24 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Ingin Bersama Islam Atau UMNO?

Kerajaan pimpinan Umno-BN sejak tiga generasi gagal membawa agenda pembangunan rakyat, bermula dengan gagasan bawaan Bapa Permodenan, agenda Wawasan 2020 hanya tinggal kenangan apabila Bapa Pembangunan Modal Insan terus diabaikan oleh kemunculan gagasan Islam Hadhari yang disambut dengan penuh harapan oleh rakyat.

Selepas sepenggal, Bapa "baru" era Najib yang diketuai Rosmah cuba membawa wajah '1 Malaysia' sebagai satu strategi terus menggula-gulakan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Bercakap dalam satu ceramah di Markaz Dewan Ulama' semalam, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Badrul mengatakan Umno telah melakukan siri penipuan berterusan untuk mengaburi mata rakyat apabila ketiga-tiga gagasan ini hanya menjadi retorik pimpinan BN semasa dan hanya membazirkan wang rakyat apabila agenda setiap gagasan ini ditinggalkan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu juga berkata, Tun Abdullah Badawi telah mengunakan slogan Islam Hadhari berikut perkembangan pada waktu untuk menunjukkan kecenderungan alim ulama', professional serta rakyat Malaysia yang cenderung kepada PAS.

"Seterusnya bagi mendapat sokongan pelbagai kaum lain di Malaysia, Najib telah mengistiharkan slogan 1 Malaysia. Pengunaan slogan tersebut telah diamalkan oleh pemimpin Israel iaitu Israel 2020 dan One Israel. Malah belia mendedahkan bahawa syarikat perunding imej yang dibayar sebanyak RM20 juta ini juga merupakan perunding yang sama kepada zionis Yahudi," katanya kepada lebih 200 penyokongyang hadir.

Dalam ceramah yang sama, beliau memberikan penjelasan berkenaan isu pemberian tanah di Perak semasa Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Nizar adalah merupakan pemberian adil berdasarkan tahap kemiskinan bukan pemberian kuota kaum yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang secara jelas menunjukkan sikap pilih kasih yang mana diberikan kepada orang-orang UMNO atau penyokong mereka sahaja.

"Nizar dituduh menyebelahi orang-orang Cina sedangkan orang-orang Melayu yang lebih banyak mendapat hak milik tanah berikutan kegagalan UMNO untuk menaikkan taraf kehidupan orang Melayu Perak selama pemerintahan 50 tahun," tegasnya.

Beliau menasihatkan rakyat agar berhati-hati dengan taktik tradisi UMNO yang selalu mengkudakan media arus perdana untuk mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membahayakan kepada rakyat.

"Di depan kaum Cina, mereka menfitnah PAS akan mengharamkan babi dan arak jika dapat memerintah sebaliknya di depan orang Melayu mereka menuduh PAS mrnghalalkan arak dan babi," demikian ujarnya.

Ceramah ini juga dihadiri oleh isteri calon PAS, Siti Fatimah beserta anak-anak dan ibu calon. -prkn11

Tiada ulasan: