9 Mac 2011

Bapa Rasuah UMNO Cuba Serang Nik Aziz

Lagi pemimpin Umno 'serang' Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus 'diserang' oleh pemimpin BN, khususnya dari Umno.

Hari ini, Bernama melaporkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata rakan sejawatannya dari Kelantan itu semakin menjadi liabiliti kepada PAS apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat.

Katanya, kecenderungan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan parti Islam itu semakin kehilangan sokongan rakyat.

Menurut Ali (berjaket hitam) kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini dan DUN Kerdau, Pahang pada Ahad lalu membuktikan sokongan rakyat kepada PAS semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang beliau tidak menghalalkan kemenangan BN pada kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana mendakwa BN menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

Sambil menyangkal dakwaan bahawa BN menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Ali berkata: "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas".

Mohd Ali yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Melaka berkata, BN tidak menggunakan fitnah, penipuan dan gangsterisme untuk memenangi hati rakyat berbanding PAS yang menggunakan taktik negatif antaranya menggunakan bahasa kesat semasa berceramah.

Katanya, taktik negatif yang digunakan PAS itu tidak menampakkan nilai Islam yang diperjuangkan mereka dan ini menyebabkan perjuangan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela masyarakat Islam di negara ini.

"Umno memperjuangkan kebaikan serta kejujuran, rakyat memilih Umno yang lebih baik daripada banyak segi, PAS juga semakin lari daripada perjuangan Islam apabila berkawan dengan DAP," katanya.

BN mengekalkan DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad, 44, mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, dengan majoriti 3,643 undi manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menewaskan calon PAS Hasannuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi. -mk


Dakwa BN guna taktik kotor

KOTA BHARU – Biarpun akur dengan keputusan di Kerdau dan Melimau, Pas dakwa kekalahan kedua-dua calonnya itu disebabkan Barisan Nasional (BN) guna agensi kerajaan untuk berkempen.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau tidak halalkan kemenangan itu kerana jentera kerajaan termasuk media perdana bersikap berat sebelah.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak hirau sokongan pengundi Melayu kepada Pas merosot kerana pada kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) itu disifatkannya berat sebelah.

Mereka lihat demokrasi dipraktikkan di negara ini tidak sama seperti yang mereka pelajari. Ini menyebabkan mereka marah kepada kerajaan. Sebagai pemimpin Pas, mana-mana menteri, pihak berkuasa, yang salahguna kuasa, saya tak halal dunia akhirat,” katanya.

Nik Aziz berkata, pelbagai bentuk tekanan berlaku sehingga ada ahli Pas masuk UMNO dalam sekelip mata sedangkan perkara itu tidak seharusnya berlaku dalam negara yang mengamalkan demokrasi sebenar.

“Mereka menang tu menanglah, tapi biarlah ‘gentleman’. Macamana boleh Pas melawan kerajaan. Macam mana tak kalah, Pas lawan kerajaan. Saya mewakili pejuang Islam tidak menghalalkan penyalahgunaan kuasa ini.

“Apa tidaknya, kemajuan atau pembangunan di negara ini seakan hanya boleh dilihat bila ada kematian wakil rakyat, kita mesti adil bukan kerana demokrasi tapi kerana Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz mengingatkan kerajaan bahawa tindakan yang dilakukan BN itu seperti ‘bom jangka’ yang boleh meletus bila-bila masa. -SH


Ulasan GB

Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka jangan lupa bahawa beliau telah dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 2009 selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno kerana didapati terlibat dengan politik wang (rasuah).

Beliau yang amat dikenali satu ketika sebagai Bapa Rasuah UMNO cuba menggambarkan kemenangan BN di PRK Merlimau sebagai satu kemenangan yang kononnya sahih, bersih, telus dan ikhlas - sedangkan apa yang berlaku ialah rasuah yang berleluasa tatkala kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau sehingga ada laporan polis dibuat membuktikan pembelian undi memang berlaku di dalam PRK berkenaan. Tak cukup sekadar memperalatkan semua jentera kerajaan, UMNO BN terus melacurkan sistem pilihanraya untuk mencapai kemenangan.

Hal tersebut berlaku kerana SPR yang menjalankan kerja secara senget sebelah, memejamkan mata terhadap gejala rasuah apabila ia dilakukan oleh BN.

Namun satu hari nanti, BN akan hancur lebur tanpa serangan sesiapa kerana ia akan reput dengan sendiri kerana hukum alam akan berjalan - kemenangan yang diperolehi secara penipuan dan rasuah adalah kemenangan yang rapuh dan kerajaan Melaka seluruhnya bakal binasa lantarannya.



5 ulasan:

1 Malaysia berkata...

Bila Pembohong mula bercakap "benar", .... Minah Mon Yet mula belajar berseluar dalam semasa memanjat pokok.
Kalaulah pemimpin tu bersih, telus dan ikhlas, sudah tentu sama seperti Minah Mon Yet tak basuh dubur selepas berak tapi bagi tau kat orang lain yang duburnya sudah bersih.
Betoi juga. Mana ada manusia yang kata tahi dia busuk?

Tanpa Nama berkata...

Apa ke salahnya PAS berkawan dgn DAP?Orang Cina semakin mengenali Islam semenjak PAS berkawan dgn DAP.Bukan seperti UMNO yang mengelirukan orang India dan Cina dalam MIC dan MCA.Tapi pemikiran melayu Umno tak boleh di ubah.Dah puas kempen,terangkan,hujah kat pak cik mak cik kat kampung tu,tapi masih karat Umno.Semuanya pemikiran sempit.bebal.

Tanpa Nama berkata...

ali ketam rasuah usah masok campor urusan rumah tangga pas jaga parti hang elok2 daripada gejala rasuah nanti jadi tobiat semua rakyat terlibat dengan rasuah.

Waris berkata...

Sebagai seorang muslim biasa yg bukan pakar saya tak rasa ada kekeliruan dlm setiap apa yg diungkapkan oleh Tok Guru Nik Aziz. Yang banyak mengelirukan ialah ckp2 ahli politik umno yg kaki rasuah serta fatwa2 dr mufti yg kejap haram, kejap halal, kejap harus sana sini.

Tanpa Nama berkata...

Ini macam Ali Lustam, bikin byk ulang tarak faham itu Islam...dia jahat..tpi dia kata dia bagus...ulang itu bagus Ali Lustam kata jahat....apa itu macam...byk bengung itu UMNO!

Kawan sama DAP(Cina) salahkah?Kasi bagi sama gue mana itu ayat Al Quran maupun itu Hadis cakap??? Kasi tau laaa!Ali Lustam cakap macam ulang tanjung lambutan!