1 Mac 2010

Lintas Lansung Inkeus Teoh Beng Hock Isnin 1 Mac 2010

Inkues kematian Teoh Beng Hock bersambung hari ini

9.30 am: - Keluarga mendiang Teoh di dalam mahkamah tatkala koroner pada bila-bila masa menyambung inkues.

9.35 am: Ahli Pathology Hospital Sg Buloh Dr Shahidan Md Noor bersedia untuk di soalbalas oleh peguam mendiang Teoh, Gobind Singh Deo.

9.40 am: Shahidan menyatakan daripada 1,000 autopsi yang pernah dilakukan, cuma 10 kes yang ada kaitan dengan kematian dicekikto death by strangulation.


10.00 am: Shahidan menyatakan tanda yang dicari untuk mengesahkan kematian ialah tanda samada wujud tekanan di kawasan leher, tanda-tanda dipukul.

10.05 am: Shahidan menambah kecederaan dalaman tidak konsisten dengan perincian yang diberikan oleh pegawai yang menjaganya.

10.10 am: Shahidan mengesahkan pembedahan dilakukan terhadap tubuh Teoh semasa bedahsiasat kedua untuk menentukan kecederaan.

10.15 am : Gobind menyatakan bedahsiasat kedua menunjukkan lebih kecederaan yang nyata ditemui di leher dari penemuan pada bedahsiasat pertama. Beberapa perincian tidak terkandung di dalam laporan bedah-siasat pertama.

10.20 am: Gobind pertikaikan terdapat kesan lelas di bahagian depan, serta di kiri leher sebelumnya.

10.25 am : Shahidan menjawab bedah-siasat kedua memperincikan kecederaan.

10.30 am: "Apakah laporan itu menunjukkan pembedahan ada dilakukan?" tanya Gobind.

10.32 am: Shahidan menjawab ia ada dilakukan

10.35 am: Gobind menuduh Shahidan bahawa beliau hanya melakukan pembelaan untuk laporan bedah siasat pertama.

10.37 am: Gobind mengingatkan Shahidan tanda-tanda untuk diperhatikan - kecederaan pada leher, tanda-tanda kecederaan pada otot.

10.40 am: Gobind menyatakan tiada pembdedahan di lakukan ke atas bahagian utama, iaitu kecederaan paling jelas di leher.

10.44 am: Gobind menunjukkan 2 perkara penting untuk disiasat tidak disebut di dalam laporan autopsi pertama.

10.46 am: Shahidan berkata kecederaan lazim kedapat di leher hanya menjadi jelas setelah 24 jam.

10.50 am: Shahidan menyatakan sebab itu ahli pathologi di dalam bedah-siasat pertama tidak mengesaninya dan tidak melakukan pembedahan di situ.

10.55 am: Gobind menuduh ahli pathologist di dalam bedah-siasat pertama tidak mematuhi protokol kerana Shahidan telah menyatakan ia mesti nyata semasa bedah-siasat.

11.00 am Shahidan menarik semula kenyataannya yang menyatkan ada keperluan untuk mematuhi protokol yang tertentu.

11.10 am : Gobind menyatakan pelik bahawa protokol tidak diikuti sekalipun yang disasat adalah satu kes kematian.

11.20 am: "Ia malah boleh menunjukkan bahawa kemungkinan berlakunya satu "cover-up". Saya tak menyatakan kes ini, secara umum," kata Gobind.

11.40 am: Shahidan menyatakan ada lingkaran kemerahan di leher Teoh yang Gobind tanya ia memadai untuk mewujudkan siasatan lanjutan.

11.50 am: Shahidan menyatakan ya, Gobind memberitahu inkues bahawa ia tidak dilakukan di dalam bedah-siasat pertama.

11.55 am: Shahidan bersetuju dengan Gobind bahawa kemungkinan berlaku Teoh dicekik tidak tidak ke tahap membunuhnya.

11.58 am: Shahidan bersetuju dengan Gobind bahawa tanda pelik yang terdapat di leher Teoh adalah terkandung di dalam laporan bedah-siasat pertama.

12.01 pm: "Teoh sebenarnya telah disiksa sebelum jatuh, terdapat bukti tanda-tanda untuk mengesahkannya." kata Gobind.

12.03 pm: Shahidan menjawab, ada kemungkinan tetapi tidak besar.

12.05 pm: "Begitu.. kemudian anda tidak menyatakan sesuatu kekurangan pada laporan pertama?" - Gobind.

12.15 pm: Gobind menamatkan soal-balasnya terhadap saksi itu. Giliran penguam Kerajaan Selangor Malik Imtiaz Sarwar meneruskan soalbalas ke atas Shahidan

12.25 pm: Malik menyoal Shahidan kemungkinan Teoh dicekik ke tahap beliau tidak sedarkan diri.

12.30 pm: Shahidan menafikan kerana katanya tiada tanda-tanda asphyxia.

12.45 pm: Shahidan kini bersetuju juga dengan Malik bahawa terdapat kemungkinan Teoh dicekik sebelum beliau mati.

12.50 pm: Malik tamatkan soal-balasnya kepada Shaidan.

1.00 pm: Koroner Inkues menangguhkan pendengaran kes ke 10 Mac 2009 untuk soalbalas Ahli Majli Bandaraya Kajang Tan Boon Wah & Dr Shahidan Mohd Noor.

TAMAT KEMASKINI

Tiada ulasan: