29 Ogo 2013

Apa Rahsia Datuk Kamaruddin Bersara Sebagai Setiausaha SPR Senyap-senyap?


Abdul Ghani Salleh Dilantik Setiausaha Baharu SPR

KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Pengarah di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Abdul Ghani Salleh dilantik Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu, berkuat kuasa 19 Ogos ini.

Menurut kenyataan SPR Selasa, Abdul Ghani, 55, menggantikan Datuk Kamaruddin Mohamed Baria yang bersara pada 13 Ogos lepas.

Kamaruddin dilantik ke jawatan itu pada 1 Okt 2010.

"SPR berharap dengan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam, pelantikan Abdul Ghani sebagai Setiausaha SPR yang baharu dapat memimpin Urus Setia SPR dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan dasar yang ditetapkan SPR dengan cekap dan berkesan," kata kenyataan itu.

Abdul Ghani mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 9 Jan 1984.

Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri, termasuk Pegawai Daerah Gombak pada 1 Ogos 2006, dan Pengarah di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor mulai 2 Mei 2008.

Dalam pada itu, SPR merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kamaruddin atas sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada badan berkenaan. - BERNAMA


SPR perlu berubah, bukan sekadar setiausaha baru


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli menyambut baik lantikan Pegawai Pembangunan Negeri Selangor, Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru.

Dalam pada itu, beliau juga mengharapkan perubahan bukan hanya tertumpu kepada lantikan setiausaha yang baru tetapi kepada keseluruhan SPR agar lebih telus.

"Lantikan setiausaha yang baru itu merupakan proses di dalam pentadbiran apabila ada pegawai yang berpencen, saya menyambut baik lantikan tersebut.

"Apa yang kita inginkan sebenarnya adalah perubahan keseluruhan kepada operasi SPR dan bukan hanya sesetengah jawatan, kita mahukan sebuah pentadbiran yang lebih telus dan adil," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang turut merupakan Ahli Parlimen Kuala Krai meminta agar Abdul Ghani dapat membuat pembaharuan di dalam SPR apabila beliau memegang jawatan tersebut serta melihat setiap pandangan yang telah dikemukakan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.

Abdul Ghani akan mengambil alih jawatan tersebut daripada Datuk Kamaruddin Mohamed Baria yang telah pun bersara pada 13 Ogos yang berkuatkuasa 19 Ogos lalu.
-HD


ULASAN GB

Dalam diam-diam rupa-rupanya Datuk Kamaruddin Mohamed Baria telah bersara sebagai Setiausaha SPR sejak 13 Ogos yang lalu.

Persoalan yang masih menjadi tandatanya rakyat ialah apakah polis sudah selesai menyiasat isu dakwat kekal yang mana Datuk Kamaruddin terlibat secara lansung di dalam pembeliannya yang kosnya menelan belanja jutaan ringgit wang rakyat?

Apakah persaraanya secara diam-diam itu untuk "mendiamkan" isu dakwat kekal dari terus dibangkitkan dan diipersoalkan?

Ini juga mengingatkan kita mengenai persaraan bekas Pengerusi SPRM satu ketika dulu yang dipercepatkan. Datuk Seri Ahmad Said telah diketahui umum bahawa beliau dikaitkan dengan skandal pemberian kontrak uniform SPRM secara rundingan terus tanpa melalui tender terbuka seperti kebiasaannya!

Persaraan kedua-dua mereka semacam ada hal yang cuba ditutup.

28 Ogo 2013

Akhbar NYT Siar Iklan Memfitnah Ikhwanul Muslimin

Satu kelompok rakyat Mesir yang anti Ikhwanul Muslimin pada Sabtu lalu telah memasang iklan satu halaman penuh di surat khabar AS New York Times (NYT). Iklan itu berisi tuduhan kononnya Ikhwan didukung oleh al-Qaidah dan bertanggung jawab ke atas serangan terhadap individu, gereja-gereja dan lembaga-lembaga publik yang ada di Mesir.

Dalam iklan tersebut, kelompok yang menamakan dirinya “Mesir Amerika untuk Keadilan” meminta para pembaca NYT untuk bergabung dengan mereka dalam meminta pemerintah AS untuk mengakui bahawa tidak ada demonstrasi aman yang dilakukan Ikhwan di Mesir.

Iklan itu juga menuduh gerakan Islam Ikhwan menyerang lebih dari 90 gereja dan lembaga-lembaga awam dan menyalahkan mereka atas pembunuhan individu yang tidak bersalah dan tidak bersenjata. Iklan tersebut juga menyatakan bahawa partai politik Hamas Palestin adalah sebuah cabang dari Ikhwanul Muslimin.

Iklan tersebut kemudian meminta perhatian para pembaca bahawa fakta yang ada adalah Hamas telah dicap sebagai organisasi teroris oleh Kementerian Luar Negeri AS.

Namun juru bicara parti kebebasan dan keadilan Ikhwan menyatakan bahawa isi iklan yang ada surat khabar NYT merupakan pembohongan yang nyata.

“Tuduhan itu hanyalah kebohongan belaka,” kata Tariq Mursi, seorang juru bicara untuk Parti Kebebasan dan Keadilan Ikhwanul Muslimin kepada Al Arabiya Inggeris.

“Gambar yang digunakan mereka adalah dari revolusi 25 Januari. Semua orang tahu Ikhwanul Muslimin dan sejarah terhormat mereka,” tambah Mursi.

“Saya percaya penerbitan ini dipimpin oleh kelompok AS untuk menghasut kebencian, permusuhan dan kekerasan di antara warga Mesir,” ujarnya.

[TERBONGKAR] AS Dalang Penggulingan Dr.Mursi!


Washington - Amerika Syarikat (AS) akhirnya membuat pengakuan menerusi majalah The Week bahawa mereka berkomplot dalam rampasan kuasa tentera ke atas bekas Presiden Mesir digulingkan, Mohammed Mursi.

Dipetik laporan AP, majalah yang turut memaparkan gambar Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi Al-Sisi dengan tajuk “Our Man in Cairo - Should US cut off aid to Egypt military?” itu turut menyiarkan kenyataan AS menyokong tentera walaupun sebelum ini mereka tidak mengiktiraf penggulingan Mursi secara rasmi.

AS yang merupakan dalang di sebalik pergolakan di Mesir kini dilihat cuba berselindung di sebalik gesaan supaya Mursi dibebaskan.

Sebelum ini, Washington turut mengenakan tekanan ke atas Mursi supaya membawa pembaharuan dalam sektor dan sistem demokrasi selepas pelantikan beliau pada tahun lalu

Dalam satu kenyataan lain, jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki memaklumkan mereka menghormati keputusan mahkamah membebaskan bekas Presiden Hosni Mubarak yang turut menerima sokongan kuat AS sepanjang 30 tahun pemerintahannya.

[KES TERUK] Berapa Ramaikah Penjenayah Yang Ada Dalam PDRM?


Peragut rupanya adalah anggota polis?

"Akhbar The Sun melaporkan satu kes ragut yang dilakukan oleh 2 orang anggota polis dari Balai Polis Kelana Jaya yang telah meragut rantai leher seorang wanita.

