11 Mei 2013

MB Terengganu Mula Tekan Rakyat Yang Sokong Pakatan


MB T'ganu: Tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah

Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

"Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah.

"Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah di sini hari ini.

Ahmad bagaimanapun berkata BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri.

"Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," katanya.

Antara Aku Janji tambahan BN Terengganu dalam pilihan raya lalu ialah menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, bioteknologi dan keluli dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan, menaik taraf Institut Al Quran Terengganu sebagai sebuah kolej universiti dan menjadikan Tasik Kenyir sebagai Hab Ekopelancongan dan kawasan bebas cukai.

Ahad lalu BN Terengganu mengekalkan mandat pemerintahan di negeri itu apabila memenangi 17 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu).

Daripada lapan kawasan Parlimen, BN menang di Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu manakala PAS menang di Dungun, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu. - Bernama

56 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cantik muka kau mb trengganu

Tanpa Nama berkata...

Umno perlu teruskan pembangunan tanpa kira kawasanumno atau tidak .. kena ingat . Golnganpertengahan dan anak muda tak macam ornag tua ..umno akan di anggap rasis umno bukan lagi rasis kaum.zaman mengugut telah berakhir.ini zaman tunjuk baik.kita taku gelombang tsunami melayu muda dah kelas pertengahn akan berlaku nanti. Please teruskan pembangunan di seluruh terengganu.

bunbinban berkata...

politik zaman batu. Politik ketuanan melayu umno. Hanya umno je melayu...hahaha

Tanpa Nama berkata...

Inilah sikap seorang melayu yang bengong dan bodoh ,adakah beliau sedar apa yang diucapkan itu, bukankah mandat yang diberi oleh rakyat untuk mentadbir Negeri bukannya kawasan DUN Pilihan Raya, jika seorang MB yang diberi watikah oleh Tuanku Sultan untuk menjalankan urustadbir Tuanku kepada rakyat tapi apa yang cuba nak lakukan oleh MB bodoh nie hanya untuk rakyat yang sokong UMNO saja apakah yang tidak sokong UMNO itu bukan rakyat Terangganu dibawah perentah Tuanku Sultan Terangganu,inilah yang dikatakan MB ini seorang MB yang tidak ada ilmu untuk mentadbir Negeri ,Oleh itu kami rakyat Terangganu mohon kepada Tuanku tolong perbetulkan apa yang diucapkan oleh MB tuanku yang bodoh ini yang berucap sebaik saja dia bersumpah terima jawatan dihadapan Tuanku, agar kesejehteraan rakyat Tuanku mendapat pembelaan sewajarnya ,bukan mengugut untuk epentingan Politik sempit beliau.

abuamir berkata...

Paling saya tak faham jika ada penipuan undi di terengganu kenapa PAS tak buat petisyen di makamah. Jgn benarkan mb haram ni terus bermaharajalela dgn segala penipuan. Lawan tetap lawan. Adakah kita bersedia ditipu utk PRU14 nanti?

Org islam tidak dipatuk dua kali dari lubang yg sama kata nabi SAW.

Tanpa Nama berkata...

Perangai sehodoh wajah

Tanpa Nama berkata...

Itu la dia tak dpt beza kan kerajaan dan umnooo.ini kali laaa.

Tanpa Nama berkata...

memanglah cantik muka MB ganu ni sebab tak ada lagi org muka cam pinggan cuma dia sorang..

Tanpa Nama berkata...

Dgr citer sultan mizan x iktiraf kemenangan bn dgn cara penipuan..btl ke cite ni

Tanpa Nama berkata...

woitt.. dh dpt mandat tubuh kerajaan buatlah kerja betol2. jujur dan amanah. kitorg pun byr cukai jugak... bodohhhh punya mb..!

Manjalara (Azman Jalaludin) berkata...

Sebenarnya MB Terengganu kena ingat . Tak semua DUN BN suka akan tindakan sebegitu. Dan dalam pada itu ada juga yang tak puas hati dengan beliau. Andainya hanya 2 orang DUN BN yang berpaling tadah dan menyokong PR, Terengganu akan bertukar pemerintah kerana BN menang 17 kerusi dan PR menang 15 kerusi. Kalau PR ni main duit.. awal lagi dah bungkus Bn nih

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullah....kejam dan "vindictive" betul mb ni.....sapa yg ajar dia beza2kan kawasan kalau tak kepala taik anak kutty dulu....dia ingat Ganu ni BAPAK dia punya?....

Tanpa Nama berkata...

Hodohnya perangai pemimpin umno.

NoBlog berkata...

