16 Feb 2017

[VIDEO] PM Hanya 2 Penggal Jika Pakatan Harapan Berkuasa

Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan Pakatan Harapan akan melakukan perubahan struktural dan tatacara urustadbir negara jika diberi kemenangan dan mandat oleh rakyat untuk memerintah negara selepas pilihanraya akan datang nanti.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub di dalam satu majlis ceramah Pakatan Harapan di Telok Mas baru-baru ini.

Salah satunya ialah menghadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada hanya dua penggal sahaja.

"Kita tidak mahu mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah yang lalu," tegasnya.