17 Sep 2014

[GAMBAR & VIDEO] 50 Pemuda Keluar Dewan Untuk Malukan Mat Sabu?


Kumpulan pro-Hadi keluar ketika Mat Sabu berucap

Kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapan perasmiannya.

Mereka memakai jaket warna hitam bertulis 'Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak.'

Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor.

Kebanyakan mereka dipercayai perwakilan dari Pahang, Terengganu dan Selangor.

Mereka bertindak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja Mohamad memulakan ucapan perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS pusat.

Beberapa di antara mereka yang keluar itu enggan memberi komen.

Sungguhpun begitu, lebih 700 perwakilan Pemuda lain yang hadir tidak terpengaruh dengan tindakan kumpulan itu sebaliknya memberi tumpuan kepada ucapan beliau.

Dalam sidang medianya kemudiannya, Mohamad menafikan tindakan kumpulan itu sebagai tanda protes terhadap ucapannya dan beliau mengakui "tidak nampak" perbuatan mereka itu.

'Mungkin pergi solat'

Beliau bagaimanapun menganggap mungkin tindakan kumpulan itu keluar untuk menunaikan solat dan kemudiannya akan memasuki kembali dewan persidangan itu.

"Tak ada (protes)...Saya tak nampak, mungkin orang pergi sembahyang dan sebagainya dan masuk kembali, biasalah itu," katanya yang mengganggap "biasa" apabila kumpulan itu memakai vest seumpama itu.

Kenyataan Mohamad itu turut dipersetujui oleh Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang hadir dalam sidang media itu.

"Saya rasa begitulah, sebab waktu sudah lewat, ada yang ada pergi sembahyang," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak dapat memastikan hal itu kerana beliau berada depan pentas.

Beliau berkata jika benar, bekas ketua Pemuda PAS itu menyifatkan ia "suatu yang tidak sepatutnya berlaku".


"Walau macam mana pun, kita akan dengar laporan nanti daripada muktamar Pemuda tentang apa yang berlaku. Saya tidak nampak dengan mata saya sendiri kerana saya duduk di barisan hadapan," katanya.




ULASAN GB

Jika benar berlaku, sungguh pemuda yang bertindak meninggalkan dewan semasa Timbalan Presiden PAS berucap diasuh dengan akhlak yang kurang adab, mereka tiada "adab berjemaah" sekalipun mereka memakai vest kononnya "KAMI BERSAMA PRESIDEN DAN MAJLIS SYURA ULAMA".

Tindakan mereka dilihat untuk memalukan Mohamad Sabu. Namun tindakan mereka meninggalkan dewan itulah yang sebenarnya memalukan Presiden dan Majlis Syura Ulama sendiri seolah-olah Presiden dan Majlis Syura Ulama mengajar mereka demikian.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dipilih oleh perwakilan muktamar. Justeru tindakan meninggalkan dewan oleh 50 orang pemuda tersebut amat biadab dan tidak sepatutnya berlaku. Mujur hanya 50, sedangkan 700 yang lain tidak berganjak dan tidak termakan dengan hasutan 50 orang yang cuba berlagak pandai dan berlagak hero berkenaan.

Berdiam dirikah Lembaga Disiplin parti terhadap kumpulan biadab ini?









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





43 ulasan:

Awanama berkata...

Tu lah ...... kita dah tak sokong PAS lagi ! PAS tidak melihat jauh kedepan , mereka sesama mereka pon cam tu lagaknya ..... nama jer parti islamik . Perangai teruk dari bukan islam !

Awanama berkata...

golongan takder otak, depan dif-dif kehormat yang ada diantaranya dari luarnegara, mereka melakukan hal tersebut. binatang betul. x der akal.

Awanama berkata...

KJ dulu menang Ketua Pemuda UMNO, kumpulan Mukhriz berdemo.

Nik Nazmi bertanding Ketua AMK, kumpulan yang anti kpdnya boikot.

Kini Pemuda PAS pula bertindak tinggalkan dewan semasa Mat Sabu berucap.

Sama jer PAS dengan UMNO & PKR.

Itulah tipikal mentaliti MELAYU. Bukan mentaliti ISLAM.

Abu Hanifah berkata...

kita mahu tanya jg 50 pemuda pas tu, bagaimana kalau perwakilan muktamar nanti bertindak keluar dewan semasa Presiden PAS menyampaikan ucaputamanya nanti?

Awanama berkata...

Geng seban ne x leh harap. Dulu wajah calin kp pun sgp ditukar gambar anjing. Nama je ulamak...akhlak syaiton....

Awanama berkata...

KELUAR DEWAN? BINGAI PUNYA 50 PEMUDA... APASAL TAK KELUAR PARTI TERUS???????

Awanama berkata...

Pemuda PAS yang akhlaknya camtu didikan siapa ye. Berhujahlah dan cari pengaruh. Kalau camni apa beza meeting perangainya dengan perangai UBN dan PKR. Yang tak de baling kerusi je lagi. Geng ustaz serban bengong. Nak menang dengan melabel dan buat fitnah kat orang lain macam-macam label tu Islam ka.

Awanama berkata...

Tengah belajar sikit sikit dari Umngok

bunbinban berkata...

Jenis budak2...biarkan la. Tengok bekas boss dorang la sape. Nampak gayenye, dorang dah pisahkan politik dri agama...gayenye la...

Awanama berkata...

bebudak gila dalam PAS.... aduhai...
org berpolitik jalan ke depan, depa jalan gostan. akai letak kat kepala lutut.

Aliyya Najihah berkata...

Ada juga melayu bodoh Dan Malas dalam pemuda pas bukan melayu rempit saja.

Awanama berkata...

Itu persediaan PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO, kena belajar budaya UMNO dulu

Awanama berkata...

Satu dunia tengok perangai budak-budak PAS, mereka memalukan Presiden PAS dan MSU walaupun katanya mereka penyokong Presiden & MSU. Jika Presiden itu guru mereka, mungkin pepatah ini sesuai... bila guru kencing berdiri, murid kencing berlari.... wahai anakmuda, benarkah gurumu kencing berdiri? Jika tidak mengapa kamu kencing berlari?

BaDiN berkata...

Kurang adab sopan.Kalau nak marah pun tunggulah dalam pemilihan akan datang.Jika tak mahu tk suka Md Sabu di masa itulah peluang anda singkirkannya.Jgn anda menyerupai umno nanti busuk sebelanga.

Awanama berkata...

GOLF ..golongan orang lemah fikiran. saya yang tak paham baca quran 100% pun tak buat cam tu, mana kesabaran yang di ajar dalam al quran al asr... ni saya paham..tak payah pakai serban jika ayat semudah itu pun tak paham..tenguk le nanti jatuhnya PAS kerana sikap ini, "tegur sikit nak boikot "

Awanama berkata...

akhlak hasil Tarbiah Guru and Menantu.......Boley jalandah!

Awanama berkata...

Pimpinan 2 Din, satu ayam.....satu Weil payar. Yg ayam tu dah terbongkar dirasuah khalid......ulamak konon......

Awanama berkata...

Tapi aku respek la mat sabo ni... bersangka baek... takde cepat melenting atau buruk sangka.. jelas dlm video tu takde pon gaya pegi semayang.. nampak buang masa berborak kat luar.. patutnya pecat je ahli mcm ni dr pas.. memburukkan nama parti je.. baghal!!!

Awanama berkata...

Mungkinkah puak2 tu nak pedajal hadi? Apa2pun puak2 ni mmg hina dan keji. Merosakkan imej org islam.

Awanama berkata...

Memalukan Presiden dan MSU..????
Seolah olah Presiden dan MSU yg mengajar mereka....????
Golongan PAS yg kutuk Presiden dan MSU apa cerita pulok..?? Sape yg ajar mereka kurang ajor...???
Konon nak tegur Presiden, tapi buat taik dgn UG pulok...
Kat point mana Presiden melakukan maksiat dan menyalahi syarak dlm krisis Selangor higga sebilangan golongan PAS boleh mengutuk dan menghentam Presiden secara terbuka..???? Ada adab kaa..???

Awanama berkata...

Ai yaaa....aji,ini macam kaaa ???

Awanama berkata...

masok parti islam ingat jadi muslim tapi masih islam baqa..macam presiden dan geng yuji, pakai kopiah serban di luar tapi dalam songkok tinggi hehehe

Awanama berkata...

wala' taik babi namanya nih. huhuuu...

Awanama berkata...

Sudah jelas golongan perosak dlm pas...siapa yg sponser baju? Harap sendiri beli..cuba dgr apa hujah mat sabu lepas tu sendiri fikir lah......jangan terkejut kalau ada golongan yg cabut bila presiden atau msu berucap...anda semua yg mengajar....wala ke bala pada pas ni..aku tak pandai arab cuma sekolah melayu

Awanama berkata...

Mcm ni ke pemuda pas. Bodoh betul tindakan mcm budak?. Tak puas hati ckp depan2. Perangai sama mcm Hadi yg ckp belakang. Berdepan cabut lari. Baik pemuda ni berambus je dari pas.

Awanama berkata...

Menantu duduk dlm pransang ape citer..brapa dpt habuan..klu x de kebel blh dpt ke habuan tersebut. Mans ulamak...

in response to Memalukan Presiden dan MSU..???? Seolah olah Presiden dan MSU yg mengajar mereka....???? Golongan PAS yg kutuk Presiden dan MSU apa cerita pulok..?? Sape yg ajar mereka kurang ajor...??? Konon nak tegur Presiden, tapi buat taik dgn UG pulok... Kat point mana Presiden melakukan maksiat dan menyalahi syarak dlm krisis Selangor higga sebilangan golongan PAS boleh mengutuk dan menghentam Presiden secara terbuka..???? Ada adab kaa..???, by Anonymous.

Awanama berkata...

Salam, awak ni siapa hendak berkata begini. Just keep it to yourself O.K.. Kami tetap bersama PAS. Cuma PAS sedang melalui proses pembersihan. Bak kata Husam, siapa yang hendak berpadu dengan UMNO sila keluar dari PAS!

in response to Tu lah ...... kita dah tak sokong PAS lagi ! PAS tidak melihat jauh kedepan , mereka sesama mereka pon cam tu lagaknya ..... nama jer parti islamik . Perangai teruk dari bukan islam !, by Anonymous.

Awanama berkata...

Maaflah, dari pemerhatian aku mmg begitulah sifat kebanyakan dari puak-puak ni yg tidak boleh ditegur. Kalau tegur mula boikot, perasan sgt dia tu betul belaka. Langsung tiada nilai-nilai islam tidak tahu menghormati majlis dan tetamu, tiada sifat sabar. Sbb tu aku sgt setuju dgn pandangan Ketua Pemuda Pas yg Kelantan juga akan lingkup dlm PRU 14 nanti kalau situasi begini berterusan. Jgn ingat golongan muda menyokong Pas kerana kehebatan Pas, mereka sokong kerana utk sama menentang kezaliman dan keborosan kerajaan UBN yg menyebabkan hidup mereka tertekan dlm Negara yg dikurnaikan Allah dgn sumber rezeki yg melimpah-ruah ni. Kalau Pas pun nak bersekongkol dgn UBN lebih baik ucap saja " goodbye" pada Pas. Cakap tidak pada UG tapi tindak tanduk kearah UG. Kami yg tidak ahli mana-mana parti ni boleh menilai.

Awanama berkata...

Hadi harus rasa malu dengan puak ulama ini. Ini menunjukkan corak didikan yang diterima oleh puak ulamak ini. Sombong Bodoh !

Awanama berkata...

Jangan dok buat perangai sama dgn UMNO

Awanama berkata...

Puak yg menyokong UG & MSU lepas muktamar ni boleh bungkus kerana jelas terlibat dgn rasuah!

bat8 berkata...

Anon 7:16 As much as you think you have a right to support PAS , so do others who have decided to withdrwa their support. If you can respect for the rights of others, do expect you to have it too. Ur supporter of an Islamic party my fren, dont behave like the UMNOs.Else better join them coz they too profess to struggle for Islam. Then ur band of Islam is same as them.

in response to Salam, awak ni siapa hendak berkata begini. Just keep it to yourself O.K.. Kami tetap bersama PAS. Cuma PAS sedang melalui proses pembersihan. Bak kata Husam, siapa yang hendak berpadu dengan UMNO sila keluar dari PAS! in response to Tu lah ...... kita dah tak sokong PAS lagi ! PAS tidak melihat jauh kedepan , mereka sesama mereka pon cam tu lagaknya ..... nama jer parti islamik . Perangai teruk dari bukan islam !, by Anonymous., by Anonymous.

Awanama berkata...

50 out of how many? Then we know the % of UG in Pemuda pas.

Is good they walk out and show the truth number.

Awanama berkata...

Alahai.. Mcm ni pun ada.. Kesian jugak bila difikirkan kepada ahli2 bawahan yang melantik perwakilan bagi kawasan mereka ini.. Dimana peranan dan tanggungjawab mereka kepada ahli2 bawahan yang mewakilkan mereka sebagai perwakilan.. Jika inilah perangai yang ditunjuk oleh mereka.. Tuan guru pun akan berasa malu dengan perbuatan mereka ini. Sayang.. Inikah merupakan contoh pemimpin muda yang akan mengantikan pemimpin-pemimpin akan datang..? Harap mereka ini segera sedar akan tindakan mereka..

Awanama berkata...

Zaman politik baru tetapi kumpulan ini mundur ke belakang. Kalau ya sokong presiden dan msu namun tindakan sedemikian membawa gambaran itulah ajaran songsang tiada adab dalam majlis sendiri. Kalau tak setuju tak perlu masuk. Tindakan anda memberi kredit utk umnobn bersorak dgn gelagat kumpulan yg kononnya berpegang kpd alquran dan sunnah....hakikatnya sama seperti yg umno laungkn anda kumpulan 50 menggunakn Islam utk kpentingn peribadi...memalukan ahli2 PAS yg lain.

Awanama berkata...

Ahli PAS dah rasa mereka sudah kuat dan tak perlu bersama PR lagi. Bravo.

Awanama berkata...

Jangan tuduh mereka semua begitu. Mereka dah merasakan Berjaya, Berjaya bagi golongan yang tiada wawasan. Mereka merasakan telah Berjaya memalukan Tim. Presiden tapi mereka tidak sedar yg sebenarnya mereka Berjaya menjatuhkan maruah PAS dan nilai-nilai murni yg ada dalam agama islam. Pas akan jatuh spt jatuhnya nangka buruk.

Awanama berkata...

Tengoklah attitude bakal peimpin2 pas...mereka ini org yg tahu agama tapi tak cerdik.. tengok mat sabu, tetap bersangka baik kpd mereka2 ini...ingat ini bukan tok guru
mat sabu atsu ustaz mat sabu..

Awanama berkata...

Saja nak tahu...adakah golongan tersebut golongan salafi..?!

Awanama berkata...

Hebat sangat 50 pemuda pro Ulama sampaikan ucapan dari presiden pemuda PAS pun lu tak mahu dengar?

kepada 50 pemuda pro Ulama yang suci murni, if lu hebat sangat, I nak tanya lu memang ada dalam hadis bahawa berdosa kalau seorang peniaga menipu timbangan dalam urusan jual beli. I nak tanya lu adakah anda rasa peniaga memang jujur dah kalau dia tunjukkan penimbang dan jarum atau angka menunjukkan barang itu you rasa jujurkah? Boleh lu tunjukkan dalam Al - Quran dan hadis yang ada tunjukkan adakah penimbang itu berfungsi dengan baik atau peniaga sengaja guna penimbang yang rosak itu tipu pelanggan?

kalau 100% guna ilmu Al - Quran dan hadis tanpa ilmu kemahiran hidup hari - harilah peniaga akan kelentong lu. Tapi orang yang ada ilmu duniawi dia tengok penimbang sudah tahu dah peniaga itu cuba menipu. Sebab i cakap tidak lengkap beb kalau parti Islam 100% golongan ulama kena ada golongan profesional untuk perkara asas mengikut peredaran semasa sepertimana diatas.

So kepada golongan ulama lu jangan jadi katak dalam Al - Quran kerana lu tak jauh beza umat melayu mr.bean umpama katak di dalam tempurung kelapa.

bat8 berkata...

50 out of 547 delegates. Yet they arrogantly think they own PAS wholesale!

Awanama berkata...

buatlah baju, KAMI BERSAMA PRESIDEN PAS dan PRESIDEN UMNO, baru nampak anak jantan

Awanama berkata...

kami seluruh Malaysia tak pakai baju ni pun, jadi Presiden Pas tak dapat sokongan Rakyat?