12 Feb 2010

Zahrain Jadi Ahli Parlimen Bebas

ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim pagi ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengisytiharkan dirinya sebagai anggota Bebas berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau kecewa dengan pemerintahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di samping tidak lagi percaya dengan perjuangan pakatan pembangkang.

Peletakan jawatan tersebut telah menepati ramalan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin semasa muncul dalam rancangan Soal Jawab terbitan TV3, Isnin lalu yang mana beliau meramalkan Zahrain akan meletakkan jawatan dalam PKR.

Pada sidang media khas itu, Zahrain turut memberitahu buat masa ini beliau tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Buat masa ini saya tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya akan bergerak secara Ahli Parlimen bebas.

"Saya juga tidak bertemu dengan mana-mana pihak untuk berbincang mengenai kemasukan saya dalam parti lain.

"Saya adalah orang yang bebas dan bersedia dengan reaksi yang bakal saya terima," katanya kepada pihak media di sini hari ini.

Menurutnya lagi, tindakan yang diambil adalah atas keputusannya sendiri dan tanpa berbincang dengan mana-mana pihak telebih dahulu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan segera, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau kecewa dengan keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak terkejut dengan tindakan yang dibuat oleh Zahrain.

"Ia dijangka dan ia akan membangkitkan lebih banyak persoalan mengenai keupayaan Pakatan Rakyat untuk mengendalikan sebuah gabungan dan memenangi keyakinan rakyat," katanya.

Pada sidang media yang sama, Zahrain berkata kerajaan negeri yang dipimpin Lim telah membelakangkan prinsip keadilan, hak asasi manusia dan keadilan semulajadi dalam usaha mengyingkirkan beliau sebagai Pengerusi Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP).

"Apa yang lebih mengejutkan adalah Lim telah bertindak mengarahkan butiran mesyuarat tersebut tidak direkodkan setelah penyingkiran tersebut diketahui umum.

"Inilah pemimpin yang kononnya ingin mahu menerapkan prinsip dan amalan CAT (Competency, Accountability dan Transparency) dalam pentadbiran beliau," katanya.

Katanya lagi, beliau bertambah kecewa apabila semua bantahan dan tegurannya kepada parti di pandang remeh.

"Saya telah melakukan apa yang terdaya dalam kemampuan saya untuk mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku di peringkat kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Sebaliknya mereka bertindak menyingkir dan meminggirkan saya dengan tujuan untuk menghapuskan segala suara teguran dan kritikan tanpa menghormati hak asasi kemanusiaan, hak membela diri dan prinsip-prinsip keadilan yang mereka laung-laungkan selama ini," ujarnya.

Beliau turut memberitahu, tidak mahu generasi akan datang melihat dirinya sebagai sebahagian gerembolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara, bangsa dan agama.

"Saya tidak mahu sejarah menghukum saya kerana tidak bertindak membela bangsa saya," katanya.

Namun beliau turut memberitahu, hubungannya dengan Anwar kekal baik dan hanya kecewa dengan kepimpinan parti itu.

"Saya sudah mengenali Anwar secara peribadi lebih 30 tahun, hubungan itu akan kekal cuma saya kecewa dengan kepimpinan," ujarnya.

Sebelum ini, Zahrain dengan lantang mengkritik keras kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta melabelkan Ketua Menteri itu sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis.

Beliau turut dilaporkan mendakwa Lim menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika beliau terus memerintah dengan gaya diktatornya.

Zahrain turut mengakui bahawa kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini jauh lebih baik dan telus jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan Lim.

Bagaimanapun, beliau memberitahu akan kekal mewakili kawasan parlimen Bayan Baru selagi diperlukan.

"Saya tidak akan mengkhianati janji saya kepada mereka walaupun telah meninggalkan PKR. Tugas sebagai wakil kawasan itu akan saya teruskan seperti biasa," jelasnya. -MSTAR

7 ulasan:

cucukerinci berkata...

Biarkan le katak ni pergi...boleh kawan dgn katak gemuk dari Pasir Mas...

cucukerinci berkata...

Biarkan le dia berambus.....dalam PKR mana nak dapat RM....lepas ni kaya le dia.....

Unknown berkata...

aku orang bayan baru, aku tau apa masalah dato zahrain, dia tak dapat projek spt zaman umno dulu, tu je sbbnya, pemimpin yang berotak umno memang patut takde dalam pakatan

Tanpa Nama berkata...

bagus kalau barua UMNO keluar sendiri, pakatan akan lebih kuat PRU13

FaridShah berkata...

bagus..bagus..
kurangkan beban dalam PKR.
saki-baki dan daki2 yg ada pun boleh pakat2 keluar segera. jangan menyemak dan buat orang semakin menyampah !

adios amigos,
pi berambus..!

Martoiriat berkata...

Jika Datuk Zahrain kata kepimpinan
UMNO-BN, lebeh baik dan telus kenapa beliau menyertai PKR? Begitulah perangai bekas ahli UMNO
yg pentingkan tender dan projek. Bila tak dapat tender dan projek,timbullah berbagai2 masaalah.

Rakyat tak perlu pemimpin yg seperti ini. Berjuang utk kepentingan diri. Tak ada prinsip.
Pemimpin2 yg seperti ini tak perlu bersama2 PKR. Biarlah beliau keluar dari PKR..

Tanpa Nama berkata...

Jenis keturunan katak puru melompat.
Sia-sia saja mengundi untuknya dalam PRU13, akhirnya hampakan pengundi2!.
Kalau mcm ni jahanam lah negara!
Lebih baik tak payah mengundi, buang masa dan duit saja - akhirnya cabut keluar....Bodoh punya katak puru!