19 Jun 2015

Memang TOLOL Jika Percaya UMNO Sokong Hudud


Putrajaya enggan berikan komitmen sokong hudud PAS

Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Mahkamah Syariah muncul dalam kertas arahan Parlimen semalam.

"Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim merujuk kepada rakannya Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Shahidan menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menyimpulkan Putrajaya tidak mahu menyokong undang-undang jenayah Islam selepas mendapatkan penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengapa usul itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu.

Pandikar meningatkan Mahfuz beliau pernah bermesyuarat dengannya bersama Hadi, dan Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan di pejabatnya, dan sudah memberikan pendiriannya berhubung isu hudud.

"Oleh kerana anda bertanya, usul dibawa Marang memenuhi syarat-syarat untuk Standing Order dan sebab itulah saya masukkan dalam kertas arahan," katanya merujuk kepada Hadi.

"Akan tetapi Standing Order juga mengatakan urusan kerajaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum ianya boleh didebatkan, kecuali diusulkan kerajaan sendiri."

Mahfuz kemudiannya berterima kasih kepada Pandikar kerana memberi jawapan kerajaan tidak bersedia menyokong rang undang-undang tersebut, menyebabkan Pandikar marah.

"Saya tidak cakap itu, itu tafsiran Yang Berhormat, jangan heret saya ke dalam agenda politik Yang Berhormat," katanya.

Rang undang-undang diusulkan Hadi berada dalam senarai untuk didebatkan di sidang Dewan Rakyat yang berakhir hari ini.

Tidak kelihatan peluang ia didebatkan kerana masih terdapat 11 rang undang-undang kerajaan termasuk 14 lagi usul daripada ahli Parlimen.

Mengikut konvensyen, urusan kerajaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum rang undang-undang lain diberikan laluan. – TMI


Hadi kena main dengan Umno isu hudud, kata Kit Siang

DAP berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dipermainkan Umno apabila usahanya membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen tidak mendapat sokongan parti Melayu itu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sama ada Umno tidak mempunyai niat atau kebolehan bagi menunjukkan sokongan di peringkat Parlimen, 48 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak tidak akan digunakan untuk tujuan itu.

"Kemunculan rang undang-undang persendirian melaksanakan hudud dalam aturan mesyuarat Parlimen dua hari lalu menunjukkan Hadi diberi ganjaran kerana menukar arah politik di mana Umno sangat dihormati manakala DAP disetankan dengan bahasa kasar di muktamar.

"48 ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak bukan saja mengundang risiko kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri tetapi survival perpaduan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini berkata Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian itu muncul dalam aturan mesyuarat.

"Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Shahidan menjawab soalan Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyimpulkan Putrajaya tidak mahu menyokong undang-undang jenayah Islam selepas mendapatkan penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengapa usul itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu.

Lim berkata walaupun Pakatan Rakyat (PR) sudah berakhir, DAP akan meneruskan kerjasama dengan parti politik yang mempunyai prinsip merealisasikan "impian Malaysia".

Katanya, tiada apa yang perlu disedihkan dengan ketiadaan PR kerana impian Malaysia seperti perpaduan, keadilan dan maruah perlu direalisasikan.

"Kami di DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin PAS yang melanggar Dasar Bersama PR.

"Tetapi kami bersedia bekerja dengan entiti politik dan rakyat yang komited kepada dasar Dasar Bersama termasuk ahli PAS di pelbagai peringkat yang tidak menolak atau meninggalkan Dasar Bersama PR," katanya.
-TMI






ULASAN GB

Hari itu haji Hadi mengucapkan perkataan TOLOL kepada sebilangan ahli PAS yang kononnya mahu berpecah. Sekarang ucapan TOLOL itu kembali kiepada si penuturnya iaitu Haji Hadi sendiri. Dua kali Private Bill disenaraikan kedua-dua kali tidak dapat dibentangkan. Tidakkah TOLOL namanya jika masih mempercayai UMNO sokong hudud? Lim Kit Siang pun tahu PAS telah berjaya ditipu oleh UMNO.

Yang menambahkan tololnya lagi ialah pihak parlimen meletakkan aturan mesyuarat yang melibatkan Private Bill di atas meja ahli-ahli Dewan Rakyat. Kononnya Private Bill itu akan dibentangkan oleh YB Marang, sedangkan YB Marang tidak berada di dalam negara, dia masih berada di Jepun. Bukankah itu TOLOL berganda namanya? Haji Hadi seolah-olah mempermainkan umat islam di negara ini, hantar Private Bill tetapi beliau sendiri terbang ke luarnegara semasa Palimen bersidang. Ponteng lagi. Tak berdosakah jika tidak menunaikan amanah sebagai seorang ahli parlimen?

