29 Okt 2014

[VIDEO & GAMBAR] DNA Meragukan, Kata Peguam


Liwat II: Pembelaan sambung penghujahan

Rayuan terakhir terhadap sabitan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

LAPORAN LANGSUNG:

5.25pm Ram membayangkan beliau akan selesai esok.

Mahkamah ditangguhkan dan Shafee membayangkan beliau boleh bermula esok, dan mungkin akan selesai pada Jumaat.

5.10pm Keraguan yang jelas muncul, kata Ram.

5.05pm: Ram berkata, pencemaran boleh berlaku disebabkan oleh Supt Jude. “Ia pencemaran tidak sengaja.”

“Sekarang ini kita tidak tahu siapa dan bagaimana sampel perianal diuruskan.”


5.00pm: Ram berkata terdapat kemungkinan sampel diambil tercemar.

Katanya, terdapat DNA lelaki tak diketahui ditemui dalam B5 di samping 'Lelaki Y' dalam sapuan perianal.

4.50pm: Ram berkata terdapat contoh penurunan (degradation) sampel-sampel lain.

(Sebanyak 12 sapuan diambil semasa doktor HKL memeriksa Saiful.)

“Ada yang asli dan ada yang tidak,” kata peguam itu.

“... hakim Mahkamah Rayuan silap dan hakim Mahkamah Rayuan betul.”

4.40pm: Ram berkata, setiap percampuran (tindakan seksual), sperma mesti dipisahkan daripada sel bukan sperma.

4.20pm: Ram berkata, jika terdapat pertikaian, pendakwaan boleh memanggil saksi pakar mereka untuk menolaknya.

Beliau berkata, sampel yang diambil selepas 96 jam akan menunjukkan penurunan (degradation).

Hakim Ariffin bertanya sama ada sampel menunjukkan penurunan.

“Jika ia pengalamani penuruhan, ia akan jadi kucar-kacir, seperti tiada bacaan.”

4.10pm: Ram berkata terdapat pertikaian sekitar isu pencemaran bahan dan beliau merasakan hakim Mahkamah Rayuan menyalaharahkan diri mereka sendiri.

Peguam bela berkata, ahli kimia pembelaan telah mencerahkan mahkamah berhubung apa yang diteliti mereka (terhadap analisis dibuat oleh ahli kimia kerajaan).

“Terdapat 18 titik alel tetapi ia tidak dilaporkan oleh laporan (ahli kimia).”

“Testimoni DW4 dan DW5 daripada apa yang diperhatikan mereka. Pihak pembelaan tidak memanggil sebarang saksi untuk menolak keterangan mereka,”
kata Ram.

4.07pm: Mahkamah bersambung semula.

3.40pm: Hakim Ariffin menangguhkan mahkamah untuk rehat 15 minit.

3.30pm Ram berkata sapuan pada dubur hanya diberikan kepada ahli kimia selepas 96 jam selepas insiden didakwa berlaku itu.

Katanya, ahli kimia kerajaan bersetuju bahawa akan berlaku penurunan (degradation) selepas 36 jam.


“Ia disimpan dalam laci dan bukan peti sejuk.”

3.35pm: Ram bagaimanapun berkata, sampel ditemui asli atau mendekati asli seperti ditakrifkan oleh pakar pembelaan berdasarkan graf bacaan.

3.05pm: Ram berkata mahkamah patut menerima bukti daripada saksi pembelaan, iaitu pakar forensik Brian Mcdonald kerana beliau seorang ahli kimia yang cekap.

Ram berkata, hakim Mahkamah Rayuan tidak menerima pandangan pakar pembelaan berbanding Mahkamah Tinggi (yang membebaskan Anwar).

Ram berkata, hakim Mahkamah Rayuan tidak mengambil kira bukti DW4 (McDonald) dan daripada DW2 (David Wells).

“Perkara ini berkaitan, apabila hakim perbicaraan tidak mengkritik DW4. Hakim Mahkamah Rayuan tidak dapat menghargai bukti-bukti itu kerana tidak melihatnya (pakar asing) memberi keterangan.”

Berhubung sampel yang diambil daripada Saiful, peguam bela mempersoalkan integritinya.

“Sampel itu diambil daripada Saiful pada 28 Jun dan ia diberi kepada Jabatan Kimia pada 30 hari bulan,” katanya.

Ram berkata, sampel daripada Saiful patut disimpan dalam peti sejuk tetapi sebaliknya disimpan dalam kabinet Supt Jude Pereira.


2.50pm: Dokumen itu, kata Ram, penting untuk pasukan pembelaan untuk ditunjukkan kepada pakar mereka.

“Tiada daripada dokumen itu dibekalkan walaupun ia dimiliki oleh PW5 (Seah).

“Malah Seah gagal mencerahkan mahkamah dengan analisis,” katanya.

Dokumen itu, kata Ram, penting untuk memastikan garis panduan diikuti, dalam mendapatkan sperma dan rekod pengasingan sperma.

“Dokumen standard dan laporan SDR tidak diberikan. Ini mencacatkan pembelaan,” katanya.

2.40pm: Ram meneruskan penghujahannya dengan berkata, ahli kimia tidak menukar bekas sampel.

Katanya, ahli kimia tidak dapat mengesahkan berapa banyak jumlah DNA daimbil daripada sampel Saiful.

Seah tidak dapat menyatakannya kerana dia tidak mempunyai rekod kata peguam bela itu.

“Pendakwaan gagal menghasilkan jumlah dan rekod pengasingan sperma DNA. Dokumen ini tidak dibekalkan kepada pendakwaan.”

2.37pm: Loceng Mahkamah dibunyikan dan hadirin kembali ke tempat duduk mereka.

2.30pm: Anwar tiba dengan ahli keluarganya. Mahkamah akan bermula tidak lama lagi. Anwar dan Lim dilihat berbincang bersama Pak Samad.

2.25pm: Dewan mahkamah mulai penuh. Turut berada di mahkamah ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

1pm: Ram berkata, Seah bersifat selektif dalam apa yang dilaporkannya sebagai 'stutter' kerana ia boleh mendedahkan banyak lagi pihak sebagai “Lelaki Y”

“Dia (Seah) tidak lapor bacaan tertinggi (peak) yang lain. Dia lapor bacaan tertinggi 13 tetapi tidak 17 dan 18.”


Hakim Arifin meminta penangguhan untuk makan tengah hari. Mahkamah akan bersambung pada 2.30 petang.

12.55pm: Ram berkata, alel datang secara berpasangan.

Katanya, Seah (gambar)datang ke mahkamah tanpa menunjukkan garis panduan daripada jabatan.

“Hasil akhir bahawa dapatannya adalah tidak boleh dipercayai,”
katanya.

12.45pm: Ram berkata setiap orang mempunyai profil DNA berbeza dan terdapat terdapat kemungkinan kecil, ia dikongsi bersama orang lain.

“Mahkamah tidak dapat menentukan bukti Seah daripada aspek stutter dan peratusan. Beberapa dokumen ini tidak tersedia kepada pembelaan untuk soal balas.”

Katanya, 12 sampel diambil daripada Saiful dan ditanda oleh Dr Siew Shueu Feng daripada JKL.

Ia meliputi bahan uji daripada rektum, perianal, rektum tinggi dan rektum rendah.

12.40pm: Beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat tiba di mahkamah, antara mereka Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Johari Abdul (Sungai Petani).

Ram kemudian berhujah berkaitan alel (allele) dan stutter yang diamalkan oleh Jabatan Kimia.

“Ia belum diiktiraf sejak 2005,” katanya.

Dua ahli kimia memberi keterangan dalam perbicaraan sebelum ini, iaitu Dr Seah Lay Hong dan Noraidora Saedon.

11.45am: Sangeet berkata ada bukti (langsung) lain yang pihak pendakwa telah dan ia tidak seharusnya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence).

Pihak pendakwaan, katanya, tidak boleh bergantung kepada perbicaraan utama untuk membantah apa yang berlaku dalam 'bicara dalam perbicaraan'.

12.25pm: Ram Karpal berkata terdapat "Lelaki Y" dalam sampel yang ditemui dan ini seterusnya dikaitkan dengan sampel DNA yang diambil dari sel lokap Anwar.

Beliau berkata pihak pendakwa gagal membuktikan tanpa keraguan bahawa "Lelaki Y" adalah perayu.

12.15pm: Sangeet berhujah bahawa terdapat satu siri dokumen yang tidak diberikan kepada pihak pembelaan.

Beliau berkata tidak ada asas bagi hakim untuk menolak permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan dokumen tersebut bagi memastikan ada kedudukan yang sama.

Pada peringkat awal perbicaraan, Hakim Zabidin tidak membenarkan pihak pendakwaan untuk menyediakan dokumen-dokumen tersebut.

Sangeet berhujah bahawa tidak ada perbicaraan yang adil dan penangkapan itu dibuat secara tidak sah.

Sekarang Ram Karpal mula berhujah mengenai DNA.

12.02pm: Sangeet berkata waran tangkap asal yang dikemukakan semasa perbicaraan utama adalah tidak sah.

Katanya, waran itu hanya dikeluarkan di balai (polis) dan menambah bahawa hakim silap apabila memutuskan untuk menerima bukti itu semasa perbicaraan utama berdasarkan dokumen yang sama (iaitu waran tangkap asal).

Oleh itu, katanya, perolehan (tiga) barangan tersebut juga harus dianggap sebagai haram.

11.35pm: Sangeet berkata, hakim perbicaraan memutuskan bahawa barang-barang itu diperoleh dengan tujuan tidak adil.

Katanya, keputusan awal dibuat ketika beliau memilih menggunakan budi bicara tetapi perbicaraan utama menerima bukti-bukti itu.

“Kemasukan barang itu melalui cara tidak sah,” katanya.

Hakim Mohd Zabidin pada mulanya tidak menerima tiga barang itu – tuala, berus gigi dan botol air – sebagai bukti semasa perbicaraan dalam perbicaraan tetapi berubah selepas itu

10.47am: Bagaimanapun, Hakim Arifin berkata, memperoleh bukti secara tidak sah juga diterima di Malaysia.

Sangeet berkata, pihak perayu ditahan di Jalan Segambut dan bertemu Jude di balai polis kira-kira ham 8 malam dan dibawa ke HKL.

“Anwar enggan beri DNA dia di hospital. Dia menggunakan hak yang dijamin perlembagaan untuk tidak berbuat demikian.

“Keseluruhan prosedur adalah salah kerana ia bertentangan dengan peraturan lokap (kerana tahanan harus berada dalam lokap sebelum jam 6 petang).”

Sangeet berkata, polis menahan Anwar semalaman ketika mereka tahu mereka berada di sana hanya untuk merakamkan kenyataan.

Tetapi, kata Sangeet, Anwar diberikan tiga barang itu dan kemudian dikeluarkan secara berhati-hati.

10.45am: Peguam bela Sangeet berkata, tiga barang itu diperoleh secara tidak sah melalui muslihat dan penipuan manakala tangkapan pula tidak sah.

“Terdapat tangkapan tetapi waran hanya dikeluarkan oleh IPK KL. Taufik kata tangkapan dibuat berdasarkan Seksyen 377B (Kanun Keseksaan):

Sangeet berkata, hakim pada mulanya membuat keputusan menyebelahi mereka dengan tidak menerima tiga barang itu.

“Beliau memutuskan barang-barang itu digunakan secara tidak adil.


10.40pm: Sangeet berkata, perbicaraan dalam perbicaraan diadakan untuk menentukan kebolehterimaan tiga barang itu.

“(Peguam pembelaan) Sankara Nair dan R Sivarasa memberi keterangan dan mereka menceritakan bagaimana kereta Anwar diserbu (polis) ketika tahanan.

“Seorang superintenden Taufik memberi keterangan bahawa dia mendapat arahan untuk menangkap Anwar.

“Tiada alasan diberikan oleh Taufik untuk membuat tangkapan, yang memberi keterangan sebagai satu-satunya saksi dalam pendakwaan,” kata Sangeet.

10.30am: Sangeet berkata 'Male Y' boleh jadi sesiapa sahaja dan tidak semestinya Anwar.

Sangeet berkata, semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, penyiasat di tapak berlaku jenayah Supt Amidon diminta memberikan bukti dan timbalan pendakwaraya (DPP) meminta tiga barangan itu diserah.


“Bagaimanapun (ketua pembelaan ketika itu) Karpal Singh membantah. Penerimaan tiga barang itu adalah salah. Mahkamah Tinggi tidak mahu menerima barang-barang itu.