Motosikal yang digunakan anggota polis berkenaan yang dilanggar oleh orang awam menjadi bukti kes ragut tersebut. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

PETALING JAYA (Aug 26, 2013): Saravanan Batumalai had the shock of his life hours after ramming his car into a motorcycle used by two snatch thieves last month: they were off-duty policemen.

The first indication that they were men in blue came when he called 999 after the incident at 12.15pm on July 3 and a police patrol car arrived, only to have the policemen confirm that the motorcycle belonged to the Kelana Jaya police station.

When Saravanan went to the police station to make a report, the investigating officer called in two policemen who turned out to be the ones who had tried to snatch the gold necklace of a woman walking along the road outside his workplace in Taman Mayang, Petaling Jaya. ?

One had been riding the motorcycle while the other was his pillion.

The drama unfolded just after noon that day when the 27-year-old was in his car outside his workplace and saw two men on a motorcycle snatching a woman's necklace.

"I immediately sped up and rammed into their motorbike and both of them fell," Saravanan told theSun today.

One of the thieves got up and fled while the other tried to speed away on the damaged the motorbike and both of them fell," Saravanan told theSun today.

One of the thieves got up and fled while the other tried to speed away on the damaged motorcycle.

Saravanan rammed the motorcycle again, making the thief fall and pinning the machine under the front wheel of his car.

The thief retaliated by throwing stones in Saravanan's direction, missing him but damaging his car further with the windscreen shattered and side dented.

But that was not the end.

"He then took out a knife and lunged at me, pulling off my gold chain, and ran away. I retrieved a gold locket from the ground later which must have been from the woman's necklace," he said, adding that the woman left the scene almost immediately.

Saravanan did not pursue the man because he was armed.

Subsequently, he followed the two policemen who arrived at the scene in their patrol car to the police station at 2pm, where it was confirmed that the two-wheeler belonged to the police after inspection of its chassis number.

It was also revealed that it had been fitted with false number plates.

After a two-hour wait, Inspector Hasbullah asked him to make a statement.

"He called for two men to be brought in. They were the two snatch thieves and I told him so," he said.

One of the patrolmen later told him the duo were policemen.

Saravanan then made a report at the Petaling Jaya police station.

On July 19, Saravanan was called to attend an identification parade where he identified the two cops.

However, after that, he was not contacted by anyone until Sunday, when Inspector Hasbullah called to arrange for him to record another statement.

Saravanan has paid a heavy price for his actions – he had already spent RM3,800 to repair his car bumper and replace its windscreen with other repairs costing an estimated RM4,000.

Selangor Acting Chief Police Officer Datuk A. Thaiveegan has asked Petaling Jaya OCPD ACP Arjunaidi Mohamed for a detailed report on the case.


-->http://www.thesundaily.my/news/807326


ULASAN GB

Begitulah kisahnya dimana rupa-rupanya di dalam pasukan polis itu terdapat penjenayah yang merbahaya!

Sebelum ini pernah dilaporkan pada perbicaraan kes polis yang menembak Suwazdi dan Azman di mahkamah Terengganu, seorang anggota polis mengaku tak pernah solat dan polis itu mengaku dia seorang peminum arak. Baca di SINI

Lepas itu ada kes polis merogol pelajar di dalam balai polis. Semasa itu GB pernah ulas begini:

Semakin banyak kita temui kisah polis merompak, mengugut, membunuh, merogol dan melakukan hal-hal mengejutkan yang menyebabkan jenayah terus berleluasa kerana ia dilakukan oleh orang yang ada pistol...

Dalam balai polis pun boleh berlaku kejadian rogol. Apakah ini juga bererti perempuan jangan dekati balai polis?

Atau semua balai polis perlu letak signboard besar-besar, "KAMI JAMIN TIADA PEROGOL & PENJENAYAH DISINI!" supaya orangramai berani ke Balai Polis?


Lepas itu ada kes 2 polis jadi Pak Sanggup kepada VIP untuk membunuh Altantuya.

Sekarang ada kes polis jadi peragut, anehnya dua orang menaiki sebuah motosikal, bererti dilakukan secara bekerjasama/berkumpulan.

Betul-betul PDRM sudah hanyir dan perlu dibersihkan. Apabila dicadangkan supaya ICPMC dilaksanan untuk memperkasakan semula nama PDRM, ada pihak terutama yang berjawatan tinggi di dalam pasukan polis sendiri berhelah menyatakan undang-undangt sedia ada sudah cukup untuk mengawal polis.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, selagi ICPMC yang dituntut oleh rakyat tidak dilaksanakan, jenayah dikalangan anggota polis akan terus terdedah.

Menteri KDN dan KPN perlu dipertanggungjawabkan. .

Kes Altantuya Cemarkan Imej Malaysia, Sanggupkan Najib Pohon Maaf Kepada Mongolia?


Datuk Seri Najib Razak perlu memohon maaf kepada keluarga mendiang Altantuya Shaariibu dan Kerajaan Mongolia ekoran kegagalan institusi kehakiman Malaysia menyelesaikan kes pembunuhan model kelahiran negara itu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Azan Ismail berkata, Perdana Menteri kena bertanggungjawab kerana kes pembunuhan itu melibatkan rakyat negara luar.

altantuya_najib“Sebagai Perdana Menteri, Najib perlu bertanggungjawab. Jika gagal, sudah pasti imej Malaysia akan tercalar sekaligus mengundang persepsi negatif terhadap jaminan keselamatan dan kelemahan penghakiman di negara ini,” tegasnya menyarankan Kerajaan Malaysia mencontohi penanggungjawaban seperti Kerajaan Britain.

Beliau merujuk tindakan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang memohon maaf secara terbuka kepada Ashraf Rossli, 20, pelajar Malaysia yang dipukul dan dirompak di London pada 2011.

“Jika Najib takut, biar sahaja (Tan Sri) Muhyiddin Yasin menggalas tanggungjawab itu,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar itu ketika dihubungi.

Tegas Azan, keperluan tersebut penting bagi menjamin hubungan antara kedua-dua negara.

“Beranikah beliau berdepan dengan keluarga mendiang dan memohon maaf kerana kejadian itu berlaku di Malaysia?” soalnya.

Beliau menambah, berjiwa besarlah Najib jika sanggup mengaku salah atas apa yang berlaku terhadap warga Mongolia itu. -KD

Tentera Mesir Terdesak Mahu Haramkan Ikhwan Muslimin, Guna Ulamak Upahan Keluar Fatwa


Kaherah - Kemelut politik antara Ikhwanul Muslimin (IM) dan tentera di Mesir, memasuki babak baru. Gelanggang konfrontasi kedua pihak kini berjalan lebih sistematik.

Tentera Mesir mencanangkan propaganda perang terhadap IM dan pendukung Presiden yang digulingkan Muhammad Mursi, pascapertentangan faksi Islam terbesar di Timur Sementara itu. Pihak tentera telah sedia maklum bahawa, perlawanan terhadap rejim sementara belum mencapai titik puncaknya.