Terengganu dengan Perak perlu 2 kerusi je....Cari je salah laku atau kes jenayah DUN2 BN tu....Tak kan la semua adun2 tu bersih....Pakat buat repot polis repot sprm ramai....biar sampai kes masuk mahkamah....biar menggelupur sikit BN dekat negeri2 tu....sikit sangat 2 kerusi tu....mana tau boleh ada pengundian semula di 2 kerusi....

Tanpa Nama berkata...

dia memang suka mengarut....kalau x mahu buat pembangunan jangan mnta orang kawasan tu bayar cukai....perangai samseng x habis2...

Tanpa Nama berkata...

Hasil mahsul yang diperolehi termasuk minyak adalah untuk seluruh rakyat terengganu. Semua rakyat Terengganu sama ada di kawasan yang BN kalah membayar cukai termasuk GST (6%). Kalau mcm tu perlu diagihkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang supaya mereka dapat memberi perkhidmatan kepada seluruh rakyat di kawasannya tanpa mengira fahaman politik. Kalau tidak dimana keadilan yang dinyatakan dalam aku janji BN yg akan dituntut oleh rakyat sehingga ke Akhirat nanti....

Tanpa Nama berkata...

Kalau benar-benar terbukti perkara ini berlaku di bawah perintahan UMNO/BN, rakyat boleh terus membawa aduan kepada DYMM Sultan Mizan. Kalau Menteri Besar kurang ajar kat rakyat, rakyat akan lebih berkurang ajar kepada kerajaan negeri.

Tanpa Nama berkata...

Bagus jugak idea mat said tu. Cukai kawasan pakatan rakyat mat said tak bleh kutip. Semua royalti petroleum dikawasan luar pesisir kawasan pakatan rakyat juga mesti dipulangkan kepada pakatan rakyat. Baru lah adil. Memang betul bodoh sungguh menteri besar trengganu kea tu? Macam mana boleh pilih orang bodoh jadi pemimpin negeri ni? Betul kea pilihan sultan mizan ni?

Tanpa Nama berkata...

Apa punya bengong la statement mcm ni. Tak layak jadi MB kalau ada sifat mcm ni. Mcm la projek kerajaan tu dr duit poket dia sendiri. Kalau la dia kutip duit cukai dr penyokong UMNO aje x pelah jugak. Ini duit rakyat dia sapu semua.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat tganu yg diketepikan mat said perlu byr segala cukai kpd wakil rakyat bkn kpd krajaan tganu kalu mcm tu gak mat said kan.

Tanpa Nama berkata...

Naya penyokong BN di kawasan yg kalah...Mat Said dah jatuh hukum. Baik korang pindah g kawasan yg BN menang.... atau lebih baik korang sokong PR jer...nasib badanlah dapat MB taraf pemikiran tahap budak lulusan PMR...huhuhu

Tanpa Nama berkata...

meluat aku dgn pemimpin UMNOOO nie

Tanpa Nama berkata...

Hello!! We are all the taxpayers, bukan orang undi UMNO sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Ingatlah..doa orang yang dizalimi makbul..dia zalim dengan tidak memberi hak kepada yang sepatutnya..insyaAllah, Allah akan tarik balik kekuasaan beliau..astaghfirullah..

Tanpa Nama berkata...

padan muka pengundi amnu di kawasan bn kalah... hahah... derang pun kena musibah jugak... ekekek...

err.... tuanku al-sultan tak nak kata apa-apa ke?

Tanpa Nama berkata...

Bangang punya orang. Memang tak salah kalau kita cakap mamat ini berotak telur puyuh! Kalau macam inilah kualiti dan kredibiliti orang yang dilantik sebagai pemimpin, maka tak salahlah kalau kita capkan mereka ini sebagai tolol!
Mamat bengai ini ingat negeri terenganu ini bapa dia punya ke? Boleh buat sesuka hati? Woi mangkuk tandas, ingatlah gaji engko ini dibayar oleh semua rakyat terenganu tak kira dari pas, bn, atau sapa dan semuanya membayar cukai.
Ingat la mangkuk tandas awam, bn cuma menang 2 kerusi aje lebih dan jangan lupe!

Tanpa Nama berkata...

mohon maaf yea, muka pemimpin MB UMNO memang sehodoh dengan otak bahalolnya. harapkan undi bangla yang tak bayar cukai, tak cukup nak bayar gaji MB nih. lembu kalau sudah bodoh boleh di aqiqah tapi kalau MB dah bodoh tahap khinzir, aqiqah pun dah tak leh.

Tanpa Nama berkata...

harap tuanku sultan mizan membela rakyat terengganu di bawah naungannya, seperti sultan kelantan v, aminnn

mamat lebong berkata...

