3 Apr 2011

Pelajar Yang Dipukul Guru Meninggal Dunia

Murid kena pukul meninggal, penyelia asrama ditahan

ALOR SETAR: Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis, sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada 8.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lalu.

Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.
Dalam kejadian 7 malam itu, seorang guru lelaki berumur 26 tahun dikatakan memukul murid terbabit selama hampir dua jam sehingga pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya, berkata suspek yang juga penyelia asrama sekolah berkenaan ditahan pada jam 10 malam tadi.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada jam 1.40 pagi kelmarin.

"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas itu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

Hazirah berkata, dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.

"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup.

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," katanya.

Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.

Saiful Sopfidee berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada jam 8 pagi kelmarin.

Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang kelmarin. - BERNAMA

Ulasan GB

Innalillahi wainna ilahi rajiun.

Selalunya apabila GB mengkritik kaum guru, ramai pihak melenting, konon GB tak tahu menghargai jasa guru dan sebagainya, sedangkan ramai guru-guru yang bersifat syaitaniah ada di sekolah-sekolah.

Dan kejadian di atas adalah bukti yang nyata.


48 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kamu yang diamanahkan untuk mendidik anak-anak yatim ni, tunggu saja lah masa penyesalan di atas perbuatan kamu.. AlFatihah kepada anak tersebut.... dan celaka lah kamu dengan nafsu dan keriakan kamu...

rozi berkata...

asslm..
takziah kepada keluarga murid yang malang.
Tuan penulis,jangan hina golongan guru,kalau difahami berita tersebut,murid ini berlajar di sekolah agama rakyat/sekolah pondok yang rata-ratanya guru yang mengajar adalah lepasan luar negara seperti mesir yang tidak ada pengetahuan tentang akta pendidikan. Guru-guru diarus perdana semuanya telah dilatih dengan baik oleh pensyarah yang berpengalaman dan mereka didedahkan dengan SOP dan SPI dari masa kesemasa..

Estana Eagle berkata...

sedih,anak yatim diperlaku sebegitu...

Tanpa Nama berkata...

saya turut bersimpati dan sedih ...guru tak wajar bertindak melulu, berpada pada lah...ini akan mencemarkan imej sek agama rakyat..mungkin gaji yg rendah dan bebanan sebg penyelia asrama dgn 1001 kerenah pel..di tambah umur guru yg muda..tetapi terlalu berlembut juga pel akan pijak kepala guru...sesal kemudian tiada gunanya..al fatihah

mohd faizal kamil berkata...

sistem pendidikan gagal ...tpm sila jawab

Tanpa Nama berkata...

guru sekarang dha banyak lemak sebab terlalu dimanjakan.

tak seperti guru-guru dahulu, tanpa gaji tanpa elaun tanpa cuti. itu guru sejati. balasan mereka di akhirat menanti.

guru sekarang? bukan lagi guru sejati, tetapi guru bergaji, tak der lagi bahagiannya di akhirat nanti.

Tanpa Nama berkata...

Rozi,

Benar guru tersebut tidak faham akta pendidikan, dan mungkin lepasan dari Mesir yang tidak faham selok-belok di Malaysia. Tetapi adakah membunuh anak yatim itu diajar di Mesir? Adakah dia berugama Islam jika dia tidak tahu tanggungajawabnya sebagai orang Islam yang bertanggungjawab terhadap anak yatim dan sebagai guru terhadap anak muridnya? Semoga guru tersebut dan yang seumpamanya dilaknati Allah dan mendapat balasan didunia dan diakhirat.

Beliau bukan guru tetapi syaitan yang bertopeng manusia dan berada di sekolah agama.

Tanpa Nama berkata...

Takziah.

Mazlan Isa berkata...

Tolong lah beri hukuman yg paling berat untuk guru ini kerana dia contoh yang tak baik. Guru sebagai contoh minta diberikan hukuman gantung sampai mati. tak tahu bersabar dan bertimbang rasa jangan slahkan budak tu dia masih berumur tujuh tahun perlukan bimbingan bukan hukuman. Saya bapa 11 orang anak juga risau anak saya kat asrama-asrama ni.

puakPas berkata...

aku turut sempati ke atas Allahyarham, namun ini semua adalah tragedi yang terpaksa diterima sebagai takdir.
Tuduhan yang dilemparkan dengan pelbagai tuduhan terhadap guru adalah satu tuduhan berasaskan pencemaran akhlak dan takabbur.
Setiap salah laku mesti diambil tindakan, namun kadang-kadang salah laku tidak berlaku, namun kesannya terlalu menyayatkan hati.
Situasi guru sama seperti seorang doktor, penuh risiko dan terdedah kepada pelbagai kemungkinan. Kalau lalai mengambil tidakan, manusia tidak mungkin terdidik. Kalau mengambil tindakan kemungkinan adalah tinggi.
Kalau dirujuk kepada kes ini, mustahil guru yang terlibat sengaja bertindak untuk membunuh muridnya, kerana pelajar 7 tahun bukan ada kepentingan jika nyawanya dicabut. Namun tidakkan yang dilakukan berkemungkinan keterlaluan, atau tidak disengajakan.
Dalam perundangan Islam, terdapat fuqaha yang menyatakan bahawa seorang bapa tidak disabitkan hukum bunuh jika bapa tersebut membunuh anaknya, ini disebabkan wujud keraguan niat membunuh (shubhat) iaitu pukulan ke atas anaknya mungkin untuk mengajar.
Walaupun pendapat ini perlu dihurai atau diperjelaskan lagi, namun kemungkinan akan berlaku tindakan yang tidak disengajakan tetap ada ketika proses pendidikan berlaku.
Jangan mudah menuding jari kepada guru, kerana kalau guru tidak mengajar kamu, nescaya kamu bukan berada disini.

mahyuddin berkata...

Innalillahi wainna ilahi rajiun.

Guru dari Sekolah Agama sepatutnya mempunya moral yang tinggi sebab ia adalah sekolah agama yang mendidik anak-anak kejalan Allah swt.

Oleh yang demikian, guru ini mestilah menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya iaitu dibawah Panel Code 302.

Tanpa Nama berkata...

"Sekolah Agama Rakyat di Jejawi" - sekolah agama kawalan siapa? parti mana?

parti umno!

Tanpa Nama berkata...

Sebab itulah saya mengesyorkan supaya guru2 tak perlu jaga disiplin budak. Cukuplah buat kerja hakiki anda iaitu mengajar jadi pandai. Kalau budak nak jadi syaitan biarkanlah. Nak jadi iblis, biarkanlah. Mereka ada ibu dan bapak untuk membentuk disiplin, tingkahlaku dan agama anak masing-masing. Bukankah tugas ibu dan bapak mendidik maruah anak dan bukan hanya tahu mencucuk dan merasa sedap berjimak?

Jadi, tak perlulah berpening kepala sangat memikirkan budak2 nakal nih. Biarkan saja sebab mereka masih kecil, besar besok pandailah berubah sendiri. Jadi tak perlulah kita buat emak bapak marah sebab hukum anak2 mereka bila nakal. Bila emak bapak marah sebab tak jaga disiplin anak2 mereka, cikgu buat bodoh dan pekakkan telinga sudah la. Buat apa susah2 sampai nak turun naik mahkamah. Salah2 pukul nanti, mati pulak anak orang. Kita jugak yang susah. Jadi sebaiknya, ambillah jalan paling mudah, ikut suka merekalah nak buat apa. Buat maam cikgu dulu, tak adapun ambik kesah pasal budak nakal. Tengah hari balik boleh buat kebun. Sekarang kaya raya.

Lagipun budak2 sekarang kan perangai baik2. Ikut perangai ibu bapak. Maklumlah ibu bapak dah pandai belaka. Salah cakap kang, cikgu kena saman. Salah cubit kang masuk mahkamah. Jadi buatlah yang senang; buat kerja hakiki. Yang bukan hakiki tu kita letak tepi. Kita pun masa kursus dulu pun bukan diajar cara nak disiplinkan budak. Kita diajar cara nak ajar matematik sains.

Emak baqpak sekarang yang penting anak dapat A banyak. Perangai macam setan belakang kira. Jadi tugas kita mengajar supaya murid dapat A banyak. Tugas jaga perangai budak2 tu kita serah kat mak bapak budak tu. Biar dia tau susah ke senang. Biar dia tau anak diaorang tu sebenarnya macam setan masa kat sekolah.

