18 Feb 2010

Setiap Kali Biacara, Ada 4WD Misteri Edar Risalah Anti-nwar

Eisalah anti-Anwar disebar ditemui berselerakan di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta, ketika perbicaraan konspirasi dua berlangsung.

Risalah tersebut menuduh pemimpin reformasi itu sebagai pengkhianat dan penipu, menuduh Ketua Umum PKR itu terdesak mempolitikkan perbicaraan tersebut untuk mengelirukan pandangan masyarakat.

Tidak cukup dengan itu, dalang disebalik risalah ini turut menyerang ahli keluarga Anwar.

Nurul Izzah Anwar, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dituduh mengabaikan kawasan parlimennya dan berkata rakyat Lembah Pantai menderita sejak beliau menjadi wakil rakyat.

Penyebar risalah ini mendakwa mereka mendapat maklum-balas dari warga Lembah Pantai.

Pegawai keselamatan mahkamah memberitahu bahawa sebuah kereta pacuan empat roda dikesan meronda sekitar kompleks pada jam 5 pagi tadi dan menyelerakkan risalah itu sebelum bergegas dari tempat kejadian.

Dilaporkan juga bahawa kegiatan ini berlaku setiap kali perbicaraan berlangsung.

3 ulasan:

Awanama berkata...

pakatan rakyat juga kena buat perkara yang sama edar risalah anti najib/BN

Awanama berkata...

Ini tindakan desperate UMNO. Tuduhan palsu dan fitnah sahajalah senjata mereka. Dah tak da modal.

Awanama berkata...

Pelik! BN edar risalah dibolehkan. PR tak boleh. Di mana keadilan?