5 Mac 2010

Zulkifli Cipta Alasan, Siasatan Bukan Soal Pendirian Terhadap Kalimah Allah (updated)

Tumpuan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kes melibatkan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin adalah berkaitan tindakannya membuat laporan terhadap rakan parti gabungan, bukannya isu kalimah Allah.

Hal ini ditegaskan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan lembaga disiplin itu tidak memberi tumpuan kepada pendirian Zulkifli berhubung isu kalimah Allah yang berbeza dengan parti.

Saifuddin berkata demikian kepada TV Selangor apabila diminta mengulas mengenai tindakan Zulkifli yang menjadikan kehadiran tiga daripada empat panel bukan Islam sebagai alasan menghalalkan perbuatan meninggalkan sidang Lembaga Disiplin.

Panel Lembaga Disiplin itu terdiri daripada Tuan Syed Kamarulzaman selaku Pengerusi Lembaga, Chew Swee Yoke, Goh Keat Peng dan P Kumar.

"Zulkifli dihadapkan ke lembaga displin bukan kerana pendiriannya dalam isu kalimah Allah, sebaliknya kerana tindakannya membuat laporan polisnya terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Pada 23 Januari lalu, Zulkifli memfailkan laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad selepas pemimpin Pas itu berkata Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988 perlu dikemas kini mengikut peredaran semasa.

Sebelum ini, perbalahana Zulkifli dan Khalid sekitar isu kalimah Allah dalam blog dan sidang media masing-masing berpanjangan hingga kesempatan itu diambil media arus perdana untuk memutar belit fakta.

"Parti menghormati perbezaan pendapat. Parti mempunyai pendirian dalam isu kalimah Allah, dan kebetulan pendirian Zulkifli berbeza dari parti tetapi parti tidak bertindak.

"Akan tetapi, kerana beliau menyerang parti rakan (dengan membuat laporan polis terhadap Khalid mengikut Akta Hasutan), Zulkifli disiasat," katanya.

Terdahulu, Zulkifli pada sidang media selepas meninggalkan sidang lembaga disiplin di ibu pejabat PKR di sini, turut enggan mengiktiraf lembaga disiplin berkenaan.

Mengulas hal itu, Saifuddin, Ahli Parlimen M achang menyifatkan tindakan Zulkifli meninggalkan sidang berkenaan sebagai tidak menghormati Lembaga Displin sebagai salah satu institusi penting PKR. -TVS



2 ulasan:

Samdol berkata...

Salam...WM di jemput ke Dewan orang ramai Kuala Selama Kedah pada 6hb mac ni jam 3 petang. Rakyat Kulim BB nak buat sidang media mendesak malaun ni letak jawatan AP Kulim BB. Rakyat, penyokong dan Pendokong Pakatan Rakyat dah jelek dengan perangai Mamat sekoq ni. Tak habis2 buat hal dan kerenah bodoh dia..... Kalau dia kluaq tak rugi apa2 pun. Dah tak ada nilai buat orang Kulim BB

Awanama berkata...

elokla..tu, aku pun sokong kalau hampa orang Bandar Baru..pakat-pakat bagi lampu merah kat dia. Kalau dia nak belah suruh belah cepat-cepat sikit..lantak dia la, nak jadi UMNO ka nak jadi bebas ka..simpan pun tak untung apa. Dia pi pun tak rugi..