Dah la buat apa nak fikir berat2. Esok bangun pagi, pergi sekolah, ngajar budak jadi pandai. Dapat A. Lain2 tu tolak tepi. Jangan jadi bodoh nak buat macam2, jaga itu, jaga ini. Kang kena saman, naik mahkamah...menyesal tak sudah2.

Yang cikgu lurus bendul nak ajar budak sampai jadi bunuh budak tu apa hal? Sapa susah? Apa dapat? Salah hemat kena tali gantung!

Greenboc, kalau berani siarkanlah...

Kalau tak ada cikgu, mampoos kau pun tak tau nak mengeja!! Apatah lagi nak berblog.

Tanpa Nama berkata...

Kepada cikgu2

Tak payalah nak fikir perangai murid nak jadi manusia atau syaitan.

Tugas kita mengajar supaya anak2 emak tu dapat straight A's. Dapat A, tak bisinglah emak bapak.

Buat apa nak fikir sangat budak jahat. nasib tak baik cikgu pulak kena saman. Nasib tak baik lagi, kena tali gantung.

Kalau jadi setan pun, bukan anak kita. Jadi kenapa nak lebih2 pulak? Naik mahkamah nanti, bukan mak bapak nak bantu, mengutuk adalah! Kena gantung kang, bukan bapak budak ni boleh tolong, emak bapak cikgu jugak yang menangis tak berlagu.

Dahlah, masyarakat bukan tahupun selain mengutuk dan menghina para guru. Sebab, yang kerja mengutuk guru ni, pandai pun sebab belajar daripada pokok pisang.

Itu kalau cikgu2 nak dengar lah...

Tanpa Nama berkata...

Anonymous 11:23 tulis

"Dahlah, masyarakat bukan tahupun selain mengutuk dan menghina para guru. Sebab, yang kerja mengutuk guru ni, pandai pun sebab belajar daripada pokok pisang."

Apasal bodoh sangat?
Dah tanggungjawab guru untuk mengajar/mendidik, perlulah laksanakan dengan baik.

Tidak ada kelebihan setiap hamba Allah disisiNya kecuali yang taqwa. Ada faham? Baik cikgu, askar, polis, menteri, tukang sampah atau lain-lain. sama. Ada amanah, tugas dan tanggungjawab yg perlu dilaksanakan mengikut disiplin masing2. Kalau perangai syaitan tak kira apa pun profesyen dia perlu ditegur dan perlu dihukum jika bersalah.

Awak mungkin akan mengutuk guru jugak jika anak awak yang mati itu!

Mail tukang kasut Alor Setar berkata...

Saya simpati kepada keluarga angkat dan bapa simati.

Nak tanya...
Kenapa dah setahun tak jumpa anak? Sibuk sangat kerja agaknya? Lagipun Langkawi dengan perlis tu jauh sangat ke?

Tak apalah. Dah takdir Allah. Tapi kalau ditakdirkan ada anak lagi nanti, selalu-selalulah menjenguk dan bertanya masalah anak. Jangan dah jadi mayat baru nak jumpa. Sesal seumur hidup.

Takziah kepada keluarga angkat dan bapa simati. Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin

Tanpa Nama berkata...

Betul.
Tapi jangan main bantai "cikgu sekarang" dah tak boleh pakai. Banyak lagi cikgu yang jalankan tugas dengan baik, amanah, jujur. Tapi dek pandangan ramai yang main bantai sekaligus, ni yang buat cikgu2 rasa bengang macam di atas tuh. Cikgu yang tak semanggah tu pun bukan berapa ekor sangat, tapi bila kita kutuk main borong aje, tak adillah!!

Itu yang depa rasa sayu hati. Sebab kebanyakan mak bapak ni cuma tau cari kesalahan cikgu (termasuklah aku). Anak pandai, dikatakan anaknyalah yang cerdik. Anak bodoh, dikatakan cikgu tak pandai ajar. Anak baik, dikatakan emak bapak pandai didik, anak macam setan dikatakan cikgu tak pandai disiplinkan murid. Bukan nak mintak guru disanjung, cuma tak nak guru dipijak-pijak kepala, dihina-hina, ditendang terajang (sebab aku pandai tulis baca pun cikgu ajar, macam cikgu di atas kata; bukan pokok pisang ajar)


Sebab kita emak bapak, masyarakat keliling, tak belajar menjadi adil. memberi pandangan mengikut kepala lutut.

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua guru:

Tugas hakiki cikgu ialah mengajar mengikut jadual yang ditetapkan.

Tugas lain adalah tugas sampingan.

Jangan lebihkan tugas sampingan melebihi tugas hakiki.

Sila rujuk MTUC untuk maklumat lanjut.

Tanpa Nama berkata...

Simpati sungguh dengan nasib guru tersebut. Malang sekali beliau terpaksa menghadapi situasi ini seorang diri. Siapakah yang akan membantu beliau??

Tujuan asal beliau amat baik iaitu ingin mendidik pelajarnya. Tapi kerana amarah keterlaluan, dia menjadi seorang ........

Untuk guru yang lain, sentiasalah mengambil pengajaran. Jangan berlebih2 dalam tindakan. Lakukanlah yang boleh, hindarilah sesuatu jika anda fikir kesannya bakal menyukarkan anda. Gunakanlah fikiran bukan mengejar jawatan. Kena selalu beringat, anda bukan berdepan dengan pelajar dan ibu bapa zaman 60-an. Biarkan mereka dan jangan beri peluang pada mereka untuk mengambil tindakan ke atas anda kerana kebodohan anda. Bertindak biar betul, smart, kerana anda punya keluarga dan harga diri.

Tanpa Nama berkata...

Cikgu tu memang bangang. Buat apa nak ambik tau sangat budak kecik tu sampai nak berikat2 tangan.

Patutnya biorkan aje. Tak yah nak pedulik. Biaq pi laaa. Awat beria-ia sangat?

La ni dah susah... apa hai?? Hang bukan datuk t ada orang nak cover.

Tanpa Nama berkata...

anon 11:43

tak der orang akan kutuk cikgu akalu cikgu tu laksanakan tugasnya dengan betul.

guru yg tak betul bukan saja perlu dikutuk malah dihukum.

kalau tak masakan ada pepatah
"kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari!"

Tanpa Nama berkata...

"kalau guru kencing berdiri, murid kencing berdiri"

rasanya lebih sesuai pepatah itu ditukar atau ditulis menjadi "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi" atau "bagaimana acuan, begitulah kuihnya" atau mungkin juga "takkan ketam nak mengajar anaknya berjalan betul" ; supaya ibu bapa juga tahu peranan mereka mendidik disiplin anak-anak dan tidak melepaskan beban tersebut sepenuhnya kepada pihak sekolah.

Tanpa Nama berkata...

Cara yang paling selamat jika budak nakal dan susah ditegur:

i. bagi amaran 3 kali walaupun kesalahan kecil dan failkan.

ii. panggil emak bapak buat akujanji.

ii. gantung sekolah.

iii. buang sekolah.

tak sampai sebulan, semua masalah cikgu boleh settle. Buat apa nak pening. Ikut sahaja prosedur. Tak payah nak pukul budak.

Tanpa Nama berkata...

Salam.

GB tidak boleh membuat kenyataan melulu terhadap golongan guru di sekolah hanya dengan berlandaskan kes ini. Kes ini berlaku di Sekolah Agama Rakyat tidak sama dengan guru di sekolah aliran perdana. Guru sekolah agama rakyat kebanyakkan daripada mereka tidak mendapat latihan sepenuhnya di Institiut Perguruan atau di Universiti tempatan, kadang kala main ambik saja mengajar jika ada kelayakan sijil agama. Sepatutnya guru di sekolah agama ini lebih bijak dan tidak mengikut perasaan kerana mereka mempunyai latar belakang agama yang lebih baik daripada kebanyakkan guru di sekolah aliran perdana.

Janganlah hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Tanpa Nama berkata...

Anon 12:01....

Ini pandangan sinis dari seorang guru di Malaysia tentang ulasan orang ramai mengenai kejadian seorang murid dihukum hingga maut.

"JOMLA..KITA KUTUK CIKGU KITA SEMUA
SEBAB KAWAN CIKGU KITA DAH MENYEBABKAN SEORANG KANAK-KANAK MENINGGAL DUNIA. CIKGU SEKARANG MEMANG TAK GUNA TAK MACAM CIKGU DULU"

Itu yang sedang mereka rasa sekarang. Anda faham kenapa? Sebab anda menggunakan frasa "semua guru/ cikgu sekarang/ cikgu kini tak macam dulu"

Cubalah belajar untuk faham hati dan naluri sebenar seorang guru. Janganlah kerana lembu seekor, semua terpalit. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga! Jangan kerana yang berdosa seorang, semua dikira berdosa!

