22 Jul 2016

Anak Rosmah Mansor Bersuara: Riza Jual Dirinya Kepada Syaitan

'Riza tuai apa disemainya kerana jual diri kepada syaitan'

Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz menuai apa yang disemainya kerana 'menjual diri kepada syaitan', tulis adiknya di Facebook.

Riza yang dinamakan dalam saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat kerana didakwa menggunakan wang yang dicuri daripada firma pelaburan negara, 1MDB.

"Jika Riza menjual dirinya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya miliknya, bayangkan hutangnya yang dikumpul bersama syaitan dan yang bakal mereka kumpul lagi itu,” tulis Azrene Soraya Abdul Aziz, seorang perunding imej.

Seperti Riza, Azrene adalah anak tiri Najib, yang lahir hasil perkahwinan pertama, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya.

Dapatkah Misteri "Siapa Malaysia Official 1" Dijawab?

'Malaysian Official 1' sangat hampir dengan Najib, dakwa Tun Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak satu tribunal bebas ditubuhkan bagi menyiasat perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan jabatan kehakiman Amerika Syarikat terhadap syarikat berkaitan 1MDB dan menyifatkan individu yang dinamakan sebagai 'Malaysian Official 1' sangat hampir dengan Najib.

Mahathir berkata, tribunal tersebut tidak boleh melibatkan Najib kerana beliau merupakan orang yang perlu disiasat.

"Rakyat mesti menuntut pengunduran perdana menteri, menuntut siasatan segera oleh tribunal bebas bukan tribunal yang dinasihati oleh perdana menteri kerana perdana menteri orang yang perlu disiasat.