31 Jan 2010

Kurang Ajar - Usman Awang

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.

Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar

~ Usman Awang

Anwar Nyatakan Sokongan Kepada Tengku Razaleigh

Umno mungkin akan mengambil tindakan keatas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh kerana menyokong rayuan royalti minyak rakyat Kelantan.

Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu akan meneliti isi kandungan ucapan pemimpin veteran itu yang dibuat di satu perhimpunan aman di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baharu, Khamis lalu.

Tengku Razaleigh dalam ucapannya berkata rakyat Kelantan berhak kepada royalti minyak dan bukannya wang ehsan.

Mengulas perkembangan ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mengalu-alukan tuntutan Tengku Razaleigh itu.

“Pendirian beliau bercanggah dengan pendirian pimpinan BN. Kita mengalu-alukan pendirian itu, dan tumpuannya kepada membantu kerajaan negeri,” kata Anwar.

Diminta mengulas desas-desus pemimpin Umno itu akan beralih parti, Anwar berkata beliau menyambut baik sekiranya perkara itu berlaku.

“Sekiranya benar, kesudian beliau didokong oleh semua ahli PR,” katanya.- TVS


Zahrain, Guan Eng seperti ‘pengantin baru’

Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran berkata, perbezaan pendapat antara pemimpin dalam Pakatan Rakyat bukanlah satu perkara luar biasa sebaliknya satu proseskematangan politik.

“Kami di PR ini seperti ‘pengantin baru’ mesti ada sedikit masalah dalam rumah tangga, namun tidaklah sehingga mahu bercerai. Saya percaya ianya dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Krisis Pakatan Rakyat (PR) semakin serius apabila menyaksikan satu demi satu pemimpin gabungan parti itu mengkritik secara terbuka antara satu sama lain di mana menunjukkan antara mereka seperti tiada persefahaman.

Walaupun Lembaga Disiplin PKR masih belum memutuskan keputusan terhadap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mengkritik hebat Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad, kini sekali lagi PR berdepan den:gan satu lagi masalah iaitu antara Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim dan Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kelmarin, Guan Eng dikritik keras oleh Zahrain yang melabelkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin diktator, chauvinis dan berpemikiran komunis.

Malah, Zahrain mendakwa, Guan Eng menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dia terus memerintah dengan gaya diktatornya, malah menggesa PR berhenti bertolak ansur dengan beliau yang gagal melaksanakan janji yang ‘ditabur’ pada pilihan raya umum lalu.

Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali pula menganggap media sengaja mensensasikan isu tersebut kononnya menunjukkan PR adalah bermasalah antara parti gabungannya.

“Walaupun isu itu disensasikan oleh media tidak akan menjejaskan perpaduan dan persefahaman antara parti gabungan PR,” katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, PKR Pulau Pinang untuk menyelesaikan perkara itu memandangkan ia membabitkan masalah di peringkat negeri. -SH


Zahrain, Dua lagi MP PKR Nafi sertai BN

Tiga orang daripada sekumpulan ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Datuk Seri Zahrain Hashim, yang disebut-sebut akan meninggalkan parti itu untuk menyokong BN, menafikan khabar angin sedemikian.

Ketiga-tiga wakil berkenaan – masing-masing dari Bayan Baru, Pulau Pinang, Merbok, Kedah dan Indera Mahkota, Pahang menyangkal spekulasi mereka sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Wakil rakyat Merbok dan Indera Mahkota juga mengesahkan akan menghadiri mesyuarat khas PKR di ibu negara pagi ini.

Zahrain tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR Selasa lalu dan hari keesokannya mengeluarkan kenyataan mengecam kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Beliau tidak dapat dihubungi sejak empat hari lalu.

Bagaimanapun dalam temu bual dengan Sinar Harian hari ini Zahrain berkata “belum terlintas” untuk keluar PKR.

“Walaupun saya kurang senang dengan perkembangan yang berlaku dalam PKR, saya belum terlintas untuk keluar parti kerana masih mahu menjayakan agenda perjuangan,” kata beliau.

“Saya akan bersama PKR walaupun banyak perkara yang saya tidak setuju.

“Saya harap akan berlaku perubahan dalam PKR seperti yang dijanjikan kepada rakyat,” kata Zahrain lagi.

Semalam Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Dr Mansor Othman mengesahkan beliau ada mendengar tiga hingga empat ahli Parlimen akan keluar PKR.

“Tidak betul, tidak betul,” kata Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din ketika dihubungi The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahan mengenai desas-desus itu.

Semasa dihubungi malam tadi beliau dalam perjalanan ke ibu negara untuk menghadiri mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat PKR pagi ini.

Ditanya sama ada beliau ada menerima sebarang tawaran daripada Umno dan BN, Rashid berkata, “tidak, tidak.”

Dengan ketawa besar beliau memberitahu; “Saya ada jawatan, saya ada keluarga, saya ada anak isteri, apa lagi saya mahu.”

Dalam pada itu Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail juga menolak tanggapan sedemikian.

“Ia mengarut, tak berasas (spekulasi) sama sekali, sampah,” kata beliau ketika dihubungi.

Beliau juga mengesahkan akan menghadiri mesyuarat khas pagi ini yang bermula pukul 10 pagi.

Ditanya apakah spekulasi itu dikaitkan dengan keputusannya melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Azan memberitahu, beliau telah menjelaskan bahawa ia tiada kaitan dengan kedudukannya di peringkat pusat.

“Saya sudah jelaskan sebelum ini saya mahu memberi tumpuan di pusat, jadi tak timbul isu saya akan keluar parti,” kata beliau yang berulang kali mengatakan desas-desus itu “mengarut”.

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof berkata beliau perlu meneliti laporan media sebelum ini membuat sebarang kenyataan.

“Saya baru balik dari luar negara (persidangan di Filipina) dan kurang sihat, saya akan membuat kenyataan kemudian,” kata beliau.

Tiga hari lalu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau tiada hasrat untuk keluar PKR.

Beliau yakin dapat menerangkan kepada lembaga disiplin tentang keputusannya membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad.

Zulkifli akan disiasat oleh lembaga itu dalam tempoh sebulan.

Desas-desus beliau akan keluar PKR sudah kedengaran sejak akhir 2008.- Malaysian Insider


Kerajaan Kikis Petronas Ketika Ekonomi Jatuh

Ekonomi Negara terjejas teruk apabila harga pasaran minyak dunia jatuh merudum, ekoran kebergantungan kerajaan kepada sumber petroleum.

Kegagalan kerajaan mempelbagaikan nadi ekonomi Negara, menyebabkan pendapatan merosot RM20 bilion dengan dari RM50 bilion kepada RM30 bilion dengan kejatuhan pasaran minyak dunia.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata kerajaan Pusat diancam kelumpuhan sekiranya situasi ini berterusan.

Namun apa yang dikesalkan adalah Umno-BN terus memerah perbendaharaan Petronas agar Belanjawan Perdana Menteri Najib Tun Razak dapat dilaksanakan.

“Keuntungan Petronas yang turun kepada lebih 60 bilion daripada dekat 100 bilion, sewaktu itu pada tahun 2009, 2008 sumbangan Petronas kepada kerajaan ialah 50 bilion lebih, separuh daripada keuntungan, tetapi 2010 ni, sumbangan Petronas mesti berdasarkan keuntungan 2009, dan 2009 diumumkan bahawa keuntungan hanya 60 bilion lebih saja, maka bergegarlah pihak-pihak kementerian khususnya Menteri Kewangan menghubungi Petronas dan mendesak Petronas membuat pengumuman esok harinya bahawa komitmen Petronas pada Kerajaan pada tahun ini tetap kekal sebagai 50 bilion lebih”, jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Ceramah Perdana Sempena Pelancaran Maljis Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Yang amat dikesalkan adalah pemerintah enggan menuruti nasihat Pakatan Rakyat supaya memperketatkan displin perbelanjaan, memulihkan ketanggungjawaban kementerian-kementerian kerajaan bagi mengekang kelembapan yang semakin membengkak.

Ketua Audit Negara melaporkan kira-kira RM20 bilion setiap tahun tanpa dapat dikesan kerana kebocoran dan pembaziran.

“Kita menyebutkan perkara yang berlaku, perbelanjaan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional tiap-tiap tahun di mana sebanyak lebih 20 bilion tidak dapat dikesan dan ini dinyatakan oleh Ketua Audit negara memberi komen ini adalah hasil dari 3P iaitu Pemborosan, Pembaziran dan Penyelewengan”, tambahnya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN



Azan Akui Ada Tawaran Lompat Parti

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Bercakap kepada TV Selangor selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR Pusat tengahari tadi, Azan berkata beliau komited kepada agenda PKR dan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian mengulas desas-desus beliau akan keluar parti.

Azan bagaimanapun akui ada cubaan untuk memancingnya melompat parti dengan pelbagai tawaran dan desakan diterimanya.

“Cubaan mereka berhenti setakat itu kerana mereka sudah tahu saya tidak berminat dan saya tetap bersama PKR dan PR.

“Pendirian itu saya rasa tindakan mereka terdorong apabila mereka melihat saya membuat sidang akhbar baru-baru ini,” katanya. -TVS


Anwar akui BN berusaha ‘pikat’ MP PKR

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini turut mengakui wujudnya usaha untuk memikat beberapa ahli Parlimennya keluar PKR menjelang sambutan Tahun Baru Cina sambil mendakwa langkah itu mendapat sokongan Perdana Mentri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar mendakwa beberapa ahli Parlimen termasuk Azan Ismail dari Indera Mahkota dan Yusmadi Yusof dari Balik Pulau telah didampingi seorang pegawai Parti Cinta Malaysia Huan Cheng Guan dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis agar meninggalkan PKR.

“Disebabkan mereka tidak melayan (permintaan itu), maka jumlah wang (sebagai ganjaran) tidak dibincangkan,” kata Anwar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini hari ini.

Pengerusi PKR Pulau Pinang Dr Mansor Othman juga mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insider semalam.

Beliau berkata, tiga hingga empat orang wakil rakyat cuba dipikat untuk keluar PKR dan menyertai BN.

Kedua-dua Azan dan Yusmadi menghadiri mesyuarat empat jam hari ini.

Anwar bagaimanapun berkata beliau belum lagi bertemu dengan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang dikatakan mengetuai satu kumpulan wakil rakyat yang dikatakan kemungkinan menyertai BN.

“Saya hanya akan menemui beliau minggu depan tetapi apabila saya menemui beliau sebelum mengeluarkan kenyataan pedas, saya tidak melihat rasa tidak gembira (pada dirinya),” kata Anwar.

Zahrain yang menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai “diktator” dan berfikiran seperti “komunis” hari ini diputuskan untuk dirujuk kepada lembaga disiplin PKR.

Dalam pada itu, Azan memberitahu wartawan bahawa tawaran itu dibuat sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan sebagai timbalan pengerusi PKR Pahang minggu lepas.

“Saya menerima panggilan dan mesej sejurus selepas saya mengumumkan keputusan saya minggu lepas,” katanya.

Azan menambah beliau tidak tahu orang yang menghubunginya tetapi mendakwa ada menerima mesej berteks daripada Jamaluddin.

“Saya tidak tahu pada awalnya tetapi kemudian mendapat tahu itu adalah beliau,” katanya.

Azan memberitahu beliau tidak melayan panggilan-panggilan itu selepas menyedari perbualan menghala ke arah tawaran meninggalkan PKR.

“Saya menamatkan panggilan kerana mendapati tiada manfaat sama ada bagi saya ataupun mereka,” katanya.

Pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh semalam memberitahu The Malaysian Insider desas-desus sekumpulan tujuh hingga 10 ahli Parlimen PKR akan menyertai BN dipercayai ada kaitan dengan langkah parti itu mula menilai prestasi wakil rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Mereka didakwa kemungkinan bimbang tidak akan dipilih semula sebagai calon, sekali gus mencari saluran lain - menyertai parti lain.

Fuziah tidak menolak kemungkinan tersebut tetapi menekankan parti mengambil langkah penilaian untuk memperbaiki prestasi, bukannya menghukum mereka.

“Saya khuatir mereka membuat penilaian sendiri dan bimbang akan terkeluar daripada senarai calon lagi... tapi kita ambil langkah penilaian untuk mencapai tahap yang dikehendaki pengundi,” kata beliau. -MI


Ulasan GB

UMNO BN sedang menggunakan segala taktik dan teknik untuk memerangkap ahli-ahli Parlimen PR untuk melompat.

Hasrat mereka ialah untuk menacapai majoriti 2/3 bagi memudahkan mereka untuk mengubah apa-apa Akta dan Undang-undang tanpa banyak bantahan dan soaljawab dari pihak pembangkang.

Tawaran dan ganjaran untuk melompat dikhabarkan memang lumayan. Semuga Ahli Parlimen PR terus tetap kekal dengan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat

JPP tiada hak urus wang royalti – Ku Li

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah membidas sikap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed yang pernah menafikan hak Kelantan mendapatkan royalti minyak.

Katannya, biarpun kawasan yang dituntut didakwa bertindih dengan negara jiran, namun Kelantan sebagai negeri yang berada di kawasan utara dan bersempadan dengan Thailand turut berhak mendapat lima peratus royalti.“Jangan lagi sebut nama Mustapa, bosan saya mendengarnya dan dia tu pengampu,” kata Ku Li pada sidang media selepas
mendedahkan isu royalti minyak Kelantan di Stadium Sultan Mohammad ke IV di sini baru-baru ini.

Ketika ditanya kenyataan Mustapa bahawa Kelantan akan menerima RM20 juta wang ihsan penghujung Mac depan, beliau menegaskan JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) tidak mempunyai hak untuk mengurus wang tersebut.

“Jangan tanya saya, tanya rakyat Kelantan mereka terima atau tidak wang tersebut, yang jelas sekarang rakyat Kelantan menolak cadangan tersebut,” ujar beliau.

Ku Li juga melahirkan rasa kesal terhadap sikap Kerajaan Pusat yang bersikap negatif dalam usaha membangunkan sesebuah negeri.

“Jika kemajuan di setiap negeri tidak seimbang, maka kemajuan negara juga akan terjejas,” katanya.

Beliau juga sedih kerana Kerajaan Pusat tidak menghormati undang-undang yang dilulus Parlimen dalam isu royalti.

Oleh itu, beliau percaya tindakan tersebut akan menjejaskan keyakinan pelabur untuk datang ke negara ini. -FMT

Jangan Sampai Orang Kata "PAS Serupa Dengan UMNO"

Jangan Sampai Oorang Kata Begini
Oleh Ust Zolkharnain Abidin

alah seorang exco Dewan Pemuda PAS Pusat secara terang-terangan mengkritik keputusan JK Disiplin PAS Pusat.

Bahkan, jika dibuka banyak lagi blog, akan ditemui sekian banyak rasa tidak puas hati kepada keputusan itu.

Sehingga kini, belum ditemui blogger yang menulis menyokong dan berpuashati dengan keputusan itu kecuali artikel Roslan SMS bertajuk ‘Sucikanlah hati… (di sini). Sementara yang lain melahirkan rasa tidak puas hati sekurang-kurangnya secara tersirat.

Hukuman yang dikenakan dikatakan tidak setimpal samada ke atas Khalid (terlalu berat berbanding kesalahan) atau ke atas Hassan (terlalu ringan kerana ada pertuduhan yang tidak diambil kira).

Bahkan, ada yang menganggap hukuman ke atas Hassan sekadar ‘wayang’ sahaja untuk dilihat umum bahawa JK Disiplin PAS adalah telus dan adil. Manakala hukuman ke atas Khalid adalah hukuman sebenar.

Isunya bukan Hassan atau Khalid. Pimpinan tidak boleh menghadkan kesan hukuman itu ke atas Hassan dan Khalid sahaja tetapi lebih penting adalah kesan kepada parti.

Kalau suatu ketika dulu Lembaga Disiplin Umno dikritik kerana mengenakan hukuman yang berbeza, kini JK Disiplin PAS juga berhadapan kritikan yang sama. Jangan sampai orang kata, “JK Disiplin PAS dan Lembaga Disiplin Umno, sama saja.”

Pemimpin PAS tidak boleh berasa selesa dengan situasi parti masa kini. Jangan menganggap begini, “Tak apa, kita buat macam mana pun, orang PAS tetap akan undi PAS…” Anggapan itu mungkin benar untuk suatu ketika tetapi tidak benar untuk sepanjang masa.

PAS menang bukan kerana undi orang-orang PAS sahaja, tetapi undi orang Umno juga. Justeru kalau orang Umno yang undi PAS menyimpulkan PAS sama dengan Umno, bagaimana? Jangan sampai orang kata, “PAS dan Umno, sama saja.”

Kecuali, PAS tidak berminat lagi dengan pilihanraya dan PAS ingin jadi badan kebajikan atau badan dakwah sahaja. PAS boleh persetankan semua itu.

Bagaimana kalau suatu hari nanti ada orang berkata begini, “Aaaahh… nak perjuangkan Islam bukan melalui PAS sahaja, saluran lain pun boleh?” Tolonglah, jangan sampai orang kata begitu.

Kebimbangan lain ialah, ada pemimpin PAS yang berasa tahun 2010 adalah sama dengan tahun 1985. Politik kini lebih rencam. Media baru sangat besar kesannya kepada masyarakat.

Rakyat bukan ‘ular sawa’ yang menelan tanpa mengunyah. Rakyat adalah ‘harimau belaan’ yang sanggup menerkam tuannya pada bila-bila masa sahaja kalau tidak dilayan dengan betul.

JK Disiplin tidak boleh melihat Hassan sebagai Hassan, begitu juga Khalid. Lihatlah kepada ‘idealisme’ yang mereka bawa. Khalid dengan idealisme Pakatan Rakyat dan Hassan sebaliknya (saya tidak mahu menyebut ‘idealisme’ Hassan, sebab saya meluat).

Saya percaya juga pada waktu ini, jika ditampilkan Khalid dan Hassan untuk suatu pemilihan yang berkaitan dengan ‘idealisme’ itu, ahli dan penyokong PAS akan memilih Khalid.

Adakah JK Disiplin tidak memahami, meneliti dan merasai gelombang ini? Atau, gelombang ini dipersetankan?

Saya tidak bimbang dengan dasar dan perjuangan PAS tetapi saya bimbang dengan keupayaan PAS untuk mendepani cabaran politik masa depan yang semakin rencam dan kompleks, jika PAS seperti sekarang. Iaitu, gagal menyelami denyut nadi, aspirasi serta harapan masyarakat umum.

Saya ulangi, PAS boleh ketepikan semua itu dengan syarat PAS tidak perlu memasuki pilihanraya. -bongkarsauh

Majlis Persandingan Aduka

Majlis perkahwinan penulis blog adukataruna. blogpsot. com. my yang baru dibebaskan dengan ikat jamin selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam, berjalan lancar dan meriah di kediamannya di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini, hari ini.

Khairulnizam Abd. Ghani, 29, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina institusi kesultanan Johor.

Tinjauan Mingguan Malaysia di rumah Khairulnizam mendapati majlis perkahwinannya itu berlangsung dengan penuh ceria tanpa sebarang gangguan serta dikunjungi oleh saudara mara serta sahabat handai.

Seorang ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, majlis itu bermula dari pukul 11.30 hingga 6 petang hari ini.

“Majlis hari ini berjalan lancar dan ceria tanpa sebarang gangguan, ramai sanak saudara, jiran dan sahabat yang datang untuk meraikan kedua-dua pengantin.

“Tetapi kita tak mahu komen apa-apa lagi kerana ia akan mengganggu emosi keluarga kami termasuk ibu bapa. Apa pun kami bersyukur setelah dia dibenarkan diikat jamin kira-kira pukul 7.00 petang semalam,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya lagi, kedua-dua pengantin serta ibu bapa mereka enggan bertemu wartawan dan enggan mengulas sebarang kenyataan kerana sebuah akhbar perdana negara telah membuat laporan yang tidak tepat mengenai Khairulnizam.

“Kita bukan apa, sebab sebelum ini sebuah akhbar perdana buat laporan yang tidak tepat dan mungkin abang (Khairulnizam) akan ambil tindakan.

“Contohnya, akhbar itu ada mengatakan yang abang menyembunyikan diri padahal itu tidak benar sama sekali,” ujarnya. -MM

Ulasan GB

Tahniah Aduka.

Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

ثلاثة حق على الله عونهم المجاهد في سبيل الله والمكاتب الذي يريد الأداء والناكح الذي يريد العفاف

"Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. Pertama: Orang yang berjihad pada jalan Allah. Kedua: hamba mukatab (yang berjanji untuk menebus diri) yang menunaikan bayaran dan ketiga orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya". (Hadis riwayat Al-Tirmizi).

Dan sabdanya lagi yang bermaksud:

من تزوج فقد استكمل نصف دينه فليتق الله في النصف الباقي

"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain".

(Hadis riwayat oleh Al-Tabrani Fil-Ausath)

Muhyiddin Ada Blog, Dimana Blog Pimpinan Tertinggi PAS?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan laman web politik rasmi pertama beliau my-Malaysia, yang antara lain memaparkan aktiviti kemasyarakatan dan politik, koleksi ucapan dan liputan berita dalam dan luar negara mengenainya.

Laman web itu juga mempunyai medium interaksi dua hala di antara Muhyiddin dengan rakyat dan boleh dilayari di http://www.my-malaysia.com.my.

"Hari ini, saya telah lancarkan laman web peribadi sebagai wadah untuk kita berkomunikasi. Saya berharap saudara-saudari akan menggunakan laman web ini untuk kita memberikan pandangan secara langsung mengenai apa sahaja isu," katanya ketika berucap melancarkan laman web itu.

Muhyiddin berkata penubuhan laman web itu juga sebagai usaha untuk mendekati dan berinteraksi dengan dengan anak-anak muda dengan menerima pandangan dan kritikan mereka.

"Anak-anak muda sekarang inginkan kerajaan yang telus, dalam erti kata lain menjelaskan dan menjawab apa saja isu yang dibangkitkan (dan) kerajaan komited untuk berbuat demikian. Dan untuk itu, kita akan terus mendekati anak-anak muda melalui media sosial," katanya.

Menurutnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga aktif berinteraksi melalui laman web 1Malaysia, Twitter dan Facebook dan anggota-anggota Kabinet juga telah diminta untuk berinteraksi dengan rakyat melalui media sosial itu.

"Justeru itu, saya ingin ingatkan anak-anak muda untuk menggunakan media sosial dan membuat kritikan secara berhemah. Walaupun kita berbeza pendapat, usah ketepikan adab dan budaya," katanya.

Ulasan GB

Pemimpin-pemimpin tertinggi parti politik tanahair kini mengakui tentang kepentingan alam siber, kepentingan penyebaran maklumat melalui internet lantas masing-masing berpusu-pusu ke langit untuk mewujudkan laman web, blog, facebook dan seumpamanya untuk berinteraksi dengan rakyat.

Najib ada blog 1Malaysia dan semalam Muhyiddin melancarkan my-malaysia.

Sebelum ini semua orang tahu Mahathir sudah ada blog chedet.cc sedang sebelum ini semua orang tahu juga bahawa hampir keseluruhan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO "cukup berbulu" dengan blog dan alam siber malah pernah meminta rakyat jangan terpengaruh dengan sumber dari berita media angkasa ini.

Ia juga dimenafaatkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan anwaribrahimblog, Lim Kit Siang dengan blog.limkitsiangnya. Musyidul Am PAS ada blog di blog tokguru

PAS mengakui kepentingan blog dan perjuangan alam siber. Malah Presiden PAS di dalam Seminar Blogger yang diadakan baru-baru ini (sekalipun beliau turut menghentam blogger supaya jangan sebar fitnah katanya) beliau mengakui kepentingan berblogging.


Beliau (Presiden PAS) turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini.

Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Suhubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari.

"Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perli di lakukan dengan akhlak," katanya.


Blogger yang disifatkan beliau sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan.-harakahdaily


Tetapi persoalan timbul, dimana blog Presiden? Dimana blog Timbalan Presiden? Dimana blog Setiausaha Agong?

Mengapakah tindakan tak sama dengan perkataan?

Saya merasakan jika pemimpin-pemimpin tertinggi PAS ini mempunyai blog dapatlah idea mereka diperkongsikan dengan rakyat, dapatlah rakyat berinteraksi dengan mereka dan tak timbul lagi persoalan dimana mereka tatkala isu-isu besar melanda negara. Tak timbul soal ahli tak dapat hubungi mereka dan tak timbul apa yang dikatakan "fitnah benar dan fitnah tidak benar" kerana ia boleh dijawab melalui blog pimpinan tersebut.

Tak timbul juga soal tak ikut adab berjemaah kerana ahli boleh terus berhubung dengan pimpinan melalui email dan sebagainya. Tak timbul projek Langgar Hadi, Tak timbul isu ahli tak wala' tak tsiqah dan segala mak bapak ketundukan membabi buta seperti ahli tarikat songsang terhadap gurunya.

Justeru adalah perlu ketiga-tiga pempinan tertinggi parti supaya memikirkan dengan serius hal ini supaya jangan nanti ditempelak orang pemimpin PAS ketinggalan zaman dan pemimpin PAS cakap tak serupa bikin. Lebih buruk lagi nanti ada rakyat yang berfikir dan menuduh bukan-bukan, pemimpin-pemimpin PAS pada masa senggangnya tak dengar dan tak ikuti perkembangan semasa melalui alam siber, tapi lebih suka melayan isteri-isteri di dalam rumah.

Semangat dan wacana intelektualisme perlu dibudayakan dan pembudayaan ini sepatutnya dimulakan oleh pimpinan tertinggi parti sendiri.

Ku Li Cabar Rais Bawa Ke Mahkamah

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meminta kerajaan Pas Kelantan membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata, apa yang dinyatakan pada ceramah di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV malam kelmarin adalah berdasarkan Akta Petroleum 1974 yang jelas memberikan hak tersebut kepada kerajaan Kelantan.

“Kalau dia (Rais) fikir begitu elok dia bawa ke mahkamah, saya tidak ada kuasa juga. Dia (Rais) tahu sejarah, saya tak tahu sejarah.


“Saya bercakap apa yang diperuntukkan akta dan oleh perjanjian yang dibuat oleh Petronas dan kerajaan negeri dengan restu kerajaan Pusat diketika itu, ini yang dipakai sampai sekarang.

“Jadi kalau hendak selesai segala-gala di mahkamah maka tidak usah pakai apa-apa (undang-undang atau perjanjian), bawa ke mahkamah sajalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Rais bahawa isu tuntutan petroleum oleh kerajaan akan hanya dapat diselesaikan di mahkamah dan bukannya melalui ceramah di stadium.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai persetujuan untuk mengetuai kaukus petroleum yang dicadangkan pakatan pembangkang, Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana jawatankuasa tersebut akan turut disertai oleh ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak menetapkan sebarang syarat. Saya cadang hendak terima jawatan itu tetapi belum buat keputusan lagi kerana saya kena bercakap dengan ahli-ahli Parlimen terutama dari negeri-negeri yang mengeluarkan minyak supaya ada perwakilan dari mereka, barang kali dua orang dari satu negeri.

“Kebanyakan negeri ini diwakili oleh ahli Parlimen BN tetapi kita tidak kira sangat kecuali Kelantan yang tidak dalam kalangan BN.

“Kalau dikira bilangan majoritinya adalah dari BN jadi tidak ada apa nak ditakut bukan hendak buat keputusan, ini bukan kerajaan tetapi kita nak bincang saja,” katanya.

Menurut beliau, kaukus tersebut tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tidak mendapat persetujuan daripada ahli-ahli Parlimen dari BN dan pembangkang.

Jelasnya, ia bukan sahaja membincangkan mengenai royalti tetapi juga kedudukan ekonomi negeri-negeri di seluruh negara. -UM


Tindakan Ku Li Ubah Pendirian Mengenai Royalti Minyak Mengejutkan - Rais

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada hari Sabtu melahirkan rasa amat terkejutnya dengan perubahan pendirian bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah yang Kelantan berhak mendapat royalti minyak berbanding pendiriannya sebelum ini.

Beliau berkata kenyataan Tengku Razaleigh pada Khamis lepas yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukan wang ihsan adalah bertentangan dengan kenyataan yang dibuat pada Oktober 2000, dan kenyataan terbarunya itu mengelirukan rakyat, terutama penduduk Kelantan.

Rais berkata demikian kepada Bernama apabila diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh mengenai isu royaliti minyak yang dibuatnya semasa berucap pada majlis solat hajat dan ceramah perdana royalti petroleum di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan pada Khamis lepas yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada 31 Okt 2000, media melaporkan Tengku Razaleigh berkata daripada segi undang-undang, negeri-negeri di Semenanjung tidak ada hak terhadap minyak yang ditemui di luar kawasan pentadbiran masing-masing.

Oleh itu, Tengku Razaleigh yang merupakan pengerusi Petronas pada tahun 1974 yang terbabit dalam perjanjian berhubung pemberian wang ihsan itu kepada kerajaan negeri terbabit, termasuk Terengganu dan Kelantan, berkata pembayaran wang hasil minyak oleh Petronas kepada kerajaan negeri terbabit bukan diberi kerana ada dasar ianya hak negeri terbabit.

Kenyataan itu dibuat oleh Tengku Razaleigh bagi mengulas pembayaran wang ihsan yang dipertikaikan oleh anggota PAS pada persidangan Dewan Rakyat.

Rais berkata kenyataan Tengku Razaleigh pada tahun 2000 itu amat nyata bahawa semua negeri di Semenanjung tidak mempunyai hak di bawah Akta Petroleum 1974, dan " apabila Ku Li ubah pendirian dua malam lalu, ini satu perkara yang sangat mengejutkan bagaimana beliau boleh sanggup tukar pendirian benarnya yang dilahirkannya akhir Oktober 2000 dengan semata-mata berhadapan dengan ribuan orang."

Kenyataan terbaru Tengku Razaleigh itu mengelirukan rakyat, terutama sekali di Kelantan yang harus diperbetulkan kedudukannya daripada segi undang-undang iaitu negeri-negeri di Semenanjung tidak ada hak terhadap minyak yang ditemui di luar kawasan pentadbiran masing-masing, katanya.

"Bagi negeri yang memikirkan untuk membuat tuntutan ke atas royalti minyak seperti Kelantan, tidak berhak di bawah mana-mana Akta Petroleum kerana berada di kawasan antarabangsa yang Persekutuan berhak.

"Ini adalah kedudukan undang-undang antarabangsa dan juga undang-undang negara. Akta Petroleum berbeza dengan peruntukan Akta Pelantar Benua yang mana Sabah dan Sarawak tertakluk bawahnya," katanya.

"Sekiranya hendak jadi orang tengah tidak menjadi masalah, tapi saya berharap beliau tidak kemukakan tuntutan dan pandangan bagi pihak PAS dan parti pembangkang kerana beliau masih Ketua Umno bahagian Gua Musang, dan saya berharap rakyat faham keadaan sebenar," katanya.

Di BACHOK, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Umno Kelantan terkilan dengan kenyataan Tengku Razaleigh itu.

Beliau berkata ketika kerajaan pusat memberikan wang ihsan bagi menggantikan royalti minyak kepada Terengganu ketika diperintah PAS pada 1999 hingga 2004, Tengku Razaleigh ketika itu antara tokoh yang lantang menyokong keputusan kerajaan pusat.

"Ketika itu Ku Li (Tengku Razaleigh) menyokong pendirian kerajaan pusat memberi wang ihsan kepada Terengganu tetapi apa yang berlaku sekarang disebaliknya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Muzakarah Ahlu Sunnah Wal-Jamaah Parlimen Bachok.

Dr Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata kenyataan itu bertentangan dengan kenyataan Tengku Razaleigh yang disiarkan oleh beberapa akhbar pada akhir tahun 2000 dan awal tahun 2001.

Katanya ini termasuk laporan Berita Harian keluaran 1/11/2000 antara lain melaporkan bekas Menteri Kewangan itu mengesahkan bahawa bayaran yang dibuat Petronas kepada kerajaan Terengganu sejak dulu lagi bukan royalti minyak.

Dr Awang Adek turut mengedarkan beberapa keratan akhbar lain yang menyiarkan laporan yang hampir sama iaitu New Strait Times Press (NST) dan Utusan Malaysia bertarikh 1/11/2000, Berita Minggu (12/11/2000) dan Berita Harian (12/3/2001).

Katanya berdasarkan hakikat itu Tengku Razaleigh tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan apa yang pernah beliau buat demi untuk Umno Kelantan yang diasaskannya.

"Umno Kelantan sinonim dengan nama beliau dan kita kalau boleh tidak mahu menyanggah kenyataan beliau yang kami anggap sebagai seorang guru," katanya.

-- BERNAMA


Ulasan GB

Yang GB lihat, pihak yang menonjol sangat untuk mempertahankan kononnya Kelantan tidak berhak mendapat royalti ialah agen berita nasional sendiri iaitu BERNAMA.

Berulang-ulang kenyataan tahun 2000 dan 2001 itu diputarkan, tetapi lansung tidak menyentuh mengenai Akta Petroleum 1974 yang menjadi asas kepada kemelut royalti.

Berniaga Politik Lebih Baik Dari Berniaga Unta..

Keputusan JK Disipilin Pas Pusat yang menggantung jawatan Ahli Parlimen Khalid Samad selama 6 bulan telah menimbulkan macam-macam persepsi terhadap Pas. Jangan terkejut sekiranya keputusan tersebut menyebabkan ada pemimpin Pas peringkat pusat yang malu kepada ahli -ahli Pas dan penyokong Pas sendiri.

Ada AJK Pas Pusat jadi malu bila terima call dan sms yang macam-macam tentang JK Disipilin Pas Pusat terhadap Khalid Samad. Ramai yang menjangkakan hukuman keras terhadap Hasan Ali tetapi yang terjadi adalah disebaliknya.

Ini antara sms yang diterima memperli dan perlekehkan keputusan JK Disipilin Pas terhadap Khalid Samad:

"Hukuman pada Khalid Samad dan Hasan Ali - Tuan Ibrahim buat lawak. Ahli panel tatatertib Pas boleh join team Zunar. Kah kah kah. Dunia dunia. Meniaga politik lagi baik daripada meniaga unta."

"Kawaq(Pencuri) masuk dalam rumah. Khalid jerkah. Tau-tau Khalid yang kena gantung. Kawaq(Pencuri) diberi amaran saja"

Apa boleh buat keputusan telah dibuat, dah tak boleh nak buat apa dah. Nasi dah jadi bubur. Pimpinan Pas masih dalam dunia mereka belum sedar daripada mimpi yang enak. Mereka tidak tahu hatibudi rakyat dan pengundi yang bagi peluang kepada mereka.

Lepas ni akan keluarlah ayat-ayat wala' dan gesa ahli dan penyokong kuatkan tarbiyyah ruhiyyah, mantapkan ukhwah dan macam -macam yah lagilah untuk kita.. -misaimerah

Ulasan GB

Misaimerah punya tulisan setakat ni GB lihat masih cool walaupun GB dah jatuhkan bom tangan melalui entri sebelum ini.

Nak tunggu J/K Disiplin panggil GB. Tapi mereka kena pastikan sebelum panggil GB, tunjukkan kesahihan jawatan mereka sebagai Jawatankuasa dulu. Perlembagaan mana yang mereka gunakan.

Kalau tak berjaya dibuktikan, GB akan kata, lucut segera pakaian awak sebagai J/K Disiplin. Jangan jadi muka tak tahu malu mengenakan pakaian yang awak tak layak.

Kes mahkamah, no problem, tanpa peguam insyaAllah GB yakin menang.

Alaisallahu biahkamil haakimiin - bukankah Allah sebaik-baik hakim?

30 Jan 2010

Seorang Ibu Tunggal Ditembak Tanpa Sebab

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.


Dipaksa untuk membuat pengakuan

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Kemalangan jalan raya, kata polis

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan (gambar kanan) berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

IO yang mencederakan Norizan

Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan adalah orang yang mencederakannya pada hari kejadian berlaku.

Kemudian, Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam. Tetapi, beliau tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16 November 2009.

Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis. Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya. Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.

Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol. Walau bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain mempunyai rekod jenayah.

Keadilan untuk mereka yang tidak bersalah

Latheefa Koya (gambar kanan) menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera, malah mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh polis. Ketua Biro Penerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesak agar polis menyegerakan siasatan kes ini.

Beliau juga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian dan mengelakkan lebih orang dimangsakan sebegini. Malah, Latheefa Koya khuatir polis tidak akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.

"Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan hari ini. Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi mempertahankan keadilan untuk semua orang. Kami berharap polis memandang kes ini dengan serius, menyiasat. Ini bukan mengarut... Ini untuk mengelakkan mangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka (polis) akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup," ulasnya.

Norizan antara yang hidup dan tampil ke depan

Surendran (gambar kiri) pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes "shoot-to-kill" (tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.

"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembak mati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis," katanya.

Malah, Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yang ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009

Menurut Surendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

SAH, UG Memang Binatang!

KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB PAS MENGEJUTKAN & TIDAK BOLEH DITERIMA

1. Keputusan Jawatan Kuasa Tatatertib PAS Pusat menggantung YB Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kepada YB Dato' Dr Hassan Ali amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali.

2. Dengan membuat keputusan tersebut, Jawatan Kuasa Tatatertib samada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.

3. Keputusan ini juga sebenarnya menghantar isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia yang menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk membela nasib mereka melalui platform Pakatan Rakyat.

4. Amat menghairankan bila individu yang bermati-matian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman yang berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hanya diberi amaran sahaja. Saya rasa hukuman terhadap Hasan Ali ini hanya sekadar wayang untuk "membersihkan" Dato' Hasan Ali dan pada yang sama Khalid Samad terus dimangsakan.

5. Ahli PAS dan para penyokong PAS serta Pakatan Rakyat bukannya bodoh. Jawatan Kuasa Tatatertib ini yang pada awalnya diwujudkan untuk menyiasat kes-kes di Selangor adalah satu kompromi untuk meredakan kemarahan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas beliau mendesak supaya satu EGM diadakan untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang anti Pakatan Rakyat. Kalau Mursyidul Am tidak bersuara, jangan harap akan ada tindakan dikenakan kepada Dato' Hasan Ali. Maka, EGM tidak perlu, tapi sebagai ganti pemimpin yang jelas melanggar semangat setiakawan Pakatan Rakyat perlu dihadapkan ke Jawatan Kuasa Tatatertib. Inilah dia semangat dari keputusan Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat pada 28hb. Oktober, 2009.

6. Tapi, entah macam mana atas permainan licik sesetengah pihak tanpa kita semua sedari, Khalid yang sepatutnya dianggap sebagai hero dalam mempertahankan keputusan parti, telah turut diheret sama dan menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti Pakatan Rakyat dalam PAS.

7. Saya gagal melihat bagaimana tindakan Hasan Ali sebagai seorang anggota EXCO Kerajaan Negeri yang sentiasa bercanggah dengan Menteri Besar dan EXCO yang lain hingga boleh melemahkan kerajaan yang PAS adalah anggotanya boleh dianggap lebih ringan kesalahannya berbanding dengan tindakan Khalid selaku ahli parti yang mengkritik pemimpin parti tanpa mengikut saluran yang dianggap begitu berat kesalahannya hingga mewajarkan dia digantung selama enam bulan.

8. Apa yang didedahkan Khalid di dalam blognya bukanlah satu maklumat sulit atau rahsia berkaitan dengan strategi parti. Ianya hanya melaporkan perbincangan dalam mesyuarat yang umum tahu apakah kandungannya.

9. Di sini timbul persoalan terhadap kewibawaan Jawatan Kuasa Tatatertib. Saya sendiri lebih dua bulan yang lalu telah membuat satu laporan bertulis kepada Jawatan Kuasa Tatatertib PAS berkaitan dengan satu konspirasi di kalangan beberapa orang ahli-ahli PAS untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Laporan saya itu malangnya hanya dipendamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil.

10. Apabila saya merujuk perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab, mereka memberi alasan teknikal kononnya laporan tersebut perlu dihantar melalui Setiausaha Agung PAS sebelum ianya disalurkan kepada Jawatan Kuasa Tatatertib. Wow, nampaknya Setiausaha Agung pula yang menjadi penapis setiap aduan tatatertib !

11. Bagi mengelakkan aduan saya ditolak atas alasan-alasan bodoh sebegini, maka saya telah menghantar semula aduan tersebut kepada Setiausaha Agung PAS lebih kurang tiga minggu yang lalu. Malangnya, sehingga hari ini tiada tindakan diambil dan saya tidak dimaklumkan apa yang terjadi terhadap aduan saya tersebut.

12. Apakah kerana saya mendedahkan tentang aktiviti subversif anti Pakatan Rakyat maka aduan saya tidak dilayan? Hanya pimpinan parti sahaja yang dapat menjawabnya.

Yang benar,

ABDULLAH ABDUL KARIM (alqanuni2000@yahoo.com)
EXCO DEWAN PEMUDA PAS PUSAT/NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PAHANG SESI 2009-2011

- dari pinkturtle.


Inilah Dia Rahsia Parti Yang Didedahkan oleh Khalid Samad

Mengikut Bakaq@Penarik Beca, rahsia parti yang didedahkan oleh Khalid Samad sehingga Khalid Samad digantung 6 bulan, boleh di baca di sini

Bandingkan dengan rahsia parti yang didedahkan oleh Hasan Ali di sini .

Mana lagi teruk?

Juga, kalau benar dakwaan Bakaq@Penarik Beca, maka patutlah mereka dapat sewa bilik2 hotel yang mahal2 di Concorde Hotel di bilik2 yang paling mahal seperti yang didedahkan di bawah:



(NOTA:Maklumat saya dapat, ada yang tersenarai di atas tidak tinggal di bilik di atas. Antaranya Tok Guru Nik Aziz.)


Saya tidak tahu pimpinan2 di atas ini tahu atau tidak dari mana datang wang untuk menempah bilik-bilik yang mahal2 di Concorde Hotel Shah Alam. Agaknya selepas Khalid Samad mendedahkannya baru mereka tahu.

Perhatikan juga nama seperti Dr Samsuri, Roslan SMS dan Suwardi Yaakob yang bukan pimpinan PAS dalam senarai di atas. Mengapa tidak digunakan wang di atas untuk para perwakilan untuk mengurangkan beban kos perjalanan mereka.

Mustahil PAS Selangor dapat menempah bilik yang begitu mahal di atas kalau tiada sponsorship dari korporat besar seperti Puncak Niaga.

Patutlah mereka mampu sewa bilik yang mahal2 di Concorde Hotel.

Dan disebab inilah Khalid Samad digantung jawatan selama enam bulan. Kerana mendedahkan konspirasi Hasan Ali-PAS Selangor-Puncak Niaga.Ish ish ish.

Tak sangka Tuan Ibrahim pun terlibat dalam konspirasi ini. Dan saya percaya pada Bakar@Haq sebab setakat ini maklumat dia tepat. Beliau yang pertama mendedahkan pertemuan dalam gelap dengan UMNO waktu tiada angin dan tiada ribut.

MASANYA UNTUK EGM DEMI MENYELAMATKAN PERJUANGAN ISLAM DAN PAS

-Tulang Besi


Ulasan GB

Memang kumpulan UG ini binatang! Keras tajuk GB, benar tapi maksud GB dengan panggilan binatang bererti "tidak berakal".

Lagi pun undang-undang di Malaysia, sebut natang@binatang boleh lepas, tapi sebut mampos tak boleh.

Dari kalangan binatang ini, Mustapha Ali merupakan dalang utama. Dia lenyapkan surat-surat aduan disiplin. GB difahamkan beliau giat mengubah Perlembagaan Parti untuk menurunkan darjat Majlis Syura Ulamak yang diberikan kedudukan paling tinggi di dalam Perlembagaan PAS untuk digantikan dengan Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau mengaturkan banyak hal di dalam keputusan penting di dalam parti yang mana Presiden menjadi Pak Turut. Lihat sahaja pda mesyuarat penolakan EGM dan digantikan dengan Seminar Khas, siapa yang bersuara lebih jika bukan Mustapha Ali.

Mengenai isu penajaan kroni UMNO untuk Muktamar PAS adalah sesuatu yang mendukacitakan dan memalukan ahli-ahli PAS.

Selama ini ahli-ahli PAS berpuashati sekalipun terpaksa bergolok bergadai untuk menegakkan perjuangan parti. Sekalipun muktamar dilakukan dengan sederhana. Tetapi muktamar yang lalu, kesucian perjuangan PAS dinodai dengan manusia-manusia keparat di dalam parti yang mencemarkan parti dengan menerima penenajaan pihak musuh. meskipun muktamar dikatakan "gah" yang oleh Timbalan Presiden menyatakan "ia terbaik", namun hakikatnya itulah muktamar paling ternoda dan paling celaka, jika ahli tahu ianya ditaja oleh kroni UMNO!

Jika lah ahli-ahli tahu sebelumnya, tak mungkin mereka hadir di muktamar itu. Penipuan besar dilakukan oleh binatang UG dalam PAS ini.

Patut sangat dilemparkan dengan kasutnya muka mereka itu dan patut sangat merasa jijik melihat tangannya sewaktu bersalaman dengan mereka.

Dari senarai nama yang didedahkan itu, nama Mustapha Ali paling top. Setiausaha Agong yang di pilih ole Presiden yang merosakkan jemaah melalui proklamir Kerajaan Perpaduan.

Kita tidak tahu berapa puluh ribu atau ratus ribu yang diterima untuk penajaan itu, namun ia amat mendukacitakan.

Ahli PAS dari kawasan-kawasan, ada diantaranya terpaksa menangguhkan aktiviti "cari makan" seperti menoreh, berkebun, tidak ke laut dan seumpanya untuk menghadiri muktamar. Ada diantaranya mengikat perut sewaktu mukamar kerana tidak berduit untuk membeli makanan. Tapi mereka bersyukur kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai ahli yang cintakan perjuangan parti.

Bukan semua orang kaya raya. Bukan semua orang bergaji tetap atau berpencen macam sesetengah YB PAS. (nota: GB masih ingat pada satu ketika, di zaman-zaman muda, GB terpaksa menjual sebuah motosikal buruk yang berharga RM350 untuk dapat turut serta ke Muktamar)

Tetapi disebalik itu, rupa-rupanya ramai pemimpin-pemimpin PAS berdendang di bilik-bilik VIP Hotel Concorde dengan ditaja oleh pihak musuh.


Sedangkan wang itu, jika benar pun ia sumbangan "ikhlas" dari pihak luar boleh digunakan untuk menaja "tambang pergi-balik" perwakilan yang daif dan faqir, bukan untuk kamu bersenang-lenang dibilik berhawa dingin dan ahli-ahli PAS bergelimpangan tidur di masjid-masjid dan surau-surau.

Nak pecat GB, pecat!

Tersebar Juga Gambar Aduka

Aduka Taruna atau nama sebenarnya Khairul Nizam. Foto dari akhbar TheStar. Semasa foto dirakam kemungkinan Aduka tidak perasan.

Semalam, beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Jan.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, hakim Zamri Bakar mengurangkannya sebanyak RM5,000 dengan mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok (hari ini).

Pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.

Ulasan GB

Itu tabiat semula jadi manusia. Tabiat ingin tahu, macamana muka Aduka sebenarnya. Lepas ini ada lagi, ramai yang ingin tahu siapa sebenarnya isteri pilihan Aduka, warga Kelate itu.

Tak apa ler Aduka. Dah famous dan dah jadi public figure ala selebriti.

Selamat Pengantin Baru. Semuga selepas ini Aduka berubah. Perubahan itu perlu untuk kemajuan diri, kemajuan keluarga, kemajuan ugama, bangsa dan tanahair.

Tuhan menyayangimu lantas direncanakan kesilapan untukmu. Ingat, Allah juga merencanakan kesilapan untuk Adam sehingga termakan buah khuldi, kemudian Adam dipilih menjadi khalifah. Semua disuruh sujud kepada Adam selepas itu, semua sujud kecuali iblis!

Begitu juga rencana bagaimana Yusuf selamatkan adiknya Bunyamin.

Dan bagaimana hebat khalifah Umar menentang ajaran Allah sehingga Nabi Mohd hendak dibunuhnya. Apabila Umar berubah, beliau menjadi salah seoramg Khalifah Islam termasyur, dan diantara dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w.

Jadi kepada si pengutukmu, jangan hiraukan mereka. Belum tentu mereka akan ditamatkan dengan baik. Kelak siapa tahu mereka yang akan disuruh untuk "sujud" (dengar cakap) kepadamu.

GB lagi lama dah merasa kena kutuk. Tapi GB senyum sebab GB tahu itu rahsia Allah, tak boleh dibocorkan. Setiap kutukan akan dijilat semula nanti oleh sipengutuknya.

PKR Kesal Dengan Dakwaan Zahrain

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan kenyataan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator.

NONE"Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama iu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior," kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang tahun lalu.

Beliau mengulas kenyataan Zahrain hari ini yang menyifatkan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Lim pula enggan mengulas perkara tersebut.

"Oleh kerana saya adalah pihak yang terlibat, saya enggan mengulasnya hari ini sebaliknya saya benarkan Mansor membuat respons," katanya.

NONEKetua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Zahrain.

"Kita tidak melihatnya sebagai satu masalah dalam Pakatan Rakyat kerana dia (Zahrain) hanya melahirkan apa yang dia fikir," katanya.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa Pakatan tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Beliau berkata Lim tidak suka dikritik dan melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional.

Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim. Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti. -Bernama



Khalid Berjaya Buktikan Hassan Ali Bersalah

Khalid: Jawatan tak penting.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad belum membuat keputusan sama ada akan merayu terhadap keputusan Jawatan Kuasa Disiplin PAS yang mengantung jawatannya dalam parti selama 6 bulan.

Antara jawatan itu, termasuk YDP kawasan Shah Alam dan ahli Lujnah Politik PAS Pusat.

Khalid yang menulis di blognya berkata dia sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan.

“Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?” katanya.

Khalid berkata dia menerima penggantungan itu dengan hati terbuka.

Katanya lagi, ramai yang tidak menyedari pada hakikatnya matlamatnya bagi mendedahkan kepincangan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali telah tercapai.

“Tindakan Dato PJ (Pesuruhjaya PAS) selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar salah dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi,” katanya.


Khalid juga berikrar dasar perkukuhkan Pakatan Rakyat akan dipertahankan selagi mana PAS bersama gabungan itu.

Beliau juga mengingatkan bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir dan menyeru semua supaya bersatu mengasak Umno sehingga mereka tersungkur. -malaysiakini


Keputusan JK Displin

Jawatan Kuasa Disiplin PAS telah mengambil keputusan untuk mengantung jawatan-jawatan dalam parti yang sedang saya sandang selama 6 bulan. Jawatan berkenaan adalah sebagai YDP kawasan Shah Alam dan sebagai ahli Lujnah Politik PAS Pusat. Sebenarnya, saya sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan. Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?

Ada juga yang bertanya tidakkah saya merasa kecewa? Mengapa pula saya perlu merasa kecewa? Keputusan sudah dibuat dan insyaAllah saya terima dengan hati terbuka. Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minima saya telah pun tercapai. Tindakan Dato PJ selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar SALAH dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi. Ahli BPPNS harap ambil perhatian tentang perkara ini.

Ya betul, jawatan saya digantung tetapi itu tidak sepenting mendapat kata dua berhubung sikap dan tindakan Dato PJ selama ini. Jawatan digantung 6 bulan. Dasar perkukuhkan PR akan dipertahankan selagi mana PAS bersama PR.

Harap semua faham, saya dikenakan tindakan kerana cara saya menegur Dato PJ dianggap memudaratkan PAS. Mungkin betul, mungkin tidak. Namun saya telah lama berusaha sebelum itu, secara dalaman, secara surat kepada pihak atasan tetapi semuanya tidak berhasil. Budaya wala' terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali berhadapan perbalahan secara terbuka. Memang mengikut budaya Malaysia, apabila melawan 'tauke' kuli yang akan kena. Ikut macam mana pun pasti akan kena. Tetapi kali ini 'tauke' pun kena juga. Walaupun hanya sedikit tetapi pada saya sudah mencukupi. Kalau terus dengan cara lamanya, saya tidak akan menyanggahnya lagi. Saya sendiri yang akan buat Laporan kepada JK Disiplin. Seperti yang dibuatnya terhadap saya dalam kes ini. Itu caranya dan kita lihat pula sejauhmana kesungguhan amaran yang diberi.

Apabila menentukan sesuatu tindakan, saya telah diajar melakukan 'risk analisis' terlebih dahulu. Risikonya diketahui dan saya mengambil risiko tersebut kerana ada peluang yang baik untuk mencapai hasil. Seperti yang dijangka saya diadu kepada JK disiplin. Saya tidak mengadunya kepada JK Disiplin, pihak lain yang berbuat demikian. Risiko diambil dengan penuh sedar. Kesan datang melanda kita terima kerana memang telah dijangka. Namun hasilnya turut diraih.

PAS sememangnya mementingkan disiplin ahli, ketaatan kepada pemimpin, thiqah dan wala'. Saya tahu semua itu, tetapi semua telah saya usahakan. Bukan semakin baik, semakin parah. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali melakukan apa yang pasti sukar diterima parti. Walaupun berasas tetapi akan dilihat melanggar disiplin. Ketua pemanah meninggalkan Bukit Uhud. Yang membantah dan menghalang dianggap melanggar disiplin jemaah kerana membantah dengan cara yang kasar.

Ada pula yang bertanya, adakah saya akan merayu? Saya masih belum lagi memutuskannya. Mungkin tidak. Seperti Saidatina Aisyah dalam kisah fitnah terhadapnya. Memadai dengan saya meyakini bahawa saya bertindak demi PAS dan PR. Lagipun, seperti yang telah saya nyatakan, jawatan itu tidak penting. Hendak merayu buat apa? PRU 13 semakin hampir. Bersama kita terus asak UMNO sehingga mereka tersungkur. Itu prioriti kita yang perlu dilakukan tanpa adanya kenyataan-kenyataan yang akhirnya akan menyulitkan diri kita sendiri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


Ulasan GB

Tahniah YB Khalid.

Sikap Khalid Al-Walid dijadikan contoh. Memang relevan. Jawatan tidak penting bagi seorang pejuang tulen.

Tak macam pengerusi J/K Disiplin itu sendiri, baru dapat jawatan dah jadi "kaduk naik junjung", kata seorang pimpinan PAS. Dah mula tunjuk kuasa dan buat kenyataan-kenyataan macam PAS dia seorang yang punya.

Walaupun keputusan jelas tidak adil, namun sekurang-kurangnya Khalid berjaya dedahkan kesalahan Hassan Ali.

Bala akan menimpa PAS tak lama lagi akibat daripada tindakan yang zalim dan tidak adil di dalam jemaah. Allah pasti akan membersihkan jemaahNya. Allah pasti sayang kepada mereka yang berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan. Allah telah mewajibkan diriNya membantu para pembantu agamaNya.

Tetapi apabila bala menimpa, ia merata. Ia tidak hanya ditimpakan kepada pesalah. Itu sebab perjuangan mesti diteruskan, terutama membersihkan parti dari mereka yang oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz sifatkan "pemimpin bermasalah dalam parti".



Selcat: Bekas Adun, Exco Diminta Tampil Beri Penjelasan

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri mahupun Exco diminta tampil untuk menerangkan butiran perbelanjaan peruntukan untuk rakyat sepanjang tempoh mereka berkhidmat untuk membersihkan nama mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas, Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Khim berkata ini berikutan terdapat banyak keraguan terhadap peruntukan yang diluluskan dalam tempoh yang singkat.

"Bagaimana wang itu dibelanjakan, kita perlu panggil Adun dan mereka perlu tampil untuk membersihkan nama mereka kerana ada tanggapan negatif terhadap mereka. Kita beri peluang untuk mereka bersihkan nama."

Beliau berkata kebanyakan transaksi pengeluaran peruntukan yang diluluskan dibuat selepas pembubaran DUN dan ia tidak sewajarnya berlaku..

Pada sidang Selcat hari ini, beliau meminta Pegawai Daerah Petaling, Datuk Zulkepli Ahmad memberi penjelasan mengenai peruntukan yang dikeluarkan oleh 14 DUN dibawahnya sama ada digunakan untuk kempen pilihan raya atau pun untuk program rakyat.

Beliau turut mempersoalkan kesahihan aktiviti atau pun program yang dijalankan oleh ADUN berkenaan ekoran terdapat tiga program dijalankan dalam masa satu hari dengan setiap program memperuntukkan belanja RM10,000.

"Dalam tempoh yang begitu singkat, pihak pemantau tidak dapat mengesahkan sama ada aktiviti yang dicatatkan di dalam borang itu benar-benar dijalankan atau tidak. Bagi saya ini adalah perkara yang serius."

Beliau berkata terdapat keraguan apabila peruntukan bernilai 602 ribu ringgit untuk 59 program di bawah DUN Bukit Gasing diluluskan antara Januari hingga Mac 2008.

Dalam pada itu, beliau menegur pegawai awam perlu meletakkan teras kepercayaan kepada sistem yang diwujudkan dan bukannya meletakkan kepercayaan kepada individu semata-mata untuk menjaga hubungan baik apabila meluluskan sesuatu peruntukan. -TVS


Beri wang ihsan melalui JPP ceroboh demokrasi

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi menyifatkan pemberian wang ihsan kepada negeri Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai pencerobohan demokrasi terhadap Kerajaan Negeri.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku di negara yang mengamalkan sistem berperlembagaan apabila JPP yang ditubuhkan secara tidak berdemokrasi sebagai kerajaan yang haram tiba-tiba layak untuk menerima duit rasmi melalui perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan Negeri.

“Menjadi satu pencerobohan apabila ada pihak lain yang ditubuhkan tidak mengikut sistem demokrasi tampil menerima wang tersebut dan menafikan hak Kerajaan Negeri yang sah dan dipilih oleh rakyat sendiri.

“Ini kerana wang tersebut adalah milik Kerajaan Negeri yang telah termaktub dalam perjanjian dengan Petronas yang sepatutnya membayar royalti secara terus kepada Kerajaan Negeri,” katanya kepada Sinar Harian.

Che Abdullah berkata, oleh kerana royalti merupakan sebahagian daripada perjanjian Kerajaan Negeri dengan Petronas, maka menjadi tanggungjawab Petronas untuk bayar royalti secara terus bukannya melalui pihak lain yang tiada kena mengena dengan Kerajaan Negeri hanya kerana alasan Kerajaan Negeri tidak bijak menguruskan kewangan.

Katanya, alasan berkenaan tidak timbul kerana perkara asas yang paling utama adalah hak sesebuah negeri itu untuk menerima hasil daripada perjanjian yang dibuat bukan soal pengurusan atau kelayakan.

“Kalau nak pertikai soal bijak atau tidak, sudah ada contoh yang berlaku di Terengganu apabila stadium yang bernilai lebih RM300 juta runtuh secara tiba-tiba, ditambah pula stesen bas dan masjid yang juga runtuh serta hospital yang tidak dapat digunakan selepas dibina oleh Kerajaan Persekutuan.

“Secara logiknya, kejadian tersebut menunjukkan berlakunya salah guna kuasa ataupun tidak menguruskan kewangan dengan baik. Jadi di mana bijaknya Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Dalam pada itu, Che Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu turut menyelar tindakan beberapa pemimpin UMNO yang merupakan rakyat Kelantan bertindak menyokong Kerajaan Persekutuan memberi wang ihsan kepada negeri ini sedangkan mereka sendiri tahu apa hak rakyat Kelantan.

“Sebagai rakyat Kelantan yang menjadi pimpinan negara, mereka sepatutnya bercakap dengan lebih bermaruah mempertahankan hak rakyat negeri ini, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Demi kepentingan politik dan jawatan dipegang, mereka sanggup mengetepikan kebenaran dan menafikan hak rakyat. Orang seperti ini patut ditolak dan tidak layak menjadi wakil rakyat,” katanya.

Katanya, apa yang dapat dilihat sekarang, Kerajaan Persekutuan ibarat pencuri yang tertangkap kemudiannya datang untuk berbincang bagaimana menggunakan barang curian itu dengan pemiliknya. -SH

Edyesdotcom Berhenti Berblog, PAS Dicabar Ambil Tindakan Keatas Ahli Yang Tentang Keputusan J/K Disiplin

Saya Berhenti Blogging Berkuat Kuasa SERTA MERTA !!
Oleh edyesdotcom

Dengan keputusan jawatankuasa displin PAS yang sangat mengecewakan, dengan keputusan jawatankuasa PAS yang terarah kepada pembentukkan Kerajaan Perpaduan, Saya mengambil satu langkah yang amat drastik demi untuk tidak membuang lebih banyak masa!

Sebagai tanda PROTES terhadap keputusan jawatankuasa displin PAS yang diumumkan sebentar tadi, saya edyes, webmaster edyesdotcom akan berhenti berblog!

Untuk apa saya mempertaruhkan risiko kehilangan pekerjaan, risiko ditangkap dan disumbat ke dalam lokap, serta pelbagai lagi risiko, jika akhirnya satu keputusan yang ter-amat tidak-masuk-akal diterbitkan dari serumpun cendiakawan yang berjuang atas nama Allah.

Sehingga satu waktu yang difikirkan sesuai untuk saya kembali, blog edyesdotcom akan diubah menjadi satu blog directory untuk tatapan pengunjung.

Inilah saat paling upset bagi saya sejak memainkan peranan kecil dalam politik tanah air, dan teramat malang sekali kerna ia hadir dari sebuah parti perjuangan Islam PAS!

Saya akhiri blogging saya dengan sebuah pantun;

Paku dulang paku serpih,
Paku berkarat yang keparat juga yang lebih!!
FAKAP FOR ALL !!!

Assalamualaikum...


Tak Boleh, Kita Kena Wala'
Ustadz Zorkharnain Abidin
Exco Dewan Ulama PAS Pusat


Ungkapan biasa kepada seseorang yang mempersoalkan keputusan atau tindakan pimpinan organisasi Islam.

Tidak wala’ bermaksud tidak patuh, tidak taat, tidak dengar, tidak akur dengan keputusan dan tindakan pimpinan.

Kalau wala’ itu maknanya dengar, akur, patuh dan taat secara melulu, itu sama sahaja dengan akur dan taat sekumpulan anak itik kepada ibunya. Ibunya terjun sungai, mereka ikut terjun sungai. Ibunya melintas jalan, dia turut melintas jalan.

Ingat, wala’ juga bermaksud nasihat.

Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa agama itu adalah nasihat. Apabila para sahabat bertanya, “Untuk siapakah nasihat itu?” Rasulullah menjelaskan, “Untuk Allah, rasul-Nya, imam-imam (pemimpin-pemimpin) orang Islam dan orang-orang Islam semua sekali”.



Diam! Jangan cakap apa-apa
Oleh misaimerah

Kadang-kadang benda yang kita lawan, kita benci jadi kawan dan jadi sahabat. Ini kerja Tuhan sapa tak boleh teka. Tuhan saja yang tahu. Kedua-dua pemimpin Pas Selangor dilarang keluar kenyataan setelah dijatuh hukum. Itu kata JK Disiplin Pas Pusat. Sekarang ni kita dah pandai nak kunci-kunci mulut orang, dah pandai nak guna akta rahsia rasmi, akta yang kita lawan sampai punggung berasap, bila boleh jejaskan periuk nasi kita.

Jangan cakap apa-apa, jangan komen apa-apa. Bolehka kita kata macam tu bila kita dihukum? Sekarang ni silap sikit nak saman, nak report polis apa punya dayus jadi pemimpin tak berani dengar komen orang.Nak dengar yang baik -baik saja,puji sampai terpejam biji mata.

Ekoran hukuman itu, kedua-duanya dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.-Harakahdaily


Ulasan GB

PAS hari ini dicabar mengambil tindakan ke atas majoriti ahli-ahli PAS termasuk blogger-blogger yang membantah keputusan Jawatankuasa Disiplin parti Khalid Samad semalam.

Jawatankuasa disiplin PAS semalam telah memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hanya diberi amaran bertulis berkuat kuasa serta merta.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Malah Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan yang dilihat sebagai mengejutkan sekaligus menimbulkan riaksi tidak senang di kalangan para ahli PAS terhadap apa yang disifatkan sebagai keputusan berat sebelah itu meletakkan Jawatankuasa Disiplin "di kandang orang salah" untuk menjawab pelbagai persoalan yang timbul.

Pertama, apakah keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin PAS itu boleh berkuatkuasa sedangkan keududukan dan perlantikan jawatankuasa itu sendiri dipersoalkan kesahihannya.

GB pernah mempersoalkan kesahihan kedudukan jawatankuasa disiplin ini dimana pembentukan ini tidak memenuhi tuntutan Perlembagaan parti. Baca SINI.

Kedua, "Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat," katanya," umum Ketua Jawatankuasa Disiplin parti, Tuan Ibrahim Tuan Man. - harakahdaily

Tetapi pasal yang sama, menyatakan bahawa

(3) Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah terdiri dari :
(a) Seorang Pengerusi
(b) Seorang Setiausaha, dan
(c) Tiga orang ahli Jawatankuasa


Tetapi yang diketahui, Jawatankuasa yang ada cuma tiga orang.

"Turut hadir Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong dan Mohd Baqi Osman." -harakahdaily

Ketiga, fasal 75 (4) Perlembagaan menyatakan

‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’, menurut kuasa yang diperuntukan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa.

Fasal 7(3)(c) pula menyatakan antara lain peranan Majlis Syura Ulamak ialah

(c) Memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa tataertib PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 75 Perlembagaan ini.

Keempat, dinyatakan bahawa "kedua-duanya boleh membuat rayuan kepada ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari bermula hari ini." namun ianya bertentangan dengan Perlembagaan kerana jelas fasal 75 (5) menyatakan bahawa "rayuan hendaklah dikemukakan kepada Majlis Syura Ulama, bukan Jawatankuasa PAS Pusat.

"(6) ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ dengan apa-apa jua cara yang difikirkan munasabah hendaklah menimbang dan memutuskan rayuan mana-mana PAS yang telah dikenakan tindakan tatatertib dan tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terhadap rayuannya mengikut Fasal (13)(3)(d) dengan syarat ahli tersebut hendaklah mengemukakan rayuannya kepada ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ melalui Setiausahanya tidak lewat dari empat puluh hari daripada tarikh keputusannya yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu, Keputusan ‘Majlis Syura ‘Ulamak’ terhadap rayuannya itu adalah muktamad."

Kelima, Perlembagaan pindaan tahun berapa yang digunakan oleh PAS di dalam perlantikan Jawatankuasa Disiplin parti?

Sekalipun terdapat cadangan meminda perlembagaan, dan deraf perlembagaan telah mengubah isi kandangan Perlembagaan PAS pindaan 2001, yang telah cuba menurunkan kuasa Majlis Syura Ulamak dan meletakkan Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan tertinggi di dalam parti, namun selagi pindaan itu tidak dibahaskan oleh Muktamar dan belum diluluskan oleh ROS, ianya tidak boleh dikuatkuasakan.

FASAL 77. Meminda Perlembagaan PAS

(1) Adapun Perlembagaan PAS ini atau sebarang bahagian daripadanya bolehlah dipinda atau dibatalkan atau ditambahkan dengan ketetapan yang dipersetujukan oleh dua pertiga suara yang hadir dalam Muktamar Tahunan PAS.
(2) Suatu ketetapan yang mengandungi sebarang syor atau cadangan hendaklah meminda atau membatalkan atau mengubahkan atau menambahkan kepada Perlembagaan ini hendklah dihantar kepada Setiausaha Agung sebagaimana yang disyaratkan di dalam Peraturan Muktamar PAS.
(3) Sebarang pindaan, perubahan dan sebarang perkara yang berkait dengan Perlembagaan ini hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh hari dari tarikh ia diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS, dan tidak boleh dijalankan melainkan sesudah mendapat pengakuan daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan.



Pro M UM desak NC adakan pilihan raya semula

Kumpulan Pro Mahasiswa Universiti Malaya (Pro M UM) mendesak supaya diadakan semula pilihan raya kampus (PRK) melalui kaedah biasa, ekoran kegagalan sistem e-undi itu beroperasi dengan baik hari ini.

Pengerusi Pro M UM Mohd Shafie Hashim berkata, keputusan pilihan raya yang diumumkan sejak 7 petang tadi di kampus tersebut yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Pro Aspirasi bukanlah sesuatu yang mutlak.

"Kami bantahan ke atas keputusan itu. Selepas diumumkan keputusan itu pada jam 7 petang tadi, ada ruang untuk buat bantahan. Keputusan rasmi akan berhubung bantahan itu akan diketahui pada jam 11 pagi esok," kata beliau ketika dihubungi erapakatan.com di sini, sekitar jam 1:30 pagi ini.

Ketika tempoh bantahan itu dibuka, tambah beliau, kumpulan mahasiswa itu tidak menumpukan hal keputusan PRK itu, sebaliknya ia masih tertakluk ke atas isu pelaksanaan sistem e-undi yang gagal beroperasi dengan baik sejak petang tadi.

"Dalam bantahan tadi kami tak tumpukan sangat kepada keputusan yang memihak kepada Pro Aspirasi. Kami masih membantah e-undi yang banyak meragukan sepanjang tempoh pembuangan undi sepanjang hari ini.

Berkumpul di depan pejabat Naib Canselor

"Selepas keputusan diumumkan jam 7 petang tadi, kami buat bantahan, berkumpul ramai-ramai di depan pejabat NC. Sebab, beliau mendakwa bahawa sistem e-undi ini akan berjalan dengan baik.

"Tapi, apa yang berlaku tadi ialah 'server down' di beberapa tempat. Dan ada beberapa orang mahasiswa yang terkeliru ketika buang undi tadi," kata Mohd Shafie lagi.

Selain itu, tambah beliau, peratusan mahasiswa yang turun membuang undi hari ini amat mendukacitakan.

"Jadi kami ubah pendekatan bantahan kepada meminta penjelasan Naib Canselor tentang kejadian 'server down' sejak tadi. Kalau boleh, kita desak NC supaya diadakan pilihan raya semula seperti kaedah biasa.

"Kaedah e-undi memang membawa masalah dan keraguan seperti yang berlaku sejak petang tadi," kata Mohd Shafie. -erapakatan


Keputusan p'raya kampus UM digantung
- Malaysiakini

Selepas rundingan lebih empat jam hari ini, Universiti Malaya mengambil keputusan untuk menggantung sementara keputusan pilihan raya kampusnya yang diumumkan semalam.

Menurut bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad, keputusan itu dipersetujui bersama oleh naib canselor, Ghauth Jasmon dan kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M).

Ghauth juga bersetuju membenarkan kumpulan pro-M untuk melantik perunding bagi menguji sistem e-undi yang didakwa mereka dimanipulasikan.

Sekiranya dakwaan berkenaan berasas, Ghauth bersetuju pilihan raya kampus diadakan semula.

Ghauth juga berjanji akan menyiasat dakwaan yang timbalan naib canselor, Azarae Idris menyalah-gunakan kedudukannya dan terbabit memanipulasikan pilihan raya itu.

Selepas pengumuman butiran perbincangan itu, kumpulan pro-M berarak ke Dewan Tunku canselor untuk meraikan keputusan berkenaan.

Mereka juga menghempas sebuah komputer sebagai melambangkan bantahan terhadap pengundian e-undi dan membawa komputer itu berarak di seluruh kampus.

Pada masa yang sama, mahasiswa berkenaan turut membakar akhbar Kosmo yang didakwa membuat laporan tidak tepat berhubung jumlah kerusi yang dimenangi mereka.
Sebelum ini, lebih 200 pelajar dari kumpulan pro-M yang tewas semalam mengugut akan mengadakan demonstrasi jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Antara tuntutan awal mereka ialah supaya pilihan raya kampus diadakan semula dan pembatalan pengundian secara berkomputer atau e-undi.

Suasana tegang menyelubungi kampus UM sejak malam semalam dan pagi tadi apabila ratusan mahasiswanya berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori.

Mereka berang selepas tewas tipis pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam dan mendakwa berlakunya penyelewengan.

Mahasiswa berkenaan memakai lilit kepala putih dengan tertera perkataan 'bantah' dalam tulisan merah.

Mereka berjaya menyerbu serta mengepung pejabat Canselori dan memaksa perjumpaan dengan Ghauth.

Pada awalnya, ketegangan memuncak apabila pelajar mahukan dialog terbuka tetapi ditolak oleh naib canselor.

Sebaliknya, Ghauth mencadangkan perjumpaan tertutup dengan sepuluh wakil yang dipilih oleh pelajar berkenaan.

Cadangan itu dipersetujui dan rundingan diadakan sebelum ia ditangguhkan pada jam 1 petang tadi untuk solat Jumaat dan disambung semula selepas itu.

Turut berada di lokasi adalah kumpulan mahasiswa dari kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) yang berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M.

Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas. Dua daripada calon itu kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan Aspirasi.