23 Jun 2015

Bukankah Haji Hadi Pernah Barua, Tolol Malah Halau Keluar Ahli-ahli PAS?


Kamu akan 'tenggelam', tegas Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberi peringatan kepada semua ahlinya tentang sejarah parti itu bahawa pemimpin tertinggi parti yang bersama parti atau pertubuhan lain, akan "tenggelam".

Peringatan itu terkandung dalam surat terbukanya kepada anggota parti hari ini tanpa menamakan mana-mana pihak dalam PAS.

"Setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jamaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat berakidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.

"Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya.

"Adapun perkara yang akan datang berada dalam ilmu Allah dan kita diwajibkan mengambil iktibar serta sentiasa berilmu, berdoa dan bertawakkal kepada Allah," kata Hadi. -mk

ULASAN GB

Ini edisi pelik.

Bukankah Haji Hadi sendiri pernah mengahalau ahli-ahli PAS, pernah memanggil ahli PAS sebagai BARUA dan pernah menTOLOLkan ahli-ahli PAS?

Kini apabil mereka yang dihalau, yang dipanggil BARUA dan yang ditololkan itu mahu membuka parti baru, diberi amaran pula bahawa mereka akan "tenggelam" seolah-olah menghalang mereka untuk tinggalkan PAS.

Bukankah kamu, Haji Hadi sebagai Presiden yang perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kini? Bukankah kamu, Haji Hadi yang telah menyebabkan berlakunya dan membiarkan perpecahan di dalam PAS? Bukankah kamu, Haji Hadi sebagai Presiden yang bertanggungjawab membiarkan PAS tergelincir dari landasan perjuangan dengan bertukar menjadi sebuah parti yang tidak lagi berakhlak Islam, penuh dengan cacian, makian seperti BARUA, TOLOL, JEBON. ANWARINAS, MUNAFIK HARAKI serta menggunakan pelbagai kaedah yang tidak Islamik untuk menaikkan para ulama dan menyingkirkan golongan profesyenal?

Memfitnah, mencaci-maki, melabel, menggunakan cai - kesemuanya "dihalalkan" oleh pimpinan PAS Pusat tanpa sebarang sekatan untuk memenangkan kumpulan ulama dan menyingkiirikan kumpulan profesional.

Sekalipun pimpinan PAS Pusat terutama Presiden menutup matanya, namun Allah itu tidak buta dan tidak lalai.

Terus-terang kami nyatakan kepada Tuan Presiden, kami rela tenggelam daripada hidup bersama-sama dengan ulama jahat (ussu') yang gila jawatan dan gila pangkat yang menggunakan segala kaedah termasuk kaedah yang tidak Islam semata-mata untuk memuaskan kebuasan nafsu mereka untuk menang dalam pemilihan PAS baru lalu.

Tetapi insyaAllah kami yakin, dengan tenaga profesyenal G-18 yang satu ketika pernah mengangkat martabat PAS sehingga ke aras yang ada pada hari ini, mereka tidak akan gagal dengan parti baharu yang bakal muncul tidak lama lagi.

Sewaktu itu kita tengoklah nanti SIAPAKAH SEBENARNYA YANG BAKAL TENGGELAM...



Nizar Tetap Sebagai Ketua Pembangkang Perak!


Nizar kekal ketua pembangkang Perak, kata DAP negeri

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menang kerusi itu atas tiket PAS akan kekal sebagai ketua pembangkang Perak, kata Pengerusi DAP negeri Nga Kor Ming, walaupun kerjasama antara kedua-dua parti itu sudah berakhir.

Nga berkata Nizar yang juga pernah menjadi menteri besar Perak selama 10 bulan ketika Pakatan Rakyat (PR) menang dan mentadbir negeri itu pada 2008, menerima sokongan semua 18 Adun DAP dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Nizar akan kekal sebagai ketua pembangkang walaupun PR tidak lagi wujud dalam negeri ini. Selain wakil daripada DAP, saya percaya Nizar juga memperoleh sokongan daripada 5 lagi Adun PKR,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Lima lagi wakil, termasuk Nizar adalah daripada PAS dan secara bersama, mereka membentuk 28 Adun pembangkang dalam DUN.

Nga, yang juga Adun Kepayang berkata ini adalah respons sama ada DAP akan menarik sokongannya kepada Nizar untuk kekal sebagai ketua pembangkang, memandangkan DAP dan PAS tidak lagi menjalinkan kerjasama politik.

Ini adalah susulan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas di muktamar tahunan PAS awal bulan ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut mengumumkan jawatankuasa eksekutif pusat parti itu membuat keputusan mengisytiharkan PR sudah terkubur memandangkan parti sekular dan rakan kongsi Islam itu tidak lagi bekerjasama.

Nga berkata walaupun PR tidak lagi wujud, Nizar boleh memegang jawatan itu kerana beliau adalah Adun yang dilantik untuk mewakili Changkat Jering.

“Kedudukan Nizar adalah wakil rakyat yang dilantik dan DAP yang membentuk majoriti pembangkang dalam DUN menyokongnya untuk kekal di situ,” katanya.

Nizar menjadi ketua pembangkang negeri sejak Mei 2009.

Nga, yang juga ahli Parlimen Taiping berkata DAP negeri mempunyai hubungan yang mesra dengan kepimpinan PAS Perak yang baharu di bawah Rosman Zakaria.

“Kami bukan musuh PAS atau pemimpinnya. Contohnya, kami akan pergi majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri mereka jika dijemput.

“Bagaimanapun, kami mempunyai hubungan kerja yang cemerlang dengan semua Adun PAS dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dilantik dalam DUN,” katanya.

Nizar sendiri gagal mengekalkan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat bersama sekumpulan ahli “progresif” yang diketuai bekas Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang digulingkan dalam pemilihan kedudukan tertinggi parti.

Nizar juga tewas bagi jawatan ketua cawangan PAS Kampar yang disandangnya sejak 14 tahun lalu, kepada Mohd Sofian Rejab, seorang guru agama. -TMI

ULASAN GB

Maka bertempiklah golongan pro-ulama bersama-sama UMNO... Nizar budak suruhan DAP!

Sedangkan Nizar adalah ikon pemersatu parti-parti komponen di dalam PR. Sekalipun PAS memiliki kerusi minoriti di Perak selepas PRU12 dahulu, tetapi Mohd Nizar dilantik sebagai Menteri Besar Perak berdarkan ketokohan dan professionalism yang beliau miliki. Dengki dan irihati UMNO menyebabkan beliau dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti keldai DAP, talibarut Cina dan seumpamanya sehingga timbullah kononnya ada Penjanjian Pangkor II dimana dikatakan Nizar menandatangani satu perjanjian untuk bersetuju tidak melaksanakan hukum Islam apabila menjadi MB Perak. Fitnah dari UMNO ini kemudiannya digunakan dan diperpanjangkan oleh kumpulan ulama dalam PAS di dalam grand design mereka untuk menjatuhkan kumpulan profesional dalam PAS termasuk Nizar.

Sekalipun difitnahkan sedemikian rupa, hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Sebutir permata tetap permata walaupun dimana ia berada. DS Nizar masih diyakini oleh rakan-rakan komponen PR untuk terus menjawat sebagai Ketua Pembangkang.

Setelah dicantas oleh kumpulan gila jawatan dan gila kuasa di kalangan PAS Perak, mungkin selepas ini nama DS Nizar tiada lagi dalam senarai calon PAS di dalam pilihanraya akan datang.

Pun tidak mengapa, DS Nizar, insyaAllah, salah seorang pendokong parti baharu, dan meloponglah PAS Perak selepas ini...



Parti Baharu Membawa Harapan Dan Impian Baharu... InsyaAllah


Tersingkir daripada kepimpinan PAS jadi rahmat terselindung, kata G18

Pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi "rahmat yang terselindung” apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.

Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan 18 (G18) yang tewas itu, Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.

"Sejak sekian lama kita bergaduh dalam PAS dengan pendekatan dan pandangan yang berbeza berhubung beberapa perkara, sekarang kita bebas untuk membentuk wadah baharu lebih inklusif untuk semua rakyat negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

G18 mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya dipilih sebagai pengerusi kumpulan ini sementara bekas Naib Presiden Salahudin Ayub dilantik menjadi timbalan manakala bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausahanya.

Semua ahli G18 yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) badan bertindak ini.

Dzulkefly berkata badan ini akan menggabungkan semua masyarakat sivil di negara ini terutama badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi membentuk satu wadah baharu politik Malaysia berteraskan Islam yang lebih progresif berbanding parti lama mereka.

"Kami yakin wadah ini akan lebih diterima masyarakat Malaysia kerana sifatnya yang inklusif dalam sebuah negara berbilang agama dan bangsa ini," katanya yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan PAS itu.

Selain bersatu dengan PKR dan DAP, wadah baharu itu akan menghimpun semua NGO Islam di Malaysia yang mempunyai cita-cita sama.

Dzulkefly bagaimanapun berkata, beliau dan pimpinan G18 akan mengambil pendekatan tidak akan berkonfrontasi atau menjadikan parti lama mereka iaitu PAS sebagai musuh.

