27 Jul 2015

Mantan Pengarah PASTI & Pengarah Jab Amal Pusat Sertai GHB Melaka


Gerakan Harapan Baru Negeri Melaka telah mendapat nafas dan kekuatan baru apabila dua figur utama peringkat pusat telah menyertai pertubuhan itu baru-baru ini.

Mereka adalah Sdra Azrin Abdul Majid, mantan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Pusat dan Sdra Johari Osman, mantan Ketua Ketua Pengarah Jabatan Amal Pusat.

Kedua-duanya juga telah dilantik di dalam barisan kepimpinan protem GHB Negeri Melaka yang diadakan baru-baru ini. Sdra Azrin telah dilantik sebagai Penyelaras GHB Kawasan Jasin manakala Sdra Johari sebagai ahli jawatankuasa GHB negeri. Cikgu Azrin sebelum ini juga adalah mantan AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat.

"Kehadiran kedua-dua tokoh tersebut akan memperkukuhkan dan memperkuatkan GHB Melaka kerana kedua-duanya telah membuktikan tugas dan khidmat yang cemerlang masing-masing di dalam Jabatan PASTI Pusat dan Jabatan Amal Pusat sebelum ini," tulis seorang jawatankuasa GHB Negeri Melaka kepada blog GB.

Di dalam perkembangan berkaitan, GHB Jasin malam tadi telah berjaya mengadakan pertemuan sulongnya dan menubuhkan jawatankuasa protemnya. Sdra, Azrin yang dilantik sebagai Penyelaras GHB Jasin di dalam ucapannya menyatakan bahawa GHB adalah sebuah wadah baru untuk kita terus menjalankan dan menyambung tugas dakwah yang dilakukan di dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.

"GHB Jasin mensasarkan sekurang-kurangnya 300 ahli dapat didaftarkan di dalam seminggu dua ini supaya pendaftaran Harapan Baru dapat berjalan lancar," tambahnya.

Berikut ialah senarai AJK Penaja GHB Jasin yang dipilih malam tadi.

AJK Protem GHB Jasin

Mereka yang hadir di dalam mesyuarat penubuhan GHB Jasin malam tadi

Pengerusi : Azrin Ab Majid
Timbalan : Adel Jantan
Setiausaha : Mohd Nasir Yusof
Penolong SU : Shamsuddin Abd Hadi
Bendahari : Hj Mohd Daud Mohd Aris
Pengarah Komunikasi : Zulkifli Harun
Ketua Gerakan Muda : Adesham Nor
Ketua Gerakan Muslimat : Pn Hasnah Othman

Ahli Jawatankuasa Kerja : 1. NoorIsmail Ayob
2. Zabidi Abd Majid
3. Amir Samad
4. Sazali Ahmad
5. Mohd Kadir Mohd Yassin
6. Abu Zaid Al Khair
7. Aminuddin Ali
8. Razali Hassan
9. Hj Redwan Sentol
10. Hj Kassim Abdullah
11. Hamzah Amin
12. Mohd Najib Md Zin
13. Mohd Khalid Roslan
14. Hj Yuhaizad Abdullah

Sementara itu GHB Kota Melaka juga telah berjaya mengadakan mesyuarat pertamanya dan membentuk jawatankuasa penajanya malam tadi. Sdra Harun Mohamed telah dipilih sebagai Penegerusi JK Penaja GHB Kota Melaka. berikut ialah senarai AJK GHB Kota Melaka.

AJK Protem GHB Kota Melaka


Pengerusi : Harun Mohamed
Tim. Peng : Shamsudin M Bakhed
SU : Hj Samat Ahmad
Pen SU : Ismail Musa
Bendahari : Amran Atan
Pngrh Komunikasi : Kapt Mohd Jaafar
Ketua Harapan Pemuda : Ahmad Faizi Abu Bakar
Ketua Harapn Wanita : Pn Azizah Abd Wahab

Ahli Jawatankuasa :
1. Md. Rashid Tahir
2. Khairil Anuar Samat
3. Mohd Hatta Mohd Yasin
4. Azwan Ahmad
5. Hafiz Hasrin
6. Hj Izudin Hasan
7. Mohd Sofwan Hashim
8. Yusuf Abbas
9. Baharin Hitam
10. Ust Sobri Hashim
11. Ibrahim Hj Othman
12. Abu Bakar Talib
13. Hjh Jamaliah
14. Mashita Abd Kadar
15. Abd Jalil Saripan
16. Hj Zaini Hashim



DAN JANGAN LUPA...






