1 Mac 2010

Keputusan Tee Beng Keluar Parti Eratkan Kerjasama Pakatan Rakyat

Keputusan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng untuk keluar daripada KEADILAN tidak memberi sebarang kesan dan impak kepada Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Malahan bagi penyokong akar umbi Pakatan Rakyat di Jelutong keputusan yang diambil beliau itu merupakan berita gembira kata ahli jawatankuasa KEADILAN Cabang Jelutong Khairil Anuar Kamarudin.

"Tan Tee Beng yang merupakan Ketua Cabang KEADILAN di Jelutong tidak pernah sekali pun turun padang mahupun menghadiri sebarang program yang dianjurkan oleh parti termasuk program anjuran rakan dalam Pakatan Rakyat," jelasnya.

Beliau juga menegaskan malah ada rakan dalam Pakatan Rakyat tidak pernah berjumpa dengan Tee Beng tetapi sebaliknya mengetahui namanya melalui media massa sahaja.

Sehubungan dengan itu tindakan beliau keluar KEADILAN dianggap satu langkah yang baik dan memberi ruang yang luas kepada calon yang lebih layak untuk menyandang jawatan Ketua Cabang kawasan itu.

"Selama menyandang jawatan ketua cabang beliau gagal mengangkat martabat parti di kawasan itu dan juga gagal menjalinkan kerjasama baik dengan rakan PAS dan DAP di Jelutong.

"Saya percaya dengan keluarnya beberapa pemimpin dan ahli yang mempunyai kepentingan peribadi ini sedikit pun tidak mengugat kestabilan dan kekuatan Pakatan Rakyat di kawasan ini kerana rakyat yang cerdik mampu menilai kredibiliti pemimpin seperti ini," kata beliau yang jugs Exco Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang.

Pada sidang media bersama rakan Pakatan Rakyat yang diadakan di markas PAS kawasan Jelutong hari ini beliau secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Tee Beng kerana memberi laluan dan ruang untuk kerjasama yang lebih erat di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. -SK

3 ulasan:

Matatech berkata...

kali ni je la dia jadi adun.

Tanpa Nama berkata...

Bila seseorang pemimpin parti tukar parti, mula laa kedengaran dari akar umbi yg pemimpin tersebut tidak pernah turun padang laa..tak pernah itu ini..tapi kenapa setelah manusia tersebut keluar parti baru dok sibuk nak cakap..kenapa ketika dia masih didalam parti tak bising???

Martoiriat berkata...

YB yg keluar parti ni kebanyakan bermasaalah.Mungkin ada tender atau projek yg beliau pohon ditolak..
Jika beliau berjuang diatas prinsip utk membela rakyat walau susah macamana pun pasti tetap diperjuangkan..
Begitulah jika pilih calun tangkap muat yg pentingkan diri burok padahnya.
YB macam ni adalah pengkhianat dan jahat kpd pengundi2nya.
Beliau ingat pengundi2 memilihnya kerana kewibawaanya. Tapi setahu saya yg pernah mengundi bukan saya memilih calun, tapi memilih lambang parti. Itu adalah realiti pilihan raya zaman ini.
Jika ditempat saya diadakan pilhan raya dlm keadaan suasana sekarang, letaklah sesiapa pun beliau bolih menang kerana pengundi bukanlah memilih calun tapi memilih lambangnya. Jika lambang itu Tongkol kayu lawan dacing dan sudah pasti tongkol kayu yg menang.