24 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Khalid Tidak Terjejas Sebagai MB Selangor

Arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melunaskan hutangnya berjumlah RM66.67 juta kepada Bank Islam, tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Malah dakwaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan akhbar, bahawa Khalid telah menyalah guna kuasa, dianggap berniat jahat.

Tan Sri Khalid yang ditemui lewat petang semalam berkata, pinjaman tersebut dibuat bertujuan untuk membeli saham syarikat perladangan, Guthrie pada 2001.

Katanya, beliau sudah membuat saman balas dan sedia mengemukakan dokumen berkaitan untuk menghadapi kes berkenaan di mahkamah.

“Kalau ada perkara-perkara yang mereka dapati mereka lakukan jadi jangan mereka buat spekulasi, ini fitnah, dalam bulan yang mulia ini kita tak boleh buat fitnah, jadi kalau niat jahat tu jahat. Tapi saya telah menyatakan persediaan saya untuk mengadakan dirundingkan di mahkamah supaya kita mendapat kebenaran dan saya bersedia disoal siasat dan dibawa dokumen-dokumen yang saya ada, sama dengan dokumen-dokumen Bank Islam supaya kita tunjukkan”, katanya.

Khalid berkata kepada TV Selangor selepas menyerahkan sumbangan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Nurul Iman, Ijok malam tadi.

Beliau turut mengulas tindakan sesetengah pihak yang mendesak supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dan menumpukan masalah hutangnya.

Kata Khalid, tuduhan Khairy itu sudah digembar-gemburkan sejak Pilihanraya Kecil Ijok pada 2007 lagi, dengan mendakwa Bank Islam mengalami kerugian berbillion ringgit berpunca daripada tindakan Abdul Khalid ketika itu.

“Jadi Khairy bersifat begitu maknanya dalam hatinya dia pun buat kelakuan macam itu. Saya ada bezanya dengan Khairy, kerana bezanya saya dah buat tugas-tugas ini, Khairy baru nak merancang membuat, jadi kalau budak muda nak cakap banyak tak boleh, tunjukkan bagaimana beliau memberi sumbangan kepada rakyat dan negara. Saya sudah bagi sumbangan, tapi kalau cakap hanya mengata orang tak boleh, jadi saya harap ini UMNO nie kena baik-baik cakap,” jelasnya.



Tiada ulasan: