21 Sep 2011

Isu Hantu Bonceng: Jangan Permainkan Kalimah Syahadat

Hina RASULULLAH: Zizan Mohon Maaf, Ahmad Idham Melenting

KUALA LUMPUR – Zizan Raja Lawak bertindak memohon maaf di atas ketelanjurannya mengucapkan dialog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam filem Hantu Bonceng yang dibintanginya.

Pengarah Filem berkenaan, Ahmad Idham pula sebaliknya masih mempertahankan bahawa dialog tersebut bukanlah satu kesalahan kerana filem itu katanya turut ditonton empat ulama sebelum ia disiarkan kepada umum.

Beliau bagaimanapun belum lagi menamakan siapa keempat-empat ulama itu.

Ahmad melalui Twitter juga marah dengan segelintir peminat yang katanya tidak beradab dalam memberikan teguran mengenai isu tersebut.

Sementara itu, pernyataan maaf Zizan kepada semua masyarakat Islam di negara ini juga dibuat melalui laman Twitter miliknya semalam.

“ Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap,” katanya.

Zizan menambah, tidak pernah terdetik pun difikirannya untuk menghina Rasulullah S.A.W.

Filem Hantu Bonceng yang sebelum ini mendapat pujian atas kejayaan mengumpul kutipan tiket mencecah RM8 juta dalam masa dua minggu ia ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Namun, ia mula dikritik banyak pihak apabila dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ia dapat dilihat pada bahagian di mana pelakon utamanya, Zizan Razak sedang menerima rawatan di hospital dan mula menjerit bila ditegur rakannya.

Dalam bahagian itu, pada salah satu dialognya, Zizan telah menambah istilah “asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Isu Hantu Bonceng: Lembaga Penapisan Anggap Tiada Isu Tapi Tak Jadi Masalah Untuk Teliti Semula

KOTA BAHARU: Lembaga Penapisan Filem tiada masalah untuk meneliti semula filem "Hantu Bonceng" yang didakwa oleh Dewan Pemuda PAS mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam dalam satu babak filem itu.

Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.

Beliau berkata, pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" .

"Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh.

"Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum menyebut perkataan syaitan selepas itu," katanya kepada Bernama.

Harakahdaily pada Selasa melaporkan, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah.

Nasrudin mendakwa, babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan".

Bagaimanapun, Raja Azhar tidak menolak kemungkinan filem yang ditonton oleh pihaknya mungkin berbeza sedikit daripada apa yang kini ditayangkan di pawagam.

"Justeru kita akan meneliti sekali lagi babak yang dimaksudkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS itu," katanya.

Filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal, Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan. -mstar


Ulasan GB

Isunya: pada salah satu dialognya, Zizan telah menambah istilah “asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Pertama, siapa dia empat ulamak yang menurut dakwaan Pengarah filem berkenaan sudu menonton filem berkenaan sebelum ditayangkan?

Ahmad Idham, pengarah filem tersebut PERLU mendedahkan siapa ulamak-ulamak tersebut. GB tidak fikir ada ulamak sekalipun ulamak UMNO yang tergamak untuk menyatakan dialog tersebut bukanlah satu kesalahan.

Kedua, kenyataan Pengerusi LPF melakukan pembelaan terhadap filem tersebut adalah keterlaluan. Katanya: "Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh."

Pembelaan itu satu penjelasan tentang "kejahilan" beliau kerana ternyata kalimah syahadat tidak boleh dipermainkan. Kalau ia bukan ayat yang penuh, maka disitulah kesilapan dan kesalahannya iaitu kalimat syahadat perlu diucapkan DENGAN PENUH. Kedua dipotong pula dengan menukarkan dengan ayat yang lain, sehingga membawa maksud yang lansung bertentangan dengan syahadat itu sendiri, ia lagi besar kesalahannya.

Dua kalimah syahadat tidak boleh dipermainkan di dalam keadaan apa sekalipun. Samada dilakukan sengaja atau tidak, berniat atau tidak. Kerana ia adalah satu persaksian. Ia adalah janji dan sumpah dengan Allah s..w.t. Ia boleh mengakibatkan gugurnya keislaman seseorang.

Semua yang terlibat perlu akur tentang kesilapan itu, samada sedar atau tidak sedar dan sewajarnya bertaubat. Bukan mempertahankan kesalahan.

Semalam GB bertanya, mampukah kamu-kamu menanggung dosa sekalian yang menonton filem kamu? Dosa sendiri pun kita tak terpikul inikan pula hendak memikul dosa orang lain yang diakibatkan oleh filem berkenaan.

Firmanullah:

الَّذِينَ اتَّخَذُواْ دِينَهُمْ لَهْواً وَلَعِباً وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فَالْيَوْمَ نَنسَاهُمْ كَمَا نَسُواْ لِقَاء يَوْمِهِمْ هَـذَا وَمَا كَانُواْ بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ

Orang yang menjadikan agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia. Maka pada hari (kiamat) ini Kami lupakan mereka sebagaimana mereka lupakan pertemuan mereka hari ini, dan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami. [Al-A'raf : 51]


16 ulasan:

Awanama berkata...

betapa bodonya mad idgham nie...nak menghalalkan juga filem dia tue walau pun telah diharamjadahkan dgn dialog zizan tue...ulamak mana tu habaq mai sat?? ulamak masyukkkk ka ularmakkkkkk???

1 Malaysia berkata...

Dulu AKU dok ingat Mamat Salleh Eropah sahaja yang dok mengina Nabi Muhammad saw. la ni dah mula ada "MELAYU" yang dok menghina Nabi Muhammad saw dan masih ada "MELAYU" yang dok pertahankan "MELAYU" yang berbuat sedemikian.
AKU harap lain kali kalaulah ada orang lain yang dok ajak orang "MELAYU" murtad, tak usahlah "MELAYU" ni dok melenting. Selalu depa ni yang dok melenting dulu dan depa juga yang dok berbuat sedemikian.
Apalah nak jadi dengan "MELAYU BARU" atau "UMNO BARU"? Tak teringin nak perbetulkannya kah? kah..........
Apa hebatnya 8 juta dengan syurga Allah swt? Adakah berbaloi 8 juta dengan neraka Allah swt?

Awanama berkata...

Apalah sangat mengaku ajelah kesalahan tu , dan bertaubatlah . Untung dah untung dah, dah pun pecahkan rekod kutipan julan tiket. Perkara dah 'terlepas pandang' , lepas ni kena ingat akidah dan agama tidak sekali2 boleh dipermainkan dan terimalah pandangan umum. Tak paham tanya kepada yang paham , ingat , kita hidup ni bukan setakat kat dunia aje, diakhirat adalah matlamat kita bersama. Mana lebih utama cari nak untung didunia dengan rosak akidah atau untung diakirat dengan mendapat keredhaan ALLAH.

zairil berkata...

Nasihat untuk Mat Idham;

Ek eleh lu mat. Dah kaya besar kepala? Minta maaf pun susah. Tarik balik audio sound blank kan part yang masyarakat tak senang tu...susah sangat ker?

Awan Network berkata...

aku rasa bukan Islam pandai g..jangan tunjuk jahil sangat

Terhangat Sekarang :
[Klik Sini]Jana Pendapatan Online PERCUMA [Dibayar Dalam USD]

Awanama berkata...

Antara perkara yang paling jahat dan hina yang dilakukan oleh umat Islam ialah menghina dan main2 terhadap agama sendiri. Agama bukan perkara yang boleh dibuat main2. Jangan la kita nak bela orang yang main2 terhadap agama..nanti kita pun akan jadi hina..tugas kita ialah bela agama kita,kalau bukan kita bela agama kita..siapa lagi?..Dalam kes Ahmad Idham ni,elok lah beliau memohon maaf dan mengaku kesilapan,mengaku saja la yang beliau jahil dalam hal Agama hingga tak perasan tentang dialog tersebut..beliau tak akan hina dengan memohon maaf dan mengaku kesilapan..bahkan orang akan respect lagi pada beliau..Jangan lah beliau masih nak menegakkan benang basah dengan bersandarkan hujah yang empat orang ulamak dah tapis filem beliau tu, sesungguhnya, ulamak yang membenarkan atau mengatakan skrip yang dilafaz oleh zizan tu sebagai betul..maka ulamak tersebut bukan ulamak..budak sekolah tadika yang tak tahu mengaji pun tahu skrip tu salah dan berdosa sebab ia melibatkan akidah..Ahmad Idham juga ada mengingatkan kita semua dengan menyertakan hadis dalam FB nya bermaksud "Allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci" mungkin sebagai hujah beliau untuk membenarkan lagi tindakan beliau, namun beliau lupa kaedah Usul Fiqh mengatakan "matlamat tidak membenar cara". Contohnya kita minum arak sebab nak berdakwah pada orang minum arak, kita tak boleh mengatakan kita minum arak tak berdosa sebab niat kita nak berdakwah..niat tu baik tapi minum arak tu tetap berdosa..dan dia dikira berdosa di sisi Allah walau pun niatnya itu baik..Ketahuilah..dosa tetap dosa,masalah niat hati baik dan suci tu bab lain. Ingatlah ..tak jadi Islam kita tanpa ucapan Syahadah..jadi..faham2 sendiri la bagi orang yang hina Syahadah dan orang yang mengatakan penghinaan terhadap Syahadah itu betul sebab diluluskan oleh empat orang "Ulamak".

Awanama berkata...

Ahmad idham ! Jangan sombong sangat bro! terima la kritikan .. muhasabah diri.Ingat2 la buat filem tu.. kalau berjaya lalaikan manusia,berjaya rosakkan akidah penonton diluar sana yang menonton filem saudara.bersediakah nak berdepan dgn Allah nanti?...

zamani berkata...

4 ulama yang tengok tu bukan ulama islam tapi ulama pulus.saluib

Awanama berkata...

mat idham selalu pandang remeh bab agama ni....pada dia remeh je...aku lama dah perati lama dah satu babak filem 'tentang bulan' budak pompuan heroin tu pakai tudung masa di sekolah....tgh jalan balik sekolah dah pakai dah...kan main2 tu..pakai masa di sekolah..penat la cikgu nak mendidik ...oopps sory mengajo je..pasai kementerian pun dah tuko nama kementerian pelajaran..ajar je le..

Awanama berkata...

Siapakah 4 ulamak tarbus tersebut?

Awanama berkata...

Ahmad Idham perlu dihantar kauseling agama.

Awanama berkata...

4 orang ulamak yg dimaksutkan pun patut dibawa kongseling.

Awanama berkata...

taubat sebelum terlambat.....akhir zaman.....

PAS for Arts berkata...

bagi yang memahami jalan cerita filem itu betul2, sebenarnya tiada masalah.. zizan sedang mengucap kalimah syahadah, kemudian sebelum sempat menghabiskannya, dia ternampak hantu lalu dia sebutlah syaitan.. ya, secara keseluruhannya filem itu ialah lagha, dan Ahmad Idham pon banyak mengarahkan filem/drama yang lagha, tapi kalau macam ni lah sikap pemuda PAS terhadap sesuatu isu, bagaimana nak mendekati golongan seni? Pemuda PAS seharusnya menegur dengan bahasa yang lebih lembut dan mendapat penjelasan daripada penerbit dahulu bukannya membuat tuduhan melulu bahawa dialog itu menghina Islam.. begitu juga dengan iklan sahur TV9, aku tak nampak pon apa yang dikatakan menghina Islam.. jawapan Ustaz Azhar Idrus tentang isu ni memang terbaik, Ustaz Nasruddin kena banyak belajar dari dia..

Awanama berkata...

Yang korang bising bising pasal hina islam ni apasal.korang da tengok ke filem cerita tu.kalau belum jangan dok tumpang buat dosa.tengok dulu baru bagi komen.Benda camni pun buat issue,carilah perkara yng penting dan dekat di hati rakyat.sampai bila lah mindset dan paradigma melayu nak berubah

Awanama berkata...

hei anon 12:14

mindset dan paradigma apa yang sebut ni?

asyik dengan cerita hantu, khurafat bagus ker tu untuk orng melayu?

minda kamu yang masih terkongkong dan terjajah dengan tahyul sedangkan orang semua sudah maju bergerak ke depan dengan ISLAM.