9 Mac 2011

Bas Ekspres Terbalik, 12 Selamat


Seramai 12 penumpang sebuah bas ekspres berhadapan detik mencemaskan apabila bas yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Setiu itu terbabas lalu terjunam ke dalam parit sedalam dua meter dalam satu kemalangan di Kilometer 38, Jalan Pakoh Jaya, Kuala Terengganu ke Kota Bharu berhampiran Felda Belara, Kuala Nerus, semalam.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Khazahari Che Mat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.05 pagi dan bas ekpress yang dipandu oleh Md Amin Mohamad, 40, itu dikatakan hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta Perodua Kancil yang datang dari arah bertentangan.

“Pemandu bas itu hilang kawalan ketika tiba di jalan selekoh lagi iaitu 25 meter jarak dari lokasi kejadian dan bergesel dengan sebuah kereta Perodua lalu terjunam ke dalam parit yang terletak kira-kira 30 meter dari jalan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, semalam.







Tiada ulasan: