12 Feb 2010

Muhyiddinlah Yang Bercakap Melalui Hidung

PERC: Muhyiddin Nafi Ketika Rakyat Akui

Majoriti rakyat Malaysia mengetahui Laporan Firma Perunding Risiko Politik dan Ekonomi (PERC) berpangkalan di Hong Kong yang melabel Malaysia sebagai negara yang semakin tidak stabil, memang menggambarkan suasana sebenar negara ini.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Boon Chye menyifatkan penyangkalan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai tindakan mengarut kerana laporan itu jelas berasas.

Beliau berkata, rakyat umumnya mengetahui masalah berkaitan integriti institusi kehakiman, kemelut isu kalimah Allah dan kehilangan enjin pesawat yang disentuh dalam Laporan PERC.

"Ramai rakyat peringkat bawahan tahu ada masalah besar. Dari segi BN lawan rasuah, sistem kehakiman dan krisis ekonomi. Memang rakyat tidak yakin BN berupaya melawan masalah," katanya kepada TV Selangor.

Ahli Parlimen Gopeng itu, bagaimanapun kesal kerana semua pemimpin Umno termasuk Muhyiddin hanyut dalam sindrom penafian dan enggan mengakui masalah, apatah lagi memperbetulkannya.

"Ini tidak membantu memulihkan keyakinan pelabur asing. Kalau pimpinan utama BN masih tidak mengakui ada masalah, ini adalah masalah," katanya.

Muhyiddin dalam kenyataannya hari ini, menyangkal Laporan PERC yang dianggapnya mengarut, bahkan menggambarkan kandungan laporan itu sebagai 'bercakap melalui hidung'.

Laporan PERC yang dikeluarkan akhir Januari lalu memberi gambaran situasi di Malaysia semakin tidak stabil, dengan antaranya merujuk kes konspirasi kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu serangan gereja dan masjid serta kecurian enjin pesawat.

Laporan itu juga menyatakan ia berpunca dari gelagat segelintir elit yang menguasai pentadbiran hingga menjejaskan minat pelabur dan tidak negara selain Malaysia yang terjejas lebih teruk. -TVS


Muhyiddin: PERC "bercakap melalui hidung"

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perunding Politik dan Risiko Ekonomi yang beribu pejabat di Hong Kong "bercakap dengan tidak berasas" apabila mereka menggambarkan Malaysia ke arah keadaan yang tidak stabil.

Beliau berkata semua laporan PERC memang ada motif tertentu dengan niat tidak mahu membantu.

"Kita tidak minta mereka bantu kita. Kita bantu diri kita dan kita tidak perlukan komen mereka kerana saya fikir ramai orang lagi tahu dan menilai diri kita sangat objektif. Kita bukan berdasarkan emosi tetapi fakta dan realiti.

"Pada hakikatnya bahawa rakyat Malaysia gembira dan tidak menghadapi sebarang bencana besar atau mengalami kegelisahan kaum di negara ini atau berperang sesama sendiri.

“Jadi, apa yang mereka cakap? Saya fikir mereka mesti "bercakap dengan tidak berasas," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kakitangan Kumpulan Felda di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin juga berkata bahawa laporan PERC itu tidak masuk akal yang dilaporkan oleh mereka yang tidak tahu mengenai negara ini.

"Saya tidak fikir kita perlu bertindak terhadap semua laporan tidak masuk akal itu yang dilaporkan oleh mereka yang tidak tahu mengenai negara ini. Mungkin mereka berada di suatu tempat pedalaman Hong Kong.

"Mereka hendaklah datang ke sini dan kita gembira untuk membawa mereka dan melihat apa itu kestabilan, apa itu keselamatan, apa itu perang, apa itu kegelisahan," kata beliau.

Dalam laporan itu, PERC memberikan contoh beberapa perkembangan di Malaysia, termasuk kehilangan enjin jet tentera, penahanan suspek pengganas dari beberapa negara Afrika dan Timur Tengah, percubaan membakar gereja dan surau serta perbicaraan liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan.

- Bernama




Ulasan GB

An adage says, what goes around turns around. You get back what you gave.

3 ulasan:

Awanama berkata...

pemerintahan satu malaysia perkauman sempit

Awanama berkata...

Sejarah mamat ni kena tarik ke pusat lepas jadi MB Johor dulu tu tak ada ke?

Awanama berkata...

Rakyat percayakah mamat ni boleh jadi pemimpin nanti. Rasa-rasanya peluang dia nak duduk di kerusi orang no 1 tu melalui jalan sukar kot!!