Sepatutnya yang kita kutuk, yang kita benci ialah guru yang terbabit, bukan buat kenyataan umum seolah2 semua guru berperangai macam tu.

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik aku bukan cikgu
kalu aku cikgu,

aku tak akan kencing berdiri tapi aku biorkan aje budak tu kencing berlari

tapi kalu kan bas stand kat malaysia nih, aku lebih selesa kencing berdiri. Loya aku nak kencing sambil duduk!

Tanpa Nama berkata...

Aku tak setuju anon 12:01

Elehhhhh

Gaji cikgu pun bukan besor sangat
ciput aje
besor lagi gaji manajer estet
apa hal nak pukul2 anak orang


Malam dah nih
aku tidur dulu
esok macam malas nak sekolah pulak
tapi malu pulak kat cikgu2
aku ni guru besor

Tanpa Nama berkata...

ramai guru-guru yang bersifat syaitaniah ada di sekolah-sekolah?

amboihhh... mudah sangat menuduh org begitu-begini, hakikatnya di sekolah skrang x macam dulu, dengan tambahan beban kerja dgn karenah anak muridnya yg jahat bkn lg nakal, menyebabkan guru kadang hilang akal. Cuba selami hakikat yg sebenar, selidik dulu apa sebabnya.. pokok takkan bergoyang jika tiada angin bertiup. Cuba dulu GB jadi guru, ajarla dlm setahun dua tahun di sekolah, tengok dan alami pengalaman... kadang mudah untuk kita bercakap... tetapi lg sukar untuk kita praktikkan

irsyad berkata...

bagi yg x kenal siapa GB, biar aku bgtahu, GB tu seorang guru.

aku salah sorang anak murid dia, aku rasa GB lebih tahu kedudukan sebenar guru skrg.

sebab skrg ni pun GB adalah guru kepada kaum guru di sebuah universiti utk kursus ijazah.

terpulang kpd GB nak luluskan tidak tulisan ini kerana ia mendedahkan GB sebenar.

Tanpa Nama berkata...

"Anonymous said...
Kepada cikgu2

Tak payalah nak fikir perangai murid nak jadi manusia atau syaitan.

Tugas kita mengajar supaya anak2 emak tu dapat straight A's. Dapat A, tak bisinglah emak bapak.

Buat apa nak fikir sangat budak jahat. nasib tak baik cikgu pulak kena saman. Nasib tak baik lagi, kena tali gantung....
"

Walau apa pun kesalahannya, kanak-kanak itu masih 7 tahun. Orang dewasa telah pandai mengendali tekanan, tetapi kanak-kanak baru mahu belajar untuk hidup. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak itu adalah anak yatim yang telah kematian ibu.

Sebagai orang dewasa yang telah berumur 26 tahun, guru itu sepatutnya telah matang berfikir dan boleh mengendali emosi beliau.

Namun, tindakan mengikat tangan kanak-kanak itu ditingkap kemudian dihentak dan dipukul berkali-kali selama dua jam adalah suatu tindakan yang tidak berperikemanusian. Bayangkan saudara (bukan anak, tetapi saudara sendiri) diikat pada besi tingkap dan dipukul berkali-kali sehingga nyawa saudara berpisah dari badan. Adakah itu tindakan seorang manusia atau tindakan seekor binatang? Mungkin binatang pun tidak akan berbuat demikian.

Jadi, janganlah mempertahankan tindakan kebinatangan sedemikian atas alasan beliau seorang guru. Adakah menjadi guru memberi beliau lesen untuk membunuh seseorang dengan kejam sekali?

Tanpa Nama berkata...

Ilmu tanpa akal = gila!!

Tanpa Nama berkata...

setahun bapaknya tak jumpa arwah, lama sangat tu, kalu bercinta pun rindu, inikan rindu seorang anak. umur 7 tahun tak patut duduk asrama, masih perlu belaian teguran dan bimbingan dirumah. budak2 ni ada 'ada cara' tersendiri untuk menunjukkan ketidakpuasan hati dan attention seeking sebab nak bersuara pun adakah yang nak mendengarnya.