“Bagaimanapun, hakim menyemak semula permohonan sejurus sebelum pendakwaan menutup kes.”



10.15am: Hakim Arifin bertanya sama ada terdapat sebarang barang ditinggalkan dalam sel sebelum Anwar memasukinya.

Peguam pembelaan Sangeet merujuk diari lokap yang menyebut ia kosong dan tiada tahanan lain.

Seorang lagi panel, Hakim Md Raus berkata, ketiga-tiga barang itu diberikan kepada Anwar tetapi Sangeet bertanya kembali sama ada ia digunakan oleh dia.

10.10am: Peguam pembelaan Sangeet berkata, penghakiman Mahkamah Tinggi menyatakan pegawai polis melihat Anwar menggunakan toilet sel dan memberus gigi pada 17 Julai 2008.

Bagaimanapun, kata Sangeet, pegawai polis itu hanya mendengar dan tidak melihatnya sendiri.

10.05pm: Sangeet, diari lokap menyatakan Anwar tidur pada waktu malam, bangun dan bersandar pada palang lokap sebelum mengambil air sembahyang dan bersembahyang sunat.

Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 selepas pergi ke Hospital Kuala Lumpur dan tidur semalam di lokap ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

“Terdapat bukti langsung dan pendakwaan tidak boleh bergantung kepada bukti keadaan ketika terdapat bukti langsung.”

10am: Sangeet berkata, berus gigi, sabun dan tuala diberikan kepada Anwar semasa di dalam lokap.

Sangeet berhujah, tiada sebarang bukti daripada saksi polis menunjukkan bahawa Anwar menggunakan barang-barang itu.

“Diari lokap hanya menyatakan Anwar berada dalam penjara dan bersembahyang pada waktu pagi,” katanya,

“Tuala Good Morning”, berus gigi dan botol air mineral didakwa digunakan oleh polis bagi mendapatkan DNA Anwar tanpa pengetahuannya

9.50am: Peguam pembelaan Sangeet Kaur Eeo pula memulakan penghujahannya.

Katanya, peguam utama Gopal Sri Ram berhujah bahawa Saiful bukan saksi berwibawa.

Sangeet menegaskan tindakan Mahkamah Rayuan mendapati Saiful sebagai saksi berwibawa tidak boleh dipertahankan kerana dia tidak membuat pengakuan.

Sangeet berkata, DNA daripada Anwar diperoleh daripada sel tempat dia ditahan sebelum ini.


Pendakwaan, katanya, gagal menghubungkan “male Y” kepada kes itu.


“Mahkamah Rayuan tidak boleh bergantung kepada keadaan di mana bukti langsung datang daripada pengakuan pegawai polis yang menjaga sel itu,” katanya.

9.45am Surendran memulakan penghujahan dengan memetik kenyataan pelbagai pihak berhubung keadaan daripada kandang tertuduh yang turut memberi kesan.

Anwar satu-satunya pihak yang memberi kenyataan daripada kandang tertuduh, yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati beliau tidak bersalah sebelum ini.

Tertuduh mempunyai tiga pilihan untuk pembelaannya sama ada memberi keterangan daripada kandang saksi, berdiam diri atau memberi kenyataan tidak bersumpah daripada kandang yang tidak boleh disoal balas.

“Mahkamah patut mempertimbangkan kenyataan Dr Mohd Osman yang bertentangan dengan Saiful. Mahkamah Rayuan patut mengambil kira kekuatan pengakuan Anwar di mahkamah yang mana ia sepenuhnya tidak endahkan.

“Ini menyebabkan penyalaharahan yang memerlukan campur tangan Mahkamah Persekutuan,” kata Surendran.

9.40am: Mahkamah mula bersidang selepas ketua hakim negara mengambil tempat.

9.30am: Shafee tiba.

Anggota Parlimen Sepang Mohd Hanipa Maidin yang juga seorang peguam turut berada dalam mahkamah.

Turut kelihatan naib presiden dan setiausaha agung PKR Rafizi Ramli.

9.20am: Mahkamah kini padat dan pihak tidak mendapat pas masuk diminta keluar.

Peguam utama Anwar Gopal Sri Ram semalam membayangkan beliau akan tiba lewat hari ini dan membenarkan peguam lain menjalankan penghujahan terlebih dahulu.

