19 Okt 2015

Undi Tak Percaya Kepada Najib: Lagi U-turn Dari Presiden PAS

Tiada ‘ya’ atau ‘tidak’ untuk PAS sokong undi tidak percaya Najib

PAS tidak memberikan sebarang kata dua sama ada akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun beberapa pemimpin parti Islam itu menyatakan kesediaan untuk menyokong usul itu.

"Kita tunggu dan lihat dan sama ada perlu lakukannya," kata presiden PAS itu ketika ditanya berkenaan usul yang dikemukakan pemimpin PKR dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian apabila Parlimen bersidang semula hari ini.


Kehadiran AMANAH Merupakan Satu Perubahan Yang Baik - Hassan Mahmud Al-Hafiz

Kepimpinan Pas perlu berubah

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata Pas semakin berada dalam keadaan tenat sekiranya pimpinan parti berkenaan masih tidak mahu melakukan sebarang perubahan.

Menurutnya, bagi memastikan Pas kekal relevan, beliau berkata parti berkenaan kini memerlukan tiga golongan pemikir iaitu Ulul Ilmi (Ahli Ilmu), Ulul Albab (Ahli Falsafah) dan Ulul Abroq (golongan yang dapat melihat apa terjadi pada masa depan).

Katanya lagi, kepimpinan Pas sedia ada juga disaran untuk berehat dan memberi ruang serta peluang kepada golongan bawahan terutamanya golongan muda dan profesional dalam parti berkenaan.