Tanpa Nama berkata...

saya seorang guru.. saya rasa kita perlu melihat dari 2 sudut - sebagai seorang guru dan orang yg menghakimi/ibubapa.. mmg tak dinafikan, pelajar dan ibubapa kini tak sama dgn zaman kita dulu.. kalau dulu, bila cg marah atau pukul disekolah, mak ayah tahu, diaorg akan tambah lagi bila sampai balik rumah (trend di kg2 mcm ni lah)n kita masih tahu menghormati cikgu kita. benda2 ni jarang berlaku sekarang.. kalau setakat parents maki2 n tunjuk muka kita sbb kita rampas mobile anak2 itu kira pandangan biasa disekolah. itu belum lagi budak2 yg maki2 buat kita mcm tukang sapu kat rumah diaorg. belum ditambah lagi beban tugas2 yang lain justeru tak hairan bila ramai cg yg sakit jiwa.. membiarkan anak2 dgn kenakalan n kejahatan, bukan jalan terbaik. InsyaAllah banyak cara nak handle benda2 ni. sebelum kita melakukan tindakan, cuba tanya diri kita,adakah kita marah kerana kita marah atau kita marah kerana kita mahu mengajar.. mengapa? kerana tindakan atas niat yang berbeza akan mendatangkan kesan yang berlainan. apa yang salah tetap salah.. kita kena rasional. takkan sbb dia guru, kita nak menafikan kesalahannya..
wallahualam

-just my 1 cent-

din cikgu baling berkata...

Nak hentam orang memang sodap ! Takat la ni belum ada guru sekolah kerajaan Malaysia yang belasah murid sampai mati, tak ada. Hayun lebih kurang tu biasa la.... Jangan kata semua guru tu sama, malas, jahat, syaitan....Yang suka hayun tak ramai tetapi yang benar-benar GURU masih ramai, tak percaya tanya saya... saya ni guru ! Mak bapak zaman la ni ramai yang masuk sebelah anak ! Mana anak tak naik tocang ?
Saya nak tanya berapa ramai ibu bapa benar-benar mendidik anak semasa di bawah kawalan mereka ?

Tanpa Nama berkata...

din cikgu baling, kalau x mampu jadi guru, gi cari kerja lain.

Tanpa Nama berkata...

Apapun budak tu dah meninggal dunia... banyak-banyak mengutuk jadi dosa pula. Pada yang terlibat samada bapa atau guru berkenaan..bermuhasabahlah... masa masih ada untuk bertaubat. Pernah disebut di dalam hadis membunuh 100 jiwa... Allah ampunkan dosanya dan dimasukkan ke syurga setelah sipembunuh tersebut membetulkan niat dan hala hidupnya. Mudahan2an guru tersebut insaf dan sedar. Apapun ujian Allah amat berat ke atasnya.

azhar71 berkata...

Saya sebagai seorang guru rasa amat sedih mendengarkan berita yang terjadi ini, seorang budak berumur tujuh tahun diperlakukan begini. Apa yang sya kesalkan adalah tuduhan yang dilemparkan oleh penulis yang mengatakan gurun seorang yang kejam, cuba selidik dulu guru yang bagaimanakah ia, adakah ia seoarang guru yang terlatih atau adakah ia seorang yang bukan guru sebenarnya, saya rasa tidaka ada seorang guru yang sebetulnya guru yang akan melakukan perkara sedemikian. jangan hanya ia mengajar dan berbuat sedemikina semua guru disalahkan

Unknown berkata...

azhar71,

hebat sgtkah ada kalau dah ada sijil, diploma atau ijazah perguruan sampai nak merendahkan guru yg x ada sijil?

Sijil hanyalah penilaian kognitif. Syaitan dalam badan tak mengenal sijil. Malah lagi tinggi kedudukan guru, lagi tinggi syaitan yang akan tiba sebagai ujian. Anda nak mencuba?

Seperkara lagi dimana yang saya kata semua guru itu kejam?

Kalau anda seorang guru, baca betul2 tulisan saya, sebelum anda dikatakan guru yang tak tahu membaca tetapi cuba nak mengajar murid membaca!

cikgu din baling berkata...

