3 Nov 2013

Telefon Pemimpin Pakatan Diklon Untuk Sebar SMS Palsu

Yan - Seorang lagi pemimpin Pas menerima mesej berbaur fitnah menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) menjelang PRK Dun Sungai Limau, pagi tadi.

Exco Pemuda Pas Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, mesej tersebut mungkin dilakukan oleh tangan-tangan hitam sama yang pernah melakukan perbuatan itu kepada tiga pemimpin Pas negeri Kedah dan seorang pemimpin Pas Pusat, baru-baru ini.

Beliau berkata, mesej tersebut pada awalnya telah diterima oleh Setiausaha Muslimat Pas Kawasan Jerai, Zulinda Khamis, kira-kira 9.15 pagi.

Mesej itu menyebut, “kepada pengundi Dun Sungai Limau, sebelum mengundi sila ke Unit Peti Undi (UPU) Pas masing-masing untuk mengambil wang tambang sebanyak RM120 seorang. Terima Kasih daripada Penyelaras PRK Mohd Firdaus Jaafar”.

“Pada jam kira-kira 10 pagi, beliau (Zulinda) telah menelefon saya dan memaklumkan mesej yang beliau terima daripada nombor 019395XXXX. Itu bukan nombor saya dan apabila saya menelefon semula nombor itu, namun tiada jawapan.

“Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak terlibat dalam perbuatan itu. Tambahan pula, dakwaan mengatakan saya adalah Penyelaras PRK juga tidak betul. Saya bukan berada di posisi itu tetapi saya berada di satu unit yang diamanahkan kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, hari ini.

Selepas mendapat khidmat nasihat daripada peguam peribadi, Mohd Jaafar menegaskan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

“Saya menafikan mesej ini dan berharap pengundi-pengundi yang menerima mesej ini ataupun siapa saja, yakinlah bahawa ini adalah fitnah yang dicipta reka oleh musuh.

“Ini bukan agenda kita (Pas) dan saya tidak terlibat secara langsung dalam PRK pun. Mana kita nak cari dana untuk bayar tambang seperti yang didakwa, ini tidak logik. Semua pengundi dibayar RM120 adalah fitnah yang cukup hebat kepada saya sebagai bekas ahli Parlimen Jerai,” katanya. -SH

SMS palsu: Niat keruhkan DAP Kedah


SHAH ALAM - Penyebaran SMS palsu yang melibatkan pemimpin DAP didakwa bertujuan untuk mengeruhkan keadaan parti itu di negeri Kedah, kata Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke.

Loke turut mengesahkan bahawa beliau turut mengetahui perkara itu melalui orang ramai yang turut menerima SMS daripada nombornya semalam.

Menurutnya, perkara itu akan disiasat terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Ya saya memang dengar dan ada orang bagitahu saya menerima SMS daripada saya," kata Loke.

"Ini mungkin motif politik dan bertujuan untuk mengeruhkan DAP di Kedah. Kita akan siasat dahulu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari turut mendapat maklumat mengenai perkara tersebut sekaligus menyatakan akan membuat laporan polis, hari ini.

Zairil mendakwa telah mendapat maklumat daripada beberapa orang awam yang memberitahunya telah menerima SMS daripada nombor telefon yang digunanya.

Menurutnya, perkara itu telah disedarinya pada lewat petang semalam apabila menerima SMS balasan daripada orang ramai.

"Saya akan buat laporan polis sebentar lagi di IPD Pulau Pinang sebab pagi ini saya agak sibuk, ada banyak program.

"Ada ramai orang dapat SMS yang dihantar daripada nombor saya, tapi tidak dihantar daripada saya," jelasnya.

Sinar Harian Online difahamkan, Zairil telah menyedari perkara itu pada 7.45 petang semalam, apabila tiba-tiba menerima SMS respon mengenai emel palsu kononnya yang dikirimnya kepada ahli DAP untuk meraih undi.

SMS tersebut berbunyi: "Saya adalah Melayu. Dan saya mengharapkan sokongan tuan-tuan untuk mengetuai DAP Kedah,".
- SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Nombor Telefon Salahuddin Diklon, Hello Celcom Ni Apa Cerita?

Majlis Berani Hijrah: Ulamak Jamil Khir Pun Menipu Juga?


Seorang ahli PAS, Ismail Said mendedahkan bahawa beliau telah ditipu kononnya telah menyertai UMNO dengan "penyerahan borang" kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom sedangkan sebenarnya beliau ke majlis itu kerana telah dijemput untuk menerima sumbangan sebanyak RM100.

Hari ini Bernama melaporkan kononnya terdapat 351 orang termasuk anggota dan penyokong PAS di Sungai Limau menyertai UMNO (rujuk berita di bawah).

Rupa-rupanya, Jamil Khir yang dijulang UMNO sebagai ulamak ternyata seorang penipu. Malah beliau telah memuatnaik gambar-gambar penyerahan borang di majlis itu di dalam facebooknya di album Majlis Berani Hijrah. Cukup menjijik dan memalukan.


Mujur bapanya yang merupakan ahli PAS yang komited itu tidak ditipunya untuk menyerahkan borang menyertai UMNO.


LAPORAN BERNAMA HARI INI

351 penduduk Sungai Limau sertai Umno



YAN - Sejumlah 351 orang, termasuk anggota dan penyokong Pas dari lima cawangan dekat sini menyertai Umno kerana percaya parti itu mampu membawa perubahan kepada penduduk di kawasan Dun Sungai Limau.

Borang keanggotaan mereka diserahkan wakil setiap cawangan dari Kampung Permatang Keramat, Kampung Klinik, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen dan Kampung Tok Rama kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di Kampung Kabu 10, dekat sini, semalam.

Wakil Kampung Tok Rama, Siti Aishah Ismail, 31, berkata mereka membuat keputusan menyertai Umno kerana mahukan pembangunan dan perubahan selepas berada di bawah kepimpinan Pas sejak pilihan raya umum 1995.

Mohd Shabri Abdul Wahab, 50, pula berkata Umno merupakan parti yang banyak memberi bantuan dan sering mendengar masalah rakyat.

Beliau yang menyertai Pas sejak 30 tahun lepas berkata masalah mereka tidak pernah diambil peduli oleh Pas sehinggalah Jamil Khir turun bertemu serta menanyakan masalah yang mereka hadapi.

"Lima tahun yang lepas saya cuba membawa perkara ini kepada Pas tetapi gagal. Saya terus cari tempat saya boleh mengadu," kata Mohd Shabri dalam nada sebak.

Sementara itu, Jamil Khir berkata penyertaan mereka ke dalam Umno itu merupakan momentum baharu dan petanda baik kepada BN dalam PRK Dun Sungai Limau Isnin ini.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan penubuhan lima cawangan Umno baharu iaitu di Kampung Permatang Keramat, Kampung Klinik, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen dan Kampung Tok Rama.

Sementara itu di Rumah Kelantan, Batu 16, Padang Lumat dekat sini, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menerima borang keanggotaan daripada 20 anggota Pas yang ingin menyertai Umno.

Jurucakap mereka, Azizan Omar, 36, berkata mereka menganggotai Pas lebih 10 tahun dan kini merasakan Umno dapat membantu mempertingkatkan taraf hidup mereka.

Azizan dan tujuh anggota keluarga, termasuk ibunya, Maimunah Main, 60, adalah anggota Pas bahagian Batu 16 Padang Lumat dan mendakwa bersaudara dengan bekas Adun Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Sementara itu Ahmad berkata penyertaan 20 anggota Pas ke dalam Umno merupakan petanda baik kepada Umno pada saat-saat terakhir menjelang pilihan raya kecil Isnin ini.

"Saya merasakan akan lebih ramai ahli Pas sertai kami kerana satu perubahan yang besar berlaku di Kedah dengan Menteri Besar sekarang Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir," katanya kepada pemberita pada majlis itu.

Ahmad berkata Jamil Khir juga menarik perhatian anggota Pas untuk menyertai Umno kerana beliau juga adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam.
- Bernama


Ahli UMNO Sendiri Kata UMNO Parti Lanun & Penipu!

Ini bukan lakunan atau sandiwara tetapi adalah berita bergambar fakta betapa para ahli UMNO sendiri kata UMNO parti lanun, penipu dan sampai sanggup nak pastikan UMNO kecundang tumbang pada PRU 14 akan datang.

Ertinya rakyat termasuk ahli-ahli UMNO sendiri sudah bosan dan muak dengan penipuan UMNO bukan saja kepada rakyat tetapi dengan ahli-ahlinya sendiri dia sanggup tipu.

Apabila ahli sendiri sudah menyampah dan benci maka UMNO bakal menjadi parti taraf alas kaki. -omakkau

[BERGAMBAR] Patung Kaki: Perbuatan Biadab & Tidak Berakhlak

Yan - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan perbuatan menggantung patung kaki yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja BN Dun Sungai Limau sebagai perbuatan yang tidak wajar dan berakhlak.

Beliau menegaskan, perbuatan penuh provokasi itu bukan sahaja tidak wajar bahkan ia hanya akan mengguris lagi perasaan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Saya tidak tahu pihak mana yang bertanggungjawab, tapi satu perbuatan tidak berakhlak, tidak beretika dan tidak beradab.

"Perbuatan itu merupakan akan terus mengguris hati keluarga seperti mana ucapan timbalan perdana menteri sebelum ini yang mengguris hati orang yang telah bersama Allahyarham Tan Sri Azizan selama lima penggal," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Markas Induk Pas Sg. Limau, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut perbuatan menggantung patung kaki yang menyerupai bekas wakil rakyat kawasan itu berhampiran khemah BN di tiga kawasan tengah hari ini.

Perbuatan tidak bermoral itu juga mendapat perhatian serius daripada Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom apabila satu laporan polis telah dibuat pada siang tadi.

"Saya berasa amat kesal dengan perbuatan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku," katanya.

Menurut sumber BN, patung-patung kaki itu digantung berhampiran khemah BN di Bukit Besar, Titi Batu dan Simpang Tiga, Sungai Limau dekat sini.

Dalam pada itu, Mahfuz menambah, Pas menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu, bagi menjaga nama baik parti itu daripada perbuatan sabotaj dari pihak lawan. -SH