30 Okt 2013

[BERGAMBAR PENUH] Tok Guru Turun Bendang & Doa Awal Musim Padi Di Sungai Limau


Presiden namakan benih padi sempena calon PAS

Jerai: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menamakan benih padi yang ditabur untuk musim depan dengan nama Azam.

Menurutnya, pemilihan nama itu sebagai mengambil nama calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau kali ini.

"Calon PAS yang bertanding Ustaz Mohd Azam, jadi benih ini saya namakan benih Azam sesuai dengan (nama) calon.

"Ia juga sebagai azam kita kepada Allah supaya benih ini subur dan memberi hasil yang banyak musim depan," katanya ketika berucap di majlis Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi di Kampung Kabu Sepuluh di sini hari ini.

Pemberian nama itu adalah permintaan daripada tuan tanah di mana Tuan Guru diminta menabur benih tersebut dalam petak sawah miliknya.

Sebagai gimik pelancaran, Tuan Guru mengenakan pakaian turun ke bendang, iaitu baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang dan turun menabur biji benih padi di petak sawah kira-kira 700 meter dari tempat peigram.

Turut serta dalam acara itu termasuk Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah dan Salahudin Ayub, Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr Raja Iskandar Al-Hiss.

Terdahulu dalam ucapannya juga, Tuan Guru Abdul Hadi mengingatkan masyarakat agar sentiasa berdoa kepada Allah di samping usaha dan ikhtiar yang dibuat supaya padi yang ditanam menjadi dengan baik.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap kerajaan yang dilihat tidak bersungguh-sungguh membela nasib petani khususnya penanam padi.

Ia termasuk dalam isu pemberian subsidi bagi meringankan beban pesawah padi dan harga padi yang masih rendah sekitar RM248 satu tan.

"Subsidi bukan keseluruhannya beban kepada kerajaan. Kerajaan kena fikir panjang untuk bekalan makanan negara.

"Seperti negara barat, mereka galakkan pertanian untuk sumber makanan mereka. Apabila berlaku bencana mereka punyai bekalan makanan yang cukup," katanya lagi.

Di samping itu beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mahu kerajaan menggunakan kepakaran termasuk menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan penghasilan padi.

Beliau juga menggesa kerajaan memanfaatkan sebaiknya tanah-tanah yang masih banyak dalam negara untuk pertanian sebagai memperbanyakkan stok bekalan makanan negara.

"Kerajaan jangan duk fikir nak bagi RM50, RM100 waktu kempen pilihan raya ini sahaja.

"Pesawah di sini mahu pendapatan mereka, hasil padi mereka meningkat. Kerajaan kena bantu dari sudut itu," tegasnya.

Majlis hari ini dibuat mengikut tradisi orang dahulu, dengan mengadakan majlis bacaan doa selamat, dan kemudian menjamu pulut kelapa parut serta ikan masin, sebelum turun ke bendang. -HD

klik imej untuk lebih jelas

Cabul Menantu: Ketua KIMMA Dihadapkan Ke Mahkamah

Tampin – Ketua Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Tampin dihadapkan ke Mahkamah Majistret, dekat sini, atas tuduhan mencabul kehormatan menantunya di sebuah rumah di tanah rancangan Jelai, dekat sini, 22 September lalu.

Gambar: Abdul Kasim (kanan) selepas membayar ikat jamin di Mahkamah Majistret, semalam.

Tertuduh, Abdul Kasim Akb Maiden, 52, mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan atas tuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul menantunya berusia 20-an kira-kira 8.30 pagi di rumah tertuduh dengan memeluk mangsa dari belakang dan mencium leher kanan dan kiri mangsa.

Majistret Mahyun Yusof menetapkan 28 November ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Raya, Inspektor Mohd Eswady Mat Lajis menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi kesalahan tertuduh, bagaimanapun dikurangkan selepas tertuduh membuat rayuan susulan mempunyai banyak tanggungan.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripadanya. -SH

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Gaji Para Pegawai JPM Terlalu Tinggi, Rakyat Terus Hidup Sengsara

Tidak wajar gaji terlalu tinggi dibayar kepada pegawai kanan termasuk berstatus kontrak di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam keadaan subsidi rakyat terbanyak dipotong, kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus sama mengurangkan perbelanjaan tidak perlu jika beliau serius mahu membantu rakyat yang kini berdepan kos sara hidup tinggi ekoran tindakannya memotong subsidi gula, minyak masak dalam bajetnya baru-baru ini.

“Najib harus ingat peruntukan jabatannya melonjak 13 peratus berbanding tahun lalu iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas gaji pegawai kanan JPM yang disifatkannya melampau kerana lebih tinggi berbanding gaji penjawat awam.

Manakala pada pembentangan Bajet 26 Oktober lalu, Najib memotong subsidi rakyat sebanyak RM7.3 bilion.

“Pada 1 Oktober lalu, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia RM830,500 (gaji bulanan kira-kira RM69,000).

“CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bergaji tahunan RM480,000 (sebulan RM40,000, elaun tahunan RM162,000, bonus RM60,000).

“CEO TalentCorp bergaji bulanan RM30,000 tidak termasuk elaun kereta RM5,000 sebulan.

“Gaji bulanan semua CEO ini lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara bergaji sebulan hanya RM23,577,” katanya.

Beliau turut mendedahkan pegawai JPM berstatus kontrak yang dibayar gaji setaraf pegawai tinggi penjawat awam.

