1 Mac 2010

74% Masih Yakin Dengan PKR Sekalipun 3 Pemimpinnya Telah Keluar Parti

Mula-mula Fairus Khairuddin, mantan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mengisytiharkan dirinya keluar PKR kelmarin. Hari ini dua orang kuat PKR, Datuk Salehuddin Hashim, bekas Setiausaha Agungnya dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mengikut jejak Fairus keluar PKR.

Tiga pemimpin keluar PKR dalam masa dua hari membuatkan Umno-BN ketawa besar. Lalu keluarlah komen-komen daripada pemimpin-pemimpin Umno bahawa lebih ramai pemimpin kanan PKR akan keluar parti selepas ini. Mungkin lepas ini Zulkifli Nordin, Syed Hussain Ali, malah Wan Azizah dan Anwar pun akan keluar parti juga?

Tapi ketawa besar Umno-BN tidak sama dengan ketawa rakyat. NTV7 lantas membuat kajian dalam siaran berita 1.00 tengahari tadi bagi mengetahui pandangan orang ramai. Soalannya ialah "Lebih ramai pemimpin kanan PKR akan keluar parti selepas ini?"

Malangnya suara hati rakyat tidak sama dengan andaian Umno-BN, Kajian NTV7 menunjukkan 74% penonton tidak percaya lebih ramai pemimpin PKR yang akan keluar PKR lepas ini. Hanya 26% saja yang percaya lebih ramai pemimpin PKR yang akan keluar parti selepas ini.

Sebenarnya pemimpin keluar seramai manapun tidaklah penting untuk memusnahkan survival sesuatu parti. Yang menentukan undi ialah rakyat yang mengundi. Jika kajian NTV7 mencerminkan suara hati nurani rakyat, nampaknya majoriti mereka masih yakin kepada perjuangan PKR. Keluarlah seramai manapun pemimpin PKR, ia akan menambah rasa simpati rakyat kepada parti itu. -pendikargunung


Syukur mereka keluar - Syed Husin

KUALA LUMPUR, 1 Mac: "Selepas Fairus Kamarudin, dua lagi tokoh kontroversi PKR dijangka akan keluar parti dan menyokong Umno," kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dalam satu kenyataan medianya pagi ini.

Ekoran itu, katanya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengucap syukur ke hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti.

Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti, kata Syed Husin dalam kenyataannya.

Bagi beliau, Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan.

"Apabila berhenti, beliau menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian," kata Syed Husin.

Menurutnya, atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati, PKR memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000.

"Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu," katanya.

Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya.

"Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar," kata Syed Husin.

DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN




Ulasan GB

Yang keluar tu hanya perosak-perosak parti. Bergembiralah PKR selepas ini kerana partinya telah dibersihkan dari perosak-perosak itu sebelum penyakit bertambah parah diakibatkan oleh perosak-perosak itu.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dirty people can stay long in PR..
it only for clean people....

Tanpa Nama berkata...

berambus sajalah musuh dalam selimut pakatan rakyat, PRU13 perintah malaysia, insyaallah

Tanpa Nama berkata...

yang keluar semua rekod tidak bersih, apa nak dibimbangkan..

Tanpa Nama berkata...

yang rasuah, gila pangkat dan jawatan kalau tak keluar patut disingkirkan

Tanpa Nama berkata...

Yang tak bagusnya ialah perosak2 dalam PAS dengan agenda UG masih merupakan duri dalam daging, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut. Kan bagus mereka juga bertindak seperti beberapa katak dalam PKR agar parti PAS dibersihkan dari parasit-parasit perjuangan Islam!

Tanpa Nama berkata...

survey kat TV tak memberi apa-apa makna ..lagipun yg hantar vote tu bukannya pemimpin PR...kalau setakat rakyat saja buat vote, tak beri apa-apa makna pun..bukan mereka yg memegang jawatan dalam parti..ahahahah...ni semua salah pemimpin PR..yang tak ada jati diri..mcm lalang..

Adam Danial (Calcoma) berkata...

Keluarlah wahai pengkianat. Seekor lagi lawyer yg perasan dia pandai tentang islam suroh dia berambus.Kalaulah betul2 dia nak pertahan islam pergi palestin dan berperang lah dengan zionis. Lawyar buruk ni kita tengok mudah-mudahan dia masuk umno masatu baru hilang taring dia kelak.

Tanpa Nama berkata...

Apakah kita perlu mengikut provokasi media dan terikut menjadi bodoh sepertimana katak-katak yg tak bermaruah itu?

Tanpa Nama berkata...

Apakah kita perlu mengikut provokasi media dan terikut menjadi bodoh sepertimana katak-katak yg tak bermaruah itu?

newvoter berkata...

pemimpin yg nak keluar terpulanglah.
namun kami pengundi pr tetap menyokong pr. Pr13 menanti anda.

Tanpa Nama berkata...

dia hanya nakkan islam yg diamalkan oleh umno bee end aje.... bolehlah nanti bini dia pun tak payah pakai tudong, atau jadi woody wood pecker... BERAMBUSLAH KAU WAHAI PENGKIANAT AGAMA ALLAH. TUNGGULAH BALASAN ALLAH DI AKHIRAT KELAK, SBB DISANA NANTI SUDAH TIDAK ADA KEAMPUNAN DARI ALLAH LAGI.... INGAT TU..... API YG MENJADI BAHAN BAKAR ADALAH DARI TULANG TULANG KAMU SENDIRI.