12 Feb 2010

SUHAKAM Didesak Buka Fail Siasatan Ibu Tunggal Ditembak Polis

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) wajar membuka fail siasatan kes seorang ibu tunggal, Norizan Salleh yang ditembak polis pada 30 Oktober tahun lalu.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berkata, kes sedemikian banyak berlaku dan ia membahayakan orang awam berikutan melibatkan penggunaan senjata.

"Kita harap Suhakam membuat siasatan kerana PKR kesal polis memberi bermacam-macam alasan berhubung kejadian itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika bertemu Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam, pagi tadi. Hadir sama adalah Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam.

Ibu kepada anak berusia 11 tahun itu mengalami kecacatan kekal berikutan telapak tangan kanannya hancur, separuh paru-parunya terpaksa dibuang dan dua tulang rusuknya patah.

Mangsa yang terkena tembakan sebanyak lima das itu kini menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam kejadian itu, Norizan dikatakan menaiki kereta bersama seorang wanita dan dua lelaki, sebelum dihampiri peronda polis dan ditembak.

Subramaniam pula berkata, Suhakam banyak mengendalikan kes berkaitan pelakuan anggota pasukan keselamatan yang bercanggah dengan hak asasi manusia.

"Hampir 70% siasatan yang dibuat Suhakam membabitkan pelakuan polis," katanya. -TVS



2 ulasan:

Awanama berkata...

nak adil kenalah pakatan rakyat perintah malaysia

Awanama berkata...

Kalau kawan ni offer khidmat seks boleh jadi tragedi ni tak belaku. ciss!!