28 Jun 2016

Isu Kafir Harbi: Akhirnya PAS Yang Berpecah Lagi....

Tuan Ibrahim: Rakyat bukan Islam automatik bukan kafir harbi

PETALING JAYA: Seorang pemimpin tertinggi PAS semalam tampil bersuara mengkritik penggunaan istilah “kafir harbi” oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebagai warganegara, orang bukan Islam dengan automatiknya tidak termasuk golongan kafir harbi.

“Sekarang orang kafir di Malaysia, mereka adalah rakyat. Dia ada hak ke atas negara, ada hak atas harta, ada hak jadi pengundi jadi tentera, maka apabila mereka ada hak kebersamaan dalam negara, automatik mereka bukan kafir harbi.,” kata Tuan Ibrahim ketika menyampaikan kuliah Zohor semalam di Masjid Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.

Dr Mazlee Saran Muhyiddin & Mukhriz Sertai AMANAH

Sertai Amanah pilihan terbaik Muhyiddin, Mukhriz

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat tidak mustahil bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai Pakatan Harapan selepas penggantungan mereka daripada Umno, demikian lapor Sinar Harian Online.

Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, penyertaan mereka itu sama ada atas kapasiti individu ataupun menyertai mana-mana parti yang ada dalam Pakatan Harapan.