IKLAN BERBAYAR







Mujahid Jawab Fitnah GHB Berwalikan DAP

GHB sanggah Hadi, nafi berwalikan DAP

Gerakan Harapan Baru (GHB) menafikan pertubuhan itu menjadikan DAP sebagai 'wali', seperti didakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang itu berkata, Hadi tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS.

"Saya tak tahu dalam konteks apa dia cakap. Ini sebenarnya masalah (dalaman) PAS dan kelemahan dia sendiri dengan PAS.

"Tetapi nak alihkan isu dan salahkan DAP,"
katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, penubuhan GHB sebaliknya berkaitan isu kebangkitan rakyat akibat masalah yang dilalui dalam PAS sendiri.

"Ini soal kebangkitan rakyat, kerana PAS yang bermasalah. Tidak ada kaitan dengan DAP,"
katanya.

Hadi dalam kenyataannya 23 Julai lalu mengingatkan ahli GHB agar tidak menjadikan DAP sebagai wali atau ketua.

Dalam kenyataannya yang bertajuk ‘Kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja’, Hadi berkata hanya ahli parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya dapat membezakan antara kawan dan wali.

"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman.

"Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan (perjuangan Islam) tersebut, sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya, kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali," katanya.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi berkata, hubungan dengan DAP adalah sebagai rakan pembangkang yang bercita-cita untuk meneruskan kembali tahaluf siyasi yang terkubur dan bakal menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tidak ada siapa dari ahli kami Harapan Baru yang 'berwalikan' DAP.

"Dulu, yang kerap membuat tuduhan PAS diperkudakan dan menggadaikan prinsip perjuangan demi mencapai kemenangan politik, ialah Umno.

"Kini nampaknya giliran PAS pula membuat tuduhan terhadap kami," katanya.

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, lebih baik jika PAS bersama dengan GHB menumbangkan Umno daripada terus bercakaran sesama sendiri.

"Adalah lebih baik kalau kita sama-sama 'berlumba-lumba' menumbangkan Umno bagi menamatkan kebobrokan tadbir urus parti pemerintah yang sarat dengan kemungkaran rasuah, salah guna kuasa, kerakusan, pembolotan, pembaziran, ketidakadilan dan kezaliman, daripada mengulangi fitnah Umno," katanya.

Hadi dalam kenyataan sama berkata, sesiapa yang tidak istiqamah atas akidah, dasar dan matlamat, pasti akan berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar jemaah.

"Sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah maha mengetahui dia hanya pelakon dan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka, bersama pelakon tambahannya," katanya. –TMI


Hadi punca kematian Pakatan Rakyat

Hadi adalah punca utama kematian Pakatan Rakyat bukan saja kerana mencabul Dasar Bersama dan prinsip muafakat Pakatan Rakyat tetapi juga kerana cuba untuk menjadi “tuan” Pakatan Rakyat

Berat hati saya untuk menyatakan rasa kesal yang amat sangat apabila melihat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mengulang-ulang propaganda Umno bahawa DAP mahu menjadi “tuan” ke atas parti lain.

Propaganda ini menyelindungkan pendirian politik baru beliau untuk menjadi pembela terkuat Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan para pemimpin dan ahli Umno sendiri sedang mencari arah baru untuk negara ini.

Sebagai contoh, ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee kelmarin menyifatkan pakatan baru pembangkang tidak mampu menggugat Umno. Beliau juga terus menyebarkan pembohongan bahawa gabungan baru berkenaan akan dikuasai oleh DAP seperti mana kononnya DAP dulu menguasai Pakatan Rakyat yang telah berkubur.

Dakwaan yang hampir sama diulang oleh Hadi kelmarin dengan menyebut bahawa golongan yang menghargai perjuangan Islam tidak akan menjadikan DAP sebagai 'wali', mengulangi tuduhan Umno bahawa DAP mahu menjadi “tuan” dalam hubungan “tuan dan hamba” dengan parti-parti politik lain.

Tuduhan itu bukan saja tidak berasas sama sekali, malah ia pembohongan paling keji daripada seorang bekas pemimpin Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat dulunya hampir menjadi sebuah gabungan politik baru antara kekuatan-kekuatan politik yang hampir setara di kalangan parti yang menjadi anggotanya, berasaskan prinsip muafakat di mana setiap keputusan atau dasar Pakatan perlu dicapai menerusi muafakat ketiga-tiga parti komponen.

Tidak ada parti atau pemimpin memegang kuasa veto bagi membatalkan keputusan yang telah dicapai secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti komponen.

Justeru tindakan Hadi mencabul Dasar Bersama Pakatan dan prinsip muafakat ini, kerana mahu menjadi “tuan” dalam Pakatan Rakyat, muncul krisis demi krisis dalam Pakatan, iaitu dengan:

1. Mencabul dasar Pakatan Rakyat untuk memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional dalam pilihanraya dengan meletakkan calon-calon PAS pada hari pencalonan untuk bertanding melawan PKR di enam kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihanraya Umum ke-13, menyebabkan Umno menang di semua kerusi terbabit.

2. Mengenepikan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos 2014, yang dihadiri oleh Timbalan Presiden Mat Sabu bagi pihak Hadi, yang menetapkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

3. Melanggar janjinya sendiri pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 bahawa sebarang pindaan ke atas Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan sebarang usul persendirian Ahli Parlimen Pakatan berkenaan pelaksanaan hudud akan terlebih dulu dibentangkan di hadapan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Cita-cita Hadi untuk menjadi “tuan” dalam Pakatan Rakyat melanggar prinsip asasi Pakatan sebagai sebuah gabungan antara parti-parti yang setara, dimeterai dengan prinsip muafakat dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Atas sebab inilah Hadi mengenepikan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk melantik Menteri Besar Selangor kerana Azizah seorang wanita.

Malah, Hadi juga tidak bersetuju dengan cadangan untuk menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon dari Pakatan Rakyat untuk kerusi Perdana Menteri.

Tidak berlebihan jika disebut bahawa Hadi adalah punca utama Pakatan Rakyat berkubur, bukan saja kerana mencabul Dasar Bersama dan prinsip muafakat Pakatan Rakyat tetapi juga kerana cuba untuk menjadi “tuan” Pakatan Rakyat, menggunakan kuasa veto bukan saja ke atas Jawatankuasa Pusat PAS tetapi juga Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Konsep politik Hadi, termasuk politik gabungan, sama sekali tidak serasi dengan demokrasi, pluralisme, hak asasi manusia, kepelbagaian budaya, hak wanita serta gagasan pembangunan dan kemodenan.

Saya telah sebutkan kelmarin bahawa terserah kepada Hadi jika beliau mahu membantu memanjangkan hayat politik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri di tengah taufan politik skandal 1MDB.

Namun, beliau tidak berhak berbohong dan berdusta tentang DAP demi matlamat politik barunya untuk menjadi sahabat sejati Najib yang sedang berdepan tuntutan untuk meletakkan jawatan, termasuk daripada khalayak Umno.

Setahun yang lalu, saya boleh menyatakan dengan yakin bahawa jika ada usul untuk mengadakan undi terhadap Najib di Parlimen, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan mengundi tidak percaya.

Berlainan keadaannya hari ini. Apakah Hadi dan para pendukungnya akan sanggup membuat undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen? Hampir tidak mungkin, jika melihat kepada pembelaan luar biasa Hadi terhadap Najib.

Setahun yang lalu, tidak diragui lagi bahawa semua ahli parlimen Pakatan Rakyat dari DAP, PKR, dan PAS akan seia-sekata menuntut ketelusan dan kebertanggungjawaban berkenaan skandal 1MDB. Apakah hari ini Hadi dan pengikutnya akan menyokong usul sedemikian di Parlimen?

Hadi boleh mengubah pendirian dan belang politik beliau untuk menjadi pembela Najib yang paling kuat, namun janganlah melakukannya dengan cara mengorbankan kebenaran, keadilan, dan kejujuran dengan mengulang-ulang pembohongan dan pendustaan yang disebarkan Umno berkenaan DAP. -LKS/mk








IKLAN BERBAYAR