15 Mei 2012

[Video] Askar Pencen "Berpenyakit Buasir" Bersenam Depan Rumah Ambiga

Sekumpulan bekas tentera pagi ini mengadakan satu senaman aneh di depan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara.

Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga.

Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga.

Mohd Ali berkata, bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.

Katanya, senaman itu juga sebagai bantahan ke atas Ambiga yang dikaitkannya dengan gerakan seks bebas.

"Kami beri amaran keras kepada Ambiga supaya segera minta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan BERSIH dan seks bebas," katanya ebelum sesi senaman itu bermula pada jam 8.30 pagi.

'Orang Islam, minum air suam'

Kumpulan itu kemudiannya disambut oleh Ambiga yang muncul di pintu pagar rumah tersebut dan menjemput mereka menjamah satu hidangan minuman ringan, apabila gimik tersebut berakhir kira-kira 15 minit kemudian.

Mohd Ali bagaimanapun menolak jemputan Ambiga dan menyerahkan salah satu sepanduk yang dibawa mereka kepada Ambiga.

"Kami orang Melayu orang Islam, kami minum air suam.

"Saya mahu hadiah (kad manila) sama awak, awak serah pada Anwar. Saya beri amaran supaya awak jangan buat lagi masalah kepada negara.

"Kami akan bertindak jika kamu merosakkan nama negara," kata Mohd Ali, yang juga dikenali dengan gelaran 'Ali Tinju', ketika berdepan dengan peguam itu.

Terdahulu, kumpulan tersebut berarak sejauh kira-kira 20 meter ke arah pintu pagar rumah Ambiga dan membawa sepanduk dengan slogan 'Tolak Ambiga Anwar perusuh haram BERSIH 3.0' dan 'Tolak Ambiga Anwar gila kuasa'.

Bercakap kepada pemberita selepas kumpulan itu beredar, Ambiga berkata beliau sering menerima gangguan seperti itu selepas demonstrasi oleh sekumpulan peniaga burger di hadapan kediamannya pada 10 Mei lalu.

Menurutnya, beberapa individu dengan sinis singgah di hadapan rumah beliau dan meminta burger percuma daripadanya.

Gangguan, bukan himpunan aman

Katanya lagi, beliau turut kesal dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menyatakan bahawa tindakan peniaga burger itu dibenarkan selagi tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Kenyataan itu tidak bertanggungjawab. Ia membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berhimpun di luar rumah sesiapa sahaja," katanya.

Katanya lagi, gimik demonstrasi oleh PVTM pagi ini juga merupakan satu bentuk gangguan dan bukan himpunan aman.

Acara senaman PVTM pagi ini merupakan demonstrasi kedua yang diadakan di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa seminggu, selepas demonstrasi oleh peniaga burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia pada 10 Mei.

PVTM juga sebelum ini hadir bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH. -mk

Senaman punggung: Jangan dilihat macam lembu meragut

oleh Mohd Insan Kamil

Laporan portal berita mengenai tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah Pengerusi Bersama Bersih Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tadi janganlah sampai dilihat seperti lembu-lembu sedang meragut rumput.

Apa tidaknya, gambar yang disiarkan di dalam portal Malaysiakini jelas menunjukkan kepala mereka lebih rendah daripada punggung.

Nah, kalau begitu sudah tentu sekali bukan bentuk manusia dalam keadaan normal melainkan makhluk berkaki empat, lebih-lebih lagi sewaktu meragut rumput atau memakan makanan.

Malaysiakini juga melaporkan bahawa tindakan itu tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.

Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.

Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.
-




Ulasan GB

Macam orang kena penyakit buasir layaknya.

Menonggengkan bontot kat orang lain tak tentu pasal di khalayak ramai untuk menunjukkan rasa marah kononnya.

Entah agama mana yang mengajar demo sedemikian rupa. Itu demo aman, kata polis nanti, tak salah di sisi undang-undang.

Di dalam Islam tak pernah wujud dan tak pernah dianjurkan demo untuk menghina orang lain samada terhadap orang Islam atau bukan-Islam seperti yang dilakukan mereka.

Mungkin ulamak-ulamak UMNO seperti Menteri Agama, Jamil Khir, atau Mufti Perak Datuk Harussani atau Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emiritus Abdul Shukor Hussin (akan) mengeluarkan fatwanya "demo BERSIH haram tetapi boleh berdemo menonggeng tunjuk bontot kepada orang lain untuk menunjukkan rasa marah"(?)


39 ulasan:

putra JB berkata...

Hahaha...inikah pahlawan Melayu yang mempertahankan negara dengan punggong.......apa punya bodoh, hasil didikan UMNGOK.

Awanama berkata...

Ni Macam lembu sharizat kena sembelit!!

Awanama berkata...

otak letak kat b****t, macam tu lah jadinyer
kalau tak berkelakuan lucah, bukan umporno lah namanyer
malang nasib kita rakyat berperangai hodoh macam ni....

Awanama berkata...

Rambo Malaysia...Syabas!! Beza Rambo US dengan Rambo Malaysia. Tuan-tuan nampak tak otak Rambo Malaysia dekat mana? Tentu semua boleh jawab...Kehh..kehh..Ini bukan Rambo..Ini Rambu. Nasib baik lembu sharizat tak lalu dekat situ, kalau tidak alamat Rambu-Rambu nie jalan terkangkang...Hee..hee. Lucu-lucu, ada lagi orang bodoh macam nie kat Malaysia.

None.

Awanama berkata...

PVTM memalukan pesara Tentera... itu bukan majority,hanya minority bekas tentera yang BODOH...spesis yang dah makin berkurang di atas muka bumi..

Waris berkata...

Memalukan....

Melayu bodoh buat perangai hodoh depan peguam india membuatkan rakyat tambah benci pada umno.

Samada direstui atau tidak oleh umno, ia menampakkan secara jelas bahawa umno dianggotai oleh melayu melayu bongok. Bukan bongok biasa, tapi bongok yang melampaui standard untuk digelar manusia.

Kalau benar pun bongok, tolong simpan jangan tunjuk pada orang ramai.

Dianjurkan pada si tua bangka yang bongok ini agar pergi sekolah balik. Atau duduk terus dalam hutan berpunggung punggung dengan haiwan. Tak payah keluar...

Melayu bodoh macam ni tak ada tempat dalam keluarga aku. Kalau ada golongan macam ni dalam keluarga aku, akan aku hantar pegi masuk hutan atau zoo untuk berkawan dengan monyet.

Mungkin ini ajaran agama melayu kot???

Awanama berkata...

atuk..atuk...balik rumah laa...perbanyakkan amalan.
ajal maut xkira usia..
cepat lambat kita akan tinggalkan dunia,
sama2 kita renunginya..
tak payah buat macam ni...
buat malu agama dan bangsa kita ajaaa...

Awanama berkata...

Kumpulan ini kurang asuhan agama.

Mungkin juga kumpulan ini tak percaya langsung tentang wujudnya Tuhan. Oleh itu tak takut balasan yang akan dikenakan oleh Tuhan terhadap mereka.

Mungkin juga kumpulan ini tiada ibubapa sejak kecil, sebab itu kurang ajar dan biadap.

Awanama berkata...

kena sawan babi tu hehehe... tu la selalu makan duit haram...mamang haramjadah geng ni

mat kedah berkata...

kah kah kah kah.....
marah sungguh si waris kita nie...
soja soja tua nie semua kena pekuda ngan umnuuuuu laa....
pasai tu madey kata dlm umnuuuu ramai puak bangang n tongong ...yg ceghedik masuk pas pkr dan dap....
yg terlampau ceghedik last sekali jadi katak ngan pekasam.......
nasib baik depa tak pi sama join senaman pungkoq....
kalo tidak lagi la ramai lagi dol...
tu pasai kuda tua soja nie piang umnuuuuuu....
akai oh kat pungkoq......

kah kah kah

Awanama berkata...

memalukan orang melayu sahaja...dah tua2 buatlah berihat ,tambahkan amalan atau jaga cucu...rumah kata pergi kubur kata mari......

Awanama berkata...

Ambiga pun tak terliur tengok punggong tu.Antik sangat hanya bolih simpan untuk koleksi barangan lusuh.

Awanama berkata...

Orang-orang tua orang ni laa yang dok masuk hutan jaga keamanan negara supaya kau orang semua dapat hisap susu tetek ibu kamu dulu dengan tenteram.

Lu orang setakat nak berperang kat cyberspace bolehlah..

Awanama berkata...

bodoh, bongok , lembu, satu contoh jelas spesies"bodoh itu tiada limitnya", segelintir bekas tentera kaki ampu bodek, cuba tanya kawan-kawan mereka masa tentera, mesti ini kumpulan menyorok belakang pokok masa bertempur, terkencet,terbeseh, tong kosong, otak cacat, buat malu melayu, semuanya betol.... betol... betol....mangkok

Awanama berkata...

biarkan mereka buat.
ini dengan sendirinya
undi pr akan bertambah
berjuta2 dalam pru13 nanti.
bn/umno ingat mereka bijak.
tapi sebenarnya mereka tu
bodoh macam lembu shajilat.
ada mata2 pencen
nak buat apa2 di rumah amiga tu.
kalau ada silakan
bagi membolehkan undi
pr bertambah berjuta2 lagi.
lagi satu,
di depan rumah pak samad said
tak nak buat apa2 ke?
kalau ada sesiapa nak
telanjang bulat, dipersilakan.