Guana gamok kalu 3 adun BN ganu pindoh kat PR biar padang muka mat saed ni....tok ingat asal kapung gok mu ni. Jagang nok tunjok bering telajok gok mu ni awang weh

Tanpa Nama berkata...

Sokong 100%.

Tanpa Nama berkata...

babarian

Tanpa Nama berkata...

Piiirrraaaah, Buat rumah mampu milik di kawasan mana pun orang umno jugak yang dapat. Tak buat di kawasan DUN BN kalah lagi bagus, biar sama-sama melopong. Selama ni pun apa juga kemudahan bukan senang penyokong pembangkang nak dapat. Buatlah nak buat apa pun, duit turun dari langit jatuh atas bumbung rumah MB. Orang lain tak boleh kacau.

Tanpa Nama berkata...

Tuanku sultan Terengganu merupa kn sultan ke 2 yg sy kagumi selepas sultan Kelantan. Tp kalo dpt pentadbir mcm ni.. alangkah malang nya tuanku Sultan apetah lg rakyat jelata.
Berdiri atas kad parti bukan amanah negeri.

Tanpa Nama berkata...

ada mb sekor bodoh mcm lembu...kau ingat teganu ni hok mok bapok kau punya..kalu cukai tu org umno saja yg bayar...patut la jgk...ni harta rakyat la bodoh...takkan kau nk kedarahpuak puak mu aje...nnti perut tu penuh dgn isi benda haram ...mu ni tau doa pahla dok bengong..

org islam berkata...

kalau tak nak tolong diaggap rasis.. korang tak undi dia buat apa dia nak keje untuk korang... open lah akal tu sikit.. kalau dia tak nak buat tak boleh salah kan dia. suruh ahli kawasan tu buat...

Tanpa Nama berkata...

azman... sudah lah tak mahu nak fitnah org politik wang.. so PR menang 14 tu pakai duit juga lah? and nak ckp kerajaan T amik duit cukai.. berapa aje satu kampung cukai dia? nak buat rumah satu sebulan pun tak cukup jadi tak mahu ckp GST,Cukai atau lain2.

Tanpa Nama berkata...

muka macam takat UPSR jek...

Tanpa Nama berkata...

Rakyat dah pilih wakil untuk selesai semua masaalah, jadi yb tersebutlah yg yg semesti mewakili rakyat dikawasan dun yg dimenangi. Kenapa perlu kepada pegawai pembangunan dun lagi. Wakil rayat perlu bekerja untuk rakyattampa kira fahaman dikawasan yg dimenangi bukan pegawai pembangunan dun. Apa ada masaalahke. Tak ada masaalah cari masaalah..pastu mulalah nak meroyan.......
?

Tanpa Nama berkata...

Tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah.... Tak dapat pun tak apa.. lepas bina runtuh macam stadium.

Tanpa Nama berkata...

Wei org islam.. Kapiaq pn tau la apa 2 amanah. Jgn jd kamjat. Hg igt duit umno ka? Bangang

Tanpa Nama berkata...

Alamat mundur la kuala terenganu sbb kt situ pas menang. Cian2.

Tanpa Nama berkata...

semoga wakil rakyat PAS yg hensem tolong bawak dan menyelesaikan masalah rakyat di tempat DUN masing masing. ini la masanya kit tunjukan kepandaian PR dlm menyelesaikan masalah rakyat.

Andre Irwan berkata...

"org islam said...
kalau tak nak tolong diaggap rasis.. korang tak undi dia buat apa dia nak keje untuk korang... open lah akal tu sikit.. kalau dia tak nak buat tak boleh salah kan dia. suruh ahli kawasan tu buat..."
May 12, 2013 at 2:28 AM

Betulkah yang tulis ni orang Islam???? Sama saja dengan Mat Said??? Topeng kot?????