Pemburuan terhadap tokoh penting IM, tidak menjamin ketegangan politik akan berakhir. Apalagi tamat. New York Times menyatakan, pihak tentera telah mula menebarkan jala politiknya ke kelompok umat Islam yang jahil dan anti-Mursi.

Dalam analisisnya, New York Times menyatakan Panglima Tentera Abdel Fattah el-Sisi memberikan "senjata politik" kepada cendikiawan Muslim untuk "membunuh" fahaman dan bawaan politik IM. Pihak tentera meminta ulama upahan untuk memberi fatwa haram melawan pemerintah dan komandan keselamatan negara yang diketuai pihak tentera.

Surat khabar ternama menemukan banyak tayangan mirip iklan yang dibuat dalam bentuk tayangan agama di semua saluran television Mesir, dengan menampilkan tokoh agama dan ulama. Anehnya, tayangan tersebut menempatkan Jabatan Tentera sebagai sponsor

. "Mereka (IM dan Mursi) adalah pengganas. Mereka tidak dihormati di sini," kata Salem Abdel Galil, Isnin (26/8).

Abdel Galil adalah bekas pegawai kerajaan yang mengurusi persoalan agama dan rumah ibadah ketika Husni Mubarak menjawat jawatan sebagai presiden. Kenyataan tokoh agama senior ini mengimbangi desakan IM tentang perlawanan rakyat Mesir terhadap rejim sementara.

IM bagi Abdul Galil adalah kumpulan pemaksa di dalam budaya keberagaman di Mesir. "Jika mereka tetap seperti ini, mereka tidak dapat diterima. Kita tetap harus menggunakan akal dan logik," katanya.

Di dalam perkembangan berkaitan, tiga orang pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin menolak semua dakwaan yang dituduhkan oleh pemerintahan sementara Mesir. Muhammad Badie, Khairat el-Sahter dan Rashad Bayoumy melakukan aksi boikot menolak perbicaraan terhadap ketiganya yang dijadualkan pada Ahad lalu (25/8).

Pejabat berita rasmi di Ibu Kota Kaherah, MENA, meyatakan ketiga-tiganya menentang dan mendakwa tidak bersalah ke atas semua tuduhan jezim Perdana Menteri interim Hazeem el-Beblawi. Ketiga-tiganya kini berdepan dengan hukuman penjara kerana didakwa rejim sementara sebagai dalang rusuhan.

Badie menjadi target utama untuk dipenjarakan. Pucuk pimpinan Ikhwanul Muslimin ini telah diburu tentera sejak kerusuhan anti-Kudeta tentera pada 14 Ogos lalu. Penangkapan Badie dilakukabn ketika beliau berada di sebuah apartmen di Rabaa al-Adawiya, Nashr City, Kamis (22/8).

Sementara, dua rakannya merupakan wakilnya di Ikhwanul Muslimin. Tiga tokoh puncak faksi Islam terbesar itu dilabel dengan banyak tuduhan. Bermula dari tuduhan menghasut, melawan pemerintahan, pembuat kekacauan, sampailah tuduhan membunuh.

Tentera turut mengaitkan Badie dengan terbunuhnya 27 anggota polis di Sinai minggu lalu. Pihak tentera menafikan tuduhan terhadap ketiga-tiganya ada kaitan dengan konfrontasi massa pendukung Presiden Mesir yang digulingkan Muhammad Mursi.

Namun, seperti dikutip Reuters, tuduhan tetap merujuk pada rusuhan Jun lalu. Badie dituduh membangkitkan emosi Ikhwanul Muslimin dengan membunuh lapan orang anti-Mursi dan IM.

27 Ogo 2013

"Tanda Putera" Semarakkan Api Perkauman Melayu-Cina, Bazirkan Wang Rakyat


Tanda Putera fitnah perkauman, bazir wang cukai rakyat

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sekali lagi melahirkan kekesalannya berhubung penayangan filem kontroversi Tanda Putera yang akan ditayangkan seluruh negara mulai Khamis ini.

Beliau menegaskan, amat tidak wajar untuk sengaja mencipta kejadian palsu yang boleh memburukkan permasalahan kaum dalam negara sedangkan filem itu dibiayai oleh wang cukai rakyat pelbagai kaum.

“Ia adalah kemuncak sikap jenayah tidak bertanggungjawab dan anti nasional untuk sesiapa sahaja mereka-reka kejadian kencing palsu sebagai salah satu sebab yang dikatakan memprovokasi rusuhan 13 Mei 1969 tanpa asas fakta di dalam mana-mana bahan sejarah, sama ada dokumentasi atau fotografi, terutama dalam filem dibiayai dengan wang cukai rakyat.

“Kejadian palsu yang menggambarkan seorang pemuda Cina kencing di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor itu boleh menjejas, mengancam hubungan antara kaum, membakar, menghasut kebencian dan memudaratkan kepada usaha-usaha pembangunan negara untuk menggalakkan keamanan serta sentiasa berada dalam keadaan muhibah dan harmoni.

“Ia amat menyedihkan jika filem terbaru arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba diingati sebagai filem ‘kencing’ kerana pembohongan yang tidak bertanggungjawab membayangi seluruh filem itu,” katanya dalam kenyataan,semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah menyatakan tidak ada ‘lesen kreatif’ yang membenarkan perbuatan jenayah tidak bertanggungjawab dan anti nasional IMG_9298-001dalam negara.

“Walaupun Shuhaimi Baba mengakui bahawa ianya adalah filem cereka sekitar rusuhan kaum 13 Mei, beliau secara khusus harus mengakui bahawa insiden ‘kencing’ di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor adalah khayalan imaginasi dan tidak ada takrif ‘lesen kreatif’ mewajarkan tindakan tidak bertanggungjawab dan anti nasional itu
.

“Shuhaimi yang berbangga dirinya sebagai ‘pengasas awal filem-filem seram’ tidak boleh menganggap ‘Tanda Putera’ sebagai genre ‘filem-filem hantu’ yang pernah dia arahkan dulu memberikannya ‘lesen kreatif’ untuk membuat adegan rekaan melulu yang boleh membawa kesan buruk hubungan antara kaum,” tegasnya.

Portal berita, Malaysiakini bertarikh 20 Julai 2012 melaporkan antara adegan yang yang dipaparkan dalam Tanda Putera adalah peristiwa Lim Kit Siang kencing pada tiang bendera di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.

Namun Kit Siang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu kerana beliau tidak berada Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969 dan gambar yang digunakan dalam facebook ‘Tanda Putera’ bukan pada tahun 1969 tetapi dari kejadian yang berbeza di Sabah 15 tahun kemudian, tahun 1984.


Seorang saksi, Ahmad Habib, yang ketika itu seorang pelajar tahun kedua ijazah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) dan berada di rumah Datuk Harun Idris semasa 13 Mei 1969, turut menyatakan adalah mustahil untuk berlakunya insiden ‘kencing’ dalam kawasan yang diawasi dengan rapi dan ketat di kediaman rasmi itu.