Peguam pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah dijangka tiba tidak lama lagi.

Prosiding mahkamah dijangka bermula 9.30 pagi.

9.00am: Keadaan sedikit kecoh ketika Anwar ingin memasuki kawasan Istana Kehakiman apabila penyokong mula menolak kembali pagar halangan.

Bagaimanapun pihak polis segera membuka pagar tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar dan menghalang orang awam daripada melepasi pagar tersebut.

Anwar yang berbaju kemeja putih dan kot hitam ditemani isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dua orang anak perempuannya kemudian melambai kepada penyokong sebelum memasuki mahkamah.

8.57am: Anwar tiba di perkarangan Istana Kehakiman untuk bertemu penyokong sebelum menghadiri sesi pendengaran rayuan kes liwat II.

Kesemua penyokong kini mula mengerumuni Anwar untuk bersalaman dan bergambar dengannya.

8.50am: Naib Presiden PKR Tian Chua kini berucap di hadapan penyokong Anwar.

Tian berkata, beliau sebentar tadi telah cuba meminta kebenaran daripada pihak polis untuk berhimpun di hadapan Istana Kehakiman tetapi tidak dibenarkan.

"Tadi saya minta untuk berada berdekatan dengan mahkamah. Hari ini kita lagi jauh. Hari ini kita diarah untuk berada di belakang sini.

"Kita minta supaya kita berada di depan mahkamah untuk lakukan himpunan tapi polis tak benarkan," kata Tian.

Turut hadir pada perhimpunan hari ini ialah Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Kesemua penyokong pro-Anwar kini dianjak kira-kira beberapa meter ke belakang berbanding semalam.

Jarak penyokong berhimpun daripada Istana Kehakiman kira-kira 300 meter.

8.40am: Peguam wakili Anwar mulai masuk ke mahkamah. Antara mereka Eric Paulsen, Sangeet Kaur Deo dan Ram Karpal.

Wartawan pula duduk di bahagian kiri mahkamah sementara pemerhati antarabangsa, yang mula sampai, di sebelah kanan.

Semalam, hari permulaan pendengaran rayuan akhir, dewan mahkamah padat dengan kira-kira 80 orang hadirin, termasuk wartawan, pemerhati dan penyokong Anwar.

8.38am: Ketika tiba di perkarangan Istana Kehakiman, penyokong mula menolak pagar halangan yang diletakkan oleh Perbadanan Putrajaya bagi menghalang orang ramai daripada memasuki mahkamah.

Mereka mula menarik pagar halangan itu dengan menjerit "tolak".

Bagaimanapun pasukan polis menahan pagar berkenaan daripada dirempuh.

Seramai kira-kira 50 orang anggota polis mengawal di pagar halangan.

Selepas itu, keadaan mulai terkawal selepas Nik Nazmi meminta supaya semua penyokong bertenang.

8.25am: Kira-kira 300 orang berpakaian kemeja-t merah dan hitam, diketuai pemimpin PKR Nik Nazmi Ahmad dan Tian Chua berarak daripada Masjid Tuanku Mizan ke Mahkamah Kehakiman tidak jauh daripada tempat itu.

Mereka membawa kain rentang bertulis “Rakyat Hakim Negara” dan plakad “Keadilan untuk Anwar”.

Kira-kira 200 orang lagi berkumpul di kompleks mahkamah.

8.20am: Sudah berada di dewan mahkamah ialah timbalan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria dan peguam Saiful Zamri Idrus.

8:05am: Kakitangan mahkamah tiba awal dan mereka melalui sekatan yang dibuka oleh polis di pintu masuk belakang kompleks mahkamah.

Beberapa ahli politik PKR dan PAS yang sudah berada di dalam bangunan. Ia termasuk MP Kelana Jaya Wong Chen, Naib Presiden PAS Sallehuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, ADUN Batu Buruk Syed Azman Syed Mohamad dan bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

8.00am: Jumlah penyokong di luar Masjid Mizan Zainal Abidin Tuanku semakin ramai dan kini mencecah 100. Antara mereka ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis Hishamuddin Rais dan Adam Adli.

Adam dan empat orang lain bermain muzik untuk memberi semangat kepada orang ramai pada awal pagi.

