12 Feb 2010

Tulang Besi Buat Aduan Rasmi 3 Pemimpin PAS

Blogger yang seringkali mengkritik tindakan pemimpin PAS menyokong idea kerajaan perpaduan Umno-BN, hari ini membuat aduan rasmi membabitkan tiga pemimpin kanan parti itu, mendakwa wujudnya salah laku menjejaskan nama komponen Pakatan Rakyat itu.

Turut disenaraikan dalam aduan yang dibuat pagi ini ialah keseluruhan anggota Majlis Syura PAS yang menyokong usaha meneruskan dialog kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum ke-12.

Tiga pemimpin yang dimaksudkan terdiri daripada Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang bulan lalu dikenakan tindakan amaran oleh jawatankuasa disiplin.

Aduan dibuat oleh pengendali blog malaysianwaves.com, Abdul Rahman Talib yang turut dikenali sebagai Tulang Besi.

Abdul Rahman, mendakwa dirinya sebagai ahli PAS membuat aduan sebaik sahaja kembali dari Indonesia awal pagi ini.

Idea dialog kerajaan perpaduan membabitkan PAS-Umno mendapat sokongan berbelah bahagi dalam parti itu.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan mereka yang menyokongnya menentang usaha sedemikian.

Nasharudin dan Hasan merupakan antara pemimpin dirujuk Nik Aziz agar ditukar dengan diadakan pemilihan khas menerusi Muktamar Agung Khas.

Muktamar khas tidak diadakan sebaliknya Hasan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin di mana keputusan diumumkan 29 Jan lalu.

Isu idea kerajaan perpaduan turut mendapat perhatian Muktamar Agung PAS 2008 dan 2009.

Beberapa pihak dalam dan di luar PAS selain Nasharudin turut menyokong idea berkenaan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi mereka berkali-kali telah menafikannya.

Akhir tahun lalu Abdul Rahman mencetuskan kejutan dengan mendedahkan rakaman yang didakwa pengakuan dan kenyataan menyokong idea kerajaan perpaduan.

“Pertama tujuan saya membuat aduan rasmi hari ini adalah satu tanggungjawab saya sebagai seorang pemuda Islam dan seorang ahli parti PAS,” kata beliau selepas membuat aduan rasmi.

Bersama bukti berupa rakaman, keratan akhbar dan saksi tuduh, beliau membuat beberapa pedakwaan salah laku disiplin ke atas Nasharudin dan Hasan berhubung inisiatif beliau mendedahkan rahsia amalan bai’ah PAS kepada blogger-blogger Umno.

“Saya juga membuat pendakwaan ke atas Timbalan Mursyidul Am PAS Dr. Harun Din kerana melanggar keputusan musyawarah Lajnah Politik PAS Pusat dengan menyertai pihak tertentu membantah penggunaan kalimah Allah di kalangan masyarakat bukan Islam.

“Saya juga membuat pendakwaan ke atas segelintir anggota Majlis Syura Ulama kerana meluluskan kertas kerja tulisan Dr. Harun Din sehingga membawa pada ‘perbincangan dalam gelap Umno-PAS’,” katanya.

Katanya beliau juga membuat pendakwaan ke atas Hasan kerana membuat beberapa kenyataan berunsur fitnah ke atas kerajaan Pakatan Rakyat, “yang saya anggap melanggar ketetapan Muktamar PAS di Ipoh dan Shah Alam sebelum ini.”

“Kesempatan ini juga, saya ingin menjelaskan bahawa tujuan saya mendedahkan segala fakta-fakta berkaitan mereka terbabit sebagai usaha untuk menentang kezaliman pihak-pihak tertentu dalam PAS sendiri,” katanya.

Abdul Rahman berkata beliau tampil membuat aduan rasmi juga bagi menyahut seruan Naib Presiden PAS merangkap pengerusi jawatankuasa disiplin Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dua hari lalu yang mahukan rungutan dan aduan dibuat menggunakan saluran rasmi.

Jawatankuasa pusat PAS akan bermesyuarat Ahad ini.

Aduan itu dikemukakan kepada setiausaha kerja PAS.

“Saya berharap segala aduan ini disiasat mengikut kaedah Islam, bukannya kaedah lazim yang digunakan oleh jawatankuasa disiplin PAS ke atas Datuk Hassan dan Khalid Samad (iaitu Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Ahli Parlimen Shah Alam) sebelum ini,” katanya.

Jawatankuasa disiplin PAS mengenakan hukuman menggantung semua jawatan selama enam bulan ke atas Khalid dan amaran kepada Hasan pula.

Penghakiman itu disifatkan sebagai berat sebelah, sehingga beberapa pihak dalam PAS sendiri ‘menyerang’ Tuan Ibrahim sebagai berlaku tidak adil.

Dalam laporan hari ini peguam PAS Hanipa Maidin memberitahu The Malaysian Insider bahawa jawatankuasa pusat PAS harus membuka semula kes siasatan membabitkan Hasan dan Khalid kerana hukuman mereka tidak adil dan tidak logik. -MalaysianInsider

5 ulasan:

sb dehlawi berkata...

Terima kasih atas inisiatif Tulang Besi. Aku harap JK disiplin Pas ambil berat laporan ini. Jgn ikut resmi lepas dimana org yg setia dengan PR dikenakan hukuman berat manakala Org yg rosakkan hubungan PR tak dikenakan hukuman. Aku harap mana2 blogger yg proPR desak PAs adakan EGM. GB bila lagi nak desak PAS adakan EGM sebagai mana saranan TGNA?

sb dehlawi berkata...

Terima kasih pd Tulang Besi kerana inisiatif buat laporan ini. Kawe harap JK Disiplin ambil berat laporan ini. Jgn jadi macam resmi yg lalu di mana org yg membela PR dihukum berat manakala org yg merosakkan PR tidak dihukum, malah amaran ja. Kepada blogger ProPR perhangatkan kembali EGM Pas. BG, bila lagi nak panaskan kembali EGM seperti saranan TGNA?

acah aje... berkata...

Rupa-rupanya di dalam PAS ni banyak juga Bapak2 syaitannya.

Tak sangka, org ramai menyokong Pas bukan nak tengok penyelewengan seperti ini.

Tahniah Tulang Bes, teruskan perjuangan kamu, kami golongan muda akan sentiasa berada dibelakagmu.....

Tanpa Nama berkata...

barua UMNO dalam PKR sudah keluar, barua UMNO dalam Pas bila lagi?

Samdol berkata...

Bravo Tulang Besi.....biaq mampus agen umno dalam PAS!!!!!