Awanama berkata...

Buat malu bangsa dan agama jer...mana ada orang islam berperangai macam ni...adui bengong bebenau.

Awanama berkata...

Malunya aku..mengapakah yang mengatakan memperjuangkan MELAYU tiba-tiba bertindak sebegini..Di mana letaknya maruah pejuang yang mengaku mempertahankan negara..hanya mampu bersenam sedemikian..

Kalau nak cari nama pun jangan lah macam tu lagaknya..terlalu hina..

yang melihat video ini pasti akan dapat membuat penilaian yang tersendiri

Waris berkata...

Kah kah kah... orang melayu minum air suam tak minum 100 plus. Askar melayu tak cakap inggeris walaupun dulu dulu kerja dngan berajaan british.

BONGOK punya melayu.

Woit... jadi monyet lagi mulia dari jadi pecacai bongok umno. Dilahirkan khas untuk jadi BONGOK

Awanama berkata...

Askar pencen yg tak ada keje.masa jadi askar keje cabut rumput tepi longkang kat kem je taunya.baik tuan,yes sir jawabnya.angguk saja.bodoh askar pencen ni.dah pencen dah tak tau buat apa.lepak beli nombor ekor.dapat upah boleh beli nombor ekor lagi.

Awanama berkata...

Rendahnya moral bekas tentera. Keluarga pak cik tak malu ke mempunyai ayah yang rendah moral? Berapa ringgit UMNO/PERKASA bayar? Cukup untuk tambang teksi?

Awanama berkata...

Perang corruption?

Awanama berkata...

masa baca post ni pkul 5 td,xde org yg beri komen lg.masa tu tgh sbuk nk blik rmh.dlm hati berhrp sgt ramai org bg komen sumpah seranah kt org2 tua dlm video tu.geram sgt tgk org2 tua tu.bodoh yg tk boleh d ajar.yg x blh thn masa ambiga ckp bg 100 plus.jawapan dia kami org melayu,kami org islam.x minum air ni.ntah2 air yg lg teruk kot minum.klo btul ko org islam.tunjuk la kesopanan yg di ajar rasullah.bru la org bkn islam minat dn suke dgn islam.ni sebaliknya.apalah org umno totok ni.geram btul.

Awanama berkata...

anak aku yg umo 4 thn pn tgk video nih dia kata atok tua bodoh.conform dpt sorg 10 juta nih.klo x, kn sanggup memalukn diri dn keluarga.

Awanama berkata...

bapak siapalah tu agaknya..??perangai mengalahkan budak kecik,bikin malu keluarga aje.ingatlah umur dah senja tak payah berkelauan begitu..malu anak-anak dan cucu-cicit tengok.

Awanama berkata...

Kan baik kalau orang2 tua pencen tu pikir dengan matang. Matlamat BERSIH kan mahukan dilaksanakan 8 tuntutan untuk kesejahteraan rakyat malaysia akan datang. Sia2 aje ,perjuangan askar2 dahulu yang telah terkorban , kalau melihat aksi ini. Adakah ini akhlak Islam yang hendak diketengahkan kepada Ambiga atau orang bukan Islam di Malaysia , malu...............

Awanama berkata...

alamak x da keja lagu ni la... apa jenis spesis da... memalukan... mcm xda agama.

ila berkata...

Nampak sangat kata tak cerdik.Tok Wan aku pernah pesan, kalau kita tidak cerdik, jangan bagi orang kata kita bodoh ! Ada ka askar pencen ni yang berpangkat tinggi ? Aku rasa semua depa ni adalah pencacai sahaja, kesian, aku simpati dengan mereka !

Awanama berkata...

MALU....MALU....MALU....Wahai bapak2 pencen ingat pesan orang tua2 dulu. Kalau dulu2 ,sudah tentu anak2 akan dimarahi oleh orang2 tuanya kalau ditunjukkan ponggong kepada orang lain / tetamu / diluar rumah , tapi zaman sekarang ni macamna, orang2 tua pencen tu pulak tunjokkan ponggong kepada orang......MALU.....MALU.. Saya anak askar pencen amat malu dengan perbuatan askar2 pencen tu. RUMAH KATA PERGI ....KUBOR....... UMUR DAH SENJA ....... ZAMAN SEKARANG NI MATI TAK KIRA UMOR.... CEPAT2 SAMA2 BERTAUBAT...

Awanama berkata...

Apalah bodoh sgt PVTM ni...mudah di perdaya dan diperLEMBUkan oleh umngok..dah pencen buat la cara pencen...dok kat surau lg bagus..dapat gak pahala..dah la masa servis dulu diperbodohkan..ni dah pencen pun nak diperbodohkan gak ker?

Awanama berkata...

Orang tua bodoh..kalu aku x sanggup nk mngaku bapa bg yg prangai mcmni..
Siapala yg upah diaorg shingga mnjadi bodoh..nilah jnis manusia yg takda plajaran..sama jg dgn yg mnyokongnya..kesiaaan kan kwn2..

Awanama berkata...

Memang sah askar pencen ni paling bangang dalam dunia. ATM patut malu kerana ada askar pencen yang kuda kayu ini.

Awanama berkata...

Nasib baik la ayah aku x kerja tentera.

Awanama berkata...

Apa nak jadi dengan bangsa Melayuu ni. Makin hari semakin bertambah teruk...makin bertambah bodoh, bahlol, bangang, bengong, bangap. Tu la terlalu banyak sangat muntahkedfarah duit haram

Awanama berkata...

dah tak cukup duit kot sampai buat kerja bodoh gini... duit masa pencen dulu dah kena tipu ngan skim cepat kayap ke???

Awanama berkata...

inilah manusia haramjadah
yang dikata oleh najib tu.
tua bangka tak sedar diri.
memalukan angkatan tentera saja.
kecik2 taknak mampus.
bila besar menyusahkan amiga.
dulu burger.
kini punggung.
lepas ini,
lembu shahrizat pulak.
tak sangka,
dulu malaysiaku aman damai.
kini dah jadi tak aman tak damai.
selagi bn/umno memerintah
mampus rakyat malaysia.

1 Malaysia berkata...

Tahniah 1 Malaysia. Kerana MU 1 Malaysia, kita dapat melahirkan rakyat Malaysia yang begitu 'sopan' dan 'santun'. Budaya Baru bagi MalaysiaKu, ku, ku, ku, ...
Sedih melihat bangsaKu yang dulunya begitu sopan santun dan berbahasa, semakin hari semakin menjadi 'sopan santun' dan 'berbahasa' hasil didikan 1 Malaysia. Apa beza antara Askar dan PDRM? opps.... Bangsaku yang AKU maksudkan ialah "bangsa Melayu" yang rupanyukan macam bukan Melayu.
Malaysia Boleh. Ingat tarian Maori dari New Zealand. Inovatif dan kreatif dari manusia yang akalnya pendek, sama seperti boss depa juga. Nilai di Malaysia sudah berubah akibat banyak memmakan benda yang HARAM. Yang baik dianggap jahat manakala yang jahat amat disanjungi dan kekadang melebihi "Tuhan" depa pulak.

Awanama berkata...

Utk Kak Ambiga sayang.

Usaha kak sangat bagus dah, lagi bagus sangat2 sekiranya kak (termasuk kita semua) yg dikurnia fitrah utk keadilan dll perkara baik2, menganut agama yg diikhtiraf oleh pencipta semua manusia ialtu Allah.

Kak akan rasa sangat bahagia di jiwa & sanubari kak. Lagi bnyak dugaan lagi tenteram rasa sbb tu tanda2 Allah sayang.

Kak akan dipandu olehNya mana yg betul & mana yg tidak. Kak org bijak, tentunya bole berfikir .

Kak jgn heran, pada perangai2 sesetengah org2 Islam.Kak akan faham bila mengambil Allah sbg sembahanmu & Islam agamamu. Jgn lengah kak.

Ikhlas dari adik.

Awanama berkata...

Apa punya pesara tentera..buat malu saja...patut lah majority pesara tentera tak nak joint PVTM..memang benar ini spesis yang dah nak pupus..untuk pengetahuan saudara...Generasi baru Pesara Tentera 80 peratus benci pada UMNO/BN

hairan berkata...

orang2 tua yang otak dah hilang!

patut la masing2 gemok gedempol! tuh pasal nak tunjuk bontot kot. Bagus sungguh beri pengajaran pada orang2 muda... next time orang2 muda boleh tunjuk bontot kalo lalu depan najib dan geng2 bn/umno pulak ekkkkkkkk... jangan takut kena tangkap sebab abang polis kita kata TAK SALAH!