27 Nov 2014

Jika Tak Rugi Bersama PR, Kenapa Gantung Dua YB Itu?


PAS tidak pernah rugi dengan tahaluf siyasi, kata naib presiden

Ketika sesetengah pihak dalam PAS mahu kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat (PR) dikaji, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS tidak pernah rugi ketika berbuat demikian dan akan kekal bersama PR.

"Setiap tahaluf yang diadakan, PAS tidak pernah rugi. Tahaluf dengan Semangat 46 membolehkan PAS menawan Kelantan (hingga sekarang), tahaluf dengan Pakatan Rakyat pula membolehkan PAS mendapat lebih sokongan di beberapa negeri, termasuk Negeri Sembilan dan Selangor sehingga Pakatan Rakyat berjaya memerintah di Selangor," kata Tuan Ibrahim dalam satu wawancara yang disiarkan akhbar Harakah, lidah rasmi PAS.

Beliau juga berkata, tahaluf siyasi dengan Perikatan memberikan pengalaman yang sangat penting kepada PAS untuk menguasai politik di Malaysia.

"Pertama, semasa keputusan dibuat sudah berlaku perpecahan dalam PAS hingga tertubuh beberapa parti lain," katanya.

Katanya, kejayaan besar kepada PAS hasil tahaluf siyasi PAS bersama Perikatan pada tahun 1970-an itu, ia berjaya mengangkat imej-imej Islam termasuk larangan minum arak di Parlimen, meningkatkan kefahaman agama kepada ahli-ahli Parlimen, memperkasakan lagi Felda di seluruh negara, kerana pada masa itu Datuk Asri (Muda) menjadi Menteri Tanah.

"Ini sekaligus meningkatkan lagi kebangkitan Islam di Felda," kata Tuan Ibrahim yang pernah menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Pahang pada 1999, satu kawasan yang penuh dengan peserta Felda.

Sesetengah kumpulan dalam PAS sekarang banyak menyerang rakan-rakannya dalam PR sehingga menimbulkan persepsi parti Islam itu mahu keluar atau ditendang keluar dari gabungan itu.

Begitu juga rakan-rakan PAS dalam PR, terutamanya DAP yang sentiasa menyerang dan menyindir pimpinan PAS seolah-olah mahu PAS meninggalkan gabungan itu.

Yang terbaru, DAP mengambil keputusan mencalonkan wakilnya dalam Dewan Negeri Selangor untuk dilantik sebagai timbalan speaker sedangkan sudah diputuskan ia akan dilantik di kalangan wakil rakyat PAS.

Ketika menjelaskan tindakan itu, Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim menjelaskan ia mesej DAP kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tuan Ibrahim dalam wawancara dengan Harakah itu menegaskan, PAS tidak pernah khianat kepada rakan-rakan yang bertahaluf dengannya.

"Cuma pihak musuh, Umno-BN sahaja yang kata sebaliknya untuk melagakan kita, termasuk dengan Pakatan Rakyat sekarang," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak, terutama dalam PAS agar "ia dihadapi dengan baik kerana setiap tahaluf yang kita buat berjaya membantu kita dalam usaha menegakkan Islam."

Beliau memberikan justifikasi sendiri terhadap pihak dalam PAS yang mahu keluar dari PR.

"Perjuangan kita dalam PAS ini adalah untuk membawa amanah perjuangan Islam. Perjuangan kita dalam PAS ikut amanah Islam dalam politik. Kita mahu menang pun kerana untuk membawa amanah Islam. Mereka bimbang mesej amanah itu tidak boleh dibawa jika bersama Pakatan Rakyat. Itulah sebab mereka berpandangan sedemikian," kata Tuan Ibrahim.

Tetapi realitinya, kata beliau, politik di Malaysia ini, rakyat mahu perubahan besar.

"Jika hanya dengan satu parti sahaja, kita tidak boleh tukar kerajaan. Umno pun jika Umno sahaja tidak boleh menang atau tidak boleh perintah negara. Itulah sebabnya Umno pun perlu bekerjasama dengan parti-parti lain, MCA, MIC, Gerakan dan beberapa parti lain dalam BN.