Untuk Anon 0832 :

Saya cikgu din baling. Saya seorang pendidik yang berpegang kepada etika perguruan, kebanyakan guru macam saya. Hanya segelintir sahaja yang buat taik / tahi yang lain jangan ikut dipalit !
HIDUP CIKGU !

Laily Aziz berkata...

Saya sayang semua cikgu-cikgu saya.. Baik yang Islam atau yang bukan Islam.. Saya terhutang budi pada diorang. Memang kita tak patut mengutuk cikgu-cikgu.. Tetapi, bila membabitkan kematian, terutamanya isu kematian dipukul smacam ni, ni bukan masalah cikgu dah ni, ni masalah perikemanusiaan. Saya rasa, mesti individu ni (tak payah la panggil dia cikgu, dia umat Allah) mesti ada alasan dia sendiri. Tapi, apa pun alasan dia, saya tetap tak boleh terima. Saya rasa, wajar jugak individu ni di check air kencing dan darahnya untuk pastikan yang dia melakukan perkara tersebut dibawah pengaruh apa2 dadah. Sebab saya rasa, org yang tanpa pengaruh dadah atau apa2 benda yang berkaitan atau mengalami tekanan mental, takkan mampu membelasah budak 7 tahun sampai mati. Mungkin la ada, tapi dia belasah anak sendiri la kot, bukan anak org.. ntah2 ni jenis urine yang fail ni.. tak tau lah.. wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

salam semua..takziah utk kluarga si mati..buat AYAH si mati..fikir-fikirkan lah ke mana tanggungjawab anda selama ini..betoi ka Jitra ke Jawi jauh sgt..dak kut..xkan x ingat anak,dh jd mcm ni baru nk sedaq diri..pas 2 salahkan cikgu plak..hish,hish..
Buat USTAZ blh ka digelar ustaz kalu perangai mcm 2.??.dah kena rasuk setan gamaknya..x pasai2,golongan guru yg lain kena tempias..pikiaq dulu sblm buat..muda plak 2..kalu ank hg org buat mcm 2..lagu mn..tentu riuh 1 Malaysia mcm kes ni juga no..
Buat MASYARAKAT i luar sana jgn la dok tuding jari kata semua cikgu mcm 2..x aih..

Tanpa Nama berkata...

Salam takziah kepada keluarga tersebut...apa yang berlaku bukan sekadar untuk membuka ruang perdebatan. Malah sepatutnya masyarakat membuat penilaian dan lebih sedar dengan kepincangan dalam institusi keluarga, masalah moral, kesihatan dll. Allah bagi kita klu untuk lebih peka dgn keadan dunia hari ini. kejadian ini boleh berlaku bila2 dan sesiapa saja. cuma kali ini ditakdirkan siPolan itu yg melakukannya. Iktibar untuk semua. Kutuk mengutuk, menuding jari kpd org lain mmg sedap, tp ada tak jari tu nk menuding kepada diri sendiri? Tentu tidak. Hakikatnya manusia itu tetap lemah kerana Allah adalah Segalanya.Siapa pn siPolan dia tetap manusia biasa..insan yang lemah yang mampu digoyah.Tp jgn la kerana ada insan yang goyah semua sekali kn seranah. Samada wajar atau tidak, perkara telah berlaku, sepatutnya kita bermuhasabah. Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Kepada puakPas,

Adakah anda sahaja yang tahu mengenai hukum hakam dan arif tentang segala-galanya? Kanak-kanak tersebut baru berumur 7 tahun. Takkan nak disoalsiasat dan dipukul sampai mati. Anda tidak tahu menggunakan otak dan akal fikiran?

Kepada Anonymous April 3, 2011 11:15 PM,

Ini lagi sekor bangang. Walau apa pun kesalahannya, kanak-kanak itu baru berumur 7 tahun.

Pearl berkata...

@rozi (second commentar @3 April 8:39PM)

Are you telling the world that teachers educated from middle east are allowed to torture students to the extent they can kill the students?

Tell us, how many of the teachers now are really sincerely want to be a teacher and educator? Aren't most of them (I didn't say all) work as teachers because they are not employable elsewhere?

Fine...even my statement above is wrong, you can figure that that is the impression the public has on the teachers nowadays...

Tanpa Nama berkata...

bila memilih guru mesti temuduga....siasat dan ikuti latihan sepatutnya.
tidak melambangkan tindakan guru sebenarnya. mungkin pekeliling kementerian pelajaran pun sekolah ni tak pernah tengok. kata kerajaan zalim pulak......
takkan sekadar minta maaf sahaja.
Kalau kakitangan kerajaan gitu....macam-macam suruhanjaya diraja dibuat....

Tanpa Nama berkata...

Salam...

nyawa seorang kanak-kanak telah diragut oleh seorang guru...itu HAKIKAT...

memang guru tersebut TIDAK BERNIAT untuk membunuh tetapi satu pembunuhan telah berlaku...itu HAKIKAT

memang bukan semua guru begitu...tapi lumrah alam - seekor kerbau berlumpur habis semua kerbau terpalit juga...tapi guru2 tak payah le melenting..

saya tak faham kenapa ada guru2 yg memberi komen di atas yg sgt emosi..mengajak rakan2 guru supaya mengajar sahaja tanpa perlu mendidik disiplin anak2 kerana itu tugas ibu bapa di rumah. Seolah2 dgn kejadian ini guru2 telah berputus asa mendidik anak bangsa??? Ikhlaskan guru2 sekalian?

kepada guru2 yg melenting tak pasal2 dalam komen2 di atas - cuba tanya balik diri sendiri - BAGAIMANA NAKAL SEORANG KANAK-KANAK BERUSIA 7 TAHUN SEHINGGA TERPAKSA BERDEPAN DENGAN HUKUMAN DIPUKUL SELAMA 2 JAM???? DENGAN TANGAN DIIKAT???? YA ALLAH...kalau ini bukan kezaliman, APA LAGI??? Kalau niat guru itu IKHLAS mahu mendidik, kenapa harus anak tersebut diikat??? dipukul??? ditendang??? dibaling ke dinding??? Apa DOSA kanak-kanak tersebut???

Adakah dengan melakukan semua penderaan tersebut anak itu akan menjadi baik?? Kenapa lepaskan amarah kepada anak kecil itu...???

Saya tak faham. Sifat zalim dan tidak berperikemanusiaan ini TIDAK ADA KENA MENGENA dengan sistem pendidikan yg diterima guru terbabit!! Dan saya juga tak paham kenapa ada GURU2 yang terasa hati bila masyarakat mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan guru terbabit...KENAPA???

Walau apa pun alasan yang diberi guru tersebut, NASI SUDAH MENJADI BUBUR. Anak tersebut telah tiada...NAMUN YG PASTI...ANAK TERSEBUT ADALAH PENGHUNI SYURGA...

Kepada guru terbabit...bertaubatlah..semoga taubat anda diterima...

Kepada kaum pendidik sekalian..IKHLAS lah dalam mendidik anak bangsa. Jangan putus asa mendidik mereka. Sesungguhnya Allah dan Rasulnya sangat sayangkan kanak-kanak...berbanggalah kerana anda semua terpilih untuk menjadi guru, pembimbing, pendidik anak-anak Malaysia ini..andalah yg mencorakkan mereka sebenarnya...siapa mereka di masa hadapan..

Wallahua'lam..

Tanpa Nama berkata...

soalan saya:
1. mengapa anak seumur 7 tahun ditempatkan di asrama? Bukankah kanak2 seumur ini ,asih memerlukn perhatian n ksh syg ibu bapa?
2. mengapa ayah pljr selama setahun tidak berjumpa dgn anaknya? (kerja? raya mcmana?)
3. adakah entry ini dikeluarkan setelah siasatan n perbicaraan dikeluarkan n guru agama tersebut telah diSABITKAN bersalah?
4. Adakah guru tersebut 'waras' dr segi mentalnya? Rasanya, guru yg waras tidak akn memukul kanak2 yg berumur 7 thn sebegitu teruk. (mohon siasat)plz get the explanation from both side. tq.
5. Adakah kanak-kanak ini sihat n tidak mempunyai sebarang penyakit?
6. Mudah2an guru2, dan masyarakat mengambil iktibar dr kes ini. Guru mengajar seikhlas hati namun bukan hak kita menghukum pelajar sehingga mndtgkn kecederaan. Sampaikanlah ilmu dgn ikhlas, terapkan nilai murni n didiklah dgn penuh kasih sayang.

Malang tidak berbau.

jasa ekspedisi berkata...

mampir nich dari jaksel...