1 Mac 2010

Wang Nazir Adalah Wang Najib

Kedudukan Datuk Nazir Tun Razak, iaitu adik kepada Perdana Menteri Malaysia disenaraikan sebagai antara 40 individu terkaya di Malaysia seperti yang dimahsyurkan oleh majalah Malaysia Bisnes sebelum ini masih dipersoal.

Berdasarkan laporan Malaysia Bisnes berhubung pegangan saham di Bursa Saham Malaysia yang dibuat pada 15 Januari lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoal kedudukan Nazir tersebut adakah disebabkan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan CIMB.

“Kumpulan CIMB tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia dan Nazir adalah CEOnya.”

“Adakah kekayaan yang dimiliki oleh seorang adik Perdana Menteri ini adalah kekayaan yang dikaitkan dengan kumpulan CIMB itu sendiri,” soalnya.

Beliau bertanya sedemikian berdasarkan kaedah biasa yang diamalkan oleh korporat, iaitu perlantikan seseorang CEO berasaskan pada pegangan syer saham terbesar dalam sebebuah syarikat.

“Kalau ikut kaedah yang diguna, untuk mengenal pasti kekayaan seseorang (adalah) berdasarkan pegangan syer di dalam syarikat yang tersenarai ini, bermakna Datuk Nazir memiliki sejumlah pegangan di dalam Kumpulan CIMB.”

Ekoran itu, beliau berkata, kedudukan Nasir juga boleh ditentukan berasaskan kedudukan kumpulan CIMB sendiri dalam Bursa Saham Malaysia.

“Seperti yang dinyatakan (Malaysia Bisnes), kekayaan Datuk Nazir dinilai dari jumlah pegangan syer beliau dalam syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia (maka) syarikat yang dimaksudkan sudah tentulah Kumpulan CIMB,” jelasnya.

Persoalan yang dibangkitkan itu sekaligus mendorong Mahfuz mempersoal kedudukan CIMB sendiri sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Setahu saya, (kumpulan) CIMB adalah syarikat kaitan kerajaan (GLC) dan Datuk Nazir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB.

“Isunya sekarang, selain pemegangan syer terbesar oleh adik Perdana Menteri itu, apakah pula status terbaru CIMB sekarang? Adakah Kumpulan CIMB masih (berstatus) sebagai syarikat kaitan kerajaan (GLC),” soal beliau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan bahawa rakyat berhak diberi penjelasan tentang status terkini kumpulan CIMB tersebut kerana syarikat tersebut berasal dari Bank Bumiputera, iaitu sebuah bank yang ditubuhkan oleh kerajaan sendiri.

“Walaupun Nazir adalah inividu yang memiliki pegangan saham terbesar, adakah kerajaan sendiri memegang syer terbesar (golden syer) dalam kumpulan CIMB pada masa yang sama,” soal beliau lagi.

Beliau juga secara berjenaka, mempersoal kaedah adik Perdana Menteri Malaysia menguruskan kumpulan CIMB sehingga disenaraikan antara 40 individu yang terkaya di tanah air.

“Adik Perdana Menteri dibayar gaji berapa oleh CiMB, bila Nazir mula menjadi pemegang saham terbanyak, daripada mana dia dapat duit kerana tiba-tiba beliau memiliki kekayaan RM385 juta.

“Ini sudah boleh dianggap pelik bin ajaib, bukan lagi adik Perdana Menteri Malaysia,” ujarnya -harakahdaily

Ulasan GB

Kena faham, kekayaan Nazir adalah kekayaan Najib. Nazir hanyalah seorang proksi. Najib boleh bila-bila masa gunakan wang kekayaan Nazir.

Itu sebab mengapa di dalam persoalan wang, Najib tidak pernah bermasalah. Nak berapa banyak? Beritahu segera jika ada YB sanggup lompat parti kepada UMNO atau paling kurang tinggalkan PR. Najib sentiasa bersedia.

Itu sebab kita sering dengar pendedahan sogokan untuk lompat parti sampai juta ringgit kosnya.

Tunggu sahaja pilihanraya terkotor 2013 dimana PR terpaksa berhadapan dengan Qarun baru ini. Billion akan dicurahkan bagi mempastikan kemenangan UMNO BN. Apa susah, ia akan boleh dipungut balik berkali ganda bila dah menang nanti.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mahathir naik, anak kaya, paklah naik menantu kaya, najib naik adik beradik kaya, gantilah dengan pakatan rakyat, rakyat kaya

Tanpa Nama berkata...

Saya tak perasan lagi sekat ini siapakah anak-anak para tokoh pejuang hebat UMNO yang benar2 mewarisi perjuangan dan pengorbanan bapa2 mereka sebelum ini..... tiada seorangpun anak2 Tun Razak, anak2 Tun Dr. Ismail, anak2 Dato' Harun Idris, anak2 Syed Jaafar Albar.....dll...