“Ia menjadi satu misteri mengapa insiden ‘kencing’ episod begitu penting kepada filem ‘Tanda Putera’ walaupun tidak mempunyai asas fakta,” ujarnya. -Roketkini


MCA mahu pengarah Tanda Putera bertanggungjawab jika berlaku ketegangan kaum


MCA menggesa pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba bertanggungjawab sekiranya khalayak yang menonton filem berkenaan tidak berpuas hati dan mencetuskan ketegangan kaum.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, adegan sekumpulan pemuda Cina kencing di laman Menteri Besar Selangor Datuk Idris Harun akan menyebabkan penonton berasa kurang senang dan pihak penerbitan harus bersedia menerima kritikan.

Wee berkata, meletakkan kesalahan sesuatu kaum dengan menggambarkan babak yang tidak tepat berhubung tragedi 13 Mei 1969 adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

"Pihak penerbitan Tanda Putera membantutkan usaha pendamaian nasional yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apatah lagi dengan sambutan hari kemerdekaan negara yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pengarah tidak sewajarnya menggunakan alasan sejarah bagi membuat penipuan dan kebencian antara kaum di Malaysia. Filem cereka atau berdasarkan kisah benar seharusnya boleh dibezakan oleh pengarah filem itu," katanya.

Hari ini DAP menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969 dalam mesyuarat Kabinet esok.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata filem Tanda Putera mendapat pembiayaan kerajaan bagi menerbitkan filem sejarah berlatarbelakangkan peristiwa 13 Mei namun gambaran tidak tepat mampu mencetuskan ketegangan kaum.

Beliau berkata, Tanda Putera seharusnya dijadikan medan menyampaikan kebenaran dengan memaparkan peristiwa sebenar 13 Mei 1969 namun filem berkenaan memberi gambaran tidak tepat menyebabkan generasi muda terkeliru apa sebenarnya yang berlaku semasa peristiwa berdarah itu.

"Shuhaimi tidak seharusnya menjadikan Tanda Putera sebagai sebuah filem pontianak yang pernah diarahkannya dahulu dengan memberi gambaran tidak tepat berhubung rusuhan kaum berkenaan kepada generasi muda.

"Pengarah mesti menyenaraikan babak cereka atau peristiwa yang tidak tepat berhubung kejadian 13 Mei dalam filemnya supaya tidak terus menyelewengkan kebenaran peristiwa 13 Mei.

“Perakuan ini penting kerana Shuhaimi mengakui Tanda Putera sebagai sebuah filem fiksyen yang berlatarbelakangkan peristiwa 13 Mei," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, berdasarkan pandangan penonton yang menonton filem berkenaan, mereka mendapati filem berkenaan terdapat unsur cereka atau kejadian tidak benar mengenai 13 Mei yang boleh memberi kecelaruan dalam masyarakat dan menyemarakkan api kebencian antara kaum.

Katanya, berdasarkan pandangan mereka yang telah menonton filem itu, beberapa babak rekaan dikenal pasti antaranya beberapa pemuda kencing di tiang bendera di laman rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Idris Harun dan babak kekecohan di pawagam yang meminta kaum Cina meninggalkan tempat itu.
- TMI


ULASAN GB

UMNO semenjak awal PRU13 berlansung hingga kini menggunakan sentimen perkauman untuk mendapat sokongan kaum Melayu. Ia diperburukkan lagi dengan tulisan-tulisan di akhbar arus perdana terutama akhbar bermata satu yang bernama Utusan, yang telah memainkan sentimen perkauman ini ke darjat paling serius dengan disokong oleh Presiden UMNO, yang juga Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak.

Tidak ketinggalan juga para blogger UMNO yang tidak putus-putus menyimbah minyak bagi mewujudkan ketegangan kaum di negara ini.

Implikasi daripada keputusan PRU13 lansung tidak memberi pengajaran kepada mereka, sebaliknya mereka terus memainkan sentimen perkauman sehingga menjadikan kehamonian rakyat di negara ini terutama hubungan Melayu-Cina tergugat dan boleh mencetuskan pelbagai kesan negatif.

Masa untuk UMNO BN nampaknya semakin hampir ke jurang kehancuran.... Itu hukum kebenaran dan keadilan.

Ali Rustam Dilantik Senator, Menteri JPM, Ketuai PNB Demi Upah Politik?

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin ditolak rakyat dalam pentadbiran kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikesali kerana tindakan itu dianggap sebagai upah politik demi menjaga kepentingan politik beliau menjelang Pemilihan Agung Umno yang bakal dilangsungkan tidak berapa lama lagi.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin, Najib sepatutnya melantik individu yang mempunyai pengalaman serta trek rekod yang bersih selaras dengan prinsip wasatiah dan bukan melantik pemimpin yang mempunyai rekod prestasi yang buruk dan terpalit dengan pelbagai skandal rasuah.

“Saya lihat ada satu trend pengagihan jawatan penting untuk mengemudi syarikat startegik negara kepada mereka yang kalah seperti Datuk Abdul Ghani Othman di Sime Darby, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di Tabung Haji dan terbaru Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula diwarkan bakal mengemudi Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) atau Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Malangnya ada diantara mereka bukan sahaja ditolak rakyat, malah tidak mempunyai latar belakang ekonomi dan lebih teruk lagi mempunyai rekod perkhidmatan yang tidak menyinar seperti Ali Rustam yang menyebabkan Melaka berhutang sebanyak RM900 juta dan skandal perkahwinan anak beliau yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).”

Shamsul berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah media semalam, Mohd Ali dipercayai bakal dilantik mengetuai PNB dan senator bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Untuk rekod, Lembaga Disiplin Umno sebelum ini juga pernah menggantung Ali Rustam daripada bertanding dalam Pemilihan Agung Umno 2009 apabila didapati bersalah memberi rasuah kepada perwakilan agar memberikan pencalonan bagi membolehkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Shamsul menambah, trend melantik demi upah politik yang dipraktikan Umno-BN mampu memburukkan lagi keadaan prestasi ekonomi dan sekaligus membawa kewangan negara terus berada dalam keadaan defisit yang semakin tinggi.

“Malaysia sekarang ini sejak Najib dilantik sebagai Perdana Menteri berada dalam keadaan ‘auto pilot’ dan tiada pencapaian yang boleh dibanggakan dilakukan Najib selepas 100 selepas pilihan raya dan diburukkan lagi dengan amalan memberi upah politik untuk dapatkan balasan politik,” ujar Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Sebelum ini amalan melantik semula pemimpin politik dari Umno-BN tanpa mengambil kira trek rekod, pengalaman dan latar belakang ke jawatan penting dalam organisasi strategik kerajaan dengan gaji lumayan mula dilihat sebagai trend pentadbiran Najib.

Selain Abdul Ghani, Abdul Azeez dan terbaru Mohd Ali, pemimpin Umno lain, Datuk Seri Isa Samad yang pernah terpalit dengan rasuah politik wang dilantik sebagai Pengerusi Felda dan Tan Sri Rahim Thamby Chik yang didakwa dikaitkan dengan skandal rogol gadis bawah umur turut mendapat tempat dalam pentadbiran Najib.

Jenayah Berleluasa, Malaysia Jadi "Bandar Koboi"


Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail melahirkan kebimbangan dengan penularan jenayah senjata api di negara ini.

Katanya, jika jenayah melibatkan penggunaan senjata api tidak dibendung Malaysia akan menjadi seperti “cowboy town” (bandar koboi).

Menurutnya, kes jenayah bunuh bersenjata api semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal memerlukan perhatian serius pihak polis.

“Tapi sedihlah, dulu kita tidak pernah dengar perkara-perkara ini berlaku dan kita orang Islam jauh dari berlaku perkara-perkara yang macam ini.

“Sebelum ini, tidak berlaku banyak sangat kes tembak senjata api. Ini setiap hari berlaku dan tidak terkawal. Dulu berlaku di Kuala Lumpur sahaja, sekarang boleh berlaku di mana-mana sahaja dan ini patut dibendunglah.

“Malaysia ini sekarang sudah jadi ‘cowboy town’ bila I tak suka U, upah orang tembak,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tengku Ibrahim juga mahukan agar sempadan Malaysia-Thailand dikawal sebaik mungkin supaya kemasukan senjata api dapat dibendung.

Bahkan, kata beliau, apa yang lebih membimbangkan bukan sahaja berlaku penyeludupan senjata api tetapi terdapat urusniaga menyewanya. -HD


TERBARU: Kediaman Bekas Pegawai Tinggi Polis Dipecah Masuk


Polis menahan lima pekerja binaan rakyat asing bagi membantu siasatan kejadian pecah masuk rumah bekas pengarah polis Bukit Aman bergelar Datuk di Seksyen 19 di sini, Ahad.

Kesemua suspek berusia antara 22 dan 37 tahun itu ditahan di tapak pembinaan rumah teres dua tingkat, yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah teres dua tingkat milik bekas pegawai kanan polis itu.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata mangsa menyedari kediamannya dipecah masuk sejurus tiba di rumah selepas menziarahi saudaranya di Ipoh, Perak, kira-kira 5.30 petang.

"Mangsa meninggalkan rumah pada Sabtu lepas, namun selepas pulang ke rumah petang semalam, mangsa menyedari kediamannya berselerak dan empat bilik tidur di tingkat atas telah diselongkar.

"Siasatan mendapati beberapa barangan milik bekas pengarah itu turut hilang termasuk pingat kurniaan, jam tangan, barang kemas dan komputer riba," katanya kepada pemberita selepas majlis memasang Jalur Gemilang pada kenderaan peronda polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Isnin.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan kelima-lima lelaki tanpa dokumen perjalanan diri itu ditahan beberapa jam selepas laporan dibuat.

Siasatan forensik polis di lokasi kejadian menemui sembilan kesan cap jari pada tingkap hadapan rumah berkenaan, katanya.

Terdahulu pada majlis itu, beliau menyerahkan 800 helai Jalur Gemilang untuk dipasang pada semua kenderaan peronda polis Kontinjen Selangor bagi menaikkan lagi semangat patriotisme di kalangan anggota polis.
- BERNAMA

[VIDEO] Perusuh Fanatik ‘Buddha’ Bakar Lagi Rumah Muslim Di Myanmar

Perusuh fanatik yang anti-Islam membakar kedai dan rumah penganut Islam di Myanmar dalam satu pertempuran terbaru antara dua penganut agama itu, kata polis, semalam.

Gerombolan 1,000 penganut buddha telah membakar berpuluh-puluh rumah-rumah dan kedai-kedai di Htan Gone, sebuah kampung 16km selatan bandar Kantbalu dalam wilayah Sagaing.

Ia berikutan khabar angin bahawa seorang lelaki Islam telah ditangkap didakwa kononnya cuba melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita muda, menurut pegawai-pegawai dan saksi.

Menurut stesyen TV pemerintah Myanmar, kira-kira 42 rumah dan 15 kedai serta sebuah kilang beras telah dibakar dalam satu pergeseran berlaku Sabtu malam kelmarin.

“Kira-kira 150 orang berkumpul di balai polis semalam (malam kelmarin), sambil menggesa supaya tahanan itu diserahkan kepada mereka. Apabila polis tidak mengendahkannya, mereka mula membakar kedai-kedai berdekatan,” kata seorang pegawai kepada agensi berita AFP.

“Kedai-kedai ini dipercayai dimiliki oleh penganut Islam. Orang yang menyerang pula dipercayai penganut agama Buddha dari dua perkampungan setempat,” tambah sumber itu.

Al-Jazeera melaporkan corak keganasan terhadap umat Islam yang telah berlaku selama lebih daripada satu tahun dan tiada penyeleaian sehingga sekarang.

Ia seolah-olah sama coraknya, bermula dengan perbuatan jenayah terpencil, dan khabar angin tersebar yang mengatakan ia dilakukan oleh seorang Islam, tetapi kemudian ada keganasan perusuh sebagai akibatnya.

Ribuan penganut Buddha itu dilaporkan membawa pedang dan lembing sambil bergerak dan menyanyikan lagu kebangsaan Myanmar.

Bagaimanapun, tidak ada kecederaan dilaporkan.

Beberapa rusuhan agama – kebanyakannya disasarkan ke atas masyarakat Islam – telah menyebabkan perpecahan dalam negara yang majoriti penganut Buddha itu, yang seolah-olah membayangi usahanya melaksanakan pembaharuan politik sejak pemerintahan tentera berakhir dua tahun lalu.

Kumpulan-kumpulan hak asasi telah menuduh pihak berkuasa gagal atau tidak bersedia menangani keganasan tersebut, yang menyebabkan sekitar 250 maut dan lebih 140,000 lagi kehilangan kediamannya.

Pihak Myanmar menafikan dakwaan itu. – Agensi


Erdogan Kecam Respon AS Tentang Penglibatan Israel Dalam Kudeta di Mesir


Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari Sabtu klemarin (24/8/2013) telah mengecam Washington kerana respon mereka terhadap dakwaan mengenai keterlibatan Israel di dalam krisis Mesir.

Tuduhan Erdogan yang mengkaitkan kudeta tentera di Mesir dengan Israel telah ditolak oleh Rumah Putih, menggambarkan kenyataan Erdogan sebagai “ofensif, tidak berasas dan silap.”

“Mengapa Rumah Putih pula yangt membuat kenyataan tentang hal ini? Rumah Putih seharusnya tidak berbicara tentang hal ini. Jika ada seseorang yang berbicara atau menjawab tentang hal ini, seharusnya adalah Israel sendiri bukan Amerika,” kata Erdogan dalam pidato yang disiarkan television Sabtu kelmarin.

Dia juga mengatakan bahwa pernyataan Rumah Putih menunjukkan kemarahan mereka terhadap dirinya, menyebut pendekatan Washington untuk sekutu NATO nya itu sebagai sesuatu yang tak wajar.

Dalam kenyataan Erdogan juga mengatakan: “Hal ini sangat penting untuk menunjukkan dwi standard di dunia,” tanpa memberikan perrinciannya.

Sebelumnya pemimpin Turki ini pada Selasa lalu menuduh negara Yahudi Israel berada di balik kudeta tentera terhadap Presiden Mesir Muhammad Mursi pada bulan lalu.[gb/fq/islampos/afp]

26 Ogo 2013

Slogan "ENDLESS POSSIBILITIES" - Najib / UMNO Ikuti Jejak Langkah Israel


Slogan terbaru, Endless Possibilities (Apapun boleh?) yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang kita ada bukti cukup. Sama macam kempen 1Israel. Dia (Najib) kena jelaskan,” kata Ketua Pembangkang itu ketika ditemui pemberita di majlis hari raya PKR Lembah Pantai, hari ini.

Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 2013.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melancarkan kempen ’1Malaysia, Endless Possibilities’ pada 17 September depan.


Memetik Keadilan Daily, Anwar berkata, penggantungannya dari Dewan Rakyat selama enam bulan pada Disember 2010 kerana mendedahkan pengaruh Israel dalam pentadbiran Malaysia membuktikan hipokrasi pentadbiran Umno BN.

“Sekarang lebih berat. Ia tak mungkin secara kebetulan. Dulu saya ada bawa (isu ini) di Parlimen, (mengapa) pilih 1Malaysia. Saya dikenakan (gantung) enam bulan kerana bangkitkan 1 Malaysia.

“Sampai sekarang dia kata kebetulan. Ternyata ada pengaruh asing termasuk apa didakwa ‘pengaruh Israel’,” katanya sambil menyatakan slogan baru itu semata-mata strategi perhubungan awam. -selangorku


Anwar mahu Najib jelaskan secara lanjut kaitan “Endless Possibilities” dengan Israel


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (pic) perlu memberi penjelasan lanjut berhubung tema “endless possibilities” kerana tema yang diangkat itu mirip slogan yang digunakan kerajaan Israel, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR itu menjelaskan beliau pernah digantung selama enam bulan sidang Parlimen kerana menyentuh persamaan 1Israel dengan 1Malaysia dan kali ini kerajaan Barisan Nasional (BN) tidakn sesekali dapat lari dengan mendakwa slogan itu diambil secara kebetulan.

Katanya, Najib hanya pandai mengambil kesempatan dan mencari perhatian umum mengenengahkan slogan tanpa diketahui dari mana munculnya slogan berkenaan.

“Sekarang kita telah pun membuktikan “endless possibilities” turut digunakan oleh kerajaan Israel. Justeru tidak dapat tidak, Najib harus segera menjawab slogan yang sememangnya menggambarkan BN cuba mencari perhatian,” katanya semasa ditemui di majlis sambutan Aidilfitri ahli parlimen Lembah Pantai hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan beliau pernah meminta penjelasan kerajaan untuk menafikan slogan 1Malaysia datangnya dari cadangan APCO berdasarkan apa yang pernah dilakukan di Israel, namun beliau telah dikecam oleh pemimpin Umno dan mendakwa perkara itu hanya kebetulan.

Beliau menjelaskan slogan yang dipilih Malaysia kali ini lebih berat kerana Israel sendiri menggunakan slogan "Endless Possibilities" sebagai moto dan Najib telah mengakui akan melancarkan slogan ini di Malaysia.

Katanya, pemilihan slogan itu bukanlah secara kebetulan maka Najib perlu menjelaskan kepada rakyat, pemilihan slogan itu mempunyai pengaruh asing dan dibayar untuk memberi nasihat serta mempengaruhi kepimpinan negara.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan pada Jumaat menegaskan kempen “Endless Possibilities” dilancarkan Malysia empat bulan sebelum Israel iaitu pada Januari tahun ini selepas Najib mengumumkan kempen itu di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland tahun ini.

"Endless Possibilities" dilihat sebagai usaha menjenamakan semula 1Malaysia, tema yang diperkenalkan Najib semasa mengambil alih kerajaan pada 2009.

Laman web baharu, www.1malaysia.my turut dilancarkan.

Perdana Menteri telah memberi penjelasan pada Rabu kempen terbaru Putrajaya berslogan `Endless Possibilities’ akan melengkapkan lagi, bukan mengganti 1Malaysia yang diperkenalkan sejak tahun 2009.

Beliau menjelaskan ia adalah `kempen komplementari’ dan kempen terkini itu adalah sebahagian daripada pelan menjenamakan negara.

Katanya, ini akan mempromosikan Malaysia dan Najib dilihat mengenakan lencana baru kempen terkini itu sebagai tambahan terhadap lencana logo 1Malaysia.

Kempen baru itu akan dilancarkan secara rasmi pada 17 September, sehari selepas Malaysia menyambut ulang tahun Hari Malaysia ke-50.

Slogan 1Malaysia dengan ungkapan `Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' dipersendakan kerana maksudnya yang kabur dan pengkritik menyatakan ia tidak mampu menyatukan rakyat Malaysia, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib memutuskan bahawa ia perlu ada `elemen strategi tidak jelas yang membawa pelbagai makna' ketika beliau memperkenalkannya tiga tahun lalu, bagi membolehkan konsep itu diperluas untuk memasukkan pendapat lain daripada masyarakat.

Tetapi, jabatan kerajaan, agensi dan usahawan mengambil slogan 1Malaysia, menghasilkan pelbagai program, insiatif, produk dan perkhidmatan berdasarkan kepada tema itu, termasuk stesen radio dan tandas awam.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa slogan `Endless Possibilities' sebenarnya mahu dilancarkan sebelum hari mengundi, tetapi kerajaan menangguhkannya bagi mencegah kemungkinan berlaku kekeliruan.

Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru bertajuk Malaysia: Endless Possibilities pada 30 Mei 2013 tetapi tidak ada tanda set setem itu.

Sumber berkata, kempen baru itu sebenarnya bermula pada awal tahun ini di majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan dalam beberapa program Pelancongan Malaysia.

Klip video berdurasi 60 saat yang memaparkan Najib juga dilancarkan dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN
-TMI

Asmaa El-Beltagi, Syuhada Mesir - Warkah Yang Sebabkan Erdogan Turut Menangis


Gadis pintar berumur 17 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah, namun akibat tindakan kejam tentera Mesir dia tidak sempat merealisasikan cita-citanya.

Asmaa el-Beltagi, anak perempuan tunggal kepada Setiausaha Agung Gerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Beltagi adalah salah seorang daripada 525 yang syahid selepas pihak berkuasa kerajaan sementara bertindak menyerbu dua kem penunjuk perasaan di ibu negara, 14 Ogos lalu.

Sebelum insiden dia ditembak, remaja berjiwa kental itu sempat melaungkan kata-kata semangat: Jangan berganjak! Kemenangan akan berpihak kepada kita tidak lama lagi. Jangan biarkan tentera menamatkan revolusi ini!

Ketika tentera melancarkan operasi mengusir kumpulan penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi, Asmaa bersama ibunya sedang membantu mangsa cedera yang ditempatkan berhampiran khemah di Dataran Rabaa al-Adawiya.

Walaupun masih berumur belasan tahun, perwatakan dan sikapnya mencerminkan tingkah lakunya sebagai gadis yang matang. Asmaa tidak gentar dengan ancaman tentera, dia meneruskan usaha membantu saudaranya yang cedera hingga akhirnya remaja itu rebah berhampiran podium di dataran tersebut selepas ditembak pada bahagian dada dan belakangnya.

Menurut abangnya, Asmaa meninggal dunia kerana tidak dapat menjalani pemindahan darah akibat kecederaan yang dialaminya. Impiannya untuk melanjutkan pengajian di sekolah perubatan dan menyertai aktiviti bantuan global terpaksa berkubur.

Asmaa juga pernah bercita-cita untuk menyertai misi kemanusiaan, Freedom Flotilla dengan menaiki Mavi Marmara bersama bapanya. Teman baiknya, Ethar Yousef menyatakan Asmaa menjadi insan bertanggungjawab yang meniup semangatnya untuk menyertai tunjuk perasaan aman membantah rampasan kuasa oleh tentera.

"Dia percaya, rakyat akan kembali menderita jika tentera kembali memerintah negara itu," katanya.

Asmaa juga aktif menyertai beberapa siri protes yang dianjurkan di negara tersebut sejak revolusi kebangkitan rakyat pada 2011. Pada 3 Julai, Asmaa nekad untuk terus berada di Dataran Rabaa al-Adawiya selepas Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan rampasan kuasa yang menggulingkan Mursi.

Gadis itu sentiasa memegang al-Quran dan berada di sisi bapanya untuk memberi sokongan moral. Sejam sebelum insiden menyayat hati itu, Asmaa dilihat bertungkus-lumas mengutip batu-bata yang digunakan oleh saudaranya untuk membina sekatan di dataran tersebut.

Bagaimanapun, penyusunan semula tugas yang dibuat oleh penganjur rupa-rupanya telah menjadi perjuangan terakhirnya. Asmaa juga sempat mengemas kini status terakhir di dalam Facebooknya: "Mereka membunuh kita di saat kita sedang rukuk dan sujud, Berdoalah wahai hamba ALLAH, semoga akan datang pasukan sokongan seperti ombak di lautan,"

Selain itu, mesej terakhirnya menerusi Twitter juga memaparkan: "YA ALLAH, kami tiada sesiapa melainkan-Mu, YA ALLAH,"

Bagi memperingati perjuangan Asmaa, beberapa teman baiknya telah melancarkan akaun khusus di laman sosial termasuk simbol R4BIA yang didedikasikan khas oleh aktivis Turki untuk ikon revolusi itu.

Buat anak kesayanganku, Asma el-Beltagy,

Ayah tidak mengucapkan selamat tinggal kepadamu kerana esok kita akan bertemu lagi.

Kau telah mengabdikan hidupmu untuk menentang kezaliman bagi membina semula negara ini.

Ayah tidak mendapat masa yang cukup untuk dihabiskan bersamamu terutamanya ketika ayah tidak dibenarkan untuk menemanimu.

Kali terakhir kita duduk bersama di Dataran Rabaa Al Adawiya, kau pernah bertanya, "Walaupun ayah bersama kami, ayah tetap sibuk," dan ayah menjawab 'Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati.

Jadi, ayah berdoa kepada ALLAH semoga kita akan dapat menikmati hidup bersama di syurga,"

Dua hari sebelum kau dibunuh, ayah bermimpi melihat kau memakai baju pengantin berwarna putih yang menyerlahkan lagi kecantikanmu.

Ketika itu, ayah bertanya, "Adakah ini malam perkahwinanmu?" kau menjawab, "Tidak ayah, ia akan 'dilangsungkan' pada waktu tengah hari."
Selepas ayah menerima berita bahawa kau terkorban pada tengah hari (14 Ogos), barulah ayah mengerti maksud mimpi tersebut.

Kematianmu sebagai syuhada telah mengukuhkan lagi kepercayaan ayah bahawa kita berada di pihak yang benar.


Wahai anakku, hingga kini, ayah berasa amat sedih kerana tidak dapat melihat kau buat kali terakhir; tidak dapat mengucup dahimu dan tidak dapat mengimamkan solat jenazahmu.

Demi ALLAH, ayah tidak hadir bukan kerana takut dengan ancaman sekeliling tetapi ayah telah berikrar untuk meneruskan dan menamatkan perjuangan kita.

Akhir kata, wahai puteri kesayanganku,

Ayah tetap tidak akan mengucapkan selamat tinggal kerana kita mungkin akan bertemu lagi di syurga dan ayah berharap doa ini akan dimakbulkan ALLAH SWT, Insya-ALLAH.

Ayahmu, Mohammed Beltagi


sumber:SH

Erdogan Menangis Mendengar Surat Pemimpin Ikhwan Beltagy Untuk Asmaa


Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan menangis mendengar surat pemimin Ikhwan Mohamad Beltagy kepada anak gadisnya, Asmaa (17 tahun) yang terbunuh di Rabi'ah al-Adawiyah Square, Rabu, 14/8/2013, akibat tembakan seorang sniper yang mengenai dada dan punggungnya.

Beltagy menerima khabar kematian anak gadisnya, Asmaa, Rabu malam, bahkan pemimpin Ikhwan tak sempat lagi melihat anak gadisnya, dan tidak dapat pula melihat jenazah anak gadisnya itu saat terakhir ketika pemakamannya. Beltagy, tak pula dapat mencium kening anak gadisnya, sebelum akhirnya dikuburkan.

Beltagy, menulis surat untuk anak gadisnya, dan tidak menyatakan berpisah, tapi menyatakan suatu saat akan berkumpul di syurga Kausar. Beltagy sangat sedih tidak memiliki waktu bagi anak gadisnya, dan bahkan kesempatan untuk berbicara pun sangat terbatas. Tidak banyak waktu yang dimiliki oleh Beltagy bagi anak gadisnya, dan waktunya yang lebih banyak bagi memikirkan perjuangan, sampai akhirnya menerima khabar anak gadisnya itu tewas di Rabi'ah al-Adawiyah Square, Rabu malam.

Recep Tayyip Erdogan terasa sangat emosional, merasakan betapa perasaannya, ketika mendengar surat Beltagy, dan nampak ia menyesat airmatanya, serta berkata ketika diwawancarai setelah mendengar surat itu oleh Euronews, hari Jumaat, 23/8/2013.

"Sesekali, anak gadis saya meminta saya untuk menghabiskan satu malam di rumah dengan dia, tapi saya harus bekerja keras, dan tidak dapat meluangkan waktu untuk dia ... saya melihat anak-anak saya sendiri seperti yang ada dalam surat el-Beltagy," kata dia.

Pada tahun 2010 Erdogan menangis di depan kamera saat melihat kematian anak-anak di Gaza. Akibat kekejaman tentera Israel. Isterinya, Emine Erdogan, juga menangis di depan kamera selama kunjungannya 2012, ke Rakhine Myanmar, di mana dia bertemu dengan Muslimah etnik Rohingya, kumpulan minoriti yang teraniaya di bawah rejim Budha.

Perdana Menteri Erdogan secara terbuka mengkritik penggulingan tentera terhadap mantan Presiden Mesir Mohammad Mursi dan telah memberikan dukungan yang kuat untuk Ikhwanul Muslimin Mesir



Khairy Jamaluddin Puji 3 Perkara Tentang Pakatan Rakyat

KJ kagumi keakraban dalam Pakatan

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada mulanya serba salah apabila diminta menyenaraikan tiga perkara mengenai Pakatan Rakyat yang disenanginya.

Soalan 'nakal' itu diajukan seorang mahasiswa kepada Khairy yang ketawa kecil dan secara berjenaka berkata soalan itu meletakkan beliau dalam kedudukan yang 'sukar'.

"Hmm..perkara pertama yang saya suka tentang mereka adalah keakraban di antara mereka yang sentiasa sepakat dan kelihatan bersama," kata ketua Pemuda Umno itu.

Menurutnya, Pakatan Rakyat sentiasa berada bersama di pentas ceramah walaupun mereka bukanlah satu gabungan yang rasmi seperti BN.

"Kami juga cuba berbuat demikian (ceramah bersama) tetapi semangat kekitaan Pakatan amat jelas dan ia adalah satu perkara yang saya kagumi," katanya.

Selain itu, Khairy turut mengagumi kesungguhan Pakatan Rakyat dalam memberi ruang kepada orang muda untuk terlibat aktif dalam gabungan itu dan "pengurusan media sosial mereka yang sedikit lebih baik berbanding BN".

"Mereka nampaknya mampu menjana penglibatan lebih ramai orang (menerusi media sosial)," katanya.

Sewaktu diminta mencirikan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perkataan oleh seornag mahasiswa lain, Khairy berkata Anwar adalah seorang yang 'tidak tekal' (inconsistent).

"(Bagaimanapun) anugerah yang ada pada beliau adalah beliau juga begitu tekal dalam mengharungi ketidaktekalannya itu,"
kata Khairy.

Khairnya berkata demikian dalam sesi penutup forum Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur petang ini. -mk


Khairy berbeza dengan Pak Lah dalam isu Utusan Malaysia


Khairy Jamaluddin Abu Bakar bukan seperti bapa mertuanya, sekurang-kurangnya berkenaan tindakan yang perlu dilakukan kerajaan dalam menyemak Utusan Malaysia.

Dalam temubual bukunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan beliau pernah memberi amaran kepada editor akhbar milik Umno itu ketika laporannya melangkaui batasan dan menyemarakkan isu perkauman dan tidak seharusnya meminta pertolongan Putrajaya jika disabitkan kesalahan menghasut.

Namun menantunya, Menteri Belia dan Sukan mengambil pendirian berbeza ketika ditanya dalam forum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melihat tajuk Utusan "Apa Lagi Cina Mahu" sebagai ancaman.

Khairy berkata, kenyataan "Tsunami Cina" yang dikeluarkan Najib ketika pengumuman keputusan Pilihan Raya 2013 hanyalah pemerhatian dan beliau tidak menyalahkan mana-mana etnik tertentu.

"Sepanjang pengetahuan perdana menteri, beliau menyatakan fakta yang melihatkan pengundi Cina yang tidak menyokong BN.

"Kenyataannya itu adalah berdasarkan pemerhatian dan tidak menyalahkan mana-mana komuniti ... kenyataan Utusan dan kedudukan perdana menteri adalah sesuatu yang berbeza," katanya dipetik portal Malaysiakini.

Ketua Pemuda Umno itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mahasiswa dalam satu forum bahawa Najib gagal mengambil tindakan terhadap laporan muka hadapan akhbar berkenaan.

"Perdana menteri komited dengan pendekatan 1Malaysia. Beliau boleh berkata tengok kita tidak mendapat sokongan Cina selepas pilihan raya, jadi lupakan 1Malaysia dan fokus kepada mereka yang menyokong kita.

"Namun beliau tetap konsisten untuk mengekalkan polisi inklusif berkenaan secara konsisten," kata Khairy.

Beliau menjelaskan tajuk Utusan itu adalah satu kesalahan, namun ia bukanlah atas kebenaran kerajaan.

Dalam buku bertajuk "Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia", Abdullah membuat kenyataan bagaimana beliau menguruskan Utusan dengan cara berbeza.

Merujuk kepada pelantikannya, Pak Lah berkata "saya tidak mencampuri tugas mereka kerana saya percaya mereka mempunyai tugas professional dan saya memberi kebenaran. Namun bila mereka melanggarnya, membangkitkan isu perkauman dan agama, saya akan memberi amaran."

Abdullah bagaimanapun berkata satu panggilan telefon akan menakutkan akhbar berkenaan dan selepas itu tiada lagi artikel yang sensitif dikeluarkan.
-TMI

Syeikh Khatib: “Kudeta Di Mesir Adalah Usaha Untuk Tumbangkan Islam”


Wakil ketua gerakan Islam di Gaza, Syeikh Kamal Al-Khatib menyatakan rasa optimisnya tentang keamanan di Mesir. Beliau yakin bahawa Mesir akan kembali stabil dan pemerintahan kejam tentera itu akan segera disingkirkan.

Syeikh Khatib mengatakan kepada Quds Press, bahawa pembantaian yang dilakukan terhadap warga awam dan pendukung gerakan Islam di Mesir adalah sebuah kekhuatiran pemerintah tentera. Mereka khuatir jika kudeta gagal, maka tidak ada pilihan lain selain meninggalkan Mesir atau diadili di negara sendiri.

Beliau juga menambahkan bahawa warga pendukung Mursi, pada gilirannya, tahu betul bahwa penarikan mereka dari jalan-jalan berarti kembalinya pemerintahan zalim tentere di Mesir, yang berlangsung 60 tahun sejak zaman Jamal Abdul Naser.

Menurutnya, apa yang terjadi di Mesir bukanlah konflik politik sebagaimana dakwaan media. Tetapi merupakan konflik agama dan budaya yang dipimpin oleh dunia barat dan perangkat pemerintahan Mesir, yang diwakili oleh para pemimpin tentera, parti-parti sekular dan beberapa media.

“Apa yang terjadi di Mesir tidak mensasarkan gerakan Ikhwanul Muslimin, tetapi itu adalah sebuah usaha menumbangkan agama Islam yang dipimpin oleh Israel, Amerika Syarikat, barat, dan boneka-boneka mereka di dunia Arab dan Muslim,” ujar Syeikh Khatib.

Adapun kedudukan Fatah dan kewenangannya dalam mendukung kudeta tentera di Mesir, tidak terlalu mengejutkan bagi Syeikh Khatib. Kerana mereka memiliki tujuan yang sama dengan para pemimpin kudeta untuk menekan rakyat mereka sendiri di Tepi Barat.

“Fatah dan pemimpin Palestin di Ramallah ingin menutup skandal politik mereka, setelah mereka berlutut di hadapan Netanyahu dan pemerintah Amerika lalu membalun projek nasional Palestin,” tuturnya lagi.