12 Feb 2010

1Malaysia Tumbang Lagi, S/U Kerja UMNO Buat Ucapan Rasis Di London

Setiausaha kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh (gambar) dengan keras menafikan dakwaan seorang pelajar Malaysia bahawa beliau ada menggunakan kata-kata rasis pada majlis Kelab Umno di London beberapa hari lalu.

Rauf mengetuai delegasi ke London untuk menemui ahli-ahli parti dalam satu pertemuan tertutup awal minggu ini di mana seorang pelajar Malaysia, Ahmad Naim Mazlan mendakwa beliau memanggil bukan Melayu sebagai “bangsa asing” yang menginjak-injak orang Melayu di “Tanah Melayu”.

Dalam surat yang dihantar kepada The Malaysian Insider, pelajar jurusan kewangan dan perakaunan itu mendakwa ada mendengar Rauf sebagai berkata: “Jangan biarkan bangsa asing pijak kepala kita.”

Bagaimanapun Rauf menafikan membuat kenyataan sedemikian dengan menekankan ia merupakan sesi tertutup dan tiada pihak luar yang harus mendengar apa yang dibincangkan.

Ini adalah sesi tertutup... ia tidak benar kerana apa yang dikatakan ialah orang Melayu mesti kekalkan kuasa dalam usaha untuk memperoleh penghormatan daripada Cina dan kaum-kaum lain,” kata Rauf kepada The Malaysian Insider dalam temu bual melalui telefon.

Kata beliau, pertemuan itu merupakan majlis parti bagi Kelab Umno dan bukan forum publik dianjurkan oleh Jabatan Pelajar Malaysia.

“Saya merasakan pelajar berkenaan tersilap dengar, bahasa (Malaysia) dia tidak baik,” katanya.

Pelajar itu mendakwa dia mendengar Rauf dan “seorang Exco Pemuda Umno” turut mempertahankan kenyataan rasis dibuat oleh bekas pembantu khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar.

Nasir telah melepaskan jawatan itu pada hari yang sama dia didakwa mengeluarkan kenyataan berkenaan pada majlis Rapat 1 Malaysia di Melaka awal bulan ini.

Saya tidak menyokong Nasir Safar sama sekali. Saya hanya menyokong apa yang dia kata.

“Biar saya kata begini — ada forum yang sesuai untuk bercakap mengenai kepentingan orang Melayu dan apa yang Nasir Safar kata tidak betul, bercakap mengenai itu di tempat awam,” katanya.

Rauf menambah Umno merupakan sebuah parti orang Melayu dan oleh itu menjadi amalan diterima baginya untuk bercakap mengenai “kepentingan orang Melayu”. -MI

Ulasan GB

Tembelang busuk UMNO semakin pecah. Jika Nasir Safar telah diarahkan meletakkan jawtannya ekoran ucpannya yang rasis. kini Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh mempamirkan wajah-wajah UMNO yang sebenar: bahawa mereka adalah kelompok manusia rasis yang kerisnya melintang di dalam hati sekalipun di luarnya memakai pakaian 1Malaysia.

Beliau lantas menafikan, tetapi menyatakan itu pertemuan tertutup. Bererti, kononnya di dalam pertemuan tertutup boleh cakap apa saja? Boleh maki apa saja? Boleh belasah apa saja?

Paling aneh pengakuannya sendiri:

Saya tidak menyokong Nasir Safar sama sekali. Saya hanya menyokong apa yang dia kata.

Apa yang Nasir cakap? Nasir kata orang India datang sini sebagai peminta sedekah, orang Cina datang jual body.

Jadi apa yang Nasir kata itulah yang disokong oleh Rauf.

Jika tindakan ke atas Nasir juga sepatutnya dikenakan ke atas Rauf Jusoh. Amacam Datuk Seri Perdana Menteri?

Jika tidak percayalah, slogan 1Malaysia jelas satu slogan retorika semata-mata dan akan pasti tersungkur buat selama-lamanya.

3 ulasan:

Awanama berkata...

malulah kita org Melayu sendiri yang tak sedar akan status kita di bumi sendiri. Sepatutnya kita sama-sama bersatu demi menjaga maruah Melayu ni tidak, asyik nak hentam jer melayu dengan melayu.

Awanama berkata...

dah kalau orang tu cakap tak serupa bikin, nak defend apa lak?

Awanama berkata...

patutnya orang Melayu pertahan orang Melayu sendiri..ni tak, dijadikan bahan ketawa, cerita dibesarkan..orang lain yang dapat duit.