Kekerapan segelintir pemimpin Pakatan Rakyat mendapat tempat secara meluas di media arus perdana kebelakangan ini bukan menggambarkan kebebasan media, sebaliknya menunjukkan umpama ada udang di sebalik batu.
Betapa tidak? Media kawalan Umno-Barisan Nasional hanya memilih individu tertentu sahaja untuk ditonjolkan dengan nada positif dan mereka hanyalah pemimpin yang keluar parti atau individu bermasalah dalam Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, pemimpin Pakatan Rakyat yang teguh dalam perjuangan sengaja dipinggir atau dihambur pelbagai fitnah bagi menonjolkan reputasi negative di mata rakyat.
Dalam hal itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok selain menyalahkan media kawalan BN tetapi turut menuding jari kepada pemimpin yang mencari publisiti di media yang dikecam Pakatan Rakyat, antaranya Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Nordin.
“Sejak beliau menjadi Ahli Parlimen, beliau selalu ingin menonjolkan diri dengan mengeluarkan kenyataan yang menjadikan dia sebagai hero untuk orang Melayu dan juga Islam.
“Bagi saya, dia hanya nak cari publisiti untuk diri dia sahaja. Dia memang orang yang tidak ada semangat bekerjasama dalam satu pasukan. Jadi memang kita kata macam duri dalam daginglah,” katanya kepada TV Selangor.
Namun, Pakatan Rakyat apabila memerintah Malaysia kelak tidak akan mengulangi telatah BN yang merantai kebebasan media sepertimana pelakuan parti politik Umno terhadap Utusan Malaysia.
“Media tidak harus dikongkong atau dikawal oleh mana-mana parti politik. Ini adalah prinsip. Kebebasan juga harus disertai dengan pertanggungjawaban media terhadap masyarakat untuk memberi laporan yang benar dan bernas,” katanya.
Cengkaman parti politik terhadap media arus perdana mengakibatkan kebenaran sesuatu berita sengaja diputar belit semata-mata untuk memenuhi agenda politik pihak berkepentingan.
“Apa yang Utusan Malaysia buat bukan melaporkan kebenaran. Ia bukan sahaja berpihak tapi selalu menyiarkan artikal yang membakar hati macam mendorong orang Melayu untuk membenci kaum lain," katanya. -TVS

2 ulasan:
macam juga SPRM, SPR, kehakiman dan lain-lain, yang salah bebas, yang tak bersalah, salah
kita kena ingat juga... kehakiman Allah yg paling benar... akan ada balasan dari Allah.. tunggulah wahai umno bee end balasan dari Nya..
Catat Ulasan