26 Ogo 2014

Haji Hadi Perlu Diangkat Mursyidul Am PAS, Lepaskan Jawatan Presiden


Mesyuarat PAS tegang, pemimpin tolak pilihan MB Selangor Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan penentangan ahli partinya sendiri apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor menolak calon menteri besar Selangor pilihannya – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika mesyuarat jawatankuasa pusat, seminggu selepas mereka memutuskan menghantar dua nama.

Mesyuarat semalam menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kata sumber.

“Terdapat ketegangan apabila Hanipa mempersoalkan langkah menyokong Azmin selepas 30 Adun termasuk Azmin sendiri menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Hanipa mahu tahu siapa lagi menyokong Azmin,” satu sumber memberitahu The Malaysian Insider dan menambah tiada jawapan diberikan kepada soalan itu.

PAS mempunyai 15 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR mempunyai 13 dan DAP 15. Selebihnya adalah 12 Adun Barisan Nasional (BN) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar yang kini menjadi Adun bebas selepas dipecat PKR.

PAS, PKR dan DAP menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) yang mengatakan 30 Adun, termasuk dua dari parti Islam itu menyokong Dr Wan Azizah bagi jawatan tertinggi negeri itu.

Sumber itu juga memberitahu, mesyuarat semalam menyaksikan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kecewa dengan pendirian keras Hadi agar dua nama dihantar kepada Sultan Selangor untuk jawatan menteri besar.

Mohamad tidak ada bersama pada sidang akhbar selepas mesyuarat PAS semalam. Difahamkan timbalan presiden PAS itu mengelak untuk bertemu media dan meninggalkan mesyuarat menggunakan pintu belakang selepas ia berakhir, begitu juga Hanipa.


Hadi juga tidak bertemu media selepas mesyuarat dan menghantar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk memberikan kenyataan satu perenggan dan memberikan penjelasan kepada media yang menanti.

Dalam mesyuarat semalam, ketegangan berlaku kerana Hadi bertegas tidak mahukan Dr Wan Azizah untuk memimpin negeri terkaya itu, menjadikan PAS tersepit selepas Adun mereka di Selangor memberitahu Hadi mereka tidak akan menyokong Azmin.

"Presiden tidak mahu Dr Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.

Sebaik saja selepas mesyuarat selama dua jam semalam, Mustafa membacakan kenyataan satu perenggan yang berbunyi:"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor.”

Mustafa juga enggan mengesahkan sama ada parti itu bersama pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan Dr Wan Azizah dan sebaliknya memberitahu pemberita agar ‘tafsir (kenyataan) itu sendiri’.

"Mesyuarat (semalam) bertujuan untuk memutuskan sikap PAS selepas keputusan Pakatan berbeza dengan keputusan PAS,” kata sumber itu.

“Hasilnya mesyurat memutuskan, kita serah kepada Tuanku untuk memilih siapa calon menteri besar Selangor.”

Sumber berkata, ramai dalam mesyuarat semalam terkejut dengan penegasan Hadi kerana beliau sendiri yang mencadangkan kedua-dua Dr Wan Azizah dan Azmin dipertimbangkan untuk jawatan itu semasa mesyuarat parti pada 17 Ogos.

"Presiden memberikan dua alasan. Satu alasan agama dan satu lagi kelayakan," kata sumber itu merujuk kepada hujah mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak memimpin kerana beliau merupakan seorang wanita.

13 Adun PAS Selangor bertemu Hadi dua kali selepas rakan mereka Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah.

Kali terakhir mereka bertemu pada 20 Ogos di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Azmin juga dikatakan sudah bertemu dengan Hadi pada hari berkenaan untuk membincangkan beberapa perkara termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

Mustafa semalam berkata, 13 Adun PAS tidak akan menyertai dua rakan mereka dan 28 Adun PR menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan semalam surat mencalonkan isterinya untuk jawatan itu sudah dihantar ke istana.

Beliau berkata, tiada keperluan parti gabungan itu menghantar surat secara individu kepada Sultan berhubung pencalonan tersebut.

ULASAN GB

Jika benar laporan di atas, maka ketara sangat keputusan semalam TIDAK menggambarkan persetujuan majoriti AJK PAS Pusat. Ia adalah lebih kepada memenuhi kehendak Presiden PAS.

Melalui coretan di media sosial, rata-rata pimpinan dan ahli tidak menyukai keputusan semalam. Jika kurang percaya yang majoriti ahli PAS tidak menyukainya, boleh buat konsensus, atau panggil Muktamar Khas, jika ada kejujuran dan keberanian menghadapinya.

Haji Abd Hadi yang namanya baru dilantik sebagai Naib Presiden Ulamak Sedunia memang seorang ulamak yang bagus yang dengan sebab itu terlantiklah beliau ke jawatan tersebut, tetapi bukan bererti beliau seorang pemimpin yang baik kerana nampaknya banyak tindak-tanduknya sebagai seorang pemimpin parti dipersoalkan, bukan saja oleh pemimpin dan ahli PAS sendiri malah oleh pemerhati politik luar juga.

Penganalisis Politik UIA, Dr Mazlee Malik di dalam satu kenyataannya pernah menyatakan:

Dr. Mszlee melihat krisis itu (isu MB Selangor) menjadi ujian paling getir untuk menguji sejauh mana “politik baru” yang ingin dibawa oleh Pakatan, dalam keadaan tiada pihak dominan dalam gabungan mereka.

Katanya, walaupun majlis presiden sepatutnya memainkan peranan tersebut, seringkali ada sahaja pemimpin parti, terutamanya daripada PAS yang bertindak menyalahi keputusan itu.
-petikan mk (10/4/2014)


Sebagai seorang pemimpin yang berstatus ulamak, apakah wajar beliau terlibat misalnya di dalam soal fitnah "pil kuda" terhadap orang lain sehingga belum ada bukti yang sahih? Mungkin bukan salah beliau tetapi salah "orang sekelingnya" yang memberikan maklumat salah kepadanya, tetapi mengapa beliau menerimanya? Bagi GB ini adalah satu keadaan yang amat mencacatkan bukan sahaja nama baiknya malah nama baik Parti Islam SeMalaysia seluruhnya. Tidakkah beliau dan penyokongnya merasa berdosa kerana fitnah itu?

Kini di dalam isu MB Selangor. Bukankah mesyuarat 17 Ogos sudah memutuskan untuk bersama dan mengukuhkan PR dan mencalonkan Wan Azizah selain Azmin, mengapa dikhianati kepususan itu?

Demi untuk menyelamatkan nama baik beliau dan PAS sendiri, ahli PAS di Muktamar nanti perlu berani untuk melakukan perubahan terhadap kepimpinan tertinggi parti.

Haji Abdul Hadi, dengan kedudukannya di peringkat dunia sudah diakui sebagai Naib Presiden Majlis Ulamak Sedunia, beliau hendaklah diangkat menjadi Mursyidul Am PAS menggantikan TG Nik Aziz yang kelihatan sudah uzur. Dengan kedudukan itu beliau akan menentukan dasar perjuangan PAS dan institusi Majlis Syura Ulama di dalam PAS dapat diperkasakan (akan diulas kemudian). Jawatan organisasi dunia banyak dosanya untuk seorang ulama seperti Haji Abdul Hadi sepertimana kata Umar ra... di dalam keluarga Umar, biarlah Umar seorang saja masuk neraka! Kasihanilah Hadi.

Jawatan "Presiden" parti hendaklah digalas oleh orang lain. Ia memerlukan pemimpin yang boleh bekerjasama dengan semua pihak di dalam Pakatan Rakyat, tidak bermuka-muka dan tidak hanya memenuhi aspirasi orang-orang tertentu di dalam parti. Soalnya siapa? Ramai yang masih layak. Ustaz Ahmad Awang, Ust Abd Ghani Shamduddin... diantara nama-nama yang boleh dicalonkan.

Perubahan perlu dilakukan. Ahli-ahli PAS perlu berani untuk melakukannya!









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



35 ulasan:

Awanama berkata...

SAYA SOKONG CADANGAN GB 200%

Awanama berkata...

Saya sokong GB 400%!

Dunia tidak kekal, akhiratlah yang kekal. Katakanlah yang benar walaupun pahit. Tetapkanlah dengan kebenaran walau terpaksa menggengam bara api. Malulah sikit dengan anak-anak Palestin yang berani berdepan dengan askar Israel. Allahu Akbar!

-RSM-

Putra IJ80 berkata...

Sya juga menyokong agar TGHH di ganti olh Pemimpin baru...

Kita melihat hari ini mengapa Islam itu lemah Islam selalu kalah dlm pertempuran...

Punca nya ramai di kalangan Pemimpin Islam telah di beli olh musuh...dgn bertopengkan Pemimpin tertinggi..ia mengatur secara halus memusnahkan perjuangan yg di pimpin nya..

Kecuali di Gaza..kerana itu mereka tidak pernah kalah..

Awanama berkata...

Ustaz Ahmaw Awang.., mantan yang dipertua Persatuan Ulama layak dilantik

Awanama berkata...

Tunggu dah d lihat sekiranya d selangor prn aku rasa rakyat akan keciwa dgn pas.susah lah pas Kali ini.

Awanama berkata...

Kepada tuan guru haji hadi...berundurlah...masa tuan untuk undur sbg presiden pas sudah tiba...
Tn Ibrahim tuan man nampaknya boleh ambilalih sbg presiden baru...

Awanama berkata...

Sebab itu lah kematangan berfikir dan sensitif dengan keadaan politik baru hari ini memerlukan daya fikir yg jauh yang melintasi sempadan kejumudan, olih itu baiklah Tuan Presiden PAS dan semua kepimpinan PR bersama dalam satu pandangan pemimpin untuk masa depan yang mempertaruhkan kekentalan PR dalam masa2 mendatang dan tidak terlalu tuli atau pekak dengan berbagai2 saranan, cadangan dan yang penting pengharapan ahli bawahan yang ingin melihat kejayaan ISLAM dan Pakatan demi masa depan. Saya amat bersetuju dengan GB...200%, yang peerlu dan di lihat bahawa Kebenaran tetap akan teserlah dan kebathilan tetap akan lenyap.Yakin lah para2 poliTIKUS..

Awanama berkata...

Sebab itu lah kematangan berfikir dan sensitif dengan keadaan politik baru hari ini memerlukan daya fikir yg jauh yang melintasi sempadan kejumudan, olih itu baiklah Tuan Presiden PAS dan semua kepimpinan PR bersama dalam satu pandangan pemimpin untuk masa depan yang mempertaruhkan kekentalan PR dalam masa2 mendatang dan tidak terlalu tuli atau pekak dengan berbagai2 saranan, cadangan dan yang penting pengharapan ahli bawahan yang ingin melihat kejayaan ISLAM dan Pakatan demi masa depan. Saya amat bersetuju dengan GB...200%, yang peerlu dan di lihat bahawa Kebenaran tetap akan teserlah dan kebathilan tetap akan lenyap.Yakin lah para2 poliTIKUS..

Awanama berkata...

Adakah kerana Din Ayam dan Raja Idris Raja Kamarudin menjadikan Hadi tidak keruan dlm kes MB Selangor ini? Kita sama-sama nantikan drama sterusnya.

Awanama berkata...

Mat Sabu terbaik!!!! Husam Musa senagai timbalan. Baru kow!!!!

Awanama berkata...

kna siasat sapa bocorkan rahsia mesyuarat.

Awanama berkata...

Pelik betul kerjasama 3 parti ni. Berdolak dalik PAS sekejap sokong penuh.... sekejap ada syarat.... Sekejap suruh Sultan pilih... Merapu betul kepimpinan. Take tegas dan tiada tulang belakang. Walhal patut serah panda pucuk pimpinan gugusan...hancur PAS mcm nih...

Awanama berkata...

hadi? mursyidul am?

abuamir berkata...

Setuju 100% TGHH digantikan, bagilah org lebih muda dan berwawasan memperkuatkan PR. Lagi satu tukarlah SU PAS yg banyak membuat onar dan mempengaruhi presiden. Kpd geng UG keluarlah dari PAS dan masuk umno. Jgn jadi anai2 merosakkan PAS & PR.

Semoga Allah SWT singkirkan puak pengkhianat dari PAS.

Awanama berkata...

PAS 15, PKR 12, DAP 15. Mengapa Pakatan Rakyat tak lantik MB dari PAS ?

Awanama berkata...

Kalau Presiden PAS nak bekerjasama dengan UMNO, saya sebagai ahli PAS mengusulkan supaya TGHA digantung dari jawatan Presiden dan digantung keahliannya sehingga siasatan penuh penglibatannya dengan UMNO dijalankan.

TGHA secara umumnya telah melanggar keputusan Muktamar tentang kedudukan di dalam Pakatan Rakyat dan had-had kerjasama dengan UMNO.

TGHA secara sedar di dalam tempoh kempen PRU13, telah mengemukakan satu pertuduhan terhadap calon-calon PKR tanpa bukti yang ditunjukkan. Ini fitnah, sebagai orang Islam perbuatan menipu sudah tidak diakui Rasulullah SAW sebagai umatnya maka apa lagi melakukan pertuduhan tanpa bukti. Walaupun kes tersebut selesai luar mahkamah, tapi perbuatan tersebut masih tidak secocok dengan kehendak Islam apatah lagi untuk memimpin sebuah pertubuhan Islam.

TGHH juga dilihat kurang mampu untuk memimpin PAS memandangkan beberapa tindakannya tidak konsisten dengan kehendak keputusan mesyuarat yang dibuat. Cth: Pencalonan calon PAS di DUN-DUN yang dipersetujui milik PKR, Membelakang keputusan mesyuarat 17 Ogos 2014 dengan keputusan secara diktator pada 25 Ogos 2014. Tidak dapat membuat keputusan yang bijak kepimpinan PAS Kedah menyebabkan PAS tertewas.

TGHH juga dilihat kurang praktikal kebelakangan ini memandangkan masalah kesihatan. Malah beliau juga dilihat tidak mampu membuat keputusan yang diperlukan segera untuk kebaikan rakyat terutama di dalam isu MB Selangor. Ini adalah kelemahan yang perlu dipertimbangkan.

TGHH juga dilihat membuat keputusan diktator yang menampakkan seolah-olah PAS mungkir janji di dalam beberapa perkara. Mungkir janji adalah elemen munafik, oleh yang demikian tindakan munafik tidak sesuai dengan sebuah pertubuhan Islam... seterusnya menjauhkan PAS dari kebenaran Islam dan keredhaan Allah.

Oleh yang demikian saya mengusulkan TGHH digantung dari jawatan dan keahliannya sehingga siasatan dijalankan.

Awanama berkata...

Setuju TGHH di ganti..tp yg patut sgt2 diganti SUA nya tu..

Awanama berkata...

Bukan semua ulama boleh jadi pemimpin, kalau jadi imam, bukan perintah negara mungkin boleh....

sb dehlawi berkata...

hadi wjar letak jawatan. bg pula kpd gol profesional jadi presiden. husam layak jd presiden.

Awanama berkata...

Mat Sabu President Pas, Husam timbalan, TGNA Mursyidul Am, TGHH Pesuruhjaya Pas Terengganu

sb dehlawi berkata...

inilah masanya blogger ertahankan pas drp bergabung dengan umno selepas presiden sendiri terang-terang mahu brntuk krjaan selangor bersama umbo. tunggula tuan presiden pada muktamar nanti

Awanama berkata...

Patut Hadi jumpa Sultan tanpa dijemput dengan agendanya selepas aidilfitri

Awanama berkata...

Rasullallah taat perjanjian Hudaibiah, Hadi ingkar perjanjian dengan Pakatan Rakyat...

Awanama berkata...

INILAH CARA HADI TADBIR TERENGGANU MENYEBABKAN PAS TUMBANG SEPENGGAL

Awanama berkata...

Kami Pas sokong singkir Hadi

Awanama berkata...

Apa yg telah di janjikan PM pd Hadi ketika melawat Hadi

Awanama berkata...

Pas selama cukup utuh dgn adanya tok guru nik aziz mempertahankan pas dr anasir2 ug dan skrg tok guru telah disingkirkan maka bermaharajalelalah puak2 ug ni...
kami sbg penyokong pas berharap sangat2 agar puak2 ug ni keluar dari parti pas dan tubuh parti ug sendiri sbg menghormati jasa2 tok guru
tolong jangan kecewakan tok guru dgn agenda UG

Awanama berkata...

masalahnya ini MB selangor.... yg pas pusat kecoh sangat knp??? masa dia jatuh kat terengganu.... tak kata apapun... masa bagi perak pun sama.... yg tergadai kat kedah tu apa citer???? ni kat selangor sebuk bagai nak rak????

Awanama berkata...

Berakhir lh politik PAS akn datang... Mungkin calon yg memang amat sikit berbanding dgn skrg, 'bab kata husam pas jgn blik k blkg'.....pngundi muda klantan

Awanama berkata...

haron din mursyidul am
sokong tuan ibrahim presiden
husam timb presiden
hadi awang, stopa ali, nik amar, din vellfire jadi ahli biasa cukup la
pasal dia org ni group UG
kalau nk kuar PAS masuk UMPORNO lagi baguih..

Awanama berkata...

Aku sokong tghh letak jawatan presiden,stopa ali juga letak jawatan...kalau mereka masih ada diatas,pas akan hilang banyak kerusi dlm pru 14 nanti...mereka seperti anai2, idea mereka sudah ketinggalan zaman tindakan mereka lambat..masalah diselangor tidak selesai cepat krana mereka yg menjadi penghalang....aku takakan sokong pas pru 14 nanti.kalau mereka masih disitu...

bat8 berkata...

Tak boleh. Bukti kat Terengganu dan Kedah dah ada. Tahan sepenggal je. Kat Terengganu, MB PAS bukan calang orang, TGHH,Presiden PAS, pun terbarai sepenggal je.

Anti Fitnah berkata...

Aku lihat dalam kes ini kenapa PAS begitu liat dalam memberi sokongan kepada Presiden PKR, Wan Azizah sebagai MB? Nafsu, Tamak haloba, ... Ada orang dalam PAS teringin jadi MB Selangor semata-mata mereka mempunyai kerusi yang sama banyak dengan DAP. Kalau begitulah pemikiran PAS, amat malanglah bagi PR sebab dulu waktu PAS berada dalam keadaan minoriti di Perak, PAS diberi jawatan tanpa tentangan dari PKR. Jawatan itu dirampas oleh BN dek pengkhianatan oleh UMNO. Ini dah bekerjasama dengan UMNO pulak.
Aku tidak menafikan ilmu agama yang ada pada diri TGHH tapi janganlah ianya tertukar jadi bahan bakaran di akhirat nanti atas pengkhianatan di dunia. Jangan kerana untung sikit di dunia menyebabkan kita hilang begitu banyak di akhirat. Aku berdoa agar TGHH bersara sahaja dari arena politik sekiranya TGHH ada hati untuk mengkhianati perjuangan PR apatah lagi bekerjasama dengan UMNO atas alasan kebangsaan. Minta simpang. Jangan biarkan sifat munafik bersama kita terutama kita dah bergelar "ulama dunia". Ini bukan sahaja memalukan diri sendiri dan yang penting ialah memalukan Islam itu sendiri. Cuba bayangkan apa pandangan orang biasa? Kan saya juga orang biasa.

Awanama berkata...

Kalu TGHH berundur sudah pasti Mat Sabu yang menjadi priseden lagi bertambah parah PAS dibuatnya silap2 pru nanti Kelante pun hilang.

Awanama berkata...

Teringat kat arwah Ustaz Fadhil..kalaulah beliau ada lagi PAS x jadi caca marba macam sekarang ni..al fatihah untuk arwah..