12 Feb 2010

Tiada Bukti Kukuh, SPRM Tutup Beberapa Kes Berprofail Tinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menutup siasatan lapan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan individu berprofil tinggi.

Mereka termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid, bekas speaker DUN Perak, V. Sivakumar, KEtua Menteri Melaka Ali Rustam dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.

Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) SPRM, Datuk Shukri Abdull.

Sebelum ini, Khalid didakwa menyeleweng pembelian lembu korban, manakala Ali Rustam didakwa terlibatk politik wang dalam pemilihan Umno lalu.

Sivakumar pula didakwa menyalahgunakan kuasa menggantung Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Exconya daripada menghadiri sidang Dewan.

Fairus pula disiasat membabitkan dakwaan beliau mempunyai kepentingan dalam meluluskan projek kuari.

Shukri berkata, penutupan siasatan itu bukan disebabkan tiada kes tetapi SPRM kekurangan bukti serta kurangnya saksi yang tampil.

Beliau berkata, SPRM akan membuka semula fail siasatan jika menemui bukti baru.

2 ulasan:

Awanama berkata...

bukti depan mata tak nampak, bukti yang tak nampak tapi nampak?

Kuda Perang berkata...

Sebenarnya nak selamatkan Ali Rustam semata-mata...!!!