21 Sep 2011

Pendakwaan Mohd Sabu Dikecam Banyak Pihak, PR Anggap Niat Jahat

NGO, parti politik kecam Putrajaya dakwa Mat Sabu

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Sekumpulan 46 pertubuhan bukan kerajaan dan satu parti politik mempertikaikan tindakan pentadbiran membawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ke mahkamah pagi tadi berhubung kenyataannya menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan itu mendakwa pihaknya kecewa dengan pendakwaan ke atas Mohamad di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

“(Tindakan) mendakwa Mohamad Sabu ini bercanggah dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mempromosikan keterbukaan dan demokrasi ketika (perutusan) Hari Malaysia,” kata pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik terbabit dalam satu kenyataan hari ini.

Pertubuhan-pertubuhan itu juga menegaskan perkembangan terbaru hari ini menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan Najib, yang mengumumkan siri pembaharuan, sama ada beliau benar-benar ada kawalan penuh ke atas pasukan polis.

“Kami menggesa agar kerajaan dengan segera menggugurkan tuduhan bersifat politik ke atas Mohamad Sabu dan berhenti daripada menakut-nakutkan pihak yang mencabar kewibawaan fakta sejarah rasmi dan ideologi.

“Kami juga menggesa perdana menteri dan timbalan perdana menteri, daripada menggunakan jentera kerajaan untuk ‘menjenayahkan’ Mohamad Sabu, berhadapan dengan beliau dalam debat, menerusi TV berhubung isu Bukit Kepong,”
kata beliau lagi.

Kenyataan itu juga menambah, ahli-ahli politik, pegawai polis dan tentera yang sudah bersara selain Perkasa boleh berdebat dengan Mohamad ataupun mencabar pandangan di media atau forum-forum.

“Mereka harus menghormati hak Mohamad Sabu untuk memberikan pandangannya,” kata kenyataan itu sambil menambah, menggunakan kuasa kerajaan untuk melenyapkan suara-suara yang berbeza adalah tindakan pengecut.

“Ia menunjukkan pendirian tidak selamat dan tidak yakin untuk menghadapi debat sceara fakta dan alasan kukuh,” katanya lagi.

Pagi tadi, Mohamad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth kerana dituduh membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, 21 Ogos lalu.

Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah dan minta dibicara terhadap pertuduhan.

Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 21 Ogos di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam ) Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan alternatif, Mohamad didakwa telah memfitnah anggota-anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan membuat tohmahan dalam ucapan kepada orang ramai pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula dan 5 hingga 9 Disember sebagai tarikh perbicaraan kes. -TMI

Pendakwaan ‘terpilih’ Mat Sabu berniat jahat, kata Pakatan

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Pakatan Rakyat mendakwa Datuk Seri Najib Razak tidak mengotakan janji untuk meningkatkan tahap kebebasan awam apabila mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan itu sebagai “berniat jahat” dan merupakan pencabulan terhadap janji-janji pembaharuan yang diumumkan Najib minggu lalu.

“Kita juga prihatin apa yang berlaku di Mahkamah Sesyen Butterworth, keputusan kerajaan untuk mendakwa Mat Sabu bercanggah dengan apa yang diwar-warkan Najib sebelum ini.

“Kerajaan mengatakan mahu mansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) namun pendakwaan ke atas Mat Sabu adalah rakus dan berniat jahat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Pagi tadi, Mohamad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth kerana dituduh membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, 21 Ogos lalu.

Mohamad, 57, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah dan minta dibicara terhadap pertuduhan.

Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 21 Ogos di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam ) Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula dan 5 hingga 9 Disember sebagai tarikh perbicaraan kes.

Tambah Anwar, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS-PKR-DAP menentang gerakan komunis.

“Pendirian kita tentang komunis tidak berbangkit kerana kita menentang gerakan komunis militan.

“Kita membantah pendakwaan terpilih Mat Sabu,”
katanya. -TMI


Mat Sabu Mengaku Tidak Bersalah, Bakal Dibicara

BUTTERWORTH 21 SEPT : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau menyatakan demikian di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin di Mahkamah Seksyen Butterworth di sini sebentar tadi.

Ikmal menetapkan ikat jamin sejumlah RM 15 ribu dan tarikh sebutan kes ialah pada 27 Oktober hadapan dan perbicaraan akan dijalankan pada 5 hingga 9 Disember.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu kelihatan tenang tiba di mahkamah dan diiring ratusan penyokong yang tiba sejak jam 8 pagi di perkarangan mahkamah tersebut.

Ketika ditanya komen beliau, Mat Sabu menyatakan kesediaan beliau menghadapi kes tersebut.

"Kes ini berkenaan intrepertasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan menerusi dialog dan debat, bukan mahkamah.

"Namun, memandangkan (sudah) jadi kes mahkamah, kita akan hadapinya," kata beliau.




6 ulasan:

Shaff berkata...

Kerajaan jiban pengecut... x berani nak bersemuka berdebat ttng hal sejarah negara. Kes mat sabu lebih kpd kes sejarah bkn jenayah. Dr segi logiknya berberforum je... x payah smpai tangkap. Itu pun cuma pandangan dr mat sabu setelah beliau perolehi sumber2 tertentu bkn cakap kosong... Inilah UMNO yg hati mereka telah hitam, bernanah busuk menunggu saat kemusnahan..

Tanpa Nama berkata...

SUATU KISAH YANG BERLAKU DISEBUAH BELANTARA,LIHATLAH; BILAMANA MAHKAMAH RIMBA BERSIDANG DAN BERUK YANG MENJADI HAKIM,MANAKALA SERIGALA MENJADI PENDAKWANYA.......................

Tanpa Nama berkata...

malangnya hakim pun terbawa-bawa dengan cara anjing-anjing dan balaci umno. umno laknatullah mentadbir dengan kuasa bukan dengan undang-undang dan peraturan. seluruh rakyat malaysia yang cintakan demokrasi tulin sedang menanti-nantikan kehancuran umno/bn

Tanpa Nama berkata...

selagi dilandasan yg benar teruskan pjuangan... berani kerana benar... insyaAllah.. kbearan milik kita..

Tanpa Nama berkata...

Berita Mat Sabu dapat Front Page Headline dalam SUN.Hebat!!!
Muka Surat 2 akhbar yang sama(22hb Sept)Mahathir Kutty bersuara lagi,berkata amat penting rakyat memikirkan soal "keselamatan negara".Siapa Mamak Kutty ini yang nak cakap pasal "keselamatan negara" semasa jadi PM dulu arahkan Jabatan Pendaftaran keluarkan beribu Kad Pengenalan Biru untuk PATI diSabah?Hari ini jumlah PATI yang pegang MyKad melebihi penduduk asal Sabah.
"Keselamatan negara" - ada apa komen-komen yang dibuat oleh Mat Sabu dibandingkan dengan 2.5 juta PATI yang akan diwarganegarakan oleh Hishammuddin? PDRM dan KDN bijak cakap "keselamatan negara" tapi yang benar-benar mengancam keselamatan negara,depan hidung depa,buat tak tau aje.

Tanpa Nama berkata...

Kata-kata Anon 1:53 PM adalah jelas. Aku setuju. Kita kena sedar dan patut bertindak menyahkan UBN kerana merekalah yang melakukan 'kegiatan subversif' yang menjadikan negara ini dalam keadaan terancam. Para pemimpin Indon senyum je negok sebahagian 'rakyat' mereka telah merakyati dan bertebaran dalam negara ini. Jangan lupa sejarah Sukarno bro..Tidak mustahil jika perangai 'semacam UBN' menjadikan negara ini sebahagian indon tetapi dengan ayat 'dinaungi atau menaungi' negara ini... Tidak mustahil. British dulupun begitu juga kata sebahagian sejarawan peliharaan UBN... Tidak mustahil bro...