Nik Aziz sepatutnya lepas peserta LTDL
Seorang anggota exco kerajaan Kelantan melahirkan rasa kecewanya dengan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi kerana membelakangkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata apa yang berlaku di majlis pelepasan itu di hadapan Istana Balai Besar pagi tadi adalah sesuatu memalukan.
"Ia tidak menghormati tok guru selaku menteri besar dan tuan rumah yang sepatutnya melakukan pelepasan itu," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.
Majlis pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia itu memulakan peringkat pertama dari Kota Bharu ke Kuala Berang sejauh 174.5km.
Mengulas perkara itu, Abdul Fatah berkata nama Nik Aziz, selaku tetamu kehormat untuk melepaskan peserta, dimaklumkan kepada beliau pada malam tadi.
"Sepatutnya saya dimaklumkan terlebih dahulu jika ada perubahan tetapi ini tidak dan keadaan ini sangat memalukan," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri akan mengutus surat kepada pihak penganjur terhadap insiden itu.
LTdL kali ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.
Perlumbaan melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9 kilometer untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650. - Bernama
Ulasan GB
Dasar muka tak tahu malu itulah dia. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Haram Pengaihan Wang Ihsan, kemudian menonjol diri melepaskan perserta Le Tour De Langkawi yang sepatutnya di lakukan oleh Menteri Besar Kelantan.

5 ulasan:
Kahkahkah... Awae adek husein ..... terlalu gian nok tunjuk gedebe depan tok guru tu.... dio beraso agah... sapa biso? aku ko nik aziz?..
Sabar le tok guru .... toksah ikut eighee puok2 yg gilo baso, mana pakai protokol jika nak pelekeh kerajaan rakyat majoriti rakyat Kelantan, PAS.... serupo perangai brahim ali jugok la... nak tunjuk agah & gedebe selapas menang parlimen P Mas...
Tok payoh la hantar surat tanyo sebab... nanti dio kato kito pulok yae gilo namo....
Semua rakyat tahu, dan simpati ko tok guru.. caro puok2 umno "layan" & "perhino" tok guru MB Kelantan....
Ambo raso... Alhamdulillah... lagi acap UMNO buat feel uduh ko tok guru... lagi kasih rakyat kepada tok guru... jika tok guru tahan sobar pulok.. ambo raso Allah koho kasih ko tok guru... Bilo Allah & rakyat kasih... nok ggapo lagi... seghupo nabi tahan sobar dihina ko puok2 musyrikin makkah dulu la...
Awang Adek perasan dia MB Kelantan kot. Awang Adek calon yang ditayang utk jadi MB Kelantan PRU2004 oleh UBN tetapi tersungkur dan akhirnya menjadi TMenteri ikut jalan belakang.
Inilah wajah org yang nak duit bayaran tunai tu.
Alahai..apa nak jadi dunia ini
kah... kah.. kah... memangnya org2 umno bee end ni muka tak tau malu ya... agaknya dah berapa kilo tar yg ditempek kat muka dia orang tu... ya? betul-betul muka tembok... dari perak ke kelantan lepas ni negeri mana la pulak.. hingga org paling besar dlm umno bee end pun muka tak tau malu....mcm lanun....
Saya mengesyorkan supaya Kerajaan Negeri Kelantan tidak lagi menjadi salah satu laluan LTDL pada masa kan datang. Kerana kerajaan BN terkenal dengan pakar tipu helah. Kepada Dato' Awang Adek... Kamu adalah salah seorang Pengkhianat serta penderhaka
"Malu ni Allah tak bagi kepada lembu kuba, malu ni Allah bagi pada manusia...manusia + beriman...kalu orang tu tak tau malu...maka dia lebih kurang lembu kuba ni lah...kulit muka dia lebih tebal daripada kulit tapok kaki..." ..- respon TGNA dalam sidang dewan dalam isu flag-off LTDL 2010...
kesimpulannya...oghe tu supo lembu kuba....
Allah bgtahu doh dlm Quran, Bal Hom Adhllu... Bah kan mereka lbh sesat daripada binatang...
Itulah mereka (UMNO-BN)...
Catat Ulasan