Turut kedengaran teriakan 'Allahuakhbar', 'Reformasi' dan 'Bebas Anwar'.

7.20am: Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di seberang jalan dari Istana Kehakiman di Putrajaya yang menempatkan Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.

Antara mereka ialah anggota NGO Royalti dari Kelantan. Yang lainnya datang dari Kedah dan Pulau Pinang semalam dengan menaiki bas sewa khas.

Ramai yang menjangkakan keputusan dibuat hari ini walaupun prosiding boleh berlarutan sehari lagi atau lebih.

Sepertimana semalam, kelihatan kehadiran anggota polis yang ramai dan kawalan keselamatan yang ketat dengan sekatan di jalan-jalan utama menuju ke kompleks mahkamah.

Latar kes

Pasukan pembelaan akan turut merayu terhadap hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar dan pendakwaan akan membuat rayuan balas untuk memanjangkan tempoh penjara terhadap ketua pembangkang.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria mengetuai panel lima anggota dalam perbicaraan yang turut menyaksikan kehadiran pemerhati antarabangsa di samping sambutan luar biasa hadirin dalam mahkamah.

Paling mengejutkan semalam apabila bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram yang bersara pada 2010, mengepalai pasukan pendakwaan Anwar.

Beliau menggantikan peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang tidak sihat.

Gopal semalam menyampaikan hujahnya dengan mencabar kewibawaan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi utama.

Peguam pembelaan N Surendran akan meneruskan hujahnya hari ini. -mk

Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersama adik-beradik beliau ketika Mahkamah Persekutuan berehat

Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim membaca surah Yaasin dan mengaminkan doa di hadapan kompleks Istana Kehakiman pada hari ke-2 kes pendengaran rayuan terakhir liwat II di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, hari ini.














IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tembelang Pecah: Pemimpin UMNO P.Pinang Jual Tanah Tuduh DAP

L im: Pemimpin Umno yang beli dan jual tanah Melayu

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberitahu hadirin Melayu di satu majlis di Bayan Baru semalam bahawa pemimpin Umno Pulau Pinang yang membeli dan menjual tanah mereka. Lim berkata Umno telah memfitnah DAP dan kerajaan Pulau Pinang, dengan berkata parti itu telah membeli tanah di Balik Pulau, pada apa harga sekalipun, untuk "menghalau orang Melayu".

Katanya, pemimpin dari Umno yang mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah mereka untuk mendapat keuntungan.

Lim menegaskan demikian ketika berucap kepada hadirin di majlis itu untuk meraikan penjaja Melayu Bukit Gedung yang memenangi anugerah peringkat kebangsaan tahun ini bagi kebersihan, keselamatan dan kesihatan.

Lim menuduh Umno berbohong kerana DAP tidak pernah membeli walau seinci pun tanah di Balik Pulau.

DAP hanya membeli sebuah bangunan di Rangoon Road di George Town untuk dijadikan ibupejabat parti itu di Pulau Pinang, katanya.

Lim berkata demikian sebagai menjawab perwakilan Wanita Umno, Rohaya Abu Ismail yang mengecam DAP dan kerajaan Pulau Pinang kerana didakwa "menindas orang Melayu" di negeri ini, terutama dalam soal tanah dan rumah.

Rohaya mendakwa DAP mempunyai "agenda ptersembunyi" untuk menghalau orang Melayu dari Balik Pulau.

Lim kemudian memberikan satu contoh kes di Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah telah dibeli pada 31 Januari 2012 pada harga RM8.6 juta.

Plot itu telah dibeli dari lebih 31 pemilik tanah oleh Maison Height Sdn Bhd, katanya.

Tiga bulan kemudian, katanya, pada 16 Mei, plot tanah yang sama, telah dijual pada harga RM13.5 juta, dengan keuntungan sebanyak RM5 juta, kepada pihak ketiga.

Lim mendedahkan bahawa Maison Height dimiliki ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Umno Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar.

Katanya, kedua-dua pemimpin Umno itu perlu dikecam kerana mengaut keuntungan daripada penjualan tanah Melayu di Balik Pulau.

"Sebaliknya, saya telah dipersalahkan walaupun saya tak dapat satu sen pun," katanya. -mk

Anwar Boleh Menang Tetapi Perangainya Menjengkelkan..