Satu lagi hal, yang bangun mempertikaikan isu tersebut ialah Mahfuz Omar, MP Pokok Sena yang kalah dalam pemilihan Muktamar yang lalu. Adapun yang menang dari kalangan PASUG seperti Idris Ahmad, Nasruddin Hassan Tantawi, Nik Abduh dan lain-lain membisu. Berdegar-degar di luar parlimen mengenai hudud tetapi jadi tikus mondok dalam parlimen, terus membisu dan tak tahu nak mendebatkan isu. Inilah KETOLOLOLAN maha hebat kumpulan ulama PAS dalam Parlimen.


Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan Keadilan, kini Allah dedahkan siapa SI TOLOL yang sebenarnya.

43 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku rasa hadi ni agen umno. dia mesti tau bahwa ruu tak akan dpt dibentang. nazri kata sbrg undg2 berkaitan Islam kena mendpt restu majlis raja dan agung. kalau majlis raja2 pun tak pernah bincang pasal ini, mcm mana nak lulus?

cuba tanya sapa yg draf ruu utk pembentangan? ajk pas pusat tak tau. sua tak tau. hanipa pun tak tau. hanya hadi saja yg tau. kalau bukan ahli pas yg draftkan, takkan umno pula?

tujuan hudud yg bukan hudud hanyalah mainan utk pecahkan pakatan. inlah contoh ulama jahat yg sentiasa jadi barua pemerintah zalim. knp tangguh perletakan jawatan di penang?

dia yg mohon dibentang hingga sanggup tipu rakan, dia pula yg ponteng sidang.

Tanpa Nama berkata...

Apa la punya bingung pas nih.Mahfuz pun sama,xkanla xtahu sifat umno,rakyat biasa mcm kami ni pun tau yg umno mmg xnk layan hudud dudud nih.cuma nk pancing pas je.yg ulamak pas bahalol sangat smpi blh makan umpan umno tu napa.Adakah mentaliti fikiran ulamak umno lebih lembab dari kami ni rakyat biasa....Nik Aziz dh bgtau awal2 jgn jatuh lubang 2 kali.ni awat bodo sgt oiiiii.geram btl.ulamak mmg haprak btoi....jgn harap rakyat kasi peluang ulamak lg......g jaga surau je sudahla takyah masuk politik menyusahkan org je.phui

Tanpa Nama berkata...

Hadi lari ke jepun awl2 lagi sbb tau x blh bentang last2 minit mcm ni..

kah kah kah...

tahniah umno...
tahniah pas..

no more votes for them..

Tanpa Nama berkata...

Nama pun Nik Bodoh.luar dewan berdekar Dekar je

Malaysiabaru berkata...

Admin,

Hadi percaya

Nik abudoh percaya

Zuhdi zionis percaya

Semua ajk pas yg baru percaya

Adakah Allah telah tunjuk kpd dunia mereka ni tolol?

pak maun berkata...

Pada aku Mahfuz x salah. Dia cerdik. Dia pun tahu keputusan ini cuma dia nak benda ber"suluh" terangnya. Dia nak memerangkap geng ahli parlimen pas yang pro ug. Nampak kan, ada geng pro ug tu berhujjah? Ketua diorang pun ponteng sidang parlimen. Sedangkan bab hudud yang kononnya dioranglah pejuangnya, pun diorang x kata apa, apatah lagi nak berhujah bab GST, bab 1mdb dan kenaikkan harga dan rumah yang lagi susah? Diorang ni cakap je pandai tp tak berkelayakan pun utk jadi pemimpin. Hudud hanya digunakan utk menutupan kejahilan mereka dalam byk aspek pentadbiran yang lain sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Ularmak2 jahat dlm Pas sebenarnya tidak yakin utk laksanakan hudud. Hudud akan terus jd mainan golongan ularmak munafik menjelang setiap pilihanraya utk kepentingan politik sempit mrk.

Agama Islam dipersendakan oleh Hadi dan sekutunya demi kesenangan duniawi. Najib kencing Hadi, Hadi kencing seluruh jemaah Pas. Sekarang semuanya dah melePAS jadi HamPAS. AllagaPAS..

Unknown berkata...

Salam Ramadhan Semua.

Rasa kesihan juga rakyat Malaysia dan ahli-ahli Pas yg jujur dan bertungkus lumus mendapatkan undi pada wakil-wakil mereka, Wakil2 ug Di parlimen yg diberi gaji dari Rakyat tak cakap sepatah pun tentang Hudud, Tawkey nya sedang berada di Jepun,ketua mursydul berada di mekah, bagaimana nak memerintah negara.Inilah yg dijanjikan pada muktamar di depan para perwakilan.

Rakyat malaysia dah keseluruhan Ahli-ahli PAS, KENA FAHAM, akan situasi yg ALLAH nak tunjukkan bahawa mereka-mereka ini tak ada VALUE langsung nak bawa ahli-ahli ke MANA???Ke Depan??Ke Belakang, Ke tengah?, ke kiri? ke kanan??ataupun Tak kemana-mana!!!!!

Dalam PAS hJ.HADI dan Dalam PKR Azmin adalah LIABILITI pada PR,Mereka2 ini ada persamaan didalam kepimpinan,jealousy/irihati pada rakan-rakan seprjuangan yg lebih popular dari mereka,DALAM pas, Mat sabu lebih popular dari HjHadi,Rafizi Lebih popular dari Azmin pada majority rakyat berbilang kaum,cara jalan mudah mereka buat cara umno "Cah keting" untuk jatuhkan nya.
Cara dan modus operandy yg sama di gunakan untuk menjatuhkan lawannya dalam pemilihan dgn mengunakan"CHAI" ,dan cara yg sama digunakan bila ada "URGENCY"Meeting mereka tidak "hadir",dgn cara yg sama digunakan "fitnah"
Mereka-mereka ini tak akan memikirkan ahli-ahli dekat bawah,prisip2 permuafakatan PR ,yg penting Jawatan dan kemashuran sendiri ditunjulkan seperti hj hadi menunjulkan keulamakkannya,Azmin menunjulkan bersama rakyat tapi pada hakikatnya persefakatan PR jatuh merudum tiada boleh diperbaiki lagi.
Alternativenya G-18, ADALAH PILIHAN TERBAIK utuk rakyat Malaysia untuk membawa kedepan dgn VISI yg clear.

Selamat berpuasa tuan-tuan semua.
Tiada terniat nak membenci tubuh badan mereka,Cuma kita sebagai rakyat kena berhati-hati (MEREKA ADALAH pemimpin rakyat) terhadap tindak-tanduk amalan mereka dimana "apa yg dicakapkan,tidak sama amalan yg dilakukan".
WASSALAM

Tanpa Nama berkata...

Masa masok hospital siapa bayar bill2 semua tu

PAS mana ada duit , insurans pon tak dak kot

Mungkin ter hutang budi bawa sampai KIOK

Sebelom KIOK bagi PAS KIOK dulu

Macam macam boleh jadi di dunia ini

air gunung berkata...

Nik abduh shy2 cat.sajer jer.nanti dia kuar cakar rimau berdarah pendikar amin n ummgok. kih kih.kan kan kan walaauun kan.x caye tnye m.rosli.

Tanpa Nama berkata...

Isu ni sebenarnya nak bagi golongan profesional tersepit saja...so puak konon ulama ni dapatlah racun akar umbi utk jadikan sebab menang dalam muktamar...mahfuz tu nak perli puak konon ulama tu...

Tanpa Nama berkata...

Mana pencacai Hudud yang dulu bukan main hebat memperjuangkannya sebelum muktamar berlangsung, semua ahli parti yang rapat dengan DAP dan PKR dianggap pengkhianat yang dianggap tak sokong hudud khianat pada presiden.

Sekarang kenapa diam bila hukum hudud tidak dibentang dalam parlimen.. Pencacai Hudud memang sial dan bacul. Memang patut DAP terajang keluar dari kerajaan negeri Pulau Pinang. THarapkan serban besar atas kepala tapi tak ada maruah diri.....khaikk tuii.

Tanpa Nama berkata...

Bentang usul kat jepon lagi baguih.

sizzly7761 berkata...

Wala'un tololtum...wa fulusi fidduniya!

Unknown berkata...

Itu penyokong haji hadi..wan rosli ka? Aiseh..dia skrg sudah malu-malu kuncing kot dgn perangai haji hadi & co..
Entah2, wan rosli keluar rumah sudah pakai tudung..utk cover malu kihkihkih..

Unknown berkata...

Mahfuz seorang politikus yg berpengalaman dlm dewan.Gua setuju dgn pendapat lu.

Unknown berkata...

M Rosli tgh buat2 bodoh je baca komen lu.Nak wat camner M Rosli memang tergolong dlm group bangang...

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi TOLOL sebab percaya dgn janji manis umno...dan Hj Hadi juga seorg BARUA apabila berjaya menjadi agen pemusnah Pakatan Rakyat...perangai JEBON ini tidak akan kami lupakan...terima kasih Hj Hadi...

Tanpa Nama berkata...

Mana perginya suara perwakilan PASCAI yg bangang...aku nak boo ni...
wala' membabi buta dgn bekalan cai sbg buah tangan habis PAS berantakan...
akhirnya kes hudud ni diperbodohkan oleh geng umno...padan muka...sekali lagi aku nak boooooooooooooo....

Tanpa Nama berkata...

M rosli pascai mana? taknak komen apa2 ke? Huhuhuuu...

Tanpa Nama berkata...

Kes hudud ni dah berapa kali setiap pilihanraya akan dijadikan modal oleh umno utk pecah belahkan Pakatan Rakyat...tapi sayang selepas Nik Aziz tak ada...barua2 ini sanggup melayan isu ini utk berjaya juga membuat Pakatan Rakyat berpisah...bodoh bin bangang...

rakyat susah berkata...

Ada sesiapa blh terangkan knape hudud x wajib dilaksanakan lgi di malaysia?ada nas2 yg blh menerangkannya..konfius skit..

cucu mamak kutty berkata...

bukan hadi kena main tapi rakyat yg dah kena tipu dgn kemunafikan ulamak pas,selama yg aku tahu hampir keseluruhan ajaran2 sesat dan di katakan sesat yg mempunyai berjuta2 pengamalnya adalah diasaskan oleh ulamak2 yg sesetengahnya dok mengaji kat mekah berpuloh2 tahun,tapi sesat....fikir2kan lah....klu salah apa yg aku cakap ni ...betulkan lah

Tanpa Nama berkata...





Bila kita tidak setuju PAS Kelantan buat hudud, kita di katakan lawan Allah. Habis yang beriya-iya sokong hudud kemudian diam semasa di parlimen tu bukan kah hipokrit pada Allah. Sedangkan Allah Maha Mengetahui. Kita tahu dan sedar mereka hanya menguna hudud untuk kepentingan mereka, bukan kita nak lawan Allah. Perkara yang susah kena lah buat betul-betul dan dengan bijak. Ini barang kepunyaan Allah.

Mana hujah yang mempertahankan yang orang lain yang tak berkenaan, jangan sibuk sebab hudud bukan kena ke atas mereka cuma pada kelantan. Sekarang bukan Kelantan sahaja yang kena tempias tapi seluruh umat Islam tempiasnya. Hudud dah jadi barang jual-beli seperti di pasar yang nilai nya sangat rendah.

Adakah sekarang ini yang di maksudkan 'Sekurang-kurangnya PAS telah usahakan hingga ke parlime' tapi Hj Hadi kat mana? Hj Hadi kat mana? Mereka yang dulu marahkan LKS datang ke Kelantan kerana mengatakan sedangkan di Mesir pun tak laksana hudud, jangan lah sama berpura-pura pada Allah.

Sekarang ahli parlimen pro UG lepas tangan, buat tak tahu, tak ada langsung rasa malu pada kita. Kalau hudud pro UG buat macam ini patut lah label dan boo orang tak menjadi hal pada mereka.

Ya Tuhan Kau jauhi lah kami dari golongan munafik.

Kepada Allah kita kembalikan.


zab berkata...

Saya pernah komen sebelum ini, bak kata Abdul Wahub "Kamu tahu dia tu penipu, muka dia pun muka penipu. Yang kamu bijak pandai sampai kena tipu dengan dia tu Kenapa? Bahalol!"

Sempena Ramadhan, tak mahulah sampai caci maki. Cukuplah kita fahami maksud tersiratnya. Namun, tak dapat tidak, saya merasakan kitalah yakni pengundi dan ahli PAS sebenarnya yang kena tipu dengan geng UG ni.
Saya nak mintak sapa sapa ada maklumat pasal Zuhdi Marzuki ni tolong hebahkan. Kita tak tahu latar belakang dia. Setakat kata dia ni pensyarah UM. Tak tahu sama ada dia dapat kelulusan UM untuk aktif dalam politik sebagaimana dalam peraturan am. Bagaimana dia boleh mencanak naik dalam hirarki dsb.

Seorang lagi ialah Mokhtar Senik. Kita tahu dia bekas al Maunah. Tapi sumber tertentu kata dia selalu jumpa SB. Ini pun perlu disiasat kerana musuh telah berjaya memecahkan PAS. Puncanya perlu disiasat.

Tanpa Nama berkata...

Korang katalah cukup-cukup. Kalau TGHA ditakdirkan mati sekurang-kurangnya dia jawapan dihadapan Allah kerana telah cuba menegakkan hukum Allah, kena main ke tidak itu isu no 2, yang penting apa usaha dia dan kita ??. Komen korang semua macam orang takdok iman, kalau korang benci sangat batang tubuh TGHA pun toksah dok perlekeh apa yang dia bawa, kalau kita mati hari ini, korang nak jawap apa?? korang adalah orang yang tergolong memperlekehkan usaha orang lain yang hendak menegakkan hukum Allah.. nauzubilla himin zalik.

Tanpa Nama berkata...

Haji hadi ada jwapan di hadapan Allah?
Bagaimana kalau ditanya:
1) Mengapa kamu tolol sangat dah tahu umno itu penipu dan kamu masih ppercaya mereka sokong hudud?
2) Apakah kamu tak faham hadith Rasulullah supaya jangan terjebak dalam lubang biiawak dua kali? In dah kali ke berapa kamu masuk lubang biawak?
3) Mengapa kamu celupar sangat mentolol dan membaruakan orang terutama ahli-ahli kamu?
4) Mengapa kamu kerap pontentg daripada menjalankan amanah kamu sebagai seorang ahli parlimen?

Tu baru empat soalan.
Nanti akan ada yang meminta kepada Allah

"Ya Allah kamu masukkanlah haji Hadi ke dalam neraka kerana dia telah menyesatkan kami, dia membuat kami bertelagah bersama yang bukan Islam, kerana baginya hanya umat Melayu yang betul dan yang bukan Melayu salah... sedangkan dia tidak amanah, tidak datang mesyauarat, tidak datang parlimen, tidak adil di dalam kepimpinannya - hanya memenangkan pyak-puaknya..."

Amacam?

Tanpa Nama berkata...

Wahai "rakyat susah",

Haji Hadi sendiri pernah menyatakan hudud bukan keutamaan di negara ini.

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan
negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).

"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.

"Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. - Bernama

Tanpa Nama berkata...

Hadi awang memang dah tahu dah yang RUU ini tidak akan dibentangkan itulah sebabnya dia pergi ke jepun meninggalkan persidangan dewan lagi pun bukankah sudah ada para pembela bisu yang dia tinggalkan didewan kecuali ahli yang degil untuk nak bertanya sebab mereka telah ditolak oleh perwakilan cai yang tolol sekarang siapa yang tolol dan dah jadi barua yang pening dengan pil kuda bukan penyokong yang menyandang jawatan yang nterpaksa melpaskan jawatan atau menerima resiko dipecat bahkan ada yang telah dipecat kecuali seorang yang masih dipertimbangkan oleh LGE itu pun atas dasar perlantikan hubung kait agama yang lain mungkin sebelum raya nanti mesti akan dikosongkan,dimanakah dato Mahfuz AJK DUP yang begitu lantang dulu kenapa diam tak mahu mmembela anak buah yang akan dipecatkah,kita tunggu dan lihat.

Unknown berkata...

Marilah kita pakat siasat siapa sebenarnya mokhtar senik al maunah dan zuhdi anjing marzuki...i believe they are SBs...jom marilah sama2 kita semua menyiasat dan membongkar identiti anjing2 perosak ini.
Ayah ping marang tolong letak jawatanlah malu ko anjing la olarmak perangai macam kamu.PAScai selamanya tolol.

Tanpa Nama berkata...



Sebelum nak dibentang, ahli parilimen BN telah mendapatkan pandangan Dr Maza. Dan kita tahu pandangan Dr Maza hampir sama dengan kita. UMNO memang menolak hudud atas pandangan tersebut. Bagaimana pun dalam keadaan sekarang UMNO bijak tidak mengulangi pendirian yang mereka menolak hudud seperti sebelum ini.

Mengapa Hj Hadi membentang hudud ini tanpa mengambil-kira pandangan ulama yang lain? Sedangkan UMNO tentu juga telah merujuk kepada ulamak mereka sendiri tetapi mereka masih mendapatkan pandangan dari Dr Maza. Terang sekarang ialah PAS jadikan hudud perjuangan parti bukan perjuangan Islam.

Kita rasa lah kan, sebelum Allah tanya kita, yang kena tanya dulu ialah Hj Hadi dan Yusuf Qardhawi. Kalau Yusuf Qardhawi lepas, kita pun lepas. Kalau Hj Hadi tak lepas anon yang atas 9 27 am pun tak lepas,

Macamana lah usaha yang gagal ini sudah nya anon boleh kata 'usaha'.
Selepas ini, desak pulak UMNO bentang hudud di negeri masing-masing dan cakap pada MCA, lu jangan takut, ini hudud sampai parlimen jugak, Mesti parlimen tolak punya. Kita mau tunjuk sama melayu itu UMNO sudah usaha maa.

Kena main atau tidak, tapi bila hudud ada halangan yang boleh di selesaikan oleh UMNO yang beragama Islam maka ahli parlimen pro UG sepatutnya menyalahkan UMNO atau keciwa UMNO tak usahakan sehingga hudud berjalan lancar. Tak ada satu suara dari pro UG yang menekan UMNO seperti mula-mula hudud di jadikan isu. Sampai tak boleh sembahyang jika imam UMNO.

Usaha mesti di ikuti dengan niat. Tapi kalau usaha di ikuti dengan keinginan pergi ke Jepun, itu nama nya bukan usaha.

Kepada Allah kita kembalikan.




Tanpa Nama berkata...

hadi nak tegakkan hukum Allah? sila cerita disini dimana hududnya rang undang2 yg dibentangkan itu?

hadi kononnya beriya2 sangat nak bentang ruu bukan hudud Allah itu ke parlimen. tapi bila parlimen bersidang dia ponteng. KALAU ORANG YG MATI2 NAK BENTANG RUU (BUKAN HUDUD ALLAH)TAK DATANG PARLIMEN, TAK KAN NAK SURUH LIM GUAN ENG TOLONG BENTANGKAN!!!

kenapa bila mahfuz persoal menteri tentang pendirian kerajaan tak ada sorg geng ostad yang bangun sokong? kenapa senyap mcm tikus? mana pergi rimau yg pemalu tu? pemalu ke pemalas? mana pergi yg ada siku dan lutut tu? knp tak guna?

disini terserlah penipuan geng ostad dlm menipu rakyat Malaysia terutama ahli2 pas.

hudud yg dibentang bukan hudud Allah spt dlm al-Quran. ISTILAH hudud digunakan hanya utk meraih undi di muktamar. ahli2 yg jahil termakan umpan wala. dicanangkan hadi nak laksana hudud. sapa tentang hadi sama spt menentang hudud.

sebenarnya hudud hanya mainan. bila dlm parlimen ostad2 berpeluang membahas, tp mereka diam menikus. yg sepatutnya bentang ruu tsb ponteng pergi jepun. kalau tak dtg mcm mana nak bentang?

Tanpa Nama berkata...

Saudara...bukankah Islam itu tertib dan tersusun.
Rasulullah berdakwah pun dgn tertib dan berperingkat...bermula secara sulit dan kemudian terangan-terangan.
Al-Quran pun turun dgn tertib dan berperingkat.
Nak wuduk dan solat pun ada tertib..
Dalam hal ini...kalau PAS cuba membentangkan hudud dgn melulu..sekadar nak cakap..
"Hoor...ambo buat doh...ambo nok bentang doh...ore doksir buat tu bukey saloh ambo...tugas ambo selesai doh....Tuhan dok murih doh..."
Mana boleh macam tu...hendaknya Hudud tu diperhalusi betul2 dgn rakan-rakan...dgn semua mufti..dgn majlis Fatwa...dgn perundangan.
Ini org kuat PAS pun sendiri tak tahu mcm mana?
Itu dah tak tertib.....saloh tu.
Rasulullah pun laksanakan hudud last sekali kerana Rasulullah nak semua itu berlaku dlm tertub dan sempurna.
Janganlah kerana kita buat kepala sendiri...hudud itu Hak Allah dgn sifatnya sempurna..tiba tiba gagal dilaksanakan kerana khilaf kita manusia yg melaksanakan...itu dah berlaku pada negara negara lain sebelum ini.
Kerana kelemahan dan sikap ambil mudah itulah Islam dan Hudud dipandang sinis dan rendah oleh agama lain..

Berbalik isu kononnya TGHA di akhirat nanti dah selesai tgjwb dia..Allah takan persoalkan dia lagi.
Salah kot....itu jawapan nak lepaskan tgjwb bukan menunaikan amanah.
Lagikan pasal kejut solat Subuh pun Allah akan persoalkan...kenapa tak kejutkan rakan kita bangun solat..? Kita jawab..saya dah kejut...nanti Allah tanya lagi..kenapa ko tak kejutkan 2 kali..3 kali..4 kali.

Faham2 kan...

Unknown berkata...

PAScai bertopengkan agama utk habuan dunia.

zab berkata...

Ada seorang ketua pemuda PAS kawasan Kuala Selangor cuba menjustifikasikan ketiadaan TGHH semasa sesi semalam. Katanya TGHH smart sebab dah tahu usul tu takkan berjaya pada sesi ini sebab atas sebab teknikal dan selepas ini UMNO dah kehabisan alasan untuk tak laksanakan hudud.
Nak gelak pon ada bila baca kenyataan macam ni. UMNO boleh guna hujah al-Qardhawi dan Dr MAZA lah. Sama macam apa yang kita faham.
Abdul Wahub pon gelak guling guling nanti.

Tanpa Nama berkata...

Mana pergi geng tolol ulamak? Sibuk kata golongan progresif tolak hudud. Kita dibuktikn gol progresif yg memperthnkn hudud. Mana pergi celaka nik abduh. Oh lupa sicelaka ni sibuk tnya bola sepak

Tanpa Nama berkata...

Amacam pula bila tuang presideng kena tanya "awat hang pi bentang hudud kat jepung?"

Tanpa Nama berkata...

Siku lutut cakar harimau takooot kena halau dari dewan sambil mengiyakan alasan speaker.mereka tak kesah bila urusan allah dikendiankan selepas urusan kerajaan.harap2 tuang presideng bentang ruu dijepung.

anakdesa berkata...

"KEBAIKAN YANG TIDAK DIRANCANG AKAN TEWAS KEPADA KEJAHATAN YANG TERANCANG" kata-kata saidina Ali r,a.

Sesuatu parkara itu kena ada perancangan yang bijak.

Unknown berkata...

Mana nik abodoh dan tantawi siku lutut tak malu ke?Tak nampak pun dua ekor beruk mat yeh ni berucap di parlimen.Kalau di muktamar bukan main lagi sombong.Dasar ustaz fulus sikum pussy kum kum muka letak kat jubur taik.

Tanpa Nama berkata...

go to hell to all munafik haraki yg membodohkan rakyat dgn gula2 hudud ciptaan umno.

PAS UG mesti dibenam kan dlm tanah.

semua UG sedang meleleh air liur menanti habuan dpd umno kerana berjaya menipu rakyat dan berjaya pecahkan PR.

merekalah sebenarnya munafik haraki, jebon umno, najibrinas, sekular agama dan islam assobiyah terlaknat.

sedap2 pegi Jepun, buat disana tuan haji.. cari yg baru ke?

Tanpa Nama berkata...

UG menjual agama dgn dunia, sanggup tikam rakan sendiri demi wang dan habuan yg dijanji umno.

harap2 umno tipu lah depa lagi, jgn beri upah apa2 pun. biar depa hanyut begitu saja.

aku sgt menyokong umno utk tipu mereka itu, lebai2 malang habis perjuangan tergadai.

pastikan mereka habis madu sepah dibuang umno jauh2 dlm longkang belakang rumah Guan Eng.

PAS adalah sejarah hitam kehancuran perjuangan islam dan melayu sepanjang sejarah tanah melayu.

lan44646 berkata...

Tolak pas bukan tolak Islam ,pemimpin terkini lebih Byk keburukan Dari kebaikan ,
Tolak sekarang sebelum parah,
Umno tunggu pas kuat semula baru open temder, pemimpin chai wajib disingkirkan ,
Dari jadi pemimpin Rakyat ,