"Kita akan melihat masa depan dan cuba melupakan perbezaan pendapat kita dalam PAS. Kita akan membawa gagasan masa depan dan lupakan masalah lama kita," katanya.

Dzulkefly berkata, sepanjang Ramadan ini kumpulan berkenaan akan mengadakan mesyuarat bersama pertubuhan Islam dan bukan Islam serta pemimpin masyarkat di seluruh negara bagi menjelaskan peranan pergerakan itu.

Pengumuman lanjut, katanya hanya akan dibuat selepas sambutan Aidilfitri dan selepas mendapat maklum balas daripada akar umbi serta pertubuhan yang berkaitan.

Menurut laporan, kumpulan itu juga merancang untuk menganjurkan pameran bergerak di seluruh negara dan akan menyokong kempen “Harapan Baru” atau “The New Hope and Dream” selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. – TMI


ULASAN GB

Ada yang berhujjah bahawa penubuhan parti Islam yang baharu tidak dibolehkan apabila PAS masih ada. TETAPI itu persoalan ijtihadiyah belaka. Kerana bagi kita apabila PAS telah menyeleweng dan telah terkeluar dari akhlak Islam, maka penubuhan sebuah parti Islam yang baharu adalah WAJIB.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Apabila PAS telah tergelincir dari landasan perjuangan dengan bertukar menjadi sebuah parti yang tidak lagi berakhlak Islam, penuh dengan cacian, makian seperti BARUA, TOLOL, JEBON. ANWARINAS, MUNAFIK HARAKI serta menggunakan pelbagai kaedah yang tidak Islamik untuk menaikkan para ulama dan menyingkirkan golongan profesyenal, maka kewujudan parti Islam alternatif adalah SATU KEWAJIPAN.

Begitulah imbauan suratul Maidah:54

"Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kalian yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, satu puak, satu parti yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya."

Mereka menjustifikasikan fitnah, caci-maki dan segala perbuatan "kufur" itu kerana kononnya golongan proofesynal dituuduh bersekongkol dengan DAP menolak hukum hudud sedangkan apa yang sebenarnya tidak berlaku hal sedemikian.

Golongan pprofesyenal bertindak sama seperti yang disaran oleh ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusof Al-Qardhawi iaitu, [VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud.

Pelbagai pihak mencadangkan mereka yang ditewaskan secara kumpulan dalam pemilihan PAS itu mengambil jejak langkah Reccip Toyyeb Erdogan yang menubuhkan parti baharu iaitu AKP, dan berpisah daripada rakannya dalam parti Refah yang membentuk parti Saadet.

Kini AKP sudah 3 penggal memerintah Turki manakala Saadet hilang daripada Parlimen Turki selepas mendapat undi sekadar 5%.


Malah pemimpin PAS lebih mengutamakan perkara-perkara hukum dalam Islam, berbanding kepada perjuangan menegakkan sebuah negara yang disebut "baldatun tayyibatun warabuun ghaffur".

Ini mengingatkan kita kepada tempelakan Erdogan terhadap pimpinan parti Islam Refah atau parti asalnya.

"Bagaimana kalian mengejar akhirat sedangkan kalian meninggalkan dunia ini...? Kelak kalian akan ditanya di akhirat, mengapa kalian tinggalkan umat di dalam kemiskinan, kedhoifan serta kejahilan sehingga dengan mudah diratah oleh musuh-musuh Islam. Jangan mati sebelum kalian penuhi segala amanah di atas dunia ini untuk menuju akhirat."

Demikian "profesyenalnya" pemikiran Erdogan berbanding dengan jumudnya pemikiran para ulamak di dalam parti Refah yang pernah dianggotainya, malah sebagai ketua Pemudanya!

Justeru itu, apabila PAS bertindak dengan langkah sama seperti parti Refah di Turki dulu, maka sudah sewajarnya sebuah parti Islam lain ditubuhkan supaya perjuangan Islam sebenar itu dapat dimanifestasikan dalam bentuknya yang sebenar dan syumul.

GB tertarik dengan sebuah catatan di lama sosial menerangkan kemunafikan golongan dalam PAS:



Jadi sesuai dengan gelaran yang diberikan terhadap golongan profesyenal yang disingkirkan dari PAS dengan gelaran ERDOGAN, maka sewajarnyalah langkah Erdogan menubuhkan parti baru di Turki dituruti jejak langkahnya demi kesinambungan perjuangan Islam dan biarkan PAS menjadi REFAH yang semakin hilang di persada politik dan perjuangan Islam di Turki.