9 Mac 2011

Muhyiddin Jahil Tentang Islam, Perlu Bertaubat

PAS menyeru rakyat Malaysia membuka mata dan menilai sendiri sikap kepimpinan Umno yang ditunjukkan melalui kenyataan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan yang mempertikaikan tindakan Kerajaan PAS Kelantan mengharamkan judi loteri di negeri Serambi Mekah itu.

“Baru sahaja menang di Merlimau dan Kerdau, Umno terus kembali menegakkan kemungkaran sebagai tanda kesyukuran,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, sebagai seorang pemimpin Islam dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin sewajarnya menyokong tindakan itu kerana jelas ianya diterima oleh semua agama di negara ini yang mengharamkan judi.

PAS juga, katanya kesal kerana Umno terlalu suka mengaitkan aktiviti perjudian sebagai aktiviti kesukaan mereka yang bukan Islam.

Menurutnya, mereka yang mempunyai moral yang tinggi memandang judi dalam perspektif yang amat buruk, hanya mereka yang bermoral rendah sahaja menjadikan judi sebagai hiburan mereka yang akhirnya menghabiskan duit poket mereka.

Tambahnya, PAS juga yakin kenyataan Muhyiddin itu dibuat ekoran desakan taikun-taikun perjudian di negara ini yang banyak membantu memberikan sokongan kepada Umno Barisan Nasional untuk menghadapi PAS dalam mana-mana pilihan raya.

Katanya, beberapa pemimpin Umno juga dikenal pasti pernah atau masih mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat judi berkenaan.

“Maka jelaslah bahawa kenyataan Muhyiddin itu sengaja dilontarkan bagi membela periuk nasi kroni mereka yang telah lama bergelumang dalam industri judi,” ujarnya.

Sehubungan itu, ujarnya PAS menyeru Muhyiddin serta pemimpin Umno lainnya bertaubat kepada Allah kerana berjuang dan menghalalkan judi di negara ini dan meminta maaf kepada penganut bukan Islam yang difitnahkannya sebagai kaki judi.

PAS juga, tambahnya memperingatkan Muhyiddin dan Kerajaan Persekutuan supaya menghormati hak perundangan Kerajaan Kelantan dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa mereka.

“Jika tidak ada modal untuk bercakap, baik diam diri sahaja,” ujarnya.

PAS, tegasnya menyokong penuh hasrat kerajaan Kelantan dan akan terus berkempen memerangi judi di negara ini.

“Semoga rakyat terus membuka mata dan menolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang,” katanya. -HD




Pembangkang bersikap bermuka-muka

KUALA LUMPUR 8 Mac - Tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai liabiliti hanyalah bertujuan untuk mengaburi hakikat sebenar sentimen rakyat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hakikatnya imej Anwar sudah tercalar berikutan pelbagai isu yang menyelubunginya hinggakan Pas sendiri dikatakan mula mahu menjauhkan diri daripada Penasihat PKR itu.

"Sebenarnya kita tahu Pas rasa tak selesa masa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau. Kalau boleh, Pas mahu Anwar tak turun tapi Anwar fikir itu haknya sebab dia kepala pembangkang.

"Akhirnya kita lihat Pas dapat satu tamparan hebat apabila penglibatan Anwar dalam kempen tidak membantu menyumbang kepada undi Pas, sebaliknya undi Pas merosot pula," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Modal Insan di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Naib Presiden Mas, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan Anwar menjadi liabiliti kepada pembangkang seperti yang didakwa Perdana Menteri semalam.

Pada sidang akhbar berasingan itu, kedua-dua pemimpin pembangkang itu turut menolak dakwaan mengatakan jentera Pas meminta Anwar tidak turun berkempen pada dua pilihan raya kecil tersebut yang berakhir Ahad lalu.

Tambah Muhyiddin, penafian pemimpin PKR dan Pas mengenai kedudukan Anwar yang kini menjadi liabiliti menunjukkan sikap bermuka-muka pemimpin pembangkang.

Katanya, sedangkan umum melihat hubungan mereka sudah tidak lagi seintim dulu dengan pemimpin kanan DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh sekarang ini sudah mula mempersoalkan pendekatan Pas.

"Tapi Pas nak masih nak menafikan dakwaan itu walaupun hubungan (dengan DAP) tak beri kesan positif untuk dapat sokongan. Jadi sebab itu pemimpinnya (Pas) tampil buat kenyataan menafikan perkara ini," jelasnya.