Tu lah Melayu yang "cerdik". Selalu disogok bahawa Melayu akan hilang hak depa bila undi orang Cina atau orang lain dari Melayu. La ni siapa yang tak mahu tolong orang Melayu?? Aku dari dulu selalu berpesan kepada orang Melayu Kita iaitu yang Islam mahu ialah keadilan bukan perkauman. Aku juga cadangkan kepada puak UMNO agar wujudkan TANAH PERKUBURAN MELAYU dengan kadar segera agar mereka lebih nampak Jaguh Melayu. Tidakkah kita nampak bahawa "lidah" depa sentiasa bercabang bila berbicara pasal isu Islam?? Entah-entah betul seperti cakap sahabat aku, orang Melayu memang mudah dibohongi terutama bila berbicara pasal isu perkauman. Selalu menakutkan Melayu bahawa Melayu akan hilang kuasa le, perlembagaan akan ditukar le, Raja-raja Melayu akan hilang tempatnya le, ... dan pelbagai metos, penat nak sebut. Tup tup tup keluar, Melayu UMNO tak mahu tolong orang Melayu yang tak undi depa. Kan Pilihanraya itu diwujudkan untuk permainan adil. Dah menang pun masih terasa kecewa. Lepas tu dok kutuk orang yang kalah. Dah menang tu cukup le. Buatalh kerja seperti seorang muslimin yang mukmin. Jangan lupa ini amanah dari Allah swt walaupun diterjemahkan dari keputusan pilhanraya. Ini bukan amanah dari Tok Jib sebab Tok Jib pun mati juga. Yang tak mati tu Allah swt. Kalau menang balik hati rakyat, buatlah kerja dengan telus dan berintegriti (bukan pada mulut sahaja). Aku kadang-kadang meluat dengan ucapan INTEGRITI dari mulut pemimpin BN kini sebab tiada yang ....

Tanpa Nama berkata...

tuan2. puan2,kita tidak boleh menghina ciptaan Allah, tetapi pemikiran dan tindakan MAT SSAAAIIIDD ni memang KETINGGALAN MACAM JEPUN PERENTAH TANAH MELAYU. Yakin dan percaya lah kerja Allah, manusia yg macam ni lambat laun akan di hina dan di pinggirkan. kuasa tidak boleh menongkat langit. doa2 kan lah.

org islam berkata...

andre irwan, tak mahu melarat jauh sangat. MB said ckp rumah aje tak mahu memlebih jauh sampai ckp tak mahu tolong rakyat. hairan juga Kelantan dun UMNO, PAS bantu ke apa2 semala 30thn ni? cermin dulu diri dulu sembelum nak tgk party org.

Tanpa Nama berkata...

Kesian dgn penduduk kwsn tu yg undi BN. Nah rasakanlah kamu dengan pilihan bjiak korang ni. Ni dh terang2 bgtau awal2. Tahniah pengundi BN

Tanpa Nama berkata...

ini satu kezaliman...apa ingat penyokong PR bukan rakyat yg ada hak kpd keadilan pemerintahan ?.......kalau mcm ni punya perangai x layak jd MB .....cuma layak jadi samseng taik kucing je....memalukan...

pak mail Ganu berkata...

Kasihanlah kepada Pak Mail ni. Pak Mail suasah, rumah pun teruk. Kerja tak menentu. Baru-baru ni Pak Mail sokong BN tapi kawasan Pak Mail BN kalah. Nak buat macam mana ? Apakah orang-orang macam Pak Mail nie jadi mangsa ?

Tanpa Nama berkata...

MB dok paka'...
mentaliti dan moral sangat rendah.
ingat prisip jari.. jangan tuduh org kerana kelemahan kita..
JKKK ada wat kerje dok.. org sakit pung dok gi tengok..
TUNGGU PRU 14.. AMBE BAGI TKO..

Tanpa Nama berkata...

Wahai DSMB apakah ini cara yang digariskan Islam ? Mohon DS Najib tengok sikit mangkok nie ..........

Tanpa Nama berkata...

Kalau mcm tu encik MB...orang yg pangkah pr tak perlulah byar cukai ya...barulah adil dan saksama

Tanpa Nama berkata...

kalau rakyat dapat pemimpin Melayu bodoh dan hodoh sebegini, lebih baik dapat pemimpin bukan Melayu baik Cina ka, India ka yang tak sebenggap si Mat Said nih.

nak jadi orang pun tak tahu, agaknya kechik kechik dulu pun kaki merempit kot.

don berkata...

Ambo sedih dengan MB ambo yang agamanya sahaja Islam tapi menindas seperti jahiliah. Ambo rasa menyesal emak dia yang mengandung, melahir dan membesarkan si Jahil nieee !

janda berkata...

PM tolong tengok sikit MB Ganu nie. Kalau macam ni perangai dia, bukan sahaja Tganu akan tumbang PRU 14 tapi semua sekali domino..... hanya kerana Si Bahalol Mangkok Seekor niee. Bodoh punya MB ! kalau Tuanku tau hang punya hati busuk... mampuih !

Tanpa Nama berkata...

ingat!! jaganlah kita menzalimi sesama manusia duit peruntukan untuk wakil rakyat tu jangan tak bagi sudah ye..tak kira apa fahaman politik nanti kita ni akan mati jua..diakhirat nanti akan ditanya oleh allah taala..ingat!!!

Tanpa Nama berkata...

alaaa..wakil rakyat pas kan ader..buat aper undi diorg kalu keje yg ptut yb yg kena buat tp org lain yg kena buat..