Dengan mempunyai peguambela yang terhandal, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Peguam Gopal Sri Ram, Anwar mempunyai peluang cerah untuk memenangi kes rayuan apabila hujjah-hujjah peguam tersebut semalam amat kukuh dan sukar untuk ditolak mahkamah.

Tetapi malangnya Anwar tidak mengindahkan disiplin untuk menghormati mahkamah. Lewat untuk hadir perbicaraan di sebelah petang. Alasannya beliau pergi makan tengahari.

Ini amat menjengkelkan.

Walaupun para hakim "bersetuju" dengan alasan peguamnya, namun sikap "taking for granted" yang beliau mempunyai peguam-peguam yang handal untuk membelanya boleh menyebabkan beliau kecewa.

Kita berharap Anwar akan lebih berdisiplin. Hakim-hakim itu manusia biasa. Sikap tidak menghormati atau tidak mengambil berat soal "punctuality" tidak boleh dipandang ringan. Seorang dua hakim mungkin tidak suka dengan sikap sedemikian.

p/s sama juga seperti di Mahkamah Tinggi Terengganu kes Presiden PAS. Saman RM2 juta tidak timbul jika Haji Abd Hadi menghormati mahkamah dengan menghadiri sesi pendengaran kes sejak awal. Mujur hakim mahkamah membatalkan saman RM2 juta tersebut.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Polis Ini Bercekak Pinggang Seolah-olah Dia Seorang Saja Ada Pangkat Atas Dunia


Siswa ditahan halang perobohan di Kg Chubadak

Dua aktivis mahasiswa ditahan polis kerana didakwa menghalang pihak berkuasa merobohkan rumah seorang penduduk setinggan di Kampung Chubadak kira-kira jam 2 petang ini.

Dua pelajar itu ialah Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Gamis Ahmad Fahmi Mokhtar dan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional Abdul Muqit Muhammad.

Fahmi adalah mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia manakala Abdul Muqit adalah mahasiswa Universiti Malaya.

Bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 6.30 petang ini, dengan bantuan MP Batu Tian Chua.

Sementara itu, dalam kenyataannya, ketua polis Sentul mengesahkan penahanan dua siswa lelaki yang didakwa menghalang penjawat awam dan menceroboh rumah.

Katanya, penahanan itu dibuat apabila sekumpulan lelaki menghalang sebuah rumah yang diperintahkan mahkamah untuk dikosongkan, selepas perkakas rumah itu dikeluarkan.

Menurutnya lagi, kumpulan tersebut dinasihatkan untuk beredar tetapi enggan dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Sebelum itu, sekumpulan mahasiswa dan aktivis berhimpun depan balai polis itu bagi menunjukkan solidariti kepada Ahmad Fahmi dan Abdul Muqit petang ini.

Antara pemimpin pelajar yang hadir termasuk Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat, Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis Muhammad Najib Abd Rahim, dan aktivis NGO dan mahasiswa daripada universiti utama di Lembah Klang.

Mereka turut mempamerkan sepanduk yang mendesak kedua-dua mahasiswa itu dibebaskan termasuk dan melaung "Kami bukan pengecut" sambil diperhatikan orang yang lalu lalang di situ.

Kenderaan yang lalu lalang turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Mereka juga menunaikan solat asar berjamaah di depan balai polis itu. -mk




ULASAN GB

Dalam banyak-banyak gambar, GB tertarik dengan sekeping gambar seornag anggota polis (mungkin seorang Ketua Polis Daerah) bercekak pinggang itu.

Seorang "penjawat awam", dengan penuh lagak dan angkuh, berdiri bercekak pinggang tatkala operasi menahan dan menangkap kumpulan pelajar yang mempertahankan hak rakyat Kampung Chubadak.

Apakah itu menunjukkan tanda "berdisiplin" bersesuaian dengan motto PDRM "MESRA, CEPAT DAN BETUL"?

Apa ini erti "khidmat mesra" (Friendly Policing) yang dikatakan selaras dengan matlamat Kementerian Dalam Negeri untuk menjadikannya sebagai Kementerian MESRA RAKYAT?

Kita bukan hendak memburukkan imej polis, tetapi perlakuan anggota polis berkenaan di hadapan rakyat yang benar-benar telah memburukkan imej PDRM!










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI