Abdul Razak. Sekalipun tidak pernah bertanding (dalam pilihan raya), beliau mempunyai rekod baik dalam parti. Tidak ada musuh dalaman dan boleh memerangkap agenda BN.

Beliau mampu mematikan hujah mereka kerana mempunyai kelayakan akademik, latar belakang agama dan berperibadi mesra pengundi.

Azam yang baru dilantik memegang jawatan ketua Pemuda kawasan itu baru-baru ini, menjadi sebutan akar umbi dan penduduk, antaranya di Bukit Besar, Kampung Bukit Curaih, Kampung Tualang, Sungai Dedap, Permatang Buluh, dan Kampung Selengkoh.

Azam kini memegang jawatan exco Pemuda PAS Kedah, pengarah Jabatan PASTI Kedah dan merupakan guru penolong kanan hal ehwal murid sebuah sekolah agama bantuan kerajaan negeri di Bukit Besar, dalam parllimen itu.

Datuknya (Hamid Ibrahim) adalah antara pengasas PAS Kedah dan Ustaz Azam dibesarkan di pondok al-Nahdhoh.

Azam mampu memimpin bacaan tahlil dan berkhutbah seperti yang dikehendaki oleh penduduk setempat.

Datuk kepada Azam, juga pernah menjadi calon PAS di DUN Sala - kini Sungai Limau - dan bekas ketua Pemuda PAS sewaktu PAS ditubuhkan di negeri itu.

Sementara bapa Azam juga, aktif dalam PAS cawangan Bukit Besar sehingga meninggal dunia pada 2003.