"Jadi dari segi realiti politik, kita kena kekal bersama Pakatan Rakyat," katanya.

Menurut beliau, PAS kena membawa amanah untuk mengangkat martabat Islam bersama Pakatan Rakyat.

"Jika bersama Pakatan Rakyat, kita ada ruang dakwah kepada orang bukan Islam. Kalau kita keluar Pakatan Rakyat, kita bimbang akan balik kepada keadaan lama iaitu susah untuk kita dekati non Muslim, malah masyarakat non Muslim menjadi makin jauh dengan Islam. Jadi sekarang, ia bergantung kepada sejauh mana gerak kerja kita dalam dakwah," tambah Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang itu. -TMI

ULASAN GB

Kalau tak rugi bersama Pakatan Rakyat, mengapa digantung keahlian dua YB yang bertindak menyokong keputusan PR?

Bukankah tindakan dua YB itu (YB Shaari dan YB Hasnul) itu adalah betul manakala keputusan MSU & Presiden salah jika berdasarkan kenyataan TITM di atas?

Ada yang berkata mereka berdua itu laju sangat sehingga mendahului pimpinan tertinggi.

Dah kalau keputusan pimpinan itu lembab sehingga berpusing-pusing membuat U-turn berkali-kali sehingga nak masuk sungai bukankah wajar kedua-duanya yang sedar mengambil keputusan sendiri demi untuk menyelamatkan jemaah?

Hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan dan dari kenyataan TITM di atas jelas menunjukkan tindakan kedua ADUN berkenaan adalah BENAR dan tindakan Presiden & MSU adalah SALAH!.











Astaghfirullah.. Tergamak Dia Buang Bayi & Letak Dalam Almari Masjid...


Ledang: Seorang pekerja am masjid yang sedang mengemas almari telekung terperanjat apabila membuka satu bungkusan kain pelikat yang berisi mayat bayi perempuan di Masjid Jamek Bandar Tangkak, lewat pagi ini.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, pekerja am terbabit dikatakan mahu melipat telekung apabila ternampak bungkusan kain pelikat berkenaan dan memeriksanya.

Pekerja terbabit segera melaporkan penemuan mayat bayi yang sudah cukup sifat itu kepada noja masjid sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Mohd Salleh Abd Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran di mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Menurutnya, polis sedang mengesan ibu bapa bayi terbabit dan individu yang bertanggungjawab termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid itu. -HM









[BIAR BETUL] 15 Perwakilan Pemuda UMNO Buta Huruf, Tak Tahu Membaca & Menulis!


Sekurang-kurangnya 15 perwakilan Kota Bharu dikesan buta huruf, sukar menulis nombor calon piihan ketika proses pengundian kelmarin.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Setiausahanya, Wan Abdul Rahman Wan Ismail, yang menyarankan pendekatan lebih mudah seperti memangkah di kotak kosong digunakan untuk memilih pemimpin selepas ini, berbanding menulis nombor.

"Kita kesan hampir 15 orang di Kota Bharu yang tidak dapat membaca dna menulis. Ini menimbulkan kesulitan untuk menulis calon pilihan. Mungkin mereka tidak sekolah, kita pun tahu perwakilan ini diambil dari akar umni yang terpilih bukan berdasar akademik," katanya.

ULASAN GB

Petikan ulasan di media sosial:

Macam dah betul ajer orang kata perhimpunan "Red Indian Malaysia"....
sonati xxxx

*********************************

Kalau la 15 perwakilan pemuda UMNO yang dilaporkan masih buta huruf ni tahu la membaca dan menulis, agak² mereka sokong lagi tak UMNO? Sebab menurut Mahathir, yang pandai² dah tak ada dalam UMNO.

UMNO oh UMNO. Anak² buah buta huruf. Pemimpin pula buta perut.

#peoplemovement - Hashim xxxxxx
**********************************

Malu dan memalukan.. Asmidar xxx