5 Mac 2010

Hentikan Gangguan Terhadap KM Dan Waki Rakyat Kami

Polis semalam melawat pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk merakamkan kenyataannya dan tiga ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Lawatan itu bertujuan bagi melengkapkan siasatan 'perhimpunan haram' dan kata-kata hasutan yang didakwa dihamburkan ketika forum 'Tolak Fitnah' dan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pakatan Rakyat.

Sembilan anggota polis dari beberapa balai tiba di pejabat Ketua Menteri pada jam1.10 petang.

Dua belas pembantu kepada ahli dewan undangan negeri dengan pantas menaikkan kain rentang sebagai sokongan moral dan bantahan terhadap tindakan polis itu.

Kain rentang itu antaranya berbunyi 'Hentikan gangguan terhadap Ketua Menteri dan perwakilan kami'.

Lim menghadapi enam pertuduhan termasuk perhimpunan haram, hasutan dan juga fitnah.

Lain-lain wakil rakyat yang juga diambil keterangan mereka ialah Ong Khan Lee (Kebun Bunga), VS Raveentharan (Batu Uban) and Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak).

Difahamkan 10 wakil rakyat Pakatan telah diarah memberi keterangan. Daripada jumlah itu, enam sudah berbuat demikian, termasuk timbalan ketua menteri P Ramasamy dan Mansor Othman, serta ahli exco Abdul Malik dan Chow Kon Yeow.

Azmin Ali mendakwa BN berkonspirasi dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan pemimpin Pakatan Rakyat.



1 ulasan:

Awanama berkata...

Segugus pujian buat KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang walaupun ada yang mengatakan beliau berfikiran komunis tetapi beliau tidak pula mengambil tindakan undang-undang ke atas golongan tersebut yang juga beranggapan bahawa DAP seakan-akan pertubuhan haram yang merupakan pertubuhan subversif. Jelas sekali bahawa kalangan yang mempunyai anggapan sedemikian, malah mengagnggap Lim umpama diktator, sangat jahil dengan dunia politik. Lebih mengecewakan individu yang mengeluarkan kenyataan itu adalah wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi. Mereka kemudian jadi pengkhianat apabila lompat keluar parti, sedangkan sewaktu PRU12 dahulu mereka sanggup berhujan, berpanas serta bersengkang mata untuk meraih undi. Kiranya mereka ini melaksanakan skrip yang disediakan, tentulah amat malang serta memalukan Malaysia di mata dunia.