21 Sep 2011

Mat Sabu Ditahan. MPN Kata Mat Sabu Berhak Berikan Pandangannya

Polis tahan Mat Sabu, Pakatan gesa Najib gugur dakwaan

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Pakatan Rakyat menyifatkan langkah pihak berkuasa mahu mengenakan tuduhan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai tindakan bercanggah dengan pembaharuan politik diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Khamis lalu.

Sehubungan itu mereka menggesa pentadbiran Najib menggugurkan tindakan perundangan yang akan dibawa ke atas Mohamad esok (hari ini).

Petang tadi, Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu (gambar) ditahan untuk diambil keterangan di ibu pejabat kontinjen Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakub dipetik berkata, Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada pukul 7.30 petang tadi.

Mohamad dilaporkan tiba di ibu pejabat kontinjen pada 8.30 malam dan meninggalkan premis itu setengah jam kemudian.

Beliau dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang bulan lalu.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata apa yang diperkatakan oleh Mohamad mengenai isu tersebut cuma satu pandangan sebagai pemimpin politik.

“Jika pentadbiran Najib merasakan ini satu kesalahan, maka saya fikir kerajaan kena mengambil tindakan ke atas beberapa pihak lain yang turut memberi pandangan, yang dikatakan mengguris perasaan banyak pihak.

“Ini termasuklah Ahli Majlis Profesor Negara Prof Dr Zainal Kling dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan negara ini tidak dijajah, ia menafikan peranan pejuang-pejuang negara,” kata beliau merujuk kepada pandangan dibuat mereka sama ada negara ini tidak dijajah atau sebaliknya.

“Jika pandangan Mohamad Sabu dikatakan mengguris hati ramai orang, saya juga merasakan pandangan Prof Zainal dan Dr Mahathir juga telah mengguris ramai orang... apakah tindakan juga diambil ke atas mereka,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Terdahulu Mohamad dipetik Bernama Online berkata, beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth dan telah dimaklumkan oleh peguamnya Mohamad Hanipa Maidin petang tadi.

“Peguam saya telah beritahu saya bahawa pihak polis ada menghubunginya bagi tahu saya akan didakwa esok.

“Ini ada kaitan dengan ceramah saya tempoh hari mengenai Mat Indera. Mereka minta saya hadir 9 pagi. Saya dan peguam saya akan hadir,” katanya.

Ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos telah mencetuskan kontroversi apabila Mat Indera yang dianggap ramai sebagai komunis, dijulang menjadi hero sebenar dan bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang terbunuh dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor pada 1950.

Selain itu, Mohamad juga dilaporkan turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Mohamad akan didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada perbuatan mengedar atau membuat kenyataan menghasut atau melakukan jenayah.

Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dihukum penjara sehingga dua tahun denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu Naib Presiden PKR N Surendran menggesa pentadbiran Najib dan Peguam Negara menggugurkan tuduhan ke atas Mohamad.

Katanya, tindakan itu menunjukkan penyalahgunaan kuasa polis dan prosedural pendakwaan serta melanggar hak asasi kebebasan bersuara.

“Kami menggesa kerajaan dan Peguam Negara tidak meneruskan tuduhan ke atas Mohamad dan untuk menunaikan pendirian Perdana Menteri mahu menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik,” katanya lagi.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dihubungi mengesahkan Mohamad menemui polis untuk mengambil waran tahanan untuk hadir di mahkamah.

“Beliau tidak ditahan, cuma hadir di IPK Pulau Pinang untuk mendapatkan waran sebab esok beliau, dimaklumkan kena hadir di mahkamah,” kata Tuan Ibrahim.

“Mohamad tidak ditahan, ia prosedur biasa sebelum dihadapkan di mahkamah,” kata Salahuddin. -TMI

MPN : Mat Sabu Berhak Beri Pendapat Tentang Sejarah Negara

PUTRAJAYA : Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr Zakri Abdul Hamid menyatakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya berkaitan sejarah negara.

Namun, katanya adalah menjadi tanggungjawab badan-badan seperti MPN dan sejarawan untuk memberikan intepretasi yang tepat kepada masyarakat.

"Dalam negara demokrasi, itu hak beliau. Orang boleh menyuarakan apa-apa pandangan. Tapi samada pandangan itu betul atau tidak, itu tanggungjawab badan-badan seperti MPN untuk memberikan sumbangan," jelas Zakri.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohamed Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu ceramah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Menurut Zakri, pihaknya mengambil pendirian untuk bersikap neutral serta tidak mahu memberi respon politik terhadap kenyataan Mat Sabu itu.

"Kita ingin membetulkan fakta dan intepretasi yang tidak betul. Itu yang kita mahu buat. Respon kita bukan aspek politik," tambahnya.

Mat Sabu didakwa memesongkan fakta sejarah dengan mengangkat Ahmad Indera atau Mat Indera yang menganggotai Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pejuang kemerdekaan sebenar dan bukan anggota polis yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong.

Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan yang dirinya cuba mengaitkan perjuangan Mat Indera dengan komunis seperti yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia 27 Ogos lalu.

Sementara itu bekas profesor di Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam yang memberi respon terhadap penulisan buku 'Pengukir Nama Johor' (2004) berkata, Allahyarham Ismail Adnan hanya melontarkan pandangan tentang Mat Indera.

Malah Ramlah berkata Allahyarham tidak langsung menyebut anggota Rejimen ke 10 PKM itu sebagai pejuang kemerdekaan.

"Macam buku yang menjadi kontroversi, penulis itu Allahyarham Ismail cuma membuat persoalan. Dia tidak menulis ayat yang jelas bahawa Mat Indera itu seorang pejuang. Dia cuma melontarkan pandangan.

"Jadi itu adalah pandangan beliau. Itu bukan tanggungjawab pihak-pihak yang menerbitkan buku itu," katanya.

Ujarnya mungkin penulis memperolehi banyak maklumat sehingga mengakibatkan dirinya meragui dasar perjuangan Mat Indera.

Sehubungan dengan itu Ramlah berkata aspek akdemik di negara ini sentiasa menggalakkan penyelidikan dan percambahan minda untuk memperbaiki bahan ilmiah dari semasa ke semasa. -tvsnews




Ulasan GB

Tindakan yang melampau dan tidak bertamaddun dikenakan ke atas Mohd Sabu.

Pertama Mohd Sabu telah diberitahu akan didakwa. Kedua tiba-tiba beliau ditahan. Ketiga rumahnya dilempar bom petrol.

Ini semua cerita kartun semata-mata untuk memenuhi agenda politik UMNO dan juga menyelamatkan Utusan yang telah memulakan fitnah ke atas Mohd Sabu.

Walhal, Majlis Professor Negara sendiri yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berpihak kepada UMNO pun menyatakan bahawa Mohd Sabu BERHAK untuk mengeluarkan pandangannya tentang sejarah negara.

Jadi, kenapa kecoh sangat? Cukup takut polis dan UMNO ini kepada Mohd Sabu sehingga tindakan-tindakan ala polis British diambil ke atas Mohd Sabu. Kalau boleh biar Mohd Sabu dihukum gantung sama seperti Mat Indera yang dituduh komunis oleh polis dan UMNO itu.

Bagi pendapat GB, tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Mohd Sabu berkenaan akan hanya melonjakkan namanya di persada politik tanahair.

5 ulasan:

Awanama berkata...

hantu zizan,ahmad idham terang2 menghina islam takambil tindakan ker?

kekura berkata...

mat sabu ada silapnya.
dia tidak patut mengungkit kisah2 lama yg boleh mengguris hati pelbagai pihak. apabila dia kata si polan pejuang kemerdekaan, maka ramai yg akan terasa, "aku dulu lawan dia, takkanlah aku ni pulak pengkhianat. aku ni yg pertahankan negara!!" kata pihak yg satu lagi pula.
lalu utusan yg sering kali menulis menyerupai orang fasik ni pun ambil kesempatan.
ingatlah larangan rasulullah, janganlan mengungkit kekafiran orang lalu kerana orang yg sekarang ini (keturunannya) akan berkecil hati. jadi tak kiralah siapa pun yg kita rasa pejuang sebenar, hal itu telah berlalu. kalau tak tahu pun, perjuangan menegakkan islam masih terus berjalan. dan yg penting kalau tak tahupun akidah kita tak tercalar dan tiada impak pun terhadap ibadah kita.
duanya, mat sabu, utusan, muhyidin, khairy dan ramai lagi yg bercakap2 ttg isu ini, bukanlah orang yg tahu sangat pasal sejarah, alih2 masing2 bercakap seperti pakar pula. tanda2 dunia nak kiamat. masing2 bukan ahlinya nak bercakap macam ahli pulak.
tiga pula tiada siapa yg tahu hati sebenar orang2 yg mengangkat senjata dahulu (mat indera, polis bukit kepong etc). ingatlah kisah nabi dulu. ada seorang lelaki berperang bermati-matian bersama2 tentera rasulullah melawan musyrikin mekah, dan akhirnya lelaki itu mati. para sahabat mengatakan bahawa lelaki itu telah syahid, tapi rasulullah yg mendapat maklumat dari ALLAH telah menidakkannya, kerana lelaki itu berperang bukan kerana ALLAH dan akhirnya dia bunuh diri akibat kecederaannya.
siapalah kita nak tahu isi hati manusia2 terdahulu, lalu mengatakan "dia ni pejuang yg sebenarnya". dengan kita ni yg solat malam pun tak selalu buat, masjid pun jejak tak cukup lima waktu sehari adakah taraf kita ni layak mendapat maklumat seumpama rasulullah dapat dulu?
jgnlah islam separuh2. islam bukan hanya pada hudud, ada akhlaknya lagi, termasuklah akhlak dlm bercakap. memanglah sengaja salah cakap dosa kecil tapi kalau hari2 buat jadilah dosa besar. kan susah tu.

Awanama berkata...

lagi satu macik hajah shit al wuzara laknatullah tu pun sapa pun tak kisah jakim siap tak de kuasa lagi..mat sabu ni kes remeh temeh bukan main lagi...hancur lah hendaknya umno

Awanama berkata...

betul3

Awanama berkata...

Kepada 'kekura'..engkau pun tak tahu apa yang engkau tulis sebenarnya........