5 Mac 2010

PR Akan Terus Perintah Selangor Pada PRU13 - MB

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (PR) akan mempamerkan prestasi yang lebih baik, sekali gus mengekalkan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

“Saya tidak mengatakan akan mencapai kemenangan sapu bersih... tapi saya percaya, boleh katakan mempunyai peluang lebih baik (untuk kekalkan kedudukan semasa),” kata beliau pada sesi pertemuan dengan wartawan sempena dua tahun kerajaan PR Selangor di pejabatnya di sini, hari ini.

Khalid ditanya bagaimana beliau melihat peluang bagi PR Selangor jika pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat ini.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.

PR membentuk kerajaan negeri dengan kerjasama PKR, PAS dan DAP selepas memperoleh 36 daripada 56 yang diperuntukkan untuk Selangor.

Baki 20 kerusi dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dengan 18 daripadanya oleh Umno manakala dua lagi oleh MCA.

Tahun lalu, PKR kemerosotan satu kerusi ekoran tindakan Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah memutuskan keluar PKR dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Mengulas lanjut, Menteri Besar penggal pertama ini berkata PR yakin akan mengekalkan kerusi-kerusi di kawasan bandar dan tumpuan besar adalah terhadap kawasan luar bandar yang majoritinya masyarakat Melayu.

“Saya yakin kita boleh mengekalkan kerusi-kerusi kawasan luar bandar dan bahagian-bahagian (yang pengundinya) campuran,” katanya.

Kata Khalid, di kawasan luar bandar pengundinya berpecah antara penyokong Umno dan PAS atau PKR.

Pengerusi PKR Selangor ini berkata, penilaiannya menunjukkan sokongan orang Melayu bagi PR kekal sama tetapi lebih banyak perlu dilakukan untuk menembusi kubu kuat Umno, yang memenangi 18 kerusi pada 8 Mac 2008.

Kata beliau PR perlu mengadakan lebih banyak program untuk memperoleh sokongan orang Melayu di kawasan-kawasan luar bandar.

Kebanyakan kawasan yang majoritinya pengundi Melayu, jelas Khalid, 55 peratus pengundi menyokong Umno manakala 45 peratus pergi kepada PKR dan PAS.

Berhubung soal Umno-BN bergerak keras untuk mendapatkan balik Selangor, Khalid berkata, beliau tidak melihat ia mengurangkan usaha mereka kerana ia adalah fokus pihak Umno-BN.

“Beberapa kali para menteri dan perdana menteri datang ke Selangor... pada majlis Deepavali, Tahun Baru Cina (bulan lalu),” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau menjangkakan akan ada Ahli Parlimen dan Adun PR di Selangor yang akan bertindak keluar PKR, Khalid berkata, pihaknya tidak melihat kemungkinan tersebut.

“Saya tidak melihat akan ada yang keluar, bukan sahaja yang melibatkan PKR tetapi juga Pakatan Rakyat (pada keseluruhannya),” kata beliau sambil menambah risiko mengenai kemungkinan akan keluar lazimnya ada dan perlu dihadapi.

“Kemungkinan saya memperuntukan lebih banyak dengan masa dan kurang masa untuk pertadbiran, tetapi dalam seminggu cuma ada tujuh hari sahaja,” katanya.

Semalam beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin PKR dan beberapa wakil rakyat.

“Kita akan adakan lebih banyak mesyuarat... meningkatkan usaha membina semangat berpasukan... mengurangkan perasaan dipinggirkan. Bergerak bersama dalam beberapa aktiviti,” katanya lagi. -MI

1 ulasan:

Manjung Mari berkata...

UMNO silap besar dia ingat PR hanya boleh bertahan 2,3 hari jer selepas PRU-12 tu hari,nah terbukti PR semakain mantap dan nampaknya akan terus berkuasa di Selangor utk selamanya.Cuma aku nak cadang kita jgn leka sangat,kena pasang strateji jangka panjang/pendek utk hapuskan terus UMNO keparat ni.Salah satu strategi yg nak aku cadangkan ialah supaya pihak PBT di Selangor mengharamkan mana2 akitiviti UMNO dan rampas balik bangunan2 mereka.Cara ini boleh menyebab UMNO keparat tu patah kaki!!