“Contohnya, gaji Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum RM49,000 sebulan, Pengarah Bersekutunya bersamaan JUSA C penjawat awam bergaji maksimum RM31,600 sebulan.

“Jawatan Pengurus Kanan pula bersamaan penjawat awam Gred 54 bergaji maksimum RM21,000 sebulan,” katanya.

Ong turut mendesak Najib menjimatkan wang rakyat dengan menghentikan kewujudan agensi baru Yayasan Hijau kerana fungsinya bertindih dengan agensi sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC). -KD

[VIDEO] Beri Susu Luput Tarikh: Pemimpin UMNO Hina Orang Kampung

Yan - Susu krimer manis yang disumbangkan oleh seorang pemimpin Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim didapati sudah tamat tempoh.

Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu disedari oleh seorang petugas akhbar Harakah, Khairul Hafizi, 35, selepas sekumpulan rombongan Umno itu menyampaikan sumbangan tersebut di rumah ibunya dekat Sungai Dedap, pada jam 3.30 petang, semalam.

Beliau berkata, pemberian sumbangan berserta gula, tepung dan beras itu tidak mempunyai masalah, tetapi yang menjadi persoalan adalah susu yang diberikan sudah tamat tempoh.

“Sumbangan berserta dengan susu ini diberikan pada (28 Oktober) lalu, tetapi di bawah tin susu itu tertulis guna sebelum 26 Oktober 2013. Saya sudah berpesan kepadanya jangan benarkan ibunya minum susu itu khuatir berlaku keracunan makanan.


“Sumbangan tersebut dipercayai diberikan oleh jentera parti BN dari Baling kerana tertera nama Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan apa yang dikesalkan disini, mengapa susu yang luput tarikhnya pun diberikan juga kepada orang kampung,” katanya lagi.

Mahfuz berkata ini merupakan satu penghinaan kepada orang kampung kerana mereka tidak mengambil kira soal keselamatan dan kesihatan penduduk disitu.

“Tak kan lah punya sengket (kedekut) BN sampai nak beli susu pun kena cari yang sudah luput. Sekurang-kurangnya carilah yang tamat tempoh pada tahun hadapan ataupun lewat bulan Disember,” katanya.

Mahfuz berkata demikian pada sidang media di Markas Pas Induk Kawasan Jerai, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan kepada seluruh masyarakat di Dun Sungai Limau, terutama di kawasan Sungai Dedap supaya lebih berhati-hati dan melihat terlebih dahulu tarikh luput susu tersebut sebelum digunakan.

“Saya minta pemimpin berkenaan meminta maaf kepada pengundi-pengundi di Sungai Dedap dan jangan kerana susu ini akan menyebabkan keracunan makanan,” katanya.

Menurutnya, penglibatan pemimpin berkenaan dalam perkara ini adalah berikutan terdapat gambar beliau pada beg plastik yang digunakan sewaktu menyampaikan sumbangan tersebut.

“Sebab itu pemberian daripada pemimpin berkenaan berlegar dalam kawasan Sungai Dedap. Saya percaya, bukan sahaja dia yang beri susu tamat tempoh, tapi tempat-tempat lain juga diberikan oleh Umno Bahagian merupakan kemungkinan besar susu yang telah tamat tempoh.

“Kalau ada orang yang bagi sumbangan, kita kena terima. Tapi perlu berhati-hati dan periksa dahulu tarikh luput dan sebagainya,” katanya.

Tambahan pula, susu tersebut juga diberikan dalam keadaan yang sudah rosak berikutan terdapat kesan kemek pada tin itu.

Sementara itu, dalam cubaan untuk menepis kesalahan tersebut, penyumbang susu berkenaan, Datuk Azee berkata:

"Susu pekat tersebut adalah untuk kegunaan jentera pilihan raya kecil yang berkampung di Rumah Baling. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas."

Jika benar kata-kata Azeez, begitu sekali para petugas UMNO/BN dilayan oleh pemimpin mereka ... di beri makanan yang sudah luput tarikh ... apakah para petugas UMNO/BN tidak rasa terhina?


[VIDEO] Isu Lebuhraya - Ust Hadi Libas Soalan Bodoh MP Lenggong


MP Lenggong beri 'bola tanggung'

KUALA LUMPUR: 'Bola tanggung' yang diberikan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang Dewan Rakyat semalam, 'dilibas' dengan baik oleh Ahli Parlimen Marang itu sehingga Dewan Rakyat digegarkan dengan tepukan sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)mempersoalkan janji Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai ketika mencelah ucapan Ustaz Abdul Hadi di Dewan Rakyat, semalam.

"Ini bola tanggung yang kamu berikan kepada saya... Bukankah itu sebenarnya tanggung jawab Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat yang tidak menunaikan tanggung jawab ini," bidas Ustaz Abdul Hadi disambut tepukan meja dan sorakan sokongan anggota Dewan.

Menjelaskan diskriminasi kerajaan BN pusat di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Ustaz Abdul Hadi memberi contoh projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang sepatutnya menghubungkan negeri Pahang, Terengganu sehingga ke Kelantan.

"Selepas BN kalah (di Terengganu) pada tahun 1999, lebuh raya itu tidak dibuat maka Kerajaan PAS Negeri Terengganu ketika itu membuat inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya daripada kewangan anak syarikat dan konsortium luar negara, namun ia tersekat kerana perlu melalui MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Bank Negara.

"Berikan kebebasan kepada negeri. Berikan kembali royalti kepada Terengganu dan Kelantan. Dia suruh kita buat, tapi dia cekik kita!" tegas Ustaz Abdul Hadi. -HD