Dalam perkembangan berasingan, ditanya mengenai tindakan kerajaan Pas Kelantan menghalang penjualan loteri kepada bukan Islam, Muhyiddin berkata, perkara itu terserah kepada masyarakat bukan Islam untuk menilainya.

Menurutnya, isu itu telah berbangkit apabila masyarakat bukan Islam melihat hak mereka telah disentuh memandangkan undang-undang membenarkan perkara berkenaan.

"Maka tindakan itu (kerajaan Pas Kelantan) telah menimbulkan rasa tak puas hati dan ini memperlihatkan sikap sebenar Pas terhadap bukan Islam.

"MCA telah meneliti perkara itu dan mungkin mereka nak laporkan kepada pihak berkuasa kerana merasakan hak mereka (bukan Islam) dihalang oleh kerajaan Pas Kelantan," ujarnya.
-um



DPM says gambling legal, slams PAS

Muhyiddin Yassin says the ban on lottery tickets has revealed the Islamic party's true colour with regard to how it treats non-Muslims.

KUALA LUMPUR: PAS has revealed its true colour by imposing a ban on lottery tickets in Kelantan, said Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin today.

He also argued that based on the country’s existing laws, gambling was not wrong.

The Umno deputy president said the PAS-led Kelantan state government’s ban on the sale of lottery tickets was an infringement of the rights of non-Muslims.

“Based on existing laws, gambling is not wrong,” he said.

Speaking to reporters in Parliament, Muhyddin said that the ban reflected the Islamic party’s true attitude towards the treatment of non-Malays.

“Their action has caused dissatisfaction and raised questions on PAS’ real attitude and their treatment of non-Muslims,” he said.

Asked if the federal government would intervene in the decision, Muhyiddin said he had yet to receive full reports from the concerned groups.

The ban drew widespread criticism, including from PAS’ Pakatan Rakyat teammate, DAP. On the other hand, MCA central committee member Ti Lian Ker had threatened to take the state government to court.

On another matter, Muhyiddin backed his boss, Najib Tun Razak, on the latter’s suggestion that Anwar Ibrahim was becoming a liability to the opposition.

“We know that PAS is actually uncomfortable (with Anwar’s presence) during the campaigns in Merlimau and Kerdau. His image is dented by what has happened to him.

“Because of that, PAS wanted him to stay away, but Anwar felt that he has the right (to campaign) because he is the opposition leader,” he said. -FMT


Ulasan GB

Ini bukan kali pertama Muhyddin Yassin menyerlahkan kejahilannya terhadap hukum-hukum Islam.

Di dalam PRK Tenang, Muhyddin sewaktu menjawab soalan pemberita mengenai isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina, beliau berkata begini:

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.

"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.


GB telah mengulas begini:

Begitu ketara kenyataan Muhyiddin Yassin yang menakutkan bukan Islam terhadap "Negara Islam" dengan menyebut tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

Sikap yang ditunjukkan Muhyiddin itu jelas seorang munafik di dalam Islam.

Bukan Melayu sepatutnya menyedari bahawa seorang munafik (hipokrit) di dalam Islam itu jauh lebih merbahaya dari negara Islam itu sendiri.



2 ulasan:

hussein berkata...

Selaku Ketua Penerangan PAS Pusat,Us.Idris wajar citak dan edarkan risalah kenyataan Muhyiddin ini kepada semua orang Melayu yang masih menyokong UMNO/APCO.Orang kampong tak buka internet,depa cuma baca Utusan dan Berita Heiran aje.Kerja macam inilah yang sepatutnya dibuat oleh Jabatan Penerangan PAS,baru orang Melayu yang tinggal dikampong dan diFELDA tu kenal dan tahu siapa yang mereka sokong selama ini.Jabatan Penerangan PAS Pusat tak faham dan tak tahu nak gunakan informasi yang baik dan berguna untuk "buka minda" orang Melayu yang totok menyokong UMNO.Ini kerja yang wajar berterusan,bukan nak tunggu ada PRK atau PRU aje.Buatlah sikit kerja jangan asyik membebel aja.

Tanpa Nama berkata...

tak payah cetak atau edar,banyak isu lain lagi boleh digunakan utk melawan bn.pesepsi org melayu ttg judi tak besar sangat kalu dibanding dgn haiwan babi.tapi hukum